Awak, apa khabar?

Thursday, November 19, 2015


Assalamualaikum. Hai semua!


Huwaa. Bersarang dah blog aku nii. Rindu. Tapi, disebabkan mencari sesuap nasi, ku gagahi juga OT sampai lebam. Haha. 

Korang apa khabar? Dah banyak sangat cerita terlepas sebenarnya. Kekadang hanya mampu baca and tinggalkan komen. Itu pun tengok mood penat ke tidak. Kasihan betul.

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan pemergian ayahanda tercinta Siti Humairah (http://sitiyangmenaip.blogspot.my/). Sungguh aku tak menyangka sebenarnya. Tapi, itu lah ajal maut di tangan tuhan. AL-FATIHAH. Semoga kawan kita, CT, tabah dalam teruskan kehidupan. Chaiyok!

Well, nak tanya satu soalan je,

Apa khabar?

Event Review

PLUSIFY -- Butik untuk plus size yang teristimewa!

Sunday, November 01, 2015



Assalamualaikum. Hey guyss!



Plus size?

Size more than XL?

Segan nak bergaya?

Pilihan baju yang tak cantikkk?

Mesti bengang kan setiap kali cari baju? haha.

Sama lah dengan aku. Begini lah nasib kalau ber-plus-size. Susah gila nak beli baju.  Haha.

Tapi, sekarang ni memang ada perkembangan dalam industri fesyen plus-size. Ingat orang kurus je boleh bergaya? hehe. 


Life's too short to wear boring clothes.

Okay. 25 Oktober 2015 hari tu, aku telah dijemput oleh Plusify untuk menghadiri ulangtahun butik mereka yang pertama. Means that, dan setahun aku tak tahu tentang Plusify. Tak tahu pun ada butik memang khusus untuk plus size. Itu pun ter-stumble-upon invite di FB mereka. Terus daftar nak join anniversary mereka!

Plusify merupakan sebuah butik khusus untuk saiz yang lebih daripada XL. Yeah, like seriously banyak saiz UK 14 dan ke atas. Aku dah terbayang blouse yang cantik-cantik dan lepas ni boleh lah bergaya sakan. Cewahh, kemain! haha.

Plusify ni aku lihat banyak dresses. Cuma, baju lengan panjang agak limited. Especially bagi kita yang bertudung ni, memang malas sebenarnya nak pakai inner. So, aku lebih prefer blouse/dress yang berlengan panjang. Haha. Takpee, aku dah cakap dekat owner Plusify, Cherynn Tan minta dia carikan blouse yang berlengan panjang. Confirm ramai yang akan datang Plusify nanti. hehe. 

Oh yer, kebanyakan baju Plusify datang dari Korea, China, Thailand (I guess). So, bayangkan betapa jauhnya baju-baju itu datang. Memang Cherynn Tan hand-picked sendiri baju-baju di Plusify. Kualiti itu sangat penting yerr. 









See, cantikkan koleksi mereka? Dah lah ada SALE 30%! Rambang mata di buatnya. Dah berapa kali tawaf aku round dalam kedai tu. ahah. Tempat selesa nak shopping. Tenang je. Shopping lah sepuas hati mungkin. hehe. Shopping online pun boleh taw. Nanti aku kabor macam mana.


Alhamdullilah. Masa sales anniversarry tu aku menang Acer Iconia Tablet! hahaah. Tak sangka aku menang. Sebab aku ingat dah takde harapan sangat. Syukur. Hihi


Baju and beg yang telah aku borong kat Plusify. hehe. Along with other goodies and also my tablet.

With my blogger friendssss!









Syafiera Yamin, and alaaa, lupa nama yang belakang tu huhu. Hai!




Cherynn Tan, owner Plusify yang sangat comel, friendly and penuh dengan keyakinan! Sangat menerima feedback customer and banyakk lagi talent dia ada taw. Kalau korang nak belajar graphic design, youtube, boleh terus contact dia. Dia power dalam bidang media niii! Aku teringin nak belajar pasal Youtube. One day Cherynn! :)


Nahh, gambar sekeping pakai baju dari Plusify!

Well, marilah jamu mata kat website Plusify okayyy. Yang penting, FREE DELIVERY! 

Segala maklumat lanjut, boleh klik link kat bawah ni okay!


Facebook: fb.com/plusify

Website: www.plusify.my

Happy shopping! ^^

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook