maryam sofia

Pengalaman bersalin Maryam Sofia di HTJ, Seremban

Monday, December 03, 2018

.
Hari raya ketiga. 7 am. Pagi tu aku rasa anak dalam kandungan kurang bergerak. Even kiraan gerakan anak bermula jam 9 am, tapi selalunya kalau aku bangun or mengiring kiri dan kanan, akan rasa pergerakan anak. Tapi pagi tu, entah. Rasa lain macam, tak sedap hati. 

Tanya si suami,

'Abang, rasa anak kurang gerak lah.'

'Yekeh? Kalau macam tu, doktor suruh buat apa?.' tanya suami.

'Doktor suruh ke hospital terus.'

Apa lagi, terus suami suruh bersiap ke hospital. Barang baby memang dah ada tersedia dalam kereta. Aku pun mandi, sarung baju and tudung and terus ke bahagian kecemasan wad ibu dan anak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). 

Sampai sana, beritahu masalah aku, nurse terus suruh masuk wad. Actually, aku dah cuak. Sebab aku ingat nak check je keadaan baby. Doktor check degupan jantung guna ECG and doktor beritahu yang bacaan jantung kurang cantik. Doktor suruh induce sebab kandungan aku pun dah matang, dah 39 minggu 1 hari masa warded. Berdesup jantung aku berdebar sebab rasa macam tak ready, takut semua ada. Bila fikir nak kena seluk, lagi meremang dibuatnya. Rasa nak lari pun ada.......

Jadinya, terus ditempatkan ke Wad Kenanga. Doktor beri penerangan esok akan dimasukkan ubat untuk percepatkan kontraksi a.k.a induce. Aku angguk tenang sebab tak tahu perasaan diseluk tu macam mana. Masih boleh bertenang malam pertama tu.

Esoknya, pagi dalam 5am, nurse kejut nak check jantung baby. Boleh tahan penat sebab nak baby tu aktif agak sukar. Digerak-geraknya perut aku bagi baby gerak. Hmm, suka tidur macam ibunya. Haha. Then, time to induce. 

Doktor seluk, and terkejut aku macam kena renjatan elektrik. Sampai ternaik-naik punggung aku. Sakit dia hanya tuhan yang tahu. Ni baru kena seluk. Tak rasa lagi contraction. Dah lah tak boleh naik punggung, tapiii, sakit kottt, konpem naik punya lah lagi-lagi first baby. Nak lembutkan badan pun susah. Sebab sakit. ahhaha. Doktor masukkan ubat dan suruh aku berehat 2 jam jangan bangun berdiri. 

Time ni dah rasa dah sakit sekejap-sekejap. Pinggang sakit. Nak gerak pun susah. Mulut tak habis zikir Nabi Yunus, 

"Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Tapi, dalam petang macam tu, sakit dah kurang. Tak rasa sakit dah.

Hari kedua pun repeat procedure yang sama. Dah buka 2 cm untuk hari kedua.

Hari ketiga. Check bukaan pagi tu, dah 4cm. Okay. Now it's time. Fuhh. Nebes toksah cakaplah. Dah prep ke labor room and suami boleh masuk teman.

Dalam labor room.

Nurse, bidan pasangkan CTG untuk monitor heartbeat baby. Doc pula masukkan urine tube. Haa yang ni part aku paling tak tahan. Seriuss. Ngiluuuuuu. Doc seluk balik tapi rupanyaaaa bukaan baru 3cm. And then doc decide nak pecahkan air ketuban. Alhamdullilah air ketuban clear.

Tunggu. Seluk. Tunggu. Seluk. Nak makan tak boleh, hanya boleh minum air kosong je.

10 jam berlalu. But bukaan masih 4cm. Pakai ubat contraction pun tak jalan. Aku pun dah lemah sangat sebab dah 10 jam tak makan apa pun. Lapar. Dalam fikiran, operate je lah doc. Czer pun czer lah.

9pm doc decide nak emergency czer sebab jantung baby dah kurang aktif. Masuk LR pukul 9.45 pm, Alhamdullilah, 10.12pm, Maryam Sofia selamat dilahirkan. Berat 3.95kg. Doctor yang sambut tu sampai tak larat nak keluarkan Sofia sebab berat sangat. hahaha. Hanya perkataan Alhamdullilah yang mampu aku cakap time tu. Masa tengah jahit tu, nurse bawa baby ke arah aku, dapatlah cium bau syurga. Alhamdullilah.

Sakit tak czer? Masa operate tu memang tak rasa cuma kau akan rasa badan kau digoyang-goyangkan. hahahaha. Nak cucuk ubat bius pun seram tapi memang time ni aku selawat je banyak-banyak. Dalam tu siap pasang lagu raya okkk punyalah meriah. Dah lah doctor pembantu lelaki, pembantu bilik bedah pun lelaki, tapi iols redha je lah. Malu jugak tapi nak buat macam mana. Selepas dijahit, doctor cakap kesan jahitan cantik, boleh try normal untuk second delivery. Alhamdullilah syukur tak terkata.

The azab part was, AFTER kesan bius habisss. Uiiii mak aihh. Time tu dah masuk wad, baby pun dah masuk jugak. Ayah, mama dan suami dapat tengok sekejap baby lepas tu kena balik rumah. huhu. Baby dah merengek nak susu, so nurse letakkan baby di sebelah aku and aku susukan baby secara baring mengiring. Sakit kat bawah jangan cerita lah....... Bisaaaaaaa.....

Like aku literally susah nak bangun. Kena baca bismillah baru boleh bangunkan badan. Dah lah after czer kena stay ward 2 hari untuk pantau luka. Subuh tu mama datang, mandikan aku. Mandi wiladah. Lega tak terkata.

Malam kedua boleh pulak Sofia meragam dari pukul 1 pagi sampai 5 pagi. Tak pastilah apa yang dia nak. Blurr aku. Dah lah first time mom, clueless. Nurse pulak sibuk. Segan plak dekat orang kat wad sebab Sofia menangis je. haha. Sampai naiklah BP aku time tu. Penat. Tapi aku tahan je lah sebab dah jadi ibu, kenalah belajar macam mana nak handle penat.

Akhirnya, hari yang dinanti telah pun tiba. Hari untuk keluar wad. Duduk wad seminggu boleh jadi stress hahaha sebab tak ada pembantu nak tolong. Macam mana aku boleh tahan stay sana 2 hari dengan baby pun aku tak tahu. Syabass diriku!

Aku berpantang di rumah maklong di kampung. Sebab maklong ada pengalaman handle cucu pertama dia. Mama aku dah lupa dah cara nak jaga baby. ahhha. Pakaikan pampers pun terkial-kial. Suasana kampung sangat mendamaikan. Tenang je rasa. Ayah mak aku hari-hari akan datang rumah maklong untuk tengok baby and bekalkan ikan lauk pantang. My pantang was awesome! Syukur suami cuti paternity sebulan dan kami bersama-sama jaga Sofia and belajar parenthood.

Aku rasa nak share tentang breastfeeding and I think this is important to mommy-to-be. Insya-Allah aku akan cuba share ilmu dengan korang okk!

Maryam Sofia dan 5 bulan. Bulan ni dah boleh makan dahhh! Sorry guyssss. Lama dah aku peram cerita ni. Tak ada masa kononnyaaa. hehe.


Jumpa lagi next entry!



Advertorials

Food to Eat at Seah Im Food Centre

Tuesday, September 18, 2018



Food to Eat at Seah Im Food Centre


If you happen to be in Singapore, what good thing to eat? So let me suggest you some good places to feed your hunger in Singapore especially at Seah Im Food Centre!

There are many properties for sale, such as Turquoise Condominium for sale in Singapore. Turquoise is located in Harbourfront. It is strategically located near to Harbourfront MRT station and Vivocity. In addition, it is also near to Sentosa Island where you get to enjoy wonderful time with your family or friends. There is so much more to offer in Harbourfront other than just Sentosa Island

1. Eat 3 Bowls

Eat 3 Bowls is a stall that sells Braised Pork Rice, similar to what you see in Taiwan – Lu Rou Fan. The Braised Pork Rice her is served in a bowl of moist fluffy white rice and topped with braised meat, garnished with spring onions. The braised meat here is not overly fat or overly lean as they have great meat to fat ratio. The gravy that comes from the braised pork is so good that customers have been giving praises to how well it pairs with the rice.


 If rice is not your thing, go for the Intestine Mee Sua, which is similar to the oyster Mee Sua, minus the oyster. The gravy is savoury, vinegary and peppery, and goes well with the Mee Sua and intestine. 

The Salted Crispy Chicken is another must order from Eat 3 Bowls. The fried Salted Crispy Chicken is similar to the fried chicken served in Shihlin Taiwan Street Snacks.

2. Aspirasi Food Stall

Aspirasi is one of the Halal food stalls in Seah Im Food Centre. They are famous with their Nasi Ayam Penyet. Fried chicken thigh served with fragrant white rice and drenched in their homemade sambal to give your tongue a kick. This plate of Nasi Ayam Penyet comes with a bowl of soup as well. The fried chicken thigh is well marinated and well coated with the crunchy batter. The sambal is not overly spicy and comes with a tinge of sweetness that most people would be able to tolerate. You can also help yourself with their crispy crumbs to go with your rice.

3. Farasha Muslim Food

Faraha Muslim Food is also one of the stalls that sells Halal food. The Maggie Goreng Tom Yum has created a buzz among the Malay community, claiming that it is delicious. The Maggie Goreng is filled with Tom Yum flavor and enough Wok Kei, served with a crispy and juicy deep fried chicken thigh.


4. Thaksin Beef Noodle

Thaksin Beef Noodle is a stall that sells Halal Thailand Beef Noodle. Each bowl of noodle comes with Kway Tiao and chucks of beef, served in beef broth that is addictively delicious. The beef noodle served here is definitely a right choice for those who crave for a warm and hearty meal. Do try their Beef Pad Thai if you prefer something dry. Thaksin Beef Noodle is definitely one of the stalls that you need to visit if you crave for Thai food.


5. Cheng Ji Chao Xia Mian Hao Jian

The Fried Hokkien Prawn Mee might look really sloppy but this plate of wet noodle consists of generous amounts of prawns and squid on top of the noodles. Squeeze the lime and mix the Sambal into the noodles to get the perfect balance of Fried Hokkien Prawn Mee. Other than the Fried Hokkien Prawn Noodle, oyster lovers can give the Oyster Omellete a try too.

6. Cai Ji Boneless Duck Rice Porridge

The braised duck is served with either yam rice or white rice, at your own choice. The yam rice here is fragrant and flavorsome, and pairs well with the boneless braised duck. The braised duck meat is moist, fork tender and flavorful after being braised in soy sauce for hours. If you are a meat lover, there are also the Platter for you to indulge in, consisting of braised duck, pig’s ear, pig skin and innards. If you do not feel like having rice, opt for porridge then.

7. Tian Ji Niang Dou Fu

Yong Tau Hu is a well known comfort food, especially during rainy days or for those who are sick. Unlike other Yong Tau Fu stalls, Tian Ji Niang Dou Fu serves bowls with fixed ingredients, consist of fish balls, fish cakes and fried crispy tofu. You get to choose whether to have it served soupy or dry, and your choice of noodle – mee pok, mee kia, yellow noodles or bee hoon. Try their Laksa broth if you prefer something spicy.

Do check out Seah Im Food Centre if you happen to be in the district. If restaurants in Sentosa Island are too expensive, you can always opt to dine in at Seah Im Food Centre as the prices for food here are much more affordable. You will definitely be full and satisfied. Most importantly, they taste good and will leave your taste bud really happy.


Siti Nor Yuwana Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Friday, August 10, 2018


Assalamualaikum.

Siti Nor Yuwana Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Siti Nor Yuwana Zulkifli (kanan)  bersama dengan pengurus pemasaran Unilever Food Solutions, Angeline Ho

28 Julai 2018 yang lepas, Knorr telah menganjurkan satu pertandingan memasak iaitu Cabaran Raja Kuah Knorr yang bertempat di pasaraya NSK, Seremban Negeri Sembilan. Sebanyak 10 peserta telah berhempas pulas memasak untuk memenangi hati juri bagi merebut hadiah yang sungguh lumayan. Peserta perlu memasak 3 jenis masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (santan dan kunyit) dengan menggunakan stok ayam Knorr Fuhh, kalau aku lah masak, memang tak dapek, kelaut jadinya kalau aku masak lauk pauk tradisional masakan melayu. Tak habis menuntut lagi. hehe

Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 sedang meneruskan usaha untuk  menghayatkan penghargaan baru untuk hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia.

Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini berfokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu hidangan kari, kicap dan masak lemak.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menggelitik selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr. Tahun ini, kami telah mengadakan perkongsian khas dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia dan rakan ‘Cash & Carry’ kita yang terbesar. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci. Ini hanyalah beberapa jenis produk yang dapat saya namakan! ” Nusrat berkata.

Akhirnya, hasil penat lelah Siti Nor Yuwana membuahkan hasil. Beliau mempersembahkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda. Selain itu, Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya menjadi pilihan Siti untuk dipertandingkan sekaligus berjaya memenangi hati pihak juri.

Hidangan masakan pemenang Siti (dari kanan) Kari Ayam Warisan Bonda, Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya.

Pihak juri pun bukan calang-calang taw. Chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah sebulat suara menobatkan hidangan lauk Siti sebagai Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018. Para juri menitikberatkan kebersihan, penampilan dan cita rasa hidangan sebagai kriteria dalam menentukan juara. 

Para  juri yang mengadil (dari kiri) Chef Professional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din, chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo) dan pengarang majalah Saji Rosmarlinda
Kamarudin.


Siti Nor Yuwana membawa pulang hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper. Ya Allah, pakej umrah tuuu. Kalau lah tahu dari awal hadiah selumayan begini, aku paksa diri aku masuk pertandingan ni (tapi dalam mimpi lah).

Pemenang lain untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 bertuah termasuk:
  • Naib johan Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor menerima tunai RM10,000 beserta hamper
  • Pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan, 39, mendapat tunai RM6,000 dan hamper
  • 7 pemenang saguhati menerima tunai RM1,000 beserta hamper.
Juara Siti Nor Yuwana Zulkifli (tengah), naib johan Fazerina Ibrahim (ketiga dari kanan) dan pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan (ketiga dari kiri) bersama dengan para juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2018:  Chef Mohd Johari Edrus (keempat dari kiri), Unilever Food Solutions Chef Mohd Hadzrin Mohd Din (keempat dari kanan) dan pengarang majalah Saji Rosmarlinda Kamarudin berserta pengurus cawangan NSK Seremban 2 Lim Chin Lai (kedua dari kanan) dengan pengurus pemasaran operator UFS Nadia Mohd Irwan (di kanan), pengurus pembangunan pelanggan UFS Amri Yusof (kedua dari kiri) dan pengurus pemasaran UFS Angeline Ho (di kiri).

Unilever Food Solutions (UFS) ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.

Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!

Tahniah kepada semua pemenang. Harap UFS menganjurkan lagi pertandingan sebegini supaya rakyat sedar akan kepentingan mengendali makanan dengan berhemah. Tahniah sekali lagi!

SchaReview

Shapee Disposable Nursing Pad Menyenangkan Para Ibu

Tuesday, July 24, 2018


*khusus untuk bacaan perempuan*

Assalamualaikum. Hai semua!

Sihat ke? Meh rapat sikit meh. Nak share something ni. Khusus untuk para ibu yang full breastfeeding, bakal ibu, ataupun yang bakal berkahwin tak lama lagi. hehe.

Pernah tak para ibu mengalami apabila berada di luar semasa memakai bra, anda rasa basah? Haaa, lagi-lagi para ibu yang masih baru dalam breastfeeding (BF) ie: masih dalam pantang, sebab time ni lah hormon-hormon penghasilan susu berada di puncak. Hehe. 

Tak ke rasa tak selesa bila kita tengah syiok menyopping beli barang, tiba-tiba je baju kita basah sebab bra bocor dek susu. Dah lah tak selesa, malu pulak kalau orang lain nampak. Dorang bukan faham pun yedak? Nak bergosip je tahu. Si suami pulak dah sibuk marah-marah sebab kata kita malukan dia. Eh, dia ni. Dia yang tak bagi duit, nak membebel pulak. Puk kang!

Haaa, jangan risau! Dengan serendah RM 0.46 sen sekeping, anda mampu mengubahnya. Ececehh. 

Shapee Disposable Nursing Pad come to the rescue!


Pihak Shapee berbesar hati beri aku sample untuk merasai sendiri keberkesanan Disposable Nursing Pad ni. Sekarang pun masih dalam pantang, leaking tu of course ada. Dah naik kepam dah bra aku. hahaa. Meh lah aku cerita tentang Nursing Pad ni.

1) Ultra-Thin Design - 1mm thickness for extra comfort
Yeap. Memang sangat nipis. Rasa macam tak ada apa-apa benda kau letak kat bra tapi padahal ada


2) Dri-Comfy Technology – stay dry for longer hours
Aku guna ni almost 10 jam, but still kering. Power tul teknologi depa ni.

3) Ultra-Water Absorber – absorb up to 55ml breastmilk
Fuhh, tengoklah berapa dia serap. Patutlah rasa selesa je.

4) 3D shaped design – comfortably and discreet fit even when wet
Yesshhh. I like the design. Menutupi betul satu kawasan bra tu.

5) Leak Proof Coverage – lock core helps absorb breastmilk for long lasting protection
No wonder lah takde leaking. Selesaaa sisss.

6) Double Anti-Slip Adhesive Strips – Peace of mind when on-the-go
Yeapp. Ada pelekat so that bila kita aktif, nursing pad ni tak bergerak.


7) Made in Korea
Hangpa kan suka produk dari Korea ni. Tak main lah Made in China okkk.

Harga pengenalan cuma, RM 13.90.
Harga runcit, RM 18.90.
Satu kotak, ada 30 pcs.

But, jangan risau! Pembaca www.schanazri.com ada diskaun okkk! Iolss baikk taw.

Korang pergi shopping dekat http://www.theshapee.com/disposable-nursing-pad-(30pcs

Pilih Shapee Disposable Nursing Pad, Add to Cart,

Nak checkout, hanya masukkan code ni ➝➝➝ 10dnpblogger09

And enjoy 10% discount you alls!

HAPPY SHOPPING! THANK ME LATER MOMMIES!

💕

anak

Maryam Sofia, Pelengkap Keluarga Kecil Kami

Friday, July 20, 2018


Assalamulaikum.


Alhamdullilah. Alhamdullilah. Alhamdullilah.

Seketul Scha telah selamat melahirkan seorang puteri ke keluarga kecil kami. Harini, 20 Julai 2018 dah genap sebulan anak kami.

Tarikh: 20 June 2018, 6 Syawal 1439H
Masa: 10.12pm
Tempat: Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, NSDK
Cara kelahiran: Emergency Csect

Nama diberi, Maryam Sofia binti Muhayat Ajwad. 

M for Muhayat, S for Syazana.


1 day old


A month old. Baru lepas kena cucuk. haha

Sesungguhnya, 5 hari kat hospital adalah pengalaman sakit dan baru bagi seorang perempuan yang pertama kali menjadi ibu. Nanti aku cerita pengalaman masa proses kelahiran. Bila aku teringat je masa aku delivery, fuhhh, boleh rupanya aku hadap. Aku fikir dah sampai hujung nyawa dah. Haha.
Alhamdullilah. Semuanya selamat.

Tu je lah short update. Tangan gatal nak blog balik and harap boleh lah bahagikan masa dengan baikknyaaa.

Hidup aku akan bertukar 360 darjah selepas lahirnya Maryam Sofia. Mampu kah aku?



Randomeness

10 Steps to Cultivate Lifelong Learning

Monday, April 02, 2018


10 Steps to Cultivate Lifelong Learning

Hey there!



1.                   Clean out your input

Some forms of learning, such as blogs and online articles, are easier to mentally digest compared to books and paper. However, they often lack substance. Blogs and news websites can be a good source of information and ideas; however, they tend to be inflated with advertisements and articles that you often skim and skip over. You can only read about a penanghouse for rent so many times before you automatically skip through it on autopilot. Thus, you should make it a point to regularly clean out your learning input. This keeps your intellectual input sources more substantial and of more substance. Purify your input by keeping and focusing only on what counts.

2.                   Always have a book

Reading is one of the easiest ways to continuously learn. However, not all of us can set aside an hour or so each day to read. To combat this, make a few conscious decisions to subtly and subconsciously push your literary effort forward. It doesn’t matter if you’re a slow or fast reader. Sometimes all of us can benefit from a bit of gentle prodding. You can try to always have one book that you are currently reading. Make it a habit to keep the book on your person so that you are reminded to finish the book. This also allows you to read it whenever you have some free time on your hands. The few minutes in-between activities can add up to a lot, and this can help you reach your reading goals.

3.                   Keep a “to-Learn” list

We have all heard of to-do lists. These are a list of tasks we want to accomplish. However, have you heard of a to-learnlist? You can keep a list of ideas for new areas to study. This could be a new language, a new skill or even a new reading endeavor. Keep a list of current ideas you want to explore and expand and add to the list as you go along. This keeps your learning goals physically manifested and at the forefront of your mind.

4.                   Remember to think

Reading widely and diversely is a good way of learning something new. However, reading too much and thinking too little cognitively handicaps you as well. Avoid just simply reading and studying the wisdom of others and remember that you need to think critically and analytically yourself. After you have learned something new, spend some time researching, questioning and contemplating the ideas that you have learned.

5.                   Unlearn assumptions

An empty mind is easily filled to the brim. However, a mind that is too full is hard to add to. So too is a mind that is too rigid and inflexible. We all have our convictions formed by different things: from our faith, from our ideas, from our education, etc. However, convictions that are too many or too rigid means fewer paths to accept and explore new ideas. As the saying goes, you can’t add water to a full cup. Thus, for each idea you come by, try to maintain a distance from it. Learn to actively seek out information that offers a contradicting angle to your own personal viewpoint.

6.                   Start a project

Not sure how you should start your learning effort? Why don’t you start a project about something you don’t know about? Venture into the unknown. Take that leap of faith! If you don’t know anything about computers, try building one from scratch. Projects like that will force you to learn in a way that is still fun and challenging.

7.                   Follow your intuition

Lifelong learning is a journey in and of itself. There is never a specific expectation or a well-defined end goal. You can compare lifelong learning to wandering through the wilderness. A compass can guide you, but you have to know your own destination. We all have to learn to trust our intuition, for often it is our intuition that guides us the best. Thus, learn to live outside of completely logical decisions and add a bit of whimsy into your learning choices. For in lifelong learning and your journey of self-education, nothing you learn is wrong: any new knowledge is a valuable asset.

8.                   The morning fifteen

We are often the most alert and the most attentive in the morning. This is when our brains are freshly recharged. Thus, try to devote the first fifteen minutes of your morning to your learning endeavors. If you find yourself not much of a morning person, wait a short while for the grogginess to leave you. Don’t wait until later in the day. Get your learning out of the way before other more urgent activities pop up and warrant your attention.

9.                   Put it into practice and reap the rewards

Information that you learn can and should be put to good use. Learning new skills is useless unless you apply it! Put the languages that you’ve learned onto your resume. Utilize your newly learned skills to handle projects that other people would require outside help with. If the knowledge you’ve obtained can be applied, put it into practice. Then reap your rewards with the pride it deserves when your educational efforts are put to good use.

10.               The voice within

Our yearning to learn is seldom persuaded or influenced by external forces. This desire has to come from within you. You hold the keys to your own destiny. Thus, you need to make it a priority in your life Once you have decided that you want to make lifelong learning one of your life’s goals, the rest is still up to you.

Tasneem Naturel Balm Pelengkap Kehidupan Harian Anda

Saturday, January 20, 2018


Assalamulaikum. Hai!

Apa khabar semuaaa? Ada sihat?


Nak tanya sikit.

Korang ada anak kecil umur dari 1 hari hingga ke 5 6 tahun?

Adakah anak korang ada masalah seperti berikut;

1) Liat tidur malam
2) Perut kembung
3) Tantrum
4) Kerap selesema batuk

Haa, jangan risau sebab Scha ada jalan penyelesaiannya! Cewahh. Tak sabar ni nak cerita dengan korang. Sekiranya korang tak kenal dengan produk ni, maknanya memang rezeki korang kalau dah tahu tentang produk ni lepas Scha dah bagitahuu hehe


Tasneem Naturel (TN) Balm ada 4 balm dalam 1 set;

1) Tummy time
2) CF rub (Cough flu)
3) Calm time
4) Sleep time

Apa yang istimewanya TN balm ini?

Well, TN balm ini adalah sejenis balm yang boleh menyelesaikan masalah anak korang. Jikalau anak korang ada masalah yang Scha sebut di atas, insya-Allah TN balm boleh tolong.

Apa kandungan TN balm ni?

TN balm mengandungi pelbagai Essential Oil (EO) yang diyakini boleh membantu mengatasi masalah yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak. Bukan senang nak dapat yer EO ni, sebab EO ni kena melalui pelbagai proses untuk mendapatkan pati aslinya. Jangan tak tahu, di setiap balm TN, ada EO ni tawww. So, sangat berbaloi dan berkhasiat. Khasiat alam gitu. Tengok gambar bawah ni.





Power tak power? Mana nak dapat 1 balm dengan khasiat alam macam ni kan? Meh aku cerita satu demi satu.

1) Tummy time / T-rub


T-rub mampu mengurangkan masalah kembung perut baby. Yelah kan, baby memang selalu ada kembung perut. Sampai kita pun naik risau sekali kan? Aku yang bakal ada anak pun risau kalau anak kembung perut, apatah lagi mak-mak yang ada anak. T-rub ni berfungsi sebagai minyak telon okk. Bukan kata baby, kita pun boleh guna. Aku ni sejak pregnant banyak betul angin dalam badan. Sapu sikit je terus dibuangnya angin tu. Lega gila. Tak tahu lah nak kabor macam mana. haha. Anak susah nak berak pun boleh guna T-rub. Mana tak risau kalau anak dah 3 hari tak yak kan? Calit sikit insya-Allah teruss yakk. 

Keistimewaan T-rub
- membantu membuang toksin dalam badan
- melegakan perut sebu
Kebaikan EO dalam T-rub


Cara Penggunaan Tummy Time
- Sapu pada perut dengan pergerakan I LOVE U dan juga tapak kaki



2) CF-rub (Cough flu rub)



CF-rub ni kira penyelamat aku. Sebab tak tahu lah sejak dua menjak cuaca sejuk gila macam kat London ni, asyik sok sek je hidung aku. Selesema. Calit je CF rub kat hidung je, fuhh terus meleleh selesema aku. haha. Sorry, kotor sikit. hehe. Memang cair betul selesema aku. Sekali dengan kahak. Bukan banyak pun nak pakai, secalit dua je. Tahan berbulan pulak tu. haha.

Antara keistimewaan lain CF-rub
- membantu mencairkan kahak
- membantu menurunkan suhu ketika demam

Kebaikan EO dalam CF-rub


Cara Penggunaan CoughFlu Rub
- Sapu di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada
- Sapu dengan perlahan dan penuh kasih sayang


3) Calm time


Calm time ini fungsi memberi ketenangan kepada tubuh badan khususnya kepada bayi. EO Lavender digunakan dalam balm ni taw. Lavender bau dia ala-ala tenang gitu. Kita bau, pun rasa lega je. Sekiranya kita letih dengan kerja-kerja di pejabat mahupun di rumah, bau lah calm time ni, insya Allah kita akan rasa lebih tenang dan kurang serabut. Bila kita serabut satu apa kerja pun tak jalan kan? Kalau anak kuat meragam pun, calit je Calm time ni, nanti kuranglah ragam dia tu. Calm time ni sangat berguna kalau kita melawat rumah orang ke, anak kan, tak tentu ragamnya. Calit calm time sebelum sampai destinasi, insyaAllah, anak akan lebih terkawal. 

Antara lain keistimewaan Calm time
- meningkatkan mood bagi mereka yang mengalami gangguan tidur
- Minyak pati marjoram menyokong sistem imun tubuh badan

Kebaikan EO dalam Calm Time


4) Sleep time


Anak susah nak tidur malam? Dia aktif main sehingga pukul 12 am? Apa kata korang cuba guna Sleep time ni kat anak korang. Kawan pun guna Sleep time ni kat anak dia. Sapu sleep time pukul 10 pm, 10.40pm dah surrender dahh. Anak-anak kan memerlukan tidur yang cukup untuk tumbesaran yang sihat. Kalau lambat tidur nanti, banyak mendatangkan masalah. Kita pun penat nak layan, anak senang dapat penyakit nanti. Lagi satu, anak yang ada eczema pun boleh guna taw. Kalau anak nak sekolah esok, tidur pukul 12am, macam mana lah nak kejutkan bangun kan? Pagi-pagi dah cranky. haha. So, elok dimulakan dengan awal iaitu melatih anak tidur awal pada malam hari. Tidur yang berkualiti pun penting yer untuk anak-anak, eh tapi kita sebagai orang dewasa pun perlukan tidur yang cukup untuk menghadapi cabaran hari esok. Cewahh

Istimewanya sleep time;
- meningkatkan fokus dan daya tumpuan
- mengurangkan ketegangan otot dan memberi rasa relaks kepada tubuh badan
- membantu mengawal tekanan darah, mengawal corak pernafasan dan menurunkan paras adrenalin iaitu rasa bimbang, marah dan takut


Kebaikan EO dalam Sleep Time


Jom kita tengok testimoni pengguna Tasneem Naturel Balm



Kenapa korang perlu beli Tasneem Naturel?

  • Ada KKM
  • 90% berkesan
  • Bahan semulajadi tanpa bahan kimia
  • Jimat. Tahan sehingga 3 bulan
  • Kecil dan travel friendly
  • Tak panas, tak melekit dan tak pedih
  • Dibuat di kilang OEM bertaraf GMP (good manufacturing process)
  • Lebih daripada 5 jenis EO untuk setiap balm
  • Harga yang seiring dengan keberkesanan dan ramuan setiap balm
SENARAI HARGA TASNEEM BALM 2018



Macamana nak order Tasneem Naturel Balm?

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

IG: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
FB : TASNEEM NATUREL HQ
www.tasneemnaturel.com


Rant

Peraturan Baru Youtube disebabkan kes Logan Paul?

Wednesday, January 17, 2018


Helo!

💕
Peraturan Baru Youtube 2018



Starting today we’re changing the eligibility requirement for monetization to 4,000 hours of watchtime within the past 12 months and 1,000 subscribers. We’ve arrived at these new thresholds after thorough analysis and conversations with creators like you. They will allow us to significantly improve our ability to identify creators who contribute positively to the community and help drive more ad revenue to them (and away from bad actors). These higher standards will also help us prevent potentially inappropriate videos from monetizing which can hurt revenue for everyone.

On February 20th, 2018, we’ll also implement this threshold across existing channels on the platform, to allow for a 30 day grace period. On that date, channels with fewer than 1,000 subs or 4,000 watch hours will no longer be able to earn money on YouTube. When they reach 1,000 subs and 4,000 watch hours they will be automatically re-evaluated under strict criteria to ensure they comply with our policies. New channels will need to apply, and their application will be evaluated when they hit these milestones.

Means:

Untuk monetize video di Youtube (YT), kena ada 4000 views watchtime and 1000 subscribers. Pada tarikh 20 Feb 2018, channel yang ada kurang daripada 1000 subs atau 4000 watch hours tak boleh jana duit daripada YT. Bila dah ada 1000 subs and 4000 watch hours, kena evaluated pulak oleh YT. Amboi, banyaknya syarat dia. 


So sesiapa yang ada YT channel dan Google account, please SUBS my channel. Bagi link kat bawah and Scha akan subs korang balik. KLIK LINK BAWAH NI  👇👇👇


AKU RASA YT BUAT MACAM NI SEBAB KES LOGAN PAUL HARITU. SEBAB DIA DAH MELAMPAU. YANG TERKENANYA SIAPA, SEMUA INFLUENCERS!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook