Cuti-Cuti Rehatkan Diri

Thursday, May 16, 2019


Assalamualaikum. Hai semuaaaa!!

Dah gosok gigi belum tu? Hehehe.. Dah dah.. Pergi bangun sana, mandi bersihkan diri tu. Orang kata, kita kena sentiasa bersedia dari awal-awal pagi lagi tau. Baru kita happy nak buat keje kan?

Hari ni, aku bangun je aku terus senyum sampai ke telinga tau. Betul guys, sampai ke telinga. Sebab ape aku senyum smpi ke telinga ni? Ceritanya macam ni, aku boleh mimpi yang aku pergi honeymoon kat London tau. Hahahhaa… Kalau korang jadi aku, kompem korang pun akan senyum sampai ke telinga kan. Dalam masa satu malam, aku boleh tawaf satu London tu tau… Siap ambil gambo bagai lah… Kahkahkahkah… Memang lawak bebeno mimpi aku tu. Nasib baik la mimpi je wei. Kalau betul-betul aku tak tau la nak kata cemana. Boleh terkejut beruk laki aku kalau dia tahu pasal mimpi aku.


Aku pun siap-siap la nak hantar Sofia ke rumah pengasuh. Sambil-sambil tu dok usha-usha gak la ape cerita best pasal Malaysia ni ha. Segala suratkabar online aku tengok habis tau hari ni. Yang paling aku rasa nak gelak adalah sambil2 baca suratkabo tu pun, ak boleh pi senyum kambing tau. Aku sendiri rasa pelik wei dgn diri sendiri. Ini semua sebab mimpi pergi London punya pasal. Apa punya realistik sangat mimpi aku ke London ni haa?

Dok borak-borak pasal London ni kan, aku pun terus terpk why not aku pergi je travel kat London tu teruih kan? Mesti best gila kan? Mana tau dapat ala-ala déjà vu ke masa p London tu nanti? Aku terus tanya member BFFFF aku pasal plan giler aku ni and seriously diorang pun onzz je wei. Aku pun terus la bukak website Traveloka tu ha.

Korang tau tak pasal Traveloka ni?? Banyak benda best tau korang boleh dapat kalau korang book thru Traveloka ni tau. Antara benefits yang korang boleh dapat adalah no hidden charge akan dikenakan kat korang. See, dari situ korang boleh kurangkan dah sikit bajet tu. Yelah kan, nak bawak Sofia mesti banyak charge kan? Suami aku? Duduk rumah diam-diam. Girls trip only!

Lagi satu kan… bagi aku benda ni akan buat korang lagi nak cepat-cepat book thru Traveloka ni adalah korang boleh buat monthly installment kat Maybank. See guys, korang boleh buat planning cuns punya to any destination untuk vacationnn uolsss mulai sekrang. Yes, sekarang. Last skali aku nak bgtau pasal Traveloka ni and kompem benda best giler2 punye lah adalah korang boleh set price alert tau melalui apps Traveloka ni. Kiranye if korang ade nak pergi satu-satu tempat tu tapi tunggu promo untuk pergi sana, jangan risau lah, Traveloka boleh notify kalau tmpat yang kita nak pergi tu ade promo time sekian2. Seeeeee…. Nampak tak bestnye pakai Traveloka ni. Jadi korang tunggu ape lagi? Pergi cepat download apps Traveloka sekarang. Kang ade yang melepas I tak tahu k? Yang paling pntg skali, I dah inform koranggg.  Tunggu korang nak ke tak nak jer….

Jadinya, aku pun search lah flights to London booking kat website Traveloka sana. Kompemlah banyak flights kan yang korang akan jumpe punye. Bagi aku, itu ikut korang lah kan nak pilih yang mana satu sebab yang nak dok lelame ke sekejap ke kat dlam flight tu nanti korang tau bukan aku. Hahahaha.

Untuk aku lah kan, aku suke tmpat duduk yang selesa and besar, of course nak semua benda-benda yang best boleh dapat, kirenye ni dah baguih sangat tau flight tu. Aku pun terus search emirates Malaysia flight booking taw. Aku start suka dengan Emirates Malaysia ni since member ak dok cerita pasal masa naik flight ni lah. Masa die cerita tu, muka die happy tak tahan wooo… Jadi ak pun teringin lah nak tau best ke idok flight tu kan…. And lepas aku dah usha-usha yang berkaitan and aku pun happy dengan semua yang related, Alhamdulillah, aku dah book dah satu date nak pg London dengann member-member ak. Happy die tak terkate wooo… Tarikh berlepas? 29 Februari 2021.

So, korang tunggu ape lagi.. Pergi bukak Traveloka tu cepat-cepat mana tau ade yang korang terpikat. Memang tak rugi lah dengan Traveloka ni. Menyenangkan aku yang nak travel tapi bajet cukup-cukup je ni. Dah lah boleh book flight and hotel kat satu apps, plus boleh dapat banyak diskaun lagi! Fuhhh. Terbaik lah Traveloka.

Randomeness

#JakelBarulahRaya Memperkenalkan Duta Baru Abam Bocey sebagai Penyelamat Plus Size

Tuesday, May 14, 2019

Assalamualaikum. Hai semua.

Celik tak celik dah masuk Ramadhan ya. Rasa macam baru je bersalinkan Sofia tup tup dah puasa dan juga raya. Then, Sofia pun dah nak setahun dah. Fuhhh.

Raya tahun ni meriah sikit sebab ada Sofia. Persiapan fokus kat dia. Takpelah barang ibubapa tak ada pun, asalkan Sofia lengkap. Hehe. Sindrom parents begini lah ya. Apa nak buat, sayang punya pasal. Hahhaa.

Bila nak cari baju Sofia ni yang buat aku pening ni. Mana nak cari design yang cantik, selesa dan juga berpatutan? Haaa alang-alang ada event Jakel di Shah Alam, aku pun tumpang sekaki cari baju Sofia. Meh lah aku cerita sikit tentang promosi dan inovasi Jakel.

Jakel tahun ni istimewa sebab Jakel ada memperkenalkan inovasi yang berguna untuk pelanggan setia mereka. Setiap rekaan dan design duta-duta Jakel ada keunikan tersendiri. Antara Duta Jakel ialah Aaron Aziz, Awal Ashari, Nabil Ahmad, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Scha Al Yahya, Ayda Jebat, Yusuf Iskandar, Lara Alana dan juga Upin Ipin. Tahun ini Jakel secara rasmi telah memperkenalkan duta terbaru dari kalangan plus size iaitu Abam Bochik.


Wahh. Tahniah Abam Bocik atas rezeki anak ya. Akhirnya warga plus size macam iolss tak perlu risau nak cari baju raya kerana range Abam Bocik sangat besar iaitu sehingga 5XL. Ini tertakluk juga taw kepada saiz perempuan. Yeayyy. Boleh lah nak melaram pakai baju Ayda Jebat lepas ni. Fuhhh.

5 Mei yang lepas, Wisma Jakel Shah Alam telah dimeriahkan dengan kehadiran Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Abam Bocik, Upin Ipin dan juga Ayda Jebat. Memang sesak ya pagi tu sebab Jakel ada offer BAUCAR BAJU RAYA kepada 100 pelanggan pertama yabg membeli baju melayu. Tak tahu lah dari pukul berapa mereka berdiri. Memang salute lah!

Tahu tak selepas ni korang boleh beli barangan Jakel hanya melalui online? Yaa. Betul. Jakel telah melancarkan website ecommerce mereka iaitu www.jakelstore.my! Senang sangat nak shopping selepas ni. Tak perlu mengharungi lautan manusia! Warghhhh.

Lelong lelong lelong! Jakel offer lelongan harga tak masuk akal hingga 95% sehingga malama raya! Everyday got lelong maaa! Happy hour sehingga malam raya taww. Jadi jangan lepaskan peluang grab harga waktu happy hour!

Tahu tak korang yang baju raya Nabil Ahmad ada hidden zip di bahagian tangan? Yeapp! Disebabkan pattern baju Nabil agak slim fit dan menyukarkan untuk mengambil wuduk, Jakel telah menambahkan zip di lengan dan juga bahagian tepi baju untuk keselesaan pelanggan. Haaa. Jakel dengar taw feedback customers. Baju Ayda Jebat pun juga begitu, ditambah zip di tangan untuk mudah ambil wuduk ataupun menyinsing lengan basuh pinggan di dapur! Hahaha. Tak ada alasan untuk tidak membantu ibu di dapur hehe.



Baju duta yang lain ditambah baik dengan pilihan warna yang pelbagai, kualiti kain yang semakin baik dan selesa dan juga perincian jahitan juga semakin diteliti supaya pelanggan gembira memakai baju raya Jakel semasa hari raya. Tahniah Jakel!

Kurta dan juga pakaian kanak-kanak juga menjadi tumpuan pelanggan ke Jakel tahun ini. Cantik-cantik semua design dan aku kekadang blur kejap nak pilih design untuk Sofia. Memang rambang mata dibuatnya. Haha.


Jakel ni semua jenis pilihan ada. Baik dari kanak-kanak hinggalah ke orang tua. Kiranya Jakel ni One Stop Centre untuk rakyat Malaysia. Korang dah tak perlu risau mana nak cari baju cantik-cantik. Semestinya Jakel pilihan korang!

Kalau malas nak meredah lautan manusia, bolehlah shopping di Jakel Store!




#SchaReview - Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature

Thursday, April 11, 2019


Assalamualaikum. Hai guys!


Pernah tak korang rasa muka berminyak, tak selesa, kusam dan rimas terutamanya selepas balik dari kerja ataupun keluar berjalan dengan family or friends? Yes! Itu lah apa yang Scha alami everyday selepas balik kerja. Rasa nak bertapa dalam shower tapi hakikatnya tak boleh sebab Sofia mengamuk. Haha #momslife

Tapi, thankfully ada Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature sebab boleh rasa kesegaran selepas cuci muka seperti rawatan spa! Yeapp. Tak tipu okkk.

Bubble dia banyakkk and muka tak rasa tegang selepas cuci. Tahu tak kalau korang cuci muka dan kulit muka rasa tegang je itu bermakna produk tu tak sesuai untuk korang? Itu tanda kena beli produk baru and Scha suggest Aloe AC Clean Bubble Cleanser!


Nampak tak buih-buih kecil bubble cleanser ni? It's is so watery and soft on skin!

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ada aloevera dan juga minyak tea tree sekaligus melembapkan kulit dan memberi kesegaran yang maksima! Bubble Cleanser ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit iaitu berminyak, kering mahupun combination skin. So jangan risau okay. Semua orang boleh try bubble cleanser ni.

Jom lah Scha tunjuk step by step guna Aloe AC Bubble Cleanser ni 💖





Tara! Bersih kan? Lama-lama guna insya-Allah jerawat pun segan nak muncul sebab bersih sangat. Haha. Untuk yang oily skin, jangan risau ok, sebab Aloe AC Bubble Cleanser ni akan membersihkan lebihan minyak di muka, rasa moist jee. Segar gitu! Make sure selepas guna makeup, bersihkan muka dengan Bubble Cleanser ni. Muka akan rasa fresh and selesa!

Istimewanya tentang Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni ialah asalnya dalam botol berbentuk cecair tetapi apabila dipam, ia akan jadi berbuih. Buih ini lah yang akan membersihkan segala kotoran dalam pori muka kita. Banyak taw buih-buih dia. Cepat meresap ke dalam kulit kita. 

Close up the magic pump! 

See how the pump pumps out the foam? Amayyzingg! 

Bila guna makeup, make sure bersihkan dengan betul ye kalau taknak miss jerawat datang menjengah. Bila Scha gunakan produk ni untuk bersihkan makeup, memang tak perlukan banyak kerja untuk buang sisa-sisa makeup. Cara yang betul sepatutnya kena guna oil cleanser dan kemudian barulah cleanser untuk bersihkan makeup. Tapi bila guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, tak perlu 2 step dah. Sebabnya, bubble cleanser ni kan ada minyak tea tree, makanya boleh buang secara maksimum sisa-sisa makeup. 


Kesan seminggu selepas penggunaan Aloe AC Bubble Cleanser

Selepas seminggu guna secara konsisten iaitu pagi dan malam, Scha rasa kulit lagi bersih terutamanya blackhead and whitehead di sekitar hidung. Memang terasa perbezaan dari sebelum ni. Kulit pun rasa lembap dan lembut je. Tak rasa kulit tegang selepas cuci muka. Tekstur buih yang sangat banyak membuatkan Scha tak sabar nak cuci muka setiap hari. Best kot cuci muka ada buih banyak! 


Rutin harian penjagaan muka:

1. Scrub (seminggu sekali) 
2. Aloe AC Clean Bubble Cleanser 
3. Serum
4. Sunscreen
5. Tinted Moisturiser 


More details:-
Aloe AC Bubble Cleanser
RM 65
150ml
Made in Korea
Ingredients: Aloe Barbadensis Leaf Juice, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil), Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract, Jasminum Officinale (Jasmine) Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract




This product is truly amazing. Sangat tak memberi ketegangan di muka dan juga kulit terasa bersih dan segar selepas rutin cucian. Isipadu produk pun agak banyak dan menjimatkan wang poket korang. Mana nak beli Aloe AC Bubble Cleanser ni? Boleh refer information di bawah. Happy shopping! 


🍁Company : Hansaegee Nature

#hansaegeenature #hansaegee #aloeacbubblecleanser


Randomeness

Symptoms of Pretending to be Organized Disorder (POD)

Saturday, April 06, 2019


Assalamualaikum. Hai guys!


An organized home after a long day at work is what we sought for, giving us peace and clarity to enjoy the home. Imagine your house being up for sale and having all that clutter out of sight brings good and positive vibes to your potential buyers. However, there are pretenders who pretend to be organized with the facade of an organized life that masks many ugly truths. There are some signs that you are suffering from Pretending to be Organized Disorder (POD).

1) Your things are always missing but appear out of nowhere

You may look like you are always running around the house looking for your things through the cupboards and drawers of every corner. At times, your items don’t belong there because you want it to look squeaky neat and tidy. But, when it comes to finding your keys, your lipsticks or your favourite mug, the last place you will head to is the bathroom vanity. You probably wondering how did it get there and when the time is right, it appears.

2) Your bedroom is immaculate

Your tiny abode is where your stuff dreams are made of and we are talking about your clean sheets, uncluttered bedsides and the waft of your scented candle lingering across the air. While the surface sounds serene and dreamy, let’s move on to under your bed. All your clothes, your old toys, outdated magazines are piling under the bed like a scene from horror film. When you pushed the piles out from your bed, you will realize that it is a huge nightmare to un-clutter them.

3) You have books on organized but not in practice

You have probably read a book ‘The Life-Changing Magic of Tidying Up’ by master organizer, Marie Kondo, she has recently gained fame from her tidying and organizing skills. Then, you found yourself nodding in agreement to many of her points. But, putting them into practice is still not even there yet and it is still marked ‘To Be Confirmed’ like any of your ‘To Do’ list. While you love the idea of being organized, but actually when you put it in practice doing it, you think it’s boring.


4) Your desk is over equipped with stationary that you never intend to use

Everyone loves a well-organized work desk with all their stationary and items in place. It sounds like you don’t need paper clips, don’t need stapler, don’t need hole puncher but who the heck cares. This illusion is pretty well-portray for an organized person like you. In reality, your computer desktop is decorated by 62 images and 59 folders to form an intricate tapestry of chaos.


5) You own a junk cupboard

While junk drawers are for rookies but when you could not fit anything else in, I moved on to a section of my linen closet. Now, my line closet contains an assortment of random things from cat carriers to past bills, socks to cushion inserts that I can’t face throwing out. Sound bursting it may seems, but any of your visitors try opening your junk drawers, they will probably have a headache looking at it.

6) Your garage looks full with your hoardings

Your garage supposedly able to fit two cars but due to your hoarding stuffs, a two cars garage becomes a one car garage. Your refusal of saying goodbye to your old boxes of junk has taken up the space of your garage. I understand where you are coming from and your commitment to only filling it one side. But with the spaces around, you can actually fit a car is consider a great achievement.

7) You often write to-do lists with ridiculously easy achievable goals

There’s always a to-do list and everyday it is filled with a list of errands or task of the day. However, your list of tasks are mostly about ‘eat lunch’, ‘drink water’, ‘work out’ or ‘eat dinner’, the list goes on with this kind of task. Nothing is more satisfying than crossing off your list of to-dos even it is not actually achieving anything.

So, ask yourself again. Are you pretending to be organized disorder (POD)? Is it a good or bad thing? How does it affect your life?


Sofia dah tumbuh dua batang gigi - 9 bulan

Wednesday, March 20, 2019


Assalamulaikum.

Guyss.....

Mimpi ngeri ku sudah sampai.

Sofia dah tumbuh 2 batang gigi sekaligus. Mulanya aku tak perasan. Suami aku yang perasan. Dia rasa mulut sofia. Lepas tu aku pun rasa. OMG. Dah tumbuh 2 batang. Tajam pulak tu!

Aku ingatkan Sofia akan berjalan dulu sebab Sofia asyik nak berdiri jeee. Nak berpaut. Sekali gigi yang datang dulu. Haha. Yeke orang kata baby yang tumbuh gigi dulu lambat berjalan dan sebaliknya? Pernah dengar tak cakap-cakap orang ni?

Makanya,

Bila Sofia dah tumbuh gigi ni, tanggungjawab kami lah untuk jaga gigi budak kecik ni. haha. Harap-harap dapat garang dengan Sofia supaya gigi dia lagi cantik dan sihat dari gigi ayah dan ibunya.

Mimpi ngeri?

Yeapp. Mimpi ngeri dia akan gigit breast kalau dia geram. Dah pernah rasa wehhh. Seksa oiiii. Bertabahh lahhh Scha..................................


Tanda-tanda nak tumbuh gigi

1. Air liur meleleh
2. Nak hisap je, nak masukkan something dalam mulut dan gigit
3. Fussy - kekadang bayi asyik nak melekap je dengan ibu, jadi clingy
4. Tak boleh tidur malam - anak tak selesa tidur malam debab gigi nak tumbuh

Tips penjagaan gigi untuk bayi

1. Bila dah tumbuh gigi, buat appointment dengan Doktor gigi.
2. Gunakan berus gigi atau kain yang lembut untuk anak
3. Gunakan ubat gigi yang ada low amount of fluoride. Ubat gigi bayi ada dijual di farmasi
4. Jangan biarkan anak tidur dengan botol di mulutnya sebab kesan gula dari susu boleh menyebabkan gigi cepat rosak

Tricks untuk anak yang meragam

1. Buatkan homemade icecream daripada susu ibu atau susu formula untuk bayi bawah umur 6 bulan. 6 bulan ke atas boleh juga buatkan icecream susu + buah.
2. Belikan teether untuk dia mengigit
3. Perhatikan keadaan sekeliling agar selamat. Nanti ada pula dia makan macam-macam nanti.
4. Make sure keadaan lantai, karpet bersih.

Any information will update later! ❤ 

Little Maryam Sofia - niche blog bertukar

Thursday, March 14, 2019


Assalamualaikum. Hai semua!


Setelah di timbang-tara, Scha nak tambah niche blog ni iaitu Parenting. Parenting merangkumi semua aspek iaitu dari melahirkan, menyusukan dan juga membesarkan anak. I'm just a mom and still clueless about how being a good mom. Scha nak share dengan korang my life, cabaran and how I overcome it. So, phewww. It's still a longgg way to go and I freaking miss blogging. Hehe.

Bare with me guys!

^^

NICOL DAVID BERSARA SELEPAS 20 TAHUN

Tuesday, February 19, 2019


Assalamualaikum. Hai semua!

Pagi ni buka Twitter dapat info yang Nicol David, Ratu Squash kita akan bersara June nanti.

It’s OFFICIAL!
I’m truly happy and excited to be sharing with everyone that I’m retiring in June. I’d like to thank everyone for supporting me and all your love in the last 20 years and it’s time for new and exciting opportunities to come. #thedreamremains https://t.co/w3bH5tC2eg


Terima kasih Nicol sebab mengharumkan nama negara ribuan kali. Harap Nicol dapat melatih generasi baru dan Malaysia sekali lagi menjadi Nombor 1 di dunia selepas Nicol David. Chaiyokk! 

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook