Randomeness

Ceritera Raya 2015

Friday, July 31, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Jap, jap jap. *check kalendar Islam*

Raya masih ada lagi kan?

Pheww. Selamat. Sempat update tentang raya. 

Khamis (sehari sebelum raya), aku masih bekerja sampai pukul 6 petang sebab aku takde AL. So, kalau aku cuti, duit gaji kena potong. Wuwuwu. So, aku ambil keputusan untuk bercuti dari Jumaat hingga Selasa. 5 hari cuti pun aku dah cukup bersyukur dah. Bakpe nak cuti lama-lama, nanti kerja makin berlambak. Susah aku nak catch up nanti. hehe. 

Balik je dari kerja teruss je balik Seremban and then pecut ke Rembau (kampung belah mama). Tepat-tepat sampai masa sebelum maghrib. Alhamdullilah, aku tak mengalami masalah jem dan sempat berbuka dengan family. Pheww. 

Malam raya tu ada takbir kat kampung. Di mana, para lelaki akan merayau ke setiap rumah untuk bertakbir. Tradisi ini memang kami amalkan setiap tahun. Ada lah buat makan-makan sikit buat alas perut. 

Malam raya tu memang penat sikit lah. Letih basuh pinggan. Hhaa. Anak dara kan. Nak buat macam mana. Hadap je lah basuh pinggan tu haaa. Nasib je aku suka main air. Dah settle everything baru lah aku mandi. Hehe. 

Esoknya, kami stay rumah untuk terima kunjungan saudara mara. Memang hari raya pertama rumah wan aku ni menjadi port rumah wajib raya pada hari pertama. Memang ramai. So, untuk menyelesaikan masalah ini, kami berkongsi duit untuk memasang khemah di luar rumah. Haaaa, senang gilaa. Makanan pun ala buffet je. Pinggan pakai buang je. Takyah nak basuh pinggan lagi. Jimat tenaga, masa berborak pun dapat di panjangkan lagi. hehe. 

Dalam petang macam tu, baru lah kami sekeluarga bergerak ke Pilah (kampung belah ayah). Kat Pilah ni relaks sikit sebab saudara tak ramai sangat and anak dara and mak-mak dara ramai. Berbeza dengan Rembau. Nak diikutkan, aku lah anak dara paling tua kat situ. Wuwuwu. 

Pilah banyak amek gambar. Ada sepupu jadi photographer. Kalau kat Rembau, pakai camera phone and seketul monopod je. Aaaa, stress betul rasa. Rasa nak beli camera time ni jugak. Haiyoooo. Haha. 

Bawah ni ada beberapa ketul gambar di Pilah and seketul gambar di Rembau. Jadi laaaaa buat kenangan. hehe



Wajah kesayangan hamba.



And yes, I'm bigger than my father. Hewhewhew



Aku suka dengan scenery kampung Pilah. Cantikkk!


Sepupu-sepapat yang cantik-cantik semuanyaa kecuali daku. ahhaha 


Ber-selfie dengan wan kesayangan. Hehe. 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

#kosongkosong okayy!

Follow and let me know!

Randomeness

Eh, 24 dah?

Monday, July 27, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Alhamdullilah. Seketul Scha Nazri sudah melangkah ke alam 24 tahun pada 22 Julai yang lepas! haha

Tua dah aku rasa. Rasa betul ke aku dah 24? Rasa macam tak matang lagi. Rasa macam ada lagi sifat kebudak-budakkan dalam diri. haha. 

Btw, aku sambut birthday aku masa masuk kerja hari pertama lepas cuti raya. Sedih weii. haha. Nasib baik aku suka dengan kerja aku ni. Kalau tak, meroyan gak. Haha



Haaa, ingat lagi tak entry aku setahun yang lepas? Boleh lihat SINI. Aku rasa macam baru je tulis pasal wishlist 23 on 23 aku. Sekejap je dah masuk bulan 7 balik. Masa ni cepat sangat berjalan sampai seriau aku dibuatnya. 

Alhamdullilah, mana yang berbintang tu, aku dah berjaya dapat wishlist aku. Just simple-simple je. Yang lain akan dikejar sehabis mungkin! Amin!

Mood malas tengah menyelubungi hidupku. On lappy tapi malas nak menulis ni boleh tahan hampeh gak. Haha. Padahal banyak benda nak update ni woi! Nak gak cerita pasal raya. Takpe. Raya sebulan! hehe. 

Jaga diri semuaa! Muah ciked!

Follow and let me know!

Randomeness

Duit rayaaa oo duit rayaaa!

Tuesday, July 21, 2015



Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Selamat hari raya yang ke-LIMA!

Wah wah wahh, dah hari raya kelima baru nak update. Kemain pemalas yer Scha! *cekak pinggang*

Saja je nak bagitahu yang aku ada tanggungjawab nak beri duit raya start tahun ni. 

Syukur Alhamdullilah. Dapat jugak beri duit raya. 

Last year, yang paling tak menahan cousin sebaya aku bagi duit raya kat aku. Sedih weiii. Rasa macam kerdil gila rasa diri ini sebab tak kerja lagi. 

So, tahun ni dapat lah buat sedekah sikit. Bagi pun kepada sepupu-sepapat yang lagi muda dari aku. hehe. 

Mana tahu tahun depan boleh wakilkan duit raya je kepada bakal suami? Eh? Aminn :)

Eh, btw...

Scha nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Maafkan Scha kalau tersilap kata sepanjang korang datang blog Scha. Rindu kat korang. Tunggu aku balik Nilai sebab lagi tenang nak update kat sana. Hehe. 

Kosong-kosong okay!


Follow and let me know!

Randomeness

MUKA AWAK MENJIJIKKAN (YOU LOOK DISGUSTING)

Tuesday, July 14, 2015


'Kenapa pakai mekap tebal?'

'Kenapa muka kau banyak jerawat?'

'Muka kau banyak jerawat sebab terlampau banyak pakai mekap eh?'

'Ewww. Pakai mekap tebal sebab nak tutup jerawat tapi mekap setebal 3 inci pun tak boleh nak tutup jerawat batu kau tu.'

Mungkin ini lah dalam hati seorang manusia bila nampak perempuan yang suka pakai mekap. Mungkin yer, mungkin tidak. Kita mana tahu kan hati orang macam mana?

Hati aku tergerak nak menulis tentang ini sebab aku terlihat satu video yang agak viral di Youtube tentang mekap. I mean, mekap yang tebal.

Apa kata korang tengok dulu video ni. Silalah ambil kerepek dulu buat kudapan.



Apa korang rasa? Meremang? 

Bayangkan eh, kau tak mekap salah, kau mekap tebal salah, jadi apa yang perlu kau buat lagi? Kalau nak puaskan hati orang, memang sampai kiamat takkan habis kan?

Bagi aku, mekap ni sentiasa buat aku yakin dan happy. Bila stress pasal kerja, aku akan main mekap dan keluar dengan kawan-kawan. Aku pun ada flaws tersendiri and sebenarnya pakai mekap pun susah gak nak tutup flaws aku ni. Tapi, aku just teruskan pakai mekap dan keluar. Sebab kekadang aku rasa, pakai secalit gincu merah pun dah boleh buat muka aku fresh dan tak pucat. Buat aku rasa yakin nak berdepan dengan orang. 

Makeup build your confidence. 

Kau pakai mekap sebab nak rasa bertambah yakin terhadap diri sendiri. Bukan sebab malu dengan keadaan muka sendiri. Take note. Kalau kau rasa diri kau cantik, orang sekeliling akan dapat aura cantik/bagus. Eh, ni bukan riak. Jauh berbeza dengan riak taw. 

Eh, korang tahu tak, even korang pakai eyeliner/lipstick/lipbalm itu dah kira mekap? Tahu takk?

Aku kalau boleh, pakai mekap tapi nak try nampak natural selagi boleh. Sebab itu perlunya ilmu mekap. Mana nak dapat ilmu mekap ni? Cadangan aku, YOUTUBE. Aku suka tengok mekap tutorial. Suka tengok orang cantik dan boleh tambah pengetahuan aku tentang mekap dan teknik-teknik supaya nampak lebih au natural. Haa gitu. 

Lagi satu, bila kau jumpa kawan satu kepala yang gila mekap tapi kau tak pernah jumpaaaa. Like seriously korang tak pernah jumpa tapi bila cakap pasal mekap, gaya macam dah kenal bertahun. Itu yang aku suka bila ada beauty event! Ce tengok video kat bawah ni. 

Girls unite through makeups.


Ada orang kata, makin tebal pakai mekap, lagi banyak jerawat keluar.

YER. AKU SETUJU DENGAN STATEMENT INI. Tapii.......

Tapi, jerawat hanya akan keluar bila kau tak cuci mekap dengan betul, sayang. Tak guna makeup remover mahal tapi tak cuci muka dengan bersih. Aduh, aduh sayang. 

Lagi satu, elakkan menyentuh brush mekap dekat kawasan jerawat yang aktif. Lebih elok pakai tangan sahaja. Bukan apa, takut bakteria akan pindah dari jerawat ke brush dan menyebabkan muka lagi banyakkk naik jerawat! #schatips



See. Aku tak flawless. Pakai mekap tebal pun susah jugak nak tutup flaws ataupun lebih spesificnya, lubang pori muka besar. I am so sad. haha. Harap-harap dengan pakai #EphyraSkinBar, kulit aku bertambah sihat balik. Ni sebelum pakai ESB taw. Nak link baca review ESB? Boleh klik SINI.

Jadinya, pokok pangkalnya hati. Haha. Kalau kau dah tak suka mekap, nak buat macam mana kan? Yang penting, untuk para isteri, niat lah berhias untuk suami. Lagi berganda pahala you alls okay! :)

Okay lah. Salam. Thanks kerana membaca entri merapu dari seketul Scha Nazri. Hehe. 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Follow and let me know!

Randomeness

Majlis Iftar bersama #P1omanite anjuran P1 Networks

Friday, July 10, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!


Alhamdullilahh. Rabu lepas aku telah menghadiri majlis Iftar bersama #P1Omanite anjuran P1 Networks. Haaa, OMAnite tu apa?

Online Media Associates (OMA) iaitu boleh dikatakan pihak media bersama dengan P1 Networks. Sangat best masuk dalam group ni. Event yang dianjurkan oleh P1 sangat tidak mengecewakan taw. Apa kata orang? Berbaloi-baloi. Seriously!

P1 Networks amat menghargai sokongan dari pihak media khususnya blogger. Kerana mereka tahu, blogger lah merupakan satu platform terbaik untuk mereka memasarkan sebarang produk mahupun aktiviti mereka. Betul kannn?

Al-kisahnya hari Rabu tu habis kerja pukul 6 petang. 6 petang tepat aku dah ada kat depan punch card. Punch je, aku terus pecut ke KL. Singgah RnR jap nak tukar ke baju kurung sebab theme malam tu kena pakai baju tradisional. Tukar baju, mekap sikit and pecut ke Holiday Inn, Glenmarie Shah Alam. Syukurlah ada WAZE. Boleh dia decide nak ikut jalan mana yang paling cepat and kurang jem. Aku ni boleh je rempuh jalan KL tu sebab ada Waze. hahaa. Kalau takde Waze, memang tak lah aku nak keluar dari bandar Seremban. Haha.

Dalam pukul 7.10pm, aku sampai ke sana. Aku ingatkan aku paling lambat, ramai lagi yang lambat rupanya. Bila sampai, banyak lah aku jumpa muka familiar kat Facebook. Nak tegur, dorang ni famous sangat. So, hanya mampu tersenyum je. See, I am very shy you knoww!

Alhamdullilah. Majlis diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim dari Darul Sakinah. Comel sungguh depa ni. Baik-baik akhlaknya. :)





Selepas berbuka, telinga kami dijamu dengan iringan muzik dari band Dischord! Woahh, first time dengar band ni tapi suara diaorang sumpah best! haha. Sampai aku pun terikut-ikut nyanyi dengan dorang. Nasib je aku tak start menari dengar lagu raya dorang. hehe.



Facebook: Dischord
Instagram: Dischorders

Oh yer, nak tahu siapa emcee pada malam ituu? ATILIA HARON! Sangat sporting, sangat lawa and pandai handle event. Mohon P1 jemput Atilia lagi untuk jadi emcee ehh. hehe. 


Acara diserikan dengan contest seperti BEST SELFIE dan BEST DRESSES! Tahniah kepada semua pemenang!


THE FOOD! DELICIOUS!


DOORGIFT UNTUK OMAS!



Thanks for the great night P1 Networks! Truly enjoyed and appreciate your efforts!

Eh, teringin nak jadi sebahagian dari OMA?


Follow and let me know!

SchaReview

#SchaReview -- Ephyra Skin Bar

Friday, July 03, 2015


Assalamualaikum. Hai semua!




Eh, macam cepat je kan masa berlalu? Tup-tup dah nak raya. Lebih kurang 2 minggu je lagi. Perghh. Semangat nak raya ni kemain datang. Haha. Sejak dah bekerja ni, nafsu nak membeli yang baru-baru ni berkurang sikit. Mungkin sayang sangat duit and cita-cita nak menyimpan sampai boleh kahwin. Eh. Hehe.

Haritu, kakak kita +Innanie Ariffin ada buat contest dengan kerjasama Ephyra dan Ocean Life. Nak tahu apa hadiah yang menanti? IPHONE 6 youuu allsss. Terus aku cuba nasib daftar. Alhamdullilah, terpilih sebagai 50 yang bertuah untuk review Ephyra Skin Bar (ESB).

Aku sebenarnya dah lama usha ESB ni. Banyak dah aku tengok blogger buat review tentang sabun ni. Berkesan ke? Efektif ke? Nak jugak ada kulit halus mulus macam Memey Suhaiza. Ai iz jelly betul tengok kulit Memey. Putih bersih. Sekarang baru lah aku tahu macam mana kulit Memey boleh jadi cantik macam tu. Rupanya guna Ephyra Skin Bar.



Meh sini aku bercerita tentang kebaikan Ephyra Skin Bar.
  • Melembabkan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Menggebu dan mencerahkan kulit wajah
  • Merawat dan mencegah kulit berjerawat
  • Menghilangkan parut dan dan jeragat degil
  • Membantu dan menghilangkan bintik-bintik hitam


Jadi, aku telah menggunakan ESB selama 2 minggu setengah. Kulit aku ni agak degil dan selepas seminggu menggunakannya, barulah aku dapat merasakan perbezaannya.

Ce lihat parut jerawat kat sebelah kiri tu, And cuba lihat gambar di sebelah kanan. Dah hilang kan? Memang susah taw nak hilangkan parut jerawat. Perlukan istiqamah untuk mendapatkan result yang cantik. 

Selepas guna ESB, Alhamdullilah, kulit aku dah makin elok dan tak perlukan mekap yang heavy untuk tutup cela aku. Hehe. Boleh lah raya dengan muka bersih woii!



Senang je nak pakai ESB ni. Paling senang aku rasa, paling kena dengan aku yang pemalas ni. Haha. 

  • Basahkan muka dengan air
  • Gosokkan ESB pada telapak tangan, kemudian sapukan secara lembut pada seluruh muka
  • Urut dengan baik selama 2 3 minit. 
  • Untuk kulit gelap/bermasalah, urut selama 5 minit
  • Bilas dengan air dan sapukan pelembap pada kulit
  • Untuk kesan lagi bagus dan cepat, guna ESB 2-3 kali sehari
  • Tunggu dan observe kulit muka korang taw!


Amacam? Senang gila kan nak apply ESB ni? Meh aku nak cerita pulak apa kandungan dan manfaat yang ada dalam ESB ni. 

Glutathione -- Kaya antioksida yang mencegah keroskan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Plus, glutathione boleh melambatkan proses penuaan taw! perghh boleh sentiasa muda gitu!

Kolagen -- menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit supaya lebih nampak tegang dan anjal!

Glyserin -- Mampu merawat kulit berminyak yang menyumbang kepada masalah jerawat dan masalah kulit lain. Sangat berguna untuk merawat masalah eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit. 

Banana enzyme -- Bertindak sebagai agen anti penuaan yang membaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin, halus dan berseri!

Seaweed -- Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat; rumpai laut menjadikan kulit lebih anjal, dan menaikkan seri wajah korang!

Carrot extract -- Ia juga mempunyai sifat anti keradangan membantu mengiatkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit lbih sekata, bersinar, membaiki tisu kulit dan melindungi kulit dan pancaran sinar matahari. 

Rice bran oil -- Bahan semulajdi yang kaya dengan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu merawat penuaan serta menyuburkan kulit dari dalam di samping memperbaharui dan memperbaiki permukaan kulit

Bearberry Alpha Arbutin Extract -- Paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam.



Eh, cop! Aku ada berita baik untuk korang! Nak menang iPhone 6 dengan Ephyra takkk? IPHONE 6. Diulangi. IPHONE 6 untuk dimenangi!
ckquote>



Untuk maklumat lanjut : 
Instagram :

Website :

Facebook :

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook