SEHARI di SINGAPURA hanya RM135 sahaja! | Bahtera Kembara Holiday

Wednesday, May 04, 2016


Assalamualaikum. Hai koranggggggg!



Ehem ehem ehem.. Yeayy. Syukur Alhamdullilah. Di beri peluang untuk menjejak kaki ke negara orang even kat sebelah Johor jee. Apa-apa pun, nak ucapkan terima kasih kepada Saudara Afiq Iqbal dari Bahtera Kembara Holiday kerana sudi jemput Scha join trip ke Singapura. Yeayy.

So, let's begin!

Bahtera Kembara Holiday menawarkan pakej melawat Singapura sehari dengan harga RM 135 sahaja! Like seriously, sehari hanya RM 135! Kiranya kita boleh melawat Singapura untuk satu hari! 

Aku bertolak dari KL Sentral pukul 11.30 malam dan sampai di RnR Gelang Patah pukul 4 pagi. Rehat kejap, solat, sarapan dan teruss ke Imigresen pukul 6.45 am. Kami bernasib baik sebab takde orang kat imigresen dan semua urusan berjalan lancar. And oh yer, trip ni ada dalam 42 orang, termasuk captain and dua orang tour leader. Dan masa aku join trip ni, aku tak kenal sesiapa pun dalam trip ni. Haha. Kau dah jadi blogger ni, kena mingle sendiri sebab kalau tak, sesorang lah kau nanti kat sana. Tapi, solo travel ni best jugak taw. Kau boleh dapat kenal kawan baru and mana tahu boleh dapat jodoh? Wiwiwiwi.

Perjalanan aku bermula dari....

Merlion Park --> Garden by the Bay --> Bugis Street --> Arab Street --> Pulau Sentosa --> Marina Bay Sands

1) Merlion Park

Ikon Singapura. Tak sah lah kalau tak ke sini kan? Kira tempat wajib pergi dan bergambar. Apa lagi, selfie lah kann?




Sebahagian kawan-kawan baru daripada trip ni.



Orang pertama yang aku kenal, dan sampai ke sudah kami bersama je. Rupanya satu kampung, lepas tu sebaya. Apa lagi, memang ngam lah. Oh yer, dia pun salah satu tour leader taw. Nama dia Asma. Sangat baikk! 





Belakang tu Marina Bay Sands! Aku tak dapat bayangkan macam mana dorang bina bangunan sini di atas tanah tambak. Perghh, hebatt.



Bebola 5 biji kat atas sebagai simbol kemerdekaan Singapura yang ke 50 tahun. Oh yer, trip ni ada disediakan tour guide dari Singapura sendiri yer. So, korang boleh tahu sejarah Singapura dan tempat-tempat menarik di sini. 



2) Garden by the Bay


Next, taman di tepi teluk. Haha. See that tree? That is Super Tree. Yelah kan, Singapura ni mana ada hutan sangat, so, inisiatif dorang, buat sendiri. Tapi, dorang ni kreatif. Buat je rangka macam ni, lepas tu tanam pokok yang menjalar. Kasi banyak sikit udara kat sini. Hehe




3) Bugis Street

Yeahh. Masa untuk shopping! Oh yerr, Kalau nak taknak shopping, bajet dalam RM100 pun boleh survive untuk trip ni. Lebih dari cukup. Tapi, kalau nak shopping, better bawak lebih sikit. Kita ni perempuan mana tahu nafsu shopping mcmana. Mula-mula taknak shopping, tapi, bila dah start ambil barang, mulalah rambang mata. 

Kedai kat bawah ni nama dia Singapore Souvenir Centre rasanya. Sini better korang beli keychain sebab korang boleh dapat 24 jenis hanya untuk 10SGD. Bagi aku quite murah. Tapi, untuk baju, beg or mug, better pergi ada lagi satu lorong..



Haaa, kat bawah ni lah lorong dia. Jangan risau. tour leader akan bawa korang ke sini. SINI LAGI MURAHH. TRUST ME! 




5 beg dalam RM30. Mana nak dapat 1 beg dalam harga RM6 kat Malaysia?

4) Arab Street / Kampung Gelam




Arab Street inilah terletaknya Masjid Sultan. Cantik sangat. Alhamdullilah. Aku berpeluang solat jamak di sini. Dah lah bersih, teratur pulak tu. Cantik sangattt.



Sini pun boleh shopping. Tapi, keychain and baju dia lagi murahhh dari Bugis Street. Haha. 


Dan kami makan Nasi Briyani and Murtabak Singapore kat sini! Agent dah siap book tempat lagi untuk semua. Senang!



Murtabak Ayam for the win! Satu ni dalam 6SGD. Berbaloi sebab isi banyakkk and sedapp!


Murtabak daging FTW jugakk. Terasa daging dia. Tak banyak sangat bawang. Sodapppp




Kiri Nasi Briyani Kambing, kanan Nasi Briyani Ayam. Allahu, dua-dua sedappp. Yang ni makan share dua orang pun takpe sebab kuantiti dia banyakkk. 


MAKAN GUYSSS!


5) Pulau Sentosa


Next, lepas perut dah kenyang, meh lah kita jalan ke Pulau Sentosa naik MRT. Berselirat jugak lah nak paham MRT dia macam mana. Basically, sama macam LRT kt Malaysia. Cuma, MRT lagi banyak station dia. Kau boleh jalan satu Singapore naik MRT pun bolehhh. Haha. 


MRT ni laju sikit berbanding LRT. So, jangan tersepit kat pintu MRT sudah lah yerrr. Aku seriuss nii!




Sampai sudah Sentosa Station. Kena naik Sentosa Express, ala-ala monorail kat sini. Kecikkk, dua gerabak je. Dia akan lalu 3 station iaitu Water Station, Imbiah Station and Beach Station. 

Untuk ke Pulau Sentosa, pergi ke Beach Station okay! Tengok laut dia... Mana nak dapat pemandangan depan korang ialah kapal kontena? Haha. Sini banyak aktiviti boleh dapat. Jalan-jalan naik tram pun okay gakk. 

Universal Studio (USS) ada di Imbiah Station. Better pergi USS ni seharian yer. Barulah puasss gituuu. 





Iolls hanya mampu ambil gambar di depan globe jee. Jadilah nokkkss. 



Meh lah jalan-jalan jumpa Papa Merlion. Besar gedabak betul. Okay, done selfie!



Budak-budak ni sporting betul laahhhh. 


6) Marina Bay Sand


Badan dan penat, dah macam zombie, so, kita rehatkan mata tengok water fountain show. Yang bestnyaaaaa ialah, siap ada gambar kat air tu wehh. Plus muzik sekali. Memang technology sangatt canggihhh. Tapi, aku tak paham cerita dia macam mana. Rasa kagum je lahh. ahha



Kemudian, kami bergerak keluar dari Singapore pukul 10pm. Dan sampai di Hentian Nilai pukul 2.30 pagi. Makk aihh. Mamai aku keluar dari bas. Haha. Apa-apapun, semua yang ada dalam trip ni semuanya fun dan tak banyak songeh. Semua smooth jee. Semua punctual. Kalau ikut trip ni, kau berdoalah dapat group yang punctual. Sebab bila punctual, banyak tempat boleh pergi. hehe. Thanks semuaaa!




Pengambil gambar sepanjang di sini. Sony Xperia Z5 dan seketul monopod. Dan Olympus Pen Camera. Thanks guyss! ^^



Terima kasih sekali lagi kepada Afiq Iqbal, Kal, Asma dari Bahtera Kembara Holiday sebab sudi jemput aku untuk join! Servis terbaikk, layanan superb, perancangan yang teratur, tour leader yang happening dan informative! Good job guyss!

Nahh, jadual Singapore Day Trip untuk bulan May! Cepat guysss. Tempat limited ni. Laku macam pisang goreng panasss!


Whatsapp: 019-4151375 Afiq

Instagram: @pakejmelancongmurah 

Selamat bercuti! ^^

You Might Also Like

9 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. Ayie dekt dgn sg.. normally peg nek mrt diorg je ujung minggu.. hehe

    ReplyDelete
  2. Amboi, sakan jalan scha.. Akak pon belom sampai lagi ke Singapura tau.. Jelesss iols..

    ReplyDelete
  3. halamakkkk..bestnyaa ...
    i wish i could join next time!!!

    ReplyDelete
  4. okay2 menarik.. kasi bookmark dulu...
    ooo murah juga rm135 je eh... hummmm..

    Blogwalking Sini, Jemput Join Segmen Saya Ni :)

    Pencarian #9 Bloglist segmen....

    ReplyDelete
  5. wah..mengimbau kenangan masa i pegi singapore dulu.tgk gamba2 u teringat masa makan briyani n muratabk kat sana

    ReplyDelete
  6. wah bestnya dapat trip ke singapore kan..tahniah semoga dimurahkan rezeki lagi scha

    ReplyDelete
  7. Menarik juga Singapore. belum menjejakkan kaki lagi ke singapore insyaallah di masa akan datang

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook