Ingatkan meteor, rupanya, Allahu..

Wednesday, September 14, 2016



Assalamualaikum. 

Al kisahnya, masa aku menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP) tahun 2010, aku terdengar ada satu cerita menarik berlaku di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) yang dimana berkait rapat dengan aku masa aku menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). 




Ada satu malam, masa semua pelajar perempuan berhimpun (maybe sebab ada row call) dan diawasi oleh warden, tiba-tiba seorang pelajar melihat sesuatu yang bercahaya di langit. Seakan-akan meteor. Tapi rupa-rupanya, ia adalah bola-bola api yang sememangnya umat Islam tahu bola-bola api ni ada unsur mistik sikit. Mereka seakan taksub melihat bola-bola api di langit dan tiba-tiba seorang pelajar perempuan histeria dan histeria itu berjangkit terkena kepada pelajar perempuan yang lain. Jadinya, berlaku lah serangan histeria kepada beberapa (agak ramai) pelajar perempuan di sana. Mereka sangkakan meteor, rupanya hantu! 

Memang ada kes di sana ada seorang pelajar, A boleh melihat dunia ghaib. Dan selepas kes tersebut, keluarga si A menghantar A ke KMM dan tak tahu macam mana, masuk dalam kelas aku. Disebabkan aku selalu seorang diri, A agak rapat dengan aku. 

Masa minggu pertama dia join kami, dia ada beritahu yang dia tak boleh makan ayam sebab ayam tu makanan benda tu. Aku malas lah nak ambil port sebab rasa dia macam sekadar bercerita. 

Semasa kelas kimia di makmal, aku macam rasa pening-pening sikit and lihat dia seperti lain macam sikit. Aku tanya, 'Kau okay tak ni?, 'Aku Okay.' Dia jawab. So aku teruskan fokus dekat kelas. Tiba-tiba dia boleh jatuh dari kerusi makmal yang tinggi nak mampus tu. Aku macam, 'Eh, A!!!.' Kawan-kawan lain dah kelam kabut dah. Korang bayangkan nak angkat dia yang hanya berat 40kg tu memerlukan 5 orang lelaki untuk papah dia ke bilik lecturer. Pengsan! Bila panggil ustaz, barulah dia sedar. Dan sejak itu, dia ceritalah segala-galanya.

Dan kemudian bermula lah episod pengsan-pengsan ni. Dia tak boleh tinggal seorang diri, tak boleh keluar lepas maghrib, pukul 12pm kekadang dia boleh pengsan tiba-tiba, tak boleh balik bilik sebab katanya benda tu ada tunggu dia depan pintu bilik. Si A ni ada saka harimau jadian warna putih. Pernahlah juga dia dirasuk jadi harimau kejap. Pernah pergi kat tangki air, pastu jalan dari hujung ke hujung kolej. Pengsan dalam bilik air. Dan macam-macam lagi, kalau nak cerita dengan korang, mau sambung part two nanti. Sampai aku pun naik penat jugaklah layan dia ni. 

Kekadang ada jugaklah aku cakap dengan benda tu sebab aku rasa marah sangat sebab dia kacau kawan aku. Dia hanya tersenyum sinis je. Sepanjang kawan aku ada masalah ni, mulut aku ni tak lekang dengan ayatul kursi dan Al-Quran. Tu je pendinding aku ada.

Ada satu malam tu aku bawak dia tidur bilik aku, and I thought it was fine. But, it's not. Kawan sebilik aku bermimpi yang aku  raba buah dada dengan kuat dan kesan sakit tu still ada even dah sedar. Kawan bilik depan aku mimpi yang si A ni muncul dalam mimpi dia. And yes, a nightmare.

Kawan-kawan aku ada nasihatkan aku jangan rapat/ikut dia sangat. Tapi, dia sorang-sorang, aku pun sama. So, nak buat macam mana? Kawan-kawan aku dapat rasa yang aku BERBEZA, padahal aku rasa aku still Syazana yang sama. Haa, pelik kan? 

Aku pernah minta parents aku sediakan air penenang hati dan jiwa sebab aku macam serabut sangat. But, masa ambil aku kat kolej, mama ayah marah aku sangat-sangat sampai aku rasa stress gila. Masa lalu kat tempat sunyi, aku tetiba gelak. Don't ask me why aku gelak. Ayah tanya kenapa aku gelak, aku hanya mampu diam je. Kemudian barulah ayah mama okay sikit dengan aku, ajak tidur sama. Hehe. Barulah fikiran aku tenang sikit. 

Aku tahu mereka risau aku terlampau ikut sangat si A tu sampai abaikan pelajaran. Matrik quite tough kan. First time jauh dengan family and aku macam bengong sikit and nasib baik aku still boleh continue degree. Phew. Alhamdullilah. 

Terlampau banyak memori aku dengan si A ni sampai aku boleh ingat sampai sekarang. After habis matrik, aku tak tahu lah si A tu mana perginya. Wallahualam. Tapi tengok kat FB, macam okay je. 

Dear A, aku harap kau okay-okay je. Terima kasih kerana bagi pengalaman kat aku. :)

Haa, by the way, aku nak ajak korang tengok Volkswagen Kuning di panggung wayang berhampiran korang pada 22 September nanti. Cerita seram ni legend kot zaman 2000 dulu kan? 



Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.


Eh, nak menang handphone #OppoF1s yang boleh jadikan korang #SelfieExpert? Jom join contest cerita seram!




Info ada sini --> http://www.broframestone.com/2016/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri ~~

You Might Also Like

6 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. fuhh, ramainya keluar cerita mistik ni T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan kes nya. Tapi pergi mana-mana pun, biasanya ada je kes macam ni. Semoga A kuat selalu dan moga beliau sembuh.

    ReplyDelete
  3. Alamak...seram plak akak baca..adeh..akak dh la penakut

    ReplyDelete
  4. Meremang bulu roma Reen baca kisah tentang A. Kira A masih belum dapat kawal sakanya..?

    Pengalaman yang dpt buat sentiasa ingat dan dekat dengan Allah.

    ReplyDelete
  5. seram nahh.bebola api =.=

    ReplyDelete
  6. KMK tu tempat akak belajar dulu.. Akak 1st batch kat KMK, tahun 2003.. Memang ada la jugak cerita2 mistik ni berlaku kat akak & friends.. Huhuhu~

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook