#SchaReview -- Ephyra Skin Bar

Friday, July 03, 2015


Assalamualaikum. Hai semua!




Eh, macam cepat je kan masa berlalu? Tup-tup dah nak raya. Lebih kurang 2 minggu je lagi. Perghh. Semangat nak raya ni kemain datang. Haha. Sejak dah bekerja ni, nafsu nak membeli yang baru-baru ni berkurang sikit. Mungkin sayang sangat duit and cita-cita nak menyimpan sampai boleh kahwin. Eh. Hehe.

Haritu, kakak kita +Innanie Ariffin ada buat contest dengan kerjasama Ephyra dan Ocean Life. Nak tahu apa hadiah yang menanti? IPHONE 6 youuu allsss. Terus aku cuba nasib daftar. Alhamdullilah, terpilih sebagai 50 yang bertuah untuk review Ephyra Skin Bar (ESB).

Aku sebenarnya dah lama usha ESB ni. Banyak dah aku tengok blogger buat review tentang sabun ni. Berkesan ke? Efektif ke? Nak jugak ada kulit halus mulus macam Memey Suhaiza. Ai iz jelly betul tengok kulit Memey. Putih bersih. Sekarang baru lah aku tahu macam mana kulit Memey boleh jadi cantik macam tu. Rupanya guna Ephyra Skin Bar.



Meh sini aku bercerita tentang kebaikan Ephyra Skin Bar.
  • Melembabkan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Menggebu dan mencerahkan kulit wajah
  • Merawat dan mencegah kulit berjerawat
  • Menghilangkan parut dan dan jeragat degil
  • Membantu dan menghilangkan bintik-bintik hitam


Jadi, aku telah menggunakan ESB selama 2 minggu setengah. Kulit aku ni agak degil dan selepas seminggu menggunakannya, barulah aku dapat merasakan perbezaannya.

Ce lihat parut jerawat kat sebelah kiri tu, And cuba lihat gambar di sebelah kanan. Dah hilang kan? Memang susah taw nak hilangkan parut jerawat. Perlukan istiqamah untuk mendapatkan result yang cantik. 

Selepas guna ESB, Alhamdullilah, kulit aku dah makin elok dan tak perlukan mekap yang heavy untuk tutup cela aku. Hehe. Boleh lah raya dengan muka bersih woii!



Senang je nak pakai ESB ni. Paling senang aku rasa, paling kena dengan aku yang pemalas ni. Haha. 

  • Basahkan muka dengan air
  • Gosokkan ESB pada telapak tangan, kemudian sapukan secara lembut pada seluruh muka
  • Urut dengan baik selama 2 3 minit. 
  • Untuk kulit gelap/bermasalah, urut selama 5 minit
  • Bilas dengan air dan sapukan pelembap pada kulit
  • Untuk kesan lagi bagus dan cepat, guna ESB 2-3 kali sehari
  • Tunggu dan observe kulit muka korang taw!


Amacam? Senang gila kan nak apply ESB ni? Meh aku nak cerita pulak apa kandungan dan manfaat yang ada dalam ESB ni. 

Glutathione -- Kaya antioksida yang mencegah keroskan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Plus, glutathione boleh melambatkan proses penuaan taw! perghh boleh sentiasa muda gitu!

Kolagen -- menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit supaya lebih nampak tegang dan anjal!

Glyserin -- Mampu merawat kulit berminyak yang menyumbang kepada masalah jerawat dan masalah kulit lain. Sangat berguna untuk merawat masalah eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit. 

Banana enzyme -- Bertindak sebagai agen anti penuaan yang membaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin, halus dan berseri!

Seaweed -- Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat; rumpai laut menjadikan kulit lebih anjal, dan menaikkan seri wajah korang!

Carrot extract -- Ia juga mempunyai sifat anti keradangan membantu mengiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit lbih sekata, bersinar, membaiki tisu kulit dan melindungi kulit dan pancaran sinar matahari. 

Rice bran oil -- Bahan semulajdi yang kaya dengan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam di samping memperbaharui dan memperbaiki permukaan kulit

Bearberry Alpha Arbutin Extract -- Paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam.



Eh, cop! Aku ada berita baik untuk korang! Nak menang iPhone 6 dengan Ephyra takkk? IPHONE 6. Diulangi. IPHONE 6 untuk dimenangi!
ckquote>



Untuk maklumat lanjut : 
Instagram :

Website :

Facebook :

You Might Also Like

6 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. all the best kak scha. BV pernah guna ephyra skin bar nie, memang best. :3

    ReplyDelete
  2. goodluck scha.... mcm best jugak kalau dpt menang hadiah iphone tuh.... kekekekek :D

    ReplyDelete
  3. Nani pun guna eephyra. Memang rasa lain kulit :)

    ReplyDelete
  4. good luck Scha!kalau menang iphone, bolehla bergaya dengan handphone baru dan 'kulit' baru

    ReplyDelete
  5. sis JM pernah try...best sabun ni...

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook