6000 memeriahkan IJM Land Half Marathon 2016!

Monday, August 15, 2016



Assalamualaikum.


Lari untuk kebaikan! Itu lah tema acara tahunan IJM Land Half Marathon pada tahun ini. 


Run Together, Bond Stronger ~


Pada 14 August 2016 (Ahad) lepas, bertempat di Dataran Centrio Seremban 2, IJM Land telah berjaya menganjurkan sebuah event marathon dengan dihadiri oleh 6000 peserta! 6000 orang telah berlari sejauh 10 km dan 21 km semata-mata untuk tujuan kebajikan dan juga semestinya kesihatan sendiri. Aku lihat pelbagai peringkat usia menyertai half marathon ini. Termasuklah uncle dan auntie yang berumur 50 tahun ke atas pun join sekali event ini!

Tahu kah korang IJM Half Marathon ini sudah masuk tahun kelima? Mana taknya, setiap tahun acara ini akan menjadi target kepada penduduk sekitar Seremban 2 untuk disertai. Di samping berlari untuk kesihatan diri, hubungan silaturrahim juga akan bertambah erat. 

Acara ini telah menyumbang kepada dua badan kebajikan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA). Sambil berlari, sambil beramal. Dapat pahala free lagi.



Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice)



Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA)

IJM Half Marathon 2016 ini bukan sahaja untuk larian, tapi pelbagai booth dan aktiviti yang disediakan untuk peserta dan pengunjung. Ada medical consultation, kesedaran untuk derma organ, pemeriksaan kesihatan badan percuma dan macam-macam lagi. Yang paling best, ada lucky draw iPhone 6s dan LG Led Smart Tv weh! Rugi lah siapa tak join! 



Official sponsors of the IJM Land Half Marathon include BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonald’s and Spine & Joint. The IJM Land Half Marathon 2016 is also supported by media partner Sin Chew Daily, medical partner SEHAT Medical Wellness Centre, technical partner The Event Crew (TEC) and official apparel, Reverse. 


Mr Edward Chong, Managing Director of IJM Land Berhad


Ucapan oleh Yang Dipertua MPS Negeri Sembilan


Pemenang Challege Trophy Men and Women. Tahniah!


Antara pemenang bagi kategori yang dipertandingkan! Tahniah kerana berjaya menghabiskan larian 10km dan 21 km! Kalau aku? Erm, pancit masa suku pertama perjalanan. Bukan senang nak habiskan! 


Kesimpulannya, IJM Land Half Marathon telah berjaya dalam misi untuk membantu golongan mereka yang memerlukan dan juga memperkuat lagi hubungan silaturrahim antara penduduk di sekitar Seremban. Insya-Allah, tahun depan ada lagi taw! Mana-mana yang nak sertai, jangan lupa nantikan update IJM Land di www.ijmland.com

~~~~

You Might Also Like

8 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. dah lama x lari naik tangga pun dah semput sekrang ni adeh!

    ReplyDelete
  2. aa, kalau mek pun tak sempat habis rasenya. sempuuutttt ! :)

    ReplyDelete
  3. menarik la acara nie. kak scha join sekali ke?
    BV lama dah jogging. nak marathon apatah lagi XD

    ReplyDelete
  4. wah bestnya....banyak lucky draw....
    sambil lari sihatkan badan sambil dapat hadiah seronok

    ReplyDelete
  5. Hi, Scha! Lama tak jenguk adik seorang nih.
    Meriahnya event! Tapi akak kalau bab lari-lari ni, sama ada tersengih kat garisan permulaan atau kat tamat tu je :)

    ReplyDelete
  6. Klu dpt join lari pun syok juga hari tu cewahh.. hehee.. :) :)

    ReplyDelete
  7. i should join marathon one fine day!

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook