Sofia dah tumbuh dua batang gigi - 9 bulan

by - Wednesday, March 20, 2019


Assalamulaikum.

Guyss.....

Mimpi ngeri ku sudah sampai.

Sofia dah tumbuh 2 batang gigi sekaligus. Mulanya aku tak perasan. Suami aku yang perasan. Dia rasa mulut sofia. Lepas tu aku pun rasa. OMG. Dah tumbuh 2 batang. Tajam pulak tu!

Aku ingatkan Sofia akan berjalan dulu sebab Sofia asyik nak berdiri jeee. Nak berpaut. Sekali gigi yang datang dulu. Haha. Yeke orang kata baby yang tumbuh gigi dulu lambat berjalan dan sebaliknya? Pernah dengar tak cakap-cakap orang ni?

Makanya,

Bila Sofia dah tumbuh gigi ni, tanggungjawab kami lah untuk jaga gigi budak kecik ni. haha. Harap-harap dapat garang dengan Sofia supaya gigi dia lagi cantik dan sihat dari gigi ayah dan ibunya.

Mimpi ngeri?

Yeapp. Mimpi ngeri dia akan gigit breast kalau dia geram. Dah pernah rasa wehhh. Seksa oiiii. Bertabahh lahhh Scha..................................


Tanda-tanda nak tumbuh gigi

1. Air liur meleleh
2. Nak hisap je, nak masukkan something dalam mulut dan gigit
3. Fussy - kekadang bayi asyik nak melekap je dengan ibu, jadi clingy
4. Tak boleh tidur malam - anak tak selesa tidur malam debab gigi nak tumbuh

Tips penjagaan gigi untuk bayi

1. Bila dah tumbuh gigi, buat appointment dengan Doktor gigi.
2. Gunakan berus gigi atau kain yang lembut untuk anak
3. Gunakan ubat gigi yang ada low amount of fluoride. Ubat gigi bayi ada dijual di farmasi
4. Jangan biarkan anak tidur dengan botol di mulutnya sebab kesan gula dari susu boleh menyebabkan gigi cepat rosak

Tricks untuk anak yang meragam

1. Buatkan homemade icecream daripada susu ibu atau susu formula untuk bayi bawah umur 6 bulan. 6 bulan ke atas boleh juga buatkan icecream susu + buah.
2. Belikan teether untuk dia mengigit
3. Perhatikan keadaan sekeliling agar selamat. Nanti ada pula dia makan macam-macam nanti.
4. Make sure keadaan lantai, karpet bersih.

Any information will update later! ❤ 

You May Also Like

4 DOA SCHA MURAH REZEKI

  1. Kejap je rasa dah 9 bulan.. Makin comel Sofia.

    ReplyDelete
  2. ohhh.. umur camni la gigi tumbuh ek..

    ReplyDelete
  3. alahaaai x lama lagi pnuh laa semua tu =D

    ReplyDelete
  4. alololo comelnyaaa dah ada gigi dah diaa

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)