• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

The Untold Story by Scha Nazri

.
Hari raya ketiga. 7 am. Pagi tu aku rasa anak dalam kandungan kurang bergerak. Even kiraan gerakan anak bermula jam 9 am, tapi selalunya kalau aku bangun or mengiring kiri dan kanan, akan rasa pergerakan anak. Tapi pagi tu, entah. Rasa lain macam, tak sedap hati. 

Tanya si suami,

'Abang, rasa anak kurang gerak lah.'

'Yekeh? Kalau macam tu, doktor suruh buat apa?.' tanya suami.

'Doktor suruh ke hospital terus.'

Apa lagi, terus suami suruh bersiap ke hospital. Barang baby memang dah ada tersedia dalam kereta. Aku pun mandi, sarung baju and tudung and terus ke bahagian kecemasan wad ibu dan anak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). 

Sampai sana, beritahu masalah aku, nurse terus suruh masuk wad. Actually, aku dah cuak. Sebab aku ingat nak check je keadaan baby. Doktor check degupan jantung guna ECG and doktor beritahu yang bacaan jantung kurang cantik. Doktor suruh induce sebab kandungan aku pun dah matang, dah 39 minggu 1 hari masa warded. Berdesup jantung aku berdebar sebab rasa macam tak ready, takut semua ada. Bila fikir nak kena seluk, lagi meremang dibuatnya. Rasa nak lari pun ada.......

Jadinya, terus ditempatkan ke Wad Kenanga. Doktor beri penerangan esok akan dimasukkan ubat untuk percepatkan kontraksi a.k.a induce. Aku angguk tenang sebab tak tahu perasaan diseluk tu macam mana. Masih boleh bertenang malam pertama tu.

Esoknya, pagi dalam 5am, nurse kejut nak check jantung baby. Boleh tahan penat sebab nak baby tu aktif agak sukar. Digerak-geraknya perut aku bagi baby gerak. Hmm, suka tidur macam ibunya. Haha. Then, time to induce. 

Doktor seluk, and terkejut aku macam kena renjatan elektrik. Sampai ternaik-naik punggung aku. Sakit dia hanya tuhan yang tahu. Ni baru kena seluk. Tak rasa lagi contraction. Dah lah tak boleh naik punggung, tapiii, sakit kottt, konpem naik punya lah lagi-lagi first baby. Nak lembutkan badan pun susah. Sebab sakit. ahhaha. Doktor masukkan ubat dan suruh aku berehat 2 jam jangan bangun berdiri. 

Time ni dah rasa dah sakit sekejap-sekejap. Pinggang sakit. Nak gerak pun susah. Mulut tak habis zikir Nabi Yunus, 

"Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Tapi, dalam petang macam tu, sakit dah kurang. Tak rasa sakit dah.

Hari kedua pun repeat procedure yang sama. Dah buka 2 cm untuk hari kedua.

Hari ketiga. Check bukaan pagi tu, dah 4cm. Okay. Now it's time. Fuhh. Nebes toksah cakaplah. Dah prep ke labor room and suami boleh masuk teman.

Dalam labor room.

Nurse, bidan pasangkan CTG untuk monitor heartbeat baby. Doc pula masukkan urine tube. Haa yang ni part aku paling tak tahan. Seriuss. Ngiluuuuuu. Doc seluk balik tapi rupanyaaaa bukaan baru 3cm. And then doc decide nak pecahkan air ketuban. Alhamdullilah air ketuban clear.

Tunggu. Seluk. Tunggu. Seluk. Nak makan tak boleh, hanya boleh minum air kosong je.

10 jam berlalu. But bukaan masih 4cm. Pakai ubat contraction pun tak jalan. Aku pun dah lemah sangat sebab dah 10 jam tak makan apa pun. Lapar. Dalam fikiran, operate je lah doc. Czer pun czer lah.

9pm doc decide nak emergency czer sebab jantung baby dah kurang aktif. Masuk LR pukul 9.45 pm, Alhamdullilah, 10.12pm, Maryam Sofia selamat dilahirkan. Berat 3.95kg. Doctor yang sambut tu sampai tak larat nak keluarkan Sofia sebab berat sangat. hahaha. Hanya perkataan Alhamdullilah yang mampu aku cakap time tu. Masa tengah jahit tu, nurse bawa baby ke arah aku, dapatlah cium bau syurga. Alhamdullilah.

Sakit tak czer? Masa operate tu memang tak rasa cuma kau akan rasa badan kau digoyang-goyangkan. hahahaha. Nak cucuk ubat bius pun seram tapi memang time ni aku selawat je banyak-banyak. Dalam tu siap pasang lagu raya okkk punyalah meriah. Dah lah doctor pembantu lelaki, pembantu bilik bedah pun lelaki, tapi iols redha je lah. Malu jugak tapi nak buat macam mana. Selepas dijahit, doctor cakap kesan jahitan cantik, boleh try normal untuk second delivery. Alhamdullilah syukur tak terkata.

The azab part was, AFTER kesan bius habisss. Uiiii mak aihh. Time tu dah masuk wad, baby pun dah masuk jugak. Ayah, mama dan suami dapat tengok sekejap baby lepas tu kena balik rumah. huhu. Baby dah merengek nak susu, so nurse letakkan baby di sebelah aku and aku susukan baby secara baring mengiring. Sakit kat bawah jangan cerita lah....... Bisaaaaaaa.....

Like aku literally susah nak bangun. Kena baca bismillah baru boleh bangunkan badan. Dah lah after czer kena stay ward 2 hari untuk pantau luka. Subuh tu mama datang, mandikan aku. Mandi wiladah. Lega tak terkata.

Malam kedua boleh pulak Sofia meragam dari pukul 1 pagi sampai 5 pagi. Tak pastilah apa yang dia nak. Blurr aku. Dah lah first time mom, clueless. Nurse pulak sibuk. Segan plak dekat orang kat wad sebab Sofia menangis je. haha. Sampai naiklah BP aku time tu. Penat. Tapi aku tahan je lah sebab dah jadi ibu, kenalah belajar macam mana nak handle penat.

Akhirnya, hari yang dinanti telah pun tiba. Hari untuk keluar wad. Duduk wad seminggu boleh jadi stress hahaha sebab tak ada pembantu nak tolong. Macam mana aku boleh tahan stay sana 2 hari dengan baby pun aku tak tahu. Syabass diriku!

Aku berpantang di rumah maklong di kampung. Sebab maklong ada pengalaman handle cucu pertama dia. Mama aku dah lupa dah cara nak jaga baby. ahhha. Pakaikan pampers pun terkial-kial. Suasana kampung sangat mendamaikan. Tenang je rasa. Ayah mak aku hari-hari akan datang rumah maklong untuk tengok baby and bekalkan ikan lauk pantang. My pantang was awesome! Syukur suami cuti paternity sebulan dan kami bersama-sama jaga Sofia and belajar parenthood.

Aku rasa nak share tentang breastfeeding and I think this is important to mommy-to-be. Insya-Allah aku akan cuba share ilmu dengan korang okk!

Maryam Sofia dan 5 bulan. Bulan ni dah boleh makan dahhh! Sorry guyssss. Lama dah aku peram cerita ni. Tak ada masa kononnyaaa. hehe.


Jumpa lagi next entry!



Share
Tweet
Pin
Share
1 DOA SCHA MURAH REZEKI
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

A daughter, wife, mom and Takaful Consultant

29 years old

011-10826991

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • ►  2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
  • ►  2020 (4)
    • ►  November 2020 (2)
    • ►  October 2020 (1)
    • ►  April 2020 (1)
  • ►  2019 (9)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  September 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (2)
    • ►  February 2019 (1)
  • ▼  2018 (8)
    • ▼  December 2018 (1)
      • Pengalaman bersalin Maryam Sofia di HTJ, Seremban
    • ►  September 2018 (1)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (12)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (1)
    • ►  August 2017 (2)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  April 2017 (2)
    • ►  January 2017 (1)
  • ►  2016 (13)
    • ►  December 2016 (1)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  September 2016 (3)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (1)
    • ►  May 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (2)
  • ►  2015 (77)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (2)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (5)
    • ►  August 2015 (6)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (5)
    • ►  May 2015 (6)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (6)
    • ►  February 2015 (7)
    • ►  January 2015 (27)
  • ►  2014 (173)
    • ►  December 2014 (24)
    • ►  November 2014 (24)
    • ►  October 2014 (35)
    • ►  September 2014 (26)
    • ►  August 2014 (24)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (4)
    • ►  May 2014 (3)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (1)
    • ►  February 2014 (2)
    • ►  January 2014 (3)
  • ►  2013 (28)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  November 2013 (5)
    • ►  October 2013 (7)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  March 2013 (1)
    • ►  February 2013 (1)
    • ►  January 2013 (8)
  • ►  2012 (73)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (1)
    • ►  October 2012 (2)
    • ►  September 2012 (3)
    • ►  August 2012 (7)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (5)
    • ►  May 2012 (3)
    • ►  April 2012 (13)
    • ►  March 2012 (14)
    • ►  February 2012 (8)
    • ►  January 2012 (8)
  • ►  2011 (169)
    • ►  December 2011 (5)
    • ►  November 2011 (9)
    • ►  October 2011 (9)
    • ►  September 2011 (5)
    • ►  August 2011 (18)
    • ►  July 2011 (24)
    • ►  June 2011 (38)
    • ►  May 2011 (23)
    • ►  April 2011 (8)
    • ►  March 2011 (8)
    • ►  February 2011 (8)
    • ►  January 2011 (14)
  • ►  2010 (138)
    • ►  December 2010 (21)
    • ►  November 2010 (7)
    • ►  October 2010 (5)
    • ►  September 2010 (11)
    • ►  August 2010 (9)
    • ►  July 2010 (13)
    • ►  June 2010 (25)
    • ►  May 2010 (36)
    • ►  April 2010 (8)
    • ►  March 2010 (2)
    • ►  January 2010 (1)
  • ►  2009 (41)
    • ►  December 2009 (3)
    • ►  November 2009 (2)
    • ►  October 2009 (1)
    • ►  September 2009 (1)
    • ►  August 2009 (1)
    • ►  July 2009 (1)
    • ►  June 2009 (1)
    • ►  May 2009 (4)
    • ►  April 2009 (6)
    • ►  March 2009 (7)
    • ►  February 2009 (7)
    • ►  January 2009 (7)

Created with by ThemeXpose