D CHEF ROOM SHABU DIMSUM - PILIHAN DIMSUM DI BANDAR SEREMBAN

by - Friday, November 06, 2020

  D CHEF ROOM SHABU DIMSUM - PILIHAN DIMSUM DI BANDAR SEREMBAN



AKHIRNYA SCHA JUMPA JUGAK TEMPAT DIMSUM YANG KENA DENGAN TEKAK DAN HALAL!!!!

Scha suka dimsum taw. Chinese food lagi lah faveret. Tak tahu kenapa. Tapi nak dapat chinese food yang halal, sedap, tak banyak perencah rasa susah nak dapat. Lagi-lagi area Seremban ni. 

Scha kalau nak treat diri sendiri, memang ke IOI Mall Putrajaya lah nampaknya sebab ada DOLLY DIMSUM! Tapi, kena sediakan duit sekurang-kurangnya RM100 kalau untuk dua orang sebab harganya mahal hahah. Dasar lo. 

Haritu terjumpa lah IG ni, memang buat targeted ads kot. haha. Memang makanan Scha. Dah fikir nak scam laki iols ke sana. Eh, takkan lah pakai duit kita yedak? Kikis duit laki lah apa lagi. Nasib lerrrr.

D Chef Shabu and Dimsum ini terletak di Seremban Gateway. Landmark atas Pelita. Senang nak cari. Parking pun dah senang dah sekarang. 

Bila kami masuk je ke dalam, rasa macam wow dekat event hall orang kahwin. Chinese style. Tak ramai orang sebab pergi bukan waktu lunch hour ataupun ramai orang tak tahu atas kewujudan kedai ni. Maybe around Chinese je tahu.

Dimsum dorang memang pork-free dan disediakan oleh chef melayu. Masih dalam proses mendapatkan sijil halal dan bahan yang digunakan adalah halal-toyyiban. Kalau ragu-ragu jangan makan ok!



Ruang dalam restaurant


Ini antara senarai makanan yang disediakan. Dimsum available all day long. Shabu-shabu tu macam steamboat available dinner sahaja. 6 pm ke atas.


Operating hours.

OKAY! JOM MAKAN?




Sejujurnya SEMUA SEDAP YA ALLAH TAK TAHU LAH NAK KABOR MACAM MANA. Sesiapa yang suka udang, patutlah datang sini. Semuanya penuh dengan udang. Udang sebutir dia letak. Memang puas. Ini makanan untuk dua orang taw. Sejujurnya memang kenyang. 

Nasi Seafood dia sepinggan RM20. But, kena makan DUA orang ok. Jangan tamak haloba kalau tak membazir je. Memang sedap, ada sotong, udang, sayur lengkapp rasa diaaaaaaaaa.

OVERALL KORANG AREA SEREMBAN WAJIB CUBA DIMSUM NI! Tak yah susah-susah ke KL untuk rasa dimsum yang sedap. Somban pun ada. 


Jumlah harga makanan yang kami melantak hari tu. 

To me, memang murah compare to Dolly Dimsum. Rasa pun sedap lagi. Ini makan untuk DUA orang taw. Bukan Scha makan sorang hahaha.

Okay dah settle update! Selamat makan!

Facebook






You May Also Like

2 DOA SCHA MURAH REZEKI

  1. Jarang dapat makan dim sum. Makan pun beli yang srjukbeku dan kena kukus balik jadi rasa biasa sahaja.
    Harap ada kesempatan hendak cuba.
    Hehe tidak pun harap ada di Melaka.

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)