Assalamualaikum. Hai guysss!
Wahh, wahh wahh, harini kita try makanan baru pulak ehhh.
Boat noodle ni kira pemes lah gak kan? Ataupun bahasa melayunya, mee sampan.
Setahu aku, Bangi Boat Noodle ni bukan branch Boat Noodle yang pemes tu.
Ada 9 cawangan Boat Noodle (Ig: @myboatnoodle )
-- Berjaya Times Square
-- Jaya One
-- Empire Damansara
-- Ikon Cheras
-- Klang Parade
-- Sutera Mall
-- Gamuda Walk
-- Publika
-- D'Pulze Cyberjaya
Yang Bangi Boat Noodle ni pulak ala-ala nak ikut gaya Boat Noodle...
Kalau di Boat Noodle, harga semangkuk RM 1.90.
Kalau di Bangi Boat Noodle, semangkuk RM 1.80.
Gambar kat bawah ni adalah 3 jenis mee yang terdapat di Bangi Boat Noodle.
Kita kasi close-up sikit gambar naaaa....
Sebenarnya, nampak je besar bila di close-up, tapi, sejujurnya, hanya dua suap je boleh masuk dalam mulut. Sebab itu di-recommendnya untuk ADULT makan sebanyak 6 mangkuk baru puas.
Rasa? Okay lah. Rasa kicap je lebih rasanya.
*Eh kejap je dah nampak dasar mangkuk*
Aku tak boleh compare sangat dengan Boat Noodle sebab aku tak pernah rasa lagi. So, nanti bila aku dah terjah sana, aku share kat sini okay. Mana lagi sedap.
Boat Noodle memang dikira famous. Maybe sebab dia sedap kot. Who knows kan. Kot-kot rasa dia sama sahaja. Haha. Kena menabung sebab nak makan Boat Noodle. Hhaa.
Rating: 2.5/5
Pernah rasa Boat Noodle yang famous tu takk? Share dengan aku ehh nanti.
Jumpa lagi gaiss!
^^