• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

The Untold Story by Scha Nazri



Assalamualaikum. Hai guysss!


Wahh, wahh wahh, harini kita try makanan baru pulak ehhh.

Boat noodle ni kira pemes lah gak kan? Ataupun bahasa melayunya, mee sampan.

Setahu aku, Bangi Boat Noodle ni bukan branch Boat Noodle yang pemes tu.

Ada 9 cawangan Boat Noodle  (Ig: @myboatnoodle )
-- Berjaya Times Square
-- Jaya One
-- Empire Damansara
-- Ikon Cheras
-- Klang Parade
-- Sutera Mall
-- Gamuda Walk
-- Publika
-- D'Pulze Cyberjaya

Yang Bangi Boat Noodle ni pulak ala-ala nak ikut gaya Boat Noodle...

Kalau di Boat Noodle, harga semangkuk RM 1.90.

Kalau di Bangi Boat Noodle, semangkuk RM 1.80.

Gambar kat bawah ni adalah 3 jenis mee yang terdapat di Bangi Boat Noodle.



Kita kasi close-up sikit gambar naaaa....







Sebenarnya, nampak je besar bila di close-up, tapi, sejujurnya, hanya dua suap je boleh masuk dalam mulut. Sebab itu di-recommendnya untuk ADULT makan sebanyak 6 mangkuk baru puas. 

Rasa? Okay lah. Rasa kicap je lebih rasanya.

*Eh kejap je dah nampak dasar mangkuk*

Aku tak boleh compare sangat dengan Boat Noodle sebab aku tak pernah rasa lagi. So, nanti bila aku dah terjah sana, aku share kat sini okay. Mana lagi sedap. 


Boat Noodle memang dikira famous. Maybe sebab dia sedap kot. Who knows kan. Kot-kot rasa dia sama sahaja. Haha. Kena menabung sebab nak makan Boat Noodle. Hhaa. 

Kalau korang di area Bandar Baru Bangi and nak try Bangi Boat Noodle ni, boleh lah Waze je Bangi Boat Noodle. Satu kedai dengan Flaming Grill. Belakang kompleks PKNS. Senang nak cari.

Rating: 2.5/5

Pernah rasa Boat Noodle yang famous tu takk? Share dengan aku ehh nanti.


Jumpa lagi gaiss!

^^
Share
Tweet
Pin
Share
12 DOA SCHA MURAH REZEKI


Assalamualaikum. Hai semua!

ADA BENDA BAIK YANG HARUS KU SHARE KAN DENGAN SECEPAT MUNGKIN!

Jakel Textile ada buat #JumboSaleJakel dari 19 September 2015 hingga 4 Oktober 2015!





Bagaimana nak dapatkan FREE WASHABLE SILK?

1) Spend minima RM200 dalam satu resit pada 26 and 27 September 2015
2) Dapatkan kupon di kaunter
3) Redeem your free silk!
4) First come, first serve basis yer


Selain tu, korang juga boleh selfie untuk dapatkan kain percuma!

Caranyaaa senang jeee

1) Selfie dgn resit minima rm200 pd 26 and 27 September 2015
2) Upload di Instagram
3) Letak ‪#‎JakelSelfieJumbo‬
4) Berdoa agar korang terpilih antara yg 100 terawal!

Hadiah : Lace Silk/Korean Washable Silk woii.


So, cepat-cepat bawak mak ayah, bakal tunang, bakal suami/isteri ke Jakel outlet okay. SEMUA JAKEL OUTLET ada buat #JumboSaleJakel ni taw!

Time sale macam ni lah boleh berangan beli kain Jakel kan? Diskaun sampai 90% kott!

Okay. Dah. Ini bukan sponsored post okay. Sebab aku tahu, SALE ni hanya kaum perempuan sahaja yang eksaited! Macam aku! Haha.

Thank me later okay gais! 

Selamat bershopping!

Ig: @jakeltextile
Twitter: @JakelTextile
FB: Jakel Textile

^^
Share
Tweet
Pin
Share
4 DOA SCHA MURAH REZEKI

Assalamualaikum! Hai semua!

Salam Aidiladha 1436 H.


Hari raya yang mulia ni aku spend kan time masa dengan bekerjaa! Haha. 

Pelik kan raya aku kerja. Bukannya kerja aku ni memerlukan aku untuk bekerja, tapi, kalau kerja dapat lah duit poket lebih sikit.

Lagipun aku kerja Sabtu ni and aku kalau nak apply leave memang tak dapat gaji, so, agak membazir kalau aku ambil cuti 2 hari cuti tanpa gaji. Plus, aku dah cuti dua hari masa pergi Penang. Untuk topup balik cuti dua hari masa pergi Penang haritu, aku masuklah public raya haji ni.

Ayah and mama pun faham kenapa aku nak bekerja. Haha. Insya Allah, Sabtu ni lepas habis kerja memang aku terus balik Seremban, sebab rindu nanti 3 minggu tak jumpa mama ayah. Haha. 

Well, raya ni, ramai gak kawan-kawan aku yang beragama Islam yang kerja. Jadi, kami cadang nak buat makan-makan sikit. 

Menu:-

1) Rendang ayam
2) Nasi impit and kuah lodeh
3) 17 ketul ayam KFC
4) Seketul Secret Recipe Choc Banana


Haaa, amek kauuu. Kami kumpul duit and makan ramai-ramai. Time public ni je lah boleh buat makan-makan sebab Plant Manager takde. Kalau ada, memang susah sikit nak buat. Haha.



Kami makan slow-slow sebab perut tak habis kenyang lagi, nak makan KFC lah, nak potong kek lah. haha. Memang bekal sampai ke malam since aku nak OT sampai malam. Heww. Nasib baik ada kawan aku sorang ni. Atiqah namanya. Abaikan muka selebet aku. Kerja kilang kot, memang tak lah nak maintain mekap sampai ke petang. Haha.

Scha nak ucapkan Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih kerana sudi datang ke blog kita. Muah ciked!

^^
Share
Tweet
Pin
Share
7 DOA SCHA MURAH REZEKI


Assalamualaikum! Hai korangggggggg!




Perghhh. Alhamdullilah. Dapat jugak update seketul dua. haha. So, leggo!

Aku bertolak dari Seremban dalam pukul 9 pagi. Sampai Penang dalam pukul 3 petang. Haha. 6 jam jugak lah jalan sebab ada jem sikit sebelum sampai Ipoh. Memandang kan perut lapar gilaa, so, kami terjah Nasi Kandar Line Clear Jalan Penang dulu. Waze sahaja okay! Konfirm sampai. hehe.

Haaa, Nasi Kandar Line Clear ni memang warung. Bukan macam restoran mamak. Terletak di antara kedai-kedai. Satu-satunya kedai Nasi Kandar Line Clear kat Penang. Tempat lain memang takde. 

Kari dia memang kedabom sedap sangat. Kari mamak ni memang takde santan. So, memang banyak pakai rempah ratus. Cuma kari melayu je bubuh santan. hihi. Sampai ayah aku dah fobia nak makan kari yang ada santan. Baguslah gituu. 

Haritu aku amek kari ayam and sayur. Erm, ayam tak masak. Liat. Sabor je lah. Nasib je besar. 

Makan 3 orang = RM 28.00




Next, kami terus shoot ke Hotel Sentral Seaview Tanjung Bungah sebab mata dah kuyu, badan dah penat duduk seharian dalam kereta. Wehooo

Hotel Sentral ni ada DUA cawangan kat Penang. Satu kat Georgetown. Satu kat Tanjung Tokong/Bungah. Aku prefer Tanjung Tokong sebab dia menghadap laut! Tenangggg! Dari hotel ke pekan Georgetown dalam 15-20 minit sahaja. Itu aku sanggup sebab tak sanggup nak redah jem pekan.

Hotel Sentral Seaview ni aku dapat rate Family since pakcik sedara aku kerja kat Hotel Sentral KL. Tapi, rate family pun, boleh tahan jugak semalam. Maybe sebab dia menghadap laut kot. Tak sempat pula usha harga bilik kat situ. Maaf-in.

Bilik dia kecil sikit berbanding Hotel Sentral yang pernah aku stay dekat Kuantan. Ini pun tambah extra bed. Tapiii, sekecil-kecil pun, bilik sangat okay! Kemas, selesa, dan menghadap laut. Sesuai lah untuk family kecil macam aku ni. FREE WIFI dalam bilik!

Rate =RM160/night (family rate)




Petang pula aku pergi merenung nasib depan laut sambil mata galak memandang hot boys yang sedang main surf boarding kat situ. Kebetulan pula, ada pertandingan surf boarding kat situ. Wow, lagi lah galak mata ai memandang. kekeke. 

Malam pulak kami lapar. Rasa nak pergi pekena pasemboq pulak. So, kami ke Padang Kota Lama. Tapi, serius sini memang JEM yang amat. Hang kena cari parking baik punya. Selawat banyak-banyak. Sebab kat sini tak boleh park sebarangan even dah lepas office hour. Polis banyak buat rondaan dan sudah bersedia dengan kertas saman. 

Pastikan ada kupon parking okay. Aku beli kat 7Eleven, RM 8.00 sebab aku ingat konon kena banyak parking. Sekali membazir jee. Baik beli RM 4.00 sahaja dulu. 

Ronda punya ronda, dapat jugaklah parking. Pheww. Bila dah parking, sekali nampak pak polisi tengah me-round. Pheww. Nasib baik dapat parking. 

So, kami terus ke Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama. Cari bahagian HALAL yerr. Memang ada pelbagai kedai yang ada. Ada mee udang, sotong kangkung, nasi ayam, nasi kandar, char kuey teow, coconut shake, err macam-macam ada lah kiranya. ahha

Tapi, tekak terasa nak makan pasembur. Mama and aku main ambil je aneka pilihan rojak depan mata.

Sekali, kena bayar RM 25.00 kata kauu! Amboii, ane ni power betul mencekik tourist yerr. Tapi, memang kami ambil banyak kot. *sedapkan hati*

NASIB BAIK SEDAP HINGGA MENJILAT JARI! HAHAHA



Then, kami jenjalan sekitar Padang Kota Lama and mak aku sempat buat inai. Hahhaaha. Bila rasa takde nak buat mende, kami pun pulang untuk beradu. Haha. 

Sekian. Jumpa lagi di Hari Kedua okayy!

Muahh banyak kalii!

^^
Share
Tweet
Pin
Share
9 DOA SCHA MURAH REZEKI

Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Maaf!

Sangat-sangat minta maaf!

Dah lama menyepikan diri. Terlampau busy dengan kerja dan kesihatan tak mengizinkan last 2 weeks.

Sumpah aku rindu nak berblog. Tapi, keutamaan tidur tu lagi penting. kahkahkah.

Padahal, banyak je benda nak share dengan korang. hehe.

Maaf-in.

Akan ku cuba untuk aktif blog lepas ni. Rindu woih.

Oh yer, esok hari Malaysia kann? Maknanya esok public and kalau aku OT, insyaAllah, dapat duit lebih sikit. haha. Mata duitan betul. Tapiii, esok heaven sebab bos takde, so, boleh lah mengupdate blog sekejap. Itu pun kalau rajin. Mihmihmih.

Saja nak habaq, yang ceq pergi Penang 11 September hingga 13 September itu hari. Cuti-cuti family. Insya Allah, akan ku cuba untuk update yerr.

Haaa, lagi satu. Ini bukan bajet travelers taw, ini bajet family. So, paham-paham je lah ongkosnya berapa. haha.

Ni aku kasiiii selfie seketul atas Jambatan Pulau Pinang Kedua!


See you in my next post! 

^^
Share
Tweet
Pin
Share
5 DOA SCHA MURAH REZEKI
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

A daughter, wife, mom and Takaful Consultant

29 years old

011-10826991

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • ►  2021 (1)
    • ►  April 2021 (1)
  • ►  2020 (4)
    • ►  November 2020 (2)
    • ►  October 2020 (1)
    • ►  April 2020 (1)
  • ►  2019 (9)
    • ►  November 2019 (1)
    • ►  September 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (2)
    • ►  February 2019 (1)
  • ►  2018 (8)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  September 2018 (1)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (12)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  November 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (1)
    • ►  August 2017 (2)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  May 2017 (2)
    • ►  April 2017 (2)
    • ►  January 2017 (1)
  • ►  2016 (13)
    • ►  December 2016 (1)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  September 2016 (3)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (1)
    • ►  May 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (2)
  • ▼  2015 (77)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (2)
    • ►  October 2015 (3)
    • ▼  September 2015 (5)
      • #SchaMakan -- Bangi Boat Noodle, Bandar Baru Bangi
      • #JumboSaleJakel menyerang andaa!
      • Aidiladha di Kilang.
      • #SchaJalan Penang : Hari Pertama
      • #SchaJalan Penang : Teaser kot?
    • ►  August 2015 (6)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (5)
    • ►  May 2015 (6)
    • ►  April 2015 (3)
    • ►  March 2015 (6)
    • ►  February 2015 (7)
    • ►  January 2015 (27)
  • ►  2014 (173)
    • ►  December 2014 (24)
    • ►  November 2014 (24)
    • ►  October 2014 (35)
    • ►  September 2014 (26)
    • ►  August 2014 (24)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (4)
    • ►  May 2014 (3)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  March 2014 (1)
    • ►  February 2014 (2)
    • ►  January 2014 (3)
  • ►  2013 (28)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  November 2013 (5)
    • ►  October 2013 (7)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  June 2013 (2)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  March 2013 (1)
    • ►  February 2013 (1)
    • ►  January 2013 (8)
  • ►  2012 (73)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (1)
    • ►  October 2012 (2)
    • ►  September 2012 (3)
    • ►  August 2012 (7)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (5)
    • ►  May 2012 (3)
    • ►  April 2012 (13)
    • ►  March 2012 (14)
    • ►  February 2012 (8)
    • ►  January 2012 (8)
  • ►  2011 (169)
    • ►  December 2011 (5)
    • ►  November 2011 (9)
    • ►  October 2011 (9)
    • ►  September 2011 (5)
    • ►  August 2011 (18)
    • ►  July 2011 (24)
    • ►  June 2011 (38)
    • ►  May 2011 (23)
    • ►  April 2011 (8)
    • ►  March 2011 (8)
    • ►  February 2011 (8)
    • ►  January 2011 (14)
  • ►  2010 (138)
    • ►  December 2010 (21)
    • ►  November 2010 (7)
    • ►  October 2010 (5)
    • ►  September 2010 (11)
    • ►  August 2010 (9)
    • ►  July 2010 (13)
    • ►  June 2010 (25)
    • ►  May 2010 (36)
    • ►  April 2010 (8)
    • ►  March 2010 (2)
    • ►  January 2010 (1)
  • ►  2009 (41)
    • ►  December 2009 (3)
    • ►  November 2009 (2)
    • ►  October 2009 (1)
    • ►  September 2009 (1)
    • ►  August 2009 (1)
    • ►  July 2009 (1)
    • ►  June 2009 (1)
    • ►  May 2009 (4)
    • ►  April 2009 (6)
    • ►  March 2009 (7)
    • ►  February 2009 (7)
    • ►  January 2009 (7)

Created with by ThemeXpose