Assalamualaikum. Hai semua. Sebenarnya entry ni dah lama dalam draft. Aku buat tajuk je dulu. Isi kemudian. Bukan apa, bila kekeringan idea, entry-entry dalam draft ni berguna jugak. Haha.
Okay. Untuk pengetahuan semua, aku ni addict dengan Instagram. Setiap hari kena bukak. Kalau bosan pun bukak. Haha. Obses aku dengan Instagram ni lebih daripada Facebook. Alahh, bukak Facebook pun sebab nak tahu update kawan-kawan. Sambil tu boleh usha insta artis-artis ataupun instashop! hahaa.
Aku ni rajin follow instashop. Tapi, kalau yang selalu SPAM newsfeed, memang aku UNFOLLOW teruih. Nak kata aku selalu beli barang online, tidak lah. Tapi, aku boleh bagi tips macam mana nak elak kena tipu dengan instashop ni dan cara pembelian yang betul.
1) Lihat-lihat dahulu (USHA) -- Usha barang dahulu. Selalunya kalau follow artis, dorang akan review insta. So, ambil kesempatan ni, follow dan usha barang, harga dan feedback customer. Baca comments terlebih dahulu. Kot-kot ada yang reveal insta ni main tipu ke hape ke kan.
2) Jadi bijak -- Kekadang aku bengang juga bila terang-terang tulis harga and details kat gambar and comment tapi, still tanya macam ni 'Ni berapa yer?.' 'DM price please'. Seller ni selalunya dia dah bagi segala mak nenek details kat dalam gambar atau comment tapi still ada orang tanya soalan yang jawapannya dah ada depan mata.

3) Order dengan berhemah -- Apabila korang dah yakin dan bersedia untuk beli barang, boleh lah order terus dengan owner. Selalunya medium order dengan Whatsapp or WeChat or suka hati engkome lah nak order lagu mana. TAPI! Untuk memudahkan urusan korang dengan seller, kena straight to the point.
Contoh:
Me: Salam sis. I nak order baju ni *screen cap gambar*. Nak details bank-in :)
ATAUPUN
Me: Salam sis, I nak order baju ni code TK-01. Nak details bank in boleh?
ATAUPUN
Me: Hai sis. Nak tanya cardigan kimono ni ada lagi tak? Color merah. Boleh bagi measurement baju tak? I risau tak muat je.
Kalau korang tanya baik-baik, Insya-Allah permintaan korang akan di layan dengan baiknya. Budi bahasa kan budaya kita.
4) Cara Whatsapp -- Kalau korang setiap mesej tu nak tekan ENTER, baik buang je tabiat itu. Kalau boleh, mesej lah satu-satu. Maksud aku, macam ni.
Salam sis. I nak order baju ni code TK-01. Nak details boleh? *SEND*
Bukan setiap titik engkau nak tekan SEND. Sebab ada yang instashop yang akan layan whatsapp dari bawah ke atas. Kira adil gitu. So, baik hantar secara terus. Lebih mudah. Tak semakkan kepala seller. Bukan nak layan sorang, ramaii lagi nak layan.
5) Screen-shot bukti pembayaran -- Ini agak penting sebab ini sebagai bukti payment korang. Seelok-eloknya ambil gambar clean and clear. Kalau kamera tak canggih, boleh edit dengan sharpen kan image tersebut. Tapi, sekarang dengan canggihnya smart phone, mana mungkin gambar boleh tak clear yedak?
6) Sabar -- Lepas dah order, bayar dan bagi details alamat, hendaklah korang tunggu dengan sabarnya sehingga abang pos laju datang mengetuk pintu rumah korang. Di sebabkan, online shopping tumbuh bak cendawan, abang-abang pos laju semakin kurang staff. Dulu mana lahh orang pakai pos laju ni. Jarang-jarang. Sekarang? Toksah habaq lahh. Kesian juga dekat abang-abang pos laju. Tapi, nak buat macam mana? Kita dah bayar harga postage. So, kita tunggu dengan sabar je lah yerr? :)
7) Paham maksud pre-order and ready stock
- Pre-order -- Order, bayar dan tunggu sehingga barang sampai ke seller dan baru seller pos ke korang
- Ready stock -- Barang dah ada. Once korang dah bayar, seller akan terus pos ke korang.
8) Barang elektronik -- Mohon JANGAN beli barang eletronik melalui online. Contohnya, handphone, camera or tv. Sangat bahaya. Sebab apa?
- Pertama, mana tahu kalau seller tu tipu kita? Bukan seratus dua barang, makan beribu satu barang sahaja. So, NO!
- Takut barang yang sampai tak apa yang kita inginkan. Order phone, sekali dapat batu. Tak ke meroyan?
- Baik beli barang elektronik dekat kedai terus. Yang kita percaya ketulenan sesuatu barang. Kalau rosak pun, boleh terus pergi ke kedai itu. Senang. Keluar duit pun senang hati, takdelah risau kot-kot barang tak sampai lagi.
9) Follow KAMIBENCIKAKITIPUONLINE di Insta -- Insta ini sangat bagus sebab ia me-reveal-kan mana-mana insta yang kaki tipu sama ada customer atau pun seller. Wuuuu.
Baiklah. Ini adalah tips beli barang instashop. Ini adalah pemerhatian aku selama menjadi kaki tegar instagram selama setahun lapan bulan! Kakaka.
Sebenarnya kan, kalau beli baju mahal-mahal, baik beli kat kedai atau butik terus. Takdelah. Kekadang apa yang digambarkan dalam insta, tak sama dengan realiti. Faktor pencahayaan ataupun model amat mempengaruhi kecantikan baju tersebut. Pernah beli, tapi, pakai tak cantik. Hmm. Sayang taw. So, kalau barang macam dress or baju kurung moden, baiklah pergi tempah or beli sendiri kat kedai atau butik. Tak rugi. Puas pun puas. Selalunya aku beli pencuci muka ataupun makanan kat insta. Haha. Selalunya chocolate rice, choclava yang susah nak cari kat kedai-kedai. Haha.
Expectation versus Reality! hahahahahhahaha
Online shopping ni bagus sebenarnya tapi masing-masing kena jujurlah. Jangan lah kerja tipu orang sana sini. Tipu duit. Sampai ke akhirat tak halal kang macam mana? Apa nak jawab dekat Allah nanti? Ada duit beli. Takde duit duduk diam-diam and savings. Itu sahaja.
Okay. Dah cukup aku membebel panjang-panjang. Kalau rasa entry ni berguna, klik LIKE dan SHARE. Macih semuaa! :)
Follow and let me know!