#JakelBarulahRaya Memperkenalkan Duta Baru Abam Bocey sebagai Penyelamat Plus Size

Tuesday, May 14, 2019

Assalamualaikum. Hai semua.

Celik tak celik dah masuk Ramadhan ya. Rasa macam baru je bersalinkan Sofia tup tup dah puasa dan juga raya. Then, Sofia pun dah nak setahun dah. Fuhhh.

Raya tahun ni meriah sikit sebab ada Sofia. Persiapan fokus kat dia. Takpelah barang ibubapa tak ada pun, asalkan Sofia lengkap. Hehe. Sindrom parents begini lah ya. Apa nak buat, sayang punya pasal. Hahhaa.

Bila nak cari baju Sofia ni yang buat aku pening ni. Mana nak cari design yang cantik, selesa dan juga berpatutan? Haaa alang-alang ada event Jakel di Shah Alam, aku pun tumpang sekaki cari baju Sofia. Meh lah aku cerita sikit tentang promosi dan inovasi Jakel.

Jakel tahun ni istimewa sebab Jakel ada memperkenalkan inovasi yang berguna untuk pelanggan setia mereka. Setiap rekaan dan design duta-duta Jakel ada keunikan tersendiri. Antara Duta Jakel ialah Aaron Aziz, Awal Ashari, Nabil Ahmad, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Scha Al Yahya, Ayda Jebat, Yusuf Iskandar, Lara Alana dan juga Upin Ipin. Tahun ini Jakel secara rasmi telah memperkenalkan duta terbaru dari kalangan plus size iaitu Abam Bochik.


Wahh. Tahniah Abam Bocik atas rezeki anak ya. Akhirnya warga plus size macam iolss tak perlu risau nak cari baju raya kerana range Abam Bocik sangat besar iaitu sehingga 5XL. Ini tertakluk juga taw kepada saiz perempuan. Yeayyy. Boleh lah nak melaram pakai baju Ayda Jebat lepas ni. Fuhhh.

5 Mei yang lepas, Wisma Jakel Shah Alam telah dimeriahkan dengan kehadiran Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Abam Bocik, Upin Ipin dan juga Ayda Jebat. Memang sesak ya pagi tu sebab Jakel ada offer BAUCAR BAJU RAYA kepada 100 pelanggan pertama yabg membeli baju melayu. Tak tahu lah dari pukul berapa mereka berdiri. Memang salute lah!

Tahu tak selepas ni korang boleh beli barangan Jakel hanya melalui online? Yaa. Betul. Jakel telah melancarkan website ecommerce mereka iaitu www.jakelstore.my! Senang sangat nak shopping selepas ni. Tak perlu mengharungi lautan manusia! Warghhhh.

Lelong lelong lelong! Jakel offer lelongan harga tak masuk akal hingga 95% sehingga malama raya! Everyday got lelong maaa! Happy hour sehingga malam raya taww. Jadi jangan lepaskan peluang grab harga waktu happy hour!

Tahu tak korang yang baju raya Nabil Ahmad ada hidden zip di bahagian tangan? Yeapp! Disebabkan pattern baju Nabil agak slim fit dan menyukarkan untuk mengambil wuduk, Jakel telah menambahkan zip di lengan dan juga bahagian tepi baju untuk keselesaan pelanggan. Haaa. Jakel dengar taw feedback customers. Baju Ayda Jebat pun juga begitu, ditambah zip di tangan untuk mudah ambil wuduk ataupun menyinsing lengan basuh pinggan di dapur! Hahaha. Tak ada alasan untuk tidak membantu ibu di dapur hehe.



Baju duta yang lain ditambah baik dengan pilihan warna yang pelbagai, kualiti kain yang semakin baik dan selesa dan juga perincian jahitan juga semakin diteliti supaya pelanggan gembira memakai baju raya Jakel semasa hari raya. Tahniah Jakel!

Kurta dan juga pakaian kanak-kanak juga menjadi tumpuan pelanggan ke Jakel tahun ini. Cantik-cantik semua design dan aku kekadang blur kejap nak pilih design untuk Sofia. Memang rambang mata dibuatnya. Haha.


Jakel ni semua jenis pilihan ada. Baik dari kanak-kanak hinggalah ke orang tua. Kiranya Jakel ni One Stop Centre untuk rakyat Malaysia. Korang dah tak perlu risau mana nak cari baju cantik-cantik. Semestinya Jakel pilihan korang!

Kalau malas nak meredah lautan manusia, bolehlah shopping di Jakel Store!




You Might Also Like

1 DOA SCHA MURAH REZEKI

  1. Memang extra seronoklah raya tahun ni bila ada baby ye Scha... Alhamdulillah dah nak setahun ye Sofia.
    Selamat berpuasa buat Scha sekeluarga.

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook