Randomeness

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Meletop Era 2017 #AME2017

Monday, April 24, 2017



AME 2017 di serikan dengan pembukaan persembahan daripada OAG! Teringat zaman-zaman sekolah layan lagu OAG. 🎢🎢 I'm watching, i'm watching, i'm watching television. 🎢🎢

Pengacara sudah semestinya Nabil Ahmad dan Noor Neelofa plus Johan untuk memantapkan lagi AME 2017. Fuhh, gabungan meletop! 

Aku nak cover setiap persembahan memang tak terlarat. Haha. Let's get on with the winners!

Senarai Penuh Pemenang AME2017

Artis Baharu Meletop
🌈 Khai Bahar

Bintang Online Meletop
🌈 Fattah Amin

Couple Meletop
🌈 Akim Ahmad & Stacy

Si Cilik Meletop
🌈 Yusof Iskandar (Anak Hairul Hazreen dan Hanis Zalikha)

Program Radio Meletop
🌈  Johara Pagi Era

Penyampai Radio Meletop
🌈 Johan

Program TV Meletop
🌈 Taste Selebriti ( Ep: Neelofa )

Hos Meletop
🌈 Neelofa

Drama Meletop 
🌈 Suri Hati Mr Pilot

Pelakon Meletop
🌈 Fattah Amin

Pelawak Meletop
🌈 Johan

Group/Duo Meletop
🌈 Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Penyanyi Meletop
🌈 Siti Nordiana

Lagu Meletop
🌈 Pencuri Hati - Ayda Jebat

Filem Meletop
🌈 Munafik

Bintang Filem Meletop
🌈 Fasha Sandha

Anugerah Meletop Lelaki 2017
🌈 Fattah Amin (wtf?)

Anugerah Meletop Wanita 2017
🌈 Neelofa (wtf-2x)

Overall, NASIB BAIK PAKAI UNDIAN. BUKAN PAKAI JURI KE HAPE. Ada aku terajang juri kang. hahahha. JK 😏😏😏😏😏

Performance semua best! Terbaik. Cuma, pemenang je yang macam krik krik krik. hahaha. Well, undian kannn. Haha. Semua atas peminat. Leulss.

P/s: Siapa tertunggu-tunggu persembahan Malique? ME! But, aku tak rasa yang pakai hood tu Malique. Dah lah tak zoom. Nampak sangat bukan Malique. Malique, please make a come back!

Till then, see again!

Randomeness

Bad Beauty Hacks?

Sunday, April 16, 2017

Assalamualaikum.


Al-kisahnya muka aku ada tumbuh jerawat seketul. Jerawat yang macam belum masak lagi. Seketul je kat pipi. Sakit pun sakit gak, Aku pernah lah baca dalam internet kalau nak bagi jerawat tu kecut dalam masa semalam, letak ubat gigi kat tempat jerawat. Makanya, aku pun letak lah sikit ubat gigi Darlie tu kat jerawat tu haaa.

Huishh. Sakit nya hanya Allah sahaja yang tahu. Rasa berdenyut-denyut. Kau boleh rasa betul ubat gigi tu react dengan jerawat. Tapi sebab fikir jerawat boleh kecut esok, kau tahan kan je lah sampai ke pagi. Nak tiduq pun tak tonang dibuek ehh.

Pagi tu aku bangun untuk sahur. Tengok macam tak ada perubahan pun. So, aku tepek lah lagi sikit. Then tidur dalam 2 jam macam tu. And kemudian....

O MY ALLAH!


HITAM siutttt. Dia dah merebak ke tempat di luar kawasan jerawat. Oh meng! How can I go to work looking like thissss! Aku malas nak pakai mekap pergi kerja sebab lebih prefer moisturizer and bedak je. Wuwuwuwu.

Tapi aku redahkan juga ler pergi kerja tanpa pakai mekap (concealer) untuk tutup jerawat tu. Dia dah start sakit. Kawan-kawan dah mula tegur. Aku dah start meroyan dekat Facebook.

Ramai kawan aku marah sebab pergi letak ubat gigi. Sesal tiada guna orang khabar. Kena pekakkan telinga jeee laahhh. ahhahaha. Beauty consultant Mary Kay pun tetiba je tanya perkembangan kulit aku, so aku cerita lah pasal ni. Hahah. Nasib baik dia tak bising sangat sebab dia pun pernah buat jugak tips ni. Heyy, it's not just me okk!

So, dia sarankan tepek sikit mask Botanical Effect dekat tempat jerawat dan biarkan semalam. Buat hari-hari sampai dia kering. Aku pun ikut jeee laa. Haha. Nasib baik ada mask tu. Fuhhh.


Gambar di atas masa hari kedua. Dia dah macam berkudis kuping. Puas lah aku menutup kesan jerawat ni dengan kertas or tangan masa cakap dengan orang. Tapi, aku sabar jeee. Haha. Tahan je lah weh. 

Dah dua malam aku tepek mask tu and pagi hari ketiga aku dah boleh kopek kudis tu! Yeayy! Dia kopek sendiri eh. Bukan aku saja-saja pergi kopek. Cuma ada kesan merah-merah sikit je. Takpe, Mary Kay adaaa. 

And taraaa, hari keempat!


Baru lah konpiden sikit jumpa dengan orang! ahha. Still boleh cover dengan bedak. So, aku boleh lah jumpa tunang dengan happy nyaaa! Tak yah nak tutup lagi dahh. Weehoo! Thanks Mary Kay!

Produk Mary Kay ni sumpah mahal dan kesannya lambat. Tapii, sumpah berbaloi dengan harga. Tengok aku dah dua kali sumpah dah. Leulsss. 

Kalau ada permintaan, aku akan up kan story aku bila guna Mary Kay okk. Korang nak tahu tak? Cepat komen so that I know you want to know the feedback using Mary Kay. 

Till then, see you again in my next post!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook