Applikasi Paparan Harga KPDNKK memudahkan pengguna zaman millenial

Friday, September 22, 2017


Assalamualaikum. Hai semua!


Sekarang ni harga barangan runcit terutamanya barangan kering dan basah tak menentu kan? Ada kedai ni harga dia mahal, kat sinun pula harga dia murah. Jadi, macam mana nak tengok harga di setiap kedai? Kan susah. Takkan nak ulang-alik pergi kedai sini sana. Habis masa dan penat kat situ jee. haha.

TAPI!

Jangan risauuu sebab sekarang kan zaman teknologi canggih. Semuanya di hujung jari anda. Cehhh. Aku rasa sangat teruja dengan usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membuat satu applikasi paparan harga untuk pengguna!

Bagaimana applikasi ini berfungsi? 

Applikasi paparan harga ini akan menunjukkan beberapa kedai dengan harga masing-masing pada hari tersebut! Sangat mudah kan? Just lihat apps, dan bandingkan harga kedai-kedai tersebut! Ya Allah, senang betul nak berjimat. Lagi-lagi ekonomi sekarang ni menyebabkan harga barang naik jee. Tapi tak pernah nak turun-turun. hahaha. Sodih!

Tengoklah screenshot di bawah. Ini di kawasan Nilai, Negeri Sembilan. 





Link untuk download Paparan Harga KPDNKK 👇👇

Paparan Harga ios
https://itunes.apple.com/my/app/paparan-harga/id1249619299?mt=8

Paparan Harga Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.opensoft.paparanhargaandroidv2


Mudah kan? Nak guna apps ni pun senang. Korang hanya perlu daftar sebagai pengguna Friends of KDNKK (FOK) di Apple store and Playstore korang. Masukkan details. Tak perlu verify emel pun. Kemudian bila dah daftar, korang boleh log masuk apps Paparan Harga dan periksa barangan mengikut lokasi korang. Fuhh. Senang!

Applikasi FOK pula membolehkan korang menjadi mata dan telinga KPDNKK dalam memantau harga barangan. Dah lah jadi duta KPNDKK, lepas tu dapat diskaun pula. Haha. Rugi lah korang tak download apps ni. Boleh download FOK di link bawah 👇👇

FOK Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.fokv2

FOK iOs
https://itunes.apple.com/my/app/friends-of-kpdnkk/id1231336846?mt=8


Ez Adu pula berperanan untuk pengguna membuat aduan terus ke KPDNKK mengenai harga barangan di kedai sekitar korang. Tak perlu terus ke kaunter aduan, hanya perlu ambil gambar dan kemukakan aduan di apps Ez Adu. Haa, barulah peniaga takut nak letak harga tinggi-tinggi. Kuasa di tangan pengguna kan? Korang boleh terus download Ez Adu di link bawah 👇👇

Ez Adu ios
https://itunes.apple.com/my/app/ez-adu-kpdnkk/id1012529241?mt=8

Ez Adu Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.ezaduforandroid



Syabas kepada pihak KPDNKK kerana mengambil inisiatif untuk memudahkan pengguna memeriksa harga barangan di kedai-kedai runcit, pasaraya berdekatan. Tabik spring! Korang jangan lupa untuk download ketiga-tiga apps ni taw! Insya-Allah kehidupan korang akan lebih senang. Macam seketul Scha!

You Might Also Like

9 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. Sekarang kalau tak guna teknologi kita ketinggalan sebab tu silap2 nanti teknologi menguasai kita hehehehe tapi yang ini bagus memudahkan kita..

    ReplyDelete
  2. Nk download lah , bagus ni

    ReplyDelete
  3. Wah bagusnya ada apps mcm ni. Membantu sungguh utk kita check harga di pasaran. Tak lah kena tipu dgn penjual nanti.

    ReplyDelete
  4. Jom download aplikasi ni. Bagus utk kita semak harga barang seharian.

    ReplyDelete
  5. nnt kalau pegi shopping kene bawak powerbank hehe

    ReplyDelete
  6. ok baru tau ada apps mcm ni.. Nak download la.. hehe

    ReplyDelete
  7. wooo nice infoo.. kene download ni apps ni..
    jenjalan sambil follow blog cantik ni #1546

    ReplyDelete
  8. nak check tu rajin tapi nak pergi membeli ikut rate murah tu yang malas hahaha

    ReplyDelete
  9. wah !! bagus ni.. tak de la peniaga ambil kesempatan lagi kan.. hee~ smeua di bawah pemantauan..

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook