Event Review

CLINIQUE x Butterfly : New Beyond Perfecting Foundation + Concealer, Makeover and Photoshoot!

Tuesday, October 27, 2015


Assalamualaikum and hello ladiesss!

Meh sini, aku nak share something yang sangat awesome and menjimatkan duit poket anda. Kalau nak tahuu, baca betul-betul post aku sambil makan popcorn okay! ^^


Pada 3 Oktober 2015, seorang Scha and rakan-rakan Butterfly Project yang lain telah berpeluang untuk mencuba produk terbaru daripada Clinique. Mesti semua orang dah tahu yang jenama Clinique ni jenama yang tidak asing dalam industry makeup di dunia. Kat mana-mana je ada Clinique. Tak percaya, pergi terjah Sephora berdekatan anda. 

Pihak Clinique telah menyediakan satu studio iaitu Metal Bees Production House, di mana kami berpeluang untuk merasai pengalaman di-makeover dan juga photoshoot ala-ala model terkenal. Haha. Tetapi, kami memang tiada langsung pengalaman photoshoot secara professional taw. So, it's a great challenge for all of us. 


Studionya yang tenang, jauh dari hiruk pikuk kota membuatkan fokus utama di sana hanya kami 10 orang dari Butterfly Project. You can be as girly as you want here. Haha. The food was simply delicious! Sedappppppp!


Kemudian, kami diberi taklimat mengenai New Beyond Perfecting Foundation + Concealer oleh Madam Yen, Senior Communication Manager Clinique. She's looks very young and fun! Beliau banyak bercerita tentang asal-usul Clinique dan mestilah kebaikan foundation terbaru daripada Clinique! Meh, aku terangkan sikit tentang foundation ni.


New Beyond Perfecting Foundation + Concealer
where weightless meets flawless.

Apabila makeup, benda yang paling asas yang kita perlu ada, ialah FOUNDATION. Foundation ni fungsinya sebagai base makeup supaya kulit kita nampak sekata. CONCEALER pula adalah untuk menutup cela contoh macam jerawat, bekas jerawat, mahupun pori yang besar. So, apa korang fikir kalau dalam satu botol ada FOUNDATION + CONCEALER sekali? Bukan ke ia akan menjimatkan masa dan duit korang? 


Sesungguhnya, foundation ini sangatlah sesuai untuk wanita Asia terutamanya sebab teksturnya sangat ringan, tak rasa macam kau letak setepek krim foundation kat muka. Lagi-lagi dengan cuaca Malaysia ni boleh membuatkan muka kita cepat berminyak dan berpeluh. Berpeluh? Cuma lap (dab motion) mengunakan tisu and you're done! Plus, ia terdapat dalam 6 shades untuk wanita Asia khususnya. Tak tahu mana shades yang sesuai? Pergi sahaja ke kaunter Clinique okay!


See, nampak bertenaga kan muka aku? Hehe. Simple sahaja, but sangat lain masa sebelum makeup.

Lagi satu, 'magic wand' applicator dia yang sangat friendly and hanya perlu letak sedikit sahaja dekat muka. Meh sini aku tunjuk kan. 


Fungsi:

1) Conceal -- Hanya letak di tempat yang mengalami masalah (jerawat, parut jerawat). Memang dicipta untuk menutup cela di muka. Guna sedikit je.

2) Foundation -- Oleskan foundation di muka. Hanya perlu letak sedikit sahaja. Fokuskan di bahagian T muka dan juga di bawah mata.

Kemudian, hanya blend menggunakan sponge/brush ataupun blend guna tangan sahaja!

Bila ada hari nak rasa full coverage, go with foundation. Nak rasa ringan-ringan je kat muka, hanya guna conceal sahaja. Senanggg sangatt!

*demo after the event*

*abaikan kening yang tebal sebelah*

And ohh by the way, foundation + concealer ni sangat jimat. Untuk daily basis, boleh tahan sehingga 6 - 7 bulan. Product expiration date pula ambil masa 2 tahun. Haaa, jimat ke tak jimat? 

Harga? Hanya RM 132 sahaja untuk 30 ml! Memang kalau habis sebotol ni, ke Sephora lah jawabnya! ^^

Mari, aku nak share gambar sekitar makeover + photoshoot oleh team Clinique dan Metal Bees Production.


Seriously tengah nervous time ni. Haha. Nak senyum pun terketar-ketar.



My gegirls from Butterfly Project! Thanks guys!


Gadis yang makeover kan muka kami menjadi so fresh, so clean! Thanks Clinique's team!

And the result from the awesome photoshoot!


Hahaha. Team Clinique and Metal Bees sangat membantu aku dalam proses ni. Confident and expect the less. Haha. Just be yourself and enhance your inner beauty. That's all about the makeover and photoshoot's theme that day! ^^



Website

Facebook

Metal Bees Production House

Jumpa lagi. Insya-Allah! ^^

SchaJalan

#SchaJalan Penang: Hari Kedua

Wednesday, October 14, 2015



Assalamualaikum. Heyy yoo guyss!

Baca ini dahulu taw --> Penang, Hari Pertama

I'm back with Penang trip! haha. Lama tertangguh entry ni. So, leggoo!




Hari kedua kami ke Bukit Bendera sebab tak lengkaplah ke Penang kalau tak pergi Bukit Bendera kan? 

Sepanjang kat Penang ni, memang kami guna Waze jee. So, gunakanlah Waze anda dengan betul and berhemah. Cewahh. 

Kami sampai dalam pukul 11 macam tu. Bila sampai je, boleh tahan ramai gak lah orang kat situ. Terutamanya pelajar sekolah buat rombongan cik kiah. Haha. Queue pun boleh tahan ramai jugak tapi tak terasa pun beratur sebab sistem dia sangat bagus. Cepat dan pantas gitu.  

Harga tiket:

MyKad (pastikan tunjuk IC masa kat kaunter)

Dewasa: RM 10
Kanak-kanak: RM 5
Pelajar: RM 5 

Kemudian, beratur untuk naik kereta api. Perjalanan dia boleh tahan bumpy gak lah. Curam gila and rasa mampu ke kereta api ni sampai ke puncak? Haha. Dah lah macam tin sardin dalam kereta api tu. Dalam 10 minit jugaklah perjalanan. Pastu dapat tengok permandangan yang hijauuuuu. Memang cantikkkk!







Aiskrim kelapa yang mahal nokhorom : RM6.00


The famous Love Bridge? 



Kat atas Penang Hill ni banyak tarikannya. Antaranya muzium burung hantu, the Love Bridge, Cliff Cafe. Tempat makan pun boleh tahan banyak gak. Ada juga aktiviti yang boleh upah orang untuk bawa kita jalan-jalan area Penang Hill, tapi, mahal wehh. Jalan kaki je mana yang mampu. Hhaa. 

Setelah puas meneroka kat atas bukit, perut kami pun mulalah lapaqqq. Haha. Mama ayah aku ni tekak nak nasi kandar je kat sini. So, kita ikut kan aje laahhh.

So, kami ke Nasi Kandar Pelita. Sekali lagi, WAZE sahajaaa.


Total: Around RM 30.00

Next, masa masih ada untuk kami meneroka bandar Georgetown. Aku dari sebelum sampai Penang lagi aku nak pergi ke Street Art tapii, kami pergi cari jeruk dulu. haha. 

Aku suggest pergi Chowrasta tapi aku tengok takde apa pun kat Chowrasta. Hanya banyak buku-buku lama and kurang jeruknya. Sini terkenal dengan Jeruk Madu Pak Ali. Jeruk madu pak Ali terletak di sebelah kanan Chowrasta. Tapi, kami tak pergi situ.

Kami pergi di sebelah kiri Chowrasta. Jeruk Tempayan. Bersih sahaja kedainya. Owner dia pun friendly. Jeruk dia takde cuka so sangat sesuai dengan perut ayah aku. haa. Habis kami borong kat situ untuk dibawa balik ke Seremban.


Kalau nak beli souvenir, bangunan di sebelah kiri Chowrasta ada macam arked. Dalam tu ada banyak jual souvenir and baju-baju ala-ala pantai. haha. Harga boleh tahan kalau kau pandai menawar harga. haha

Next, kami ke Lebuh Armenian! Sini lah tempat popularnya dengan Street Arts. Kena pandai cari lah. Eh, guna PETA! Senang gilaa kalau ada peta. Selalunya dalam peta tu dia akan sediakan sekali tourist attractions. Ada peta, ada waze, so boleh jalan! ahah. 

Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi banyak tak jadi sebab ayah aku tak reti ambil gambar. haahahha. Tetiba je gambar tu gelap. Adoiyaii makk. Hahaha. Takpelah. Redhoo. hihi



Malamnya kami ke Batu Feringghi. Memang nak makan kat sana. Tapi, agak kuciwa sebab banyak restoran Arab dan seafood yang kami tak tahu halal atau tidak. Last-last jumpa satu kedai ni, Kak Ani Seafood Restaurant. Dekat dengan pantai. Sampai masuk dalam JJCM. Terpampang JJCM dalam signboard. 

Tapi, makanan ntah pape. Lambat, tak berbaloi, mahal! Baik aku makan nasi kandar je lagi puas hati. wuuuu. Itu yang susah bila travel tanpa tahu tempat makan yang best kat situ. haha. Lagi-lagi dengan parents aku yang was-was dengan status halal di situ. 

Sudahnya, kami balik je ke hotel and tidur senyenyak-nyenyaknyaaa. hahahaha. Berharap esok mungkin lebih baik. Amin. 

Okay. Nanti aku sambung lagi next entry ke Penang. Last dayyyy! 


Jaga diri semua. Salam Maal Hijrah 1437 H! 


^^

Event Review

Grand Finale #MIMMA3 at Stadium Putra Bukit Jalil

Sunday, October 11, 2015


Assalamualaikum. Hai semua!

Yeayy. Semalam (10/10/2015) serentak dengan Hari Sukan Negara, telah berlangsungnyaa Third Malaysia Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA3) 2015! Grand finals MIMMA 3 has been held at Putra Stadium Bukit Jalil!



The MIMMA Championship Bouts features a total of nine (9) electrifying matches:

Women's Pride:

Felicia Yunus VS Joanna Yap

Heavy Weight:

Darren Low (C)  VS  Niker Tan

Flyweight:

Seah Zhang Yu (C) VS Dhiaaul Amal

Middleweight:

Muhammad Syafiq Jamaludeen  VS   Muhd Meeraj Omar

Foreign Pride:

A Karadech Seesombat VS Ahmadjon Karimov

Lightweight:

Muhammad Hasrul (C) VS Jace Law

Bantamweight:

Effendy B Kalai VS Tee Jac Yoe

Featherweight:

Hafizul Hakim   VS    Muhammad Aiman

Welterweight:

Gino Tan   VS  Melvin Kho

Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) seeks to discover and develop local MMA talents by being the platform for amateurs to compete and put their highly honed skills and countless hours of dedicated training to the test. Major cities throughout the country are targeted as centres for the tryouts to maximize the odds of potential MMA talents to be discovered.  MIMMA is for all Malaysian citizens aged 18 years old and above are eligible to partake in the fighting championship which is divided into 7 different weight classes: Flyweight, Bantamweight, Featherweight, Lightweight, Welterweight, Middleweight and Heavyweight.  Aspired to be the biggest amateur MMA fighting championship in Asia, MIMMA will also be featuring the largest prize money ever for a local tournament which is worth up to RM150,000 in total. 


MIMMA telah diasaskan oleh CEO Tune Talk, Mr Jason Lo and Menteri Belia dan Suka, YB, Khairy Jamaludin pada tahun 2013 setelah kejayaan dalam program realiti MyTeam football. Jason ni memang peminat MMA dan beliau sedar akan kekurangan platform untuk diketengahkan kepada rakyat Malaysia mahupun satu dunia tentang MMA! MIMMA 1 telah dianjurkan pada 2013 kemudian sambutan menggalakkan MIMMA 2 menyebabkan Jason Lo tidak putus asa untuk menganjurkan lagi MIMMA. Begitulah sifat dan minat Jason terhadap sukan MMA ni. Perghh, tabik spring!

MIMMA 3 was on live at TV1 and also at www.malaysianinvasion.com ! People around the world can actually get to see the fight LIVE!




YB KJ juga turut hadir ke MIMMA sebagai tanda sokongan. Semasa PC, YB KJ mengulas tentang kejayaan Hari Sukan Negara. Tahniah Hari Sukan Negara. Moga tahun depan lagi mantap!


Seorang Scha sangat berasa teruja and honored being in the same room with YB KJ. And the best part was, all of the people in the room is REPORTERS! All station TV. Haha.

Bila ada orang tanya, aku dari mana, aku hanya jawab, seorang blogger sahaja. I iz segan. Tapi, dorang sangat baik hati. And tak sombong. Ada juga pembaca berita sukan kat situ. Hehe. Pengalamann!

Baiklah.

Segala keputusan MIMMA 3, korang boleh lihat disini okay --> MIMMA3 
^^

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook