Kafe Hipster : Se-hipster nama muuu

Saturday, August 15, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

KAFE HIPSTER.

Nama dah hipster. Jual apa? 

Coffee. Sandwich. Pasta.

Harga?

Mak bapak mahal gilaaaa.

Bayangkan ehh aku nak masuk satu kedai ni kat Nilai. Memang dah lama aku usha kedai ni. And aku pergilah situ. Rasa nak makan pasta. Masuk je dalam, semerbak bau kopi memenuhi kedai. Deco yang sangat nyaman dan hipster. Banyak main dengan kayu.

Then, tengok menu. Tengok pantry oven. Tengok harga.

Sepinggan pasta = RM 20.00

Mak tak mampuuu oiii

Pastu, aku takde hati nak makan sini dah and sebab aku taknak keluar dengan tangan kosong, aku order lah coffe takeaway.

Latte : RM 10
Add caramel : RM 2
Cold : RM 1
Total : RM 13.00

Okay. Aku cool down lagi maybe cawan dia besar macam kat Starbucks. Then, bila tengok dia sediakan guna CAWAN SERINGGIT, terus kelat senyuman aku. Haha. 

Ya, CAWAN SERINGGIT. Perghhh. Kalau korang nak tahu, tambah lagi RM 3 boleh dapat Caramel Frappe Venti kat Starbucks taww! Siap ada whipped cream!

Cawan yang hanya sebesar tangan aku.

Cuma, satu je okay. Rasa latte dia sedap. Aku tak rasa susu lebih. Sebab kebanyakan aku pergi kafe, rasa susu melebihi rasa coffee. Pelik kan? Haha. 

Kafe hipsturr ni kat mana? Kat area Nilai. Kome cari lah sendiri. Bukan susah nak cari kafe hipsturr kat sini. Haha. 

Kafe hipster ni lebih dari nama je. Ada yang okay, ada yang tak berbaloi. Cubalah improve sikit yer. Mungkin sewa kedai mahal so harga dia pun mahal. Pffftttt.

Bukan nak jatuhkan orang melayu, tapi, tolonglah berbaloi dengan harga. Menangis poket den weii. Baik pergi warung pak mail je. Lagi murah boleh dapat.

Pengusaha kafe ni tak tahu ke dengan adanya media sosial, kita boleh review dalam masa 5 minit? Bad reviews, hang yang takde customer nanti. 

Aduhh aduhh sayanggg, kenapa engkau mahal gilaaaaa?


Korang pernah mengalami situasi sama macam aku? Ce share sikit. 

Follow and let me know!

You Might Also Like

12 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. mahalnyaaaa!! kalau kat juice work tu dah boleh dalam saiz besar tau >.<
    sabo jelah dengan kafe hipstur mahal ceni

    ReplyDelete
  2. Mahal gilaaaa,kita yg baca ni pon rasa nak nangis tengok harga dia T∆T

    ReplyDelete
  3. mahal sangat tu bagi cups saiz kecik gila. hipsturrr memang mahal2 eh?

    ReplyDelete
  4. Tak nampak macam air MYR 13 pun! Nampak macam air dekat pasar malam.

    ReplyDelete
  5. haihh mahalnya. kite akan pikiq berpuluh puluh kali arr ╥﹏╥

    **lamanya xsinggah sni. wuu ( ˘ ³˘)❤

    ReplyDelete
  6. inila dia kuppi mahal tu ye.. hehehe kalo lagi jahat bleh expose nama ekdai wakaka..

    ReplyDelete
  7. asalll mahall sangatty kkkak. kita hari tu pegii penang. air dia gedabak besar lori. 4.50 je kak. tu pun seharian pun tak habis lagi. ahhaha.

    ReplyDelete
  8. Memang mahal...setiap titis kopi berharga :)

    ReplyDelete
  9. perhhh. cup kecik jee. harga terbeliak nk bayaq.huhu
    JOM FOLLOW SAYA

    ReplyDelete
  10. letak harga sbb 'nama ke' perghh! nk telan pun rasa tercekik

    ReplyDelete
  11. mahalnyaaaa. nak telan kopi rasa pahit, bekas macam beli air di pasar malam je. huhu

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook