'Rejection' dalam hidup: Bagaimana untuk atasinya?

by - Tuesday, November 05, 2019

'Sorry, you are rejected for this proposal.'

'You're not hired in this position.'

'Tak apa lah. saya tak jadi beli cuckoo dengan awak.'

'You're too good for me. Lebih baik kita berpisah.'

Rejection. Penolakan. 


Pernah tak hadapi dalam kehidupan? Selalu? Apa kena buat bila tidak diterima? Patutkan kita meroyan? Menangis sepuas hati? Makan tak tentu hala?

BERHENTI.

RELAKS.

PEJAM MATA.

LEPASKAN SEMUA.

Jika mahu menangis, menangislah. Luahkan isi hati yang terpendam. Ingat rejection ni benda yang mudah? Semestinya tidak. Bayangkanlah kita dah usaha sehabis baik, namun rezeki bukan di pihak kita. Takkan lah tak kecewa kan? Scha nak kongsi beberapa tips untuk korang. Mana tahu dapat membantu kelak?

1. LEPASKAN. LUAHKAN.

Ya, kita kena lepaskan apa yang terbuku di hati.Cara? Tak kisah apa yang korang mahu. TAPI! Jangan memudaratkan diri. Tak baik. Macam Scha, scha lebih prefer menangis dan cerita kepada orang yang tersayang. Scha pun tak tahu kenapa yang menangis tu memang melegakan hati ini. Bila dah tenang lepas menangis, scha akan cerita dengan sahabat terbaik Scha, suami scha sendiri. Sebabnya, orang yang tersayang akan lembutkan hati dengan beri kata-kata semangat untuk kita jangan putus asa. 

Jika dalam bisness pula, berbicara lah dengan leader atau team mates yang kita rapat. Macam Scha dalam bisness Cuckoo, scha akan cerita dengan support group. Sebabnya, kita dalam arena yang sama, so lebih mudah faham. Pilihlah team yang memberi support 100% dan insya-Allah korang akan ke depan.

Sama juga dengan alam pekerjaan. Jika proposal anda ditolak, luahkan dengan teman baik korang. but be careful, berbicaralah dengan orang yang betul. Risau juga ada orang tikam dari belakang. Knows your partner and enemies well.

2. Ambil masa untuk bangkit!

Cuba ambil masa untuk bertenang, cool mungkin dengan aktiviti yang korang suka? Contohnya, macam hiking, camping ataupun keluar dengan kawan baik korang. Ajak kawan korang keluar just the two of you and have fun together! Ambil masa ini untuk naikkan semangat dalam diri. Tapi, janganlah seksa kawan korang dengan rejection by talk about it all day. Just give the hint to your friends that you need to let the steam out. Faham lah kawannya itu.



3. Treat yosef (Belanja diri sendiri)

Yesshhh. For me, I love sweet thangss! Haha. If Scha macam breakdown kan, scha suka pergi cafe sorang-sorang and order cakes and coffee. Wow, cakes tu naikkan sugar dalam badan and bagi semangat untuk maju kedepan. Sendu sekejap dah lah, then, lupakan and move on!



4. Berbicara dengan Allah

Untungnya kita sebagai umat Islam, Allah itu ada. Jadi, amek wuduk, pakai telekung, sujudlah kepada Allah. Cerita lah apa yang di hati. Mohon tunjukkan jalan untuk menghadapi dugaan ini. Mohon tenangkan hati and minda. Allah itu segalanya. Nak cakap dengan dia tak perlu bayar pun. Wireless connection lagi :)


5. MOVE ON!

That's it. Korang perlu move on and look for another opportunities. Scha selalu berpegang dengan kata-kata ni.

1 PINTU TERTUTUP, 10 PINTU TERBUKA

Jadi, trust yourself and Allah.

APA NAK BUAT UNTUK KURANGKAN PROBABILITY DI REJECT? 

1. Kaji semula kelemahan diri, apa yang tak elok, cuba kurangkan. Jika failed interview, recall balik dalam interview tu korang jawab apa. So bila next interview, korang elakkan bagi jawapan tersebut atau bagi jawapan yang reasonable.

2. Mantapkan keyakinan diri. Cari cikgu, guru yang boleh beri korang semangat. Yang tak akan putus asa dengan korang. You can do it!

3. Bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin gagal temuduga sebagai satu tanda untuk kita elak benda yang tak elok sekiranya kita terima kerja tersebut. Mungkin kita akan over stress. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Insya-Allah.

Jika kita dah usaha, kita hanya perlu tawakal dan berserah kepada-Nya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Jangan murung lama-lama okk. If murung lama sangat, risau banyak peluang akan terlepasss,. Haa gittew.

Okay dah lah membebel. Dah lama tak membebel lama gini. Miss writing.

Take caree, love 😍

You May Also Like

0 DOA SCHA MURAH REZEKI

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)