#SchaMakan -- Suka Sucre Bistro oleh Dr Fazley Yaakob

Monday, June 15, 2015


Assalamualaikum. Hai korang!


Episod #SchaMakan ini dibawakan khas oleh duit gaji company bagi. Tanpa beliau, tiadalah dalam mimpi yang seorang Scha akan makan kat tempat ni. Hhaha. Wishlist sangat!

Baiklah. Adalah dalam 2 3 minggu lepas aku and kawan aku Fara pergi ke Suka Sucre Bistro oleh Dr Fazley Yaakob yang terletak di Taman Pertama, Cheras, Kuala Lumpur. Jarak perjalanan dari Nilai ke sana dalam 40 minit kot. Bagi aku kira dekat lah jugak. Macam mana aku pergi sana? WAZE jeeee Suka Sucre Bistro. Konpem keluar. ahha. 

Sampai je sana jangan terkejut kalau nampak pelik je bistro tu kat dalam bangunan yang besar. Aku tak pasti bangunan apa. Wisma RYU kot. Tapi, jangan risau. Masuk jeee dalam bistro tu. Terpampang Suka Sucre Bistro kat depan pintu bistro.

Bila aku melangkah kaki kanan je masuk ke dalam bistro, makk aihhh, cantik kebabom betul decorations dia. Rasa macam dalam sebuah kafe di Paris gitu. Dia punya decorations sangat marvelous, meletop and aku dah takde ayat nak gambarkan macam mana. haha. Sambil tunggu makanan, boleh ambil gambar sini-sana and boleh explore kedai if tak ramai orang. 

Mula-mula rasa segan sikit nak masuk sebab nampak high-class betul. Tapi, staff bistro sangatlah friendly ya amat. Sentiasa senyum, good body posture and good etiquette. Sungguh sabar masa aku nak pilih menu. Nak pilih menu pun kena ambil masa since macam investment kan? Kalau tak sedap, tak berbaloi lah duit aku yedak? hhaha. 

Menu @ Suka Sucre Bistro

*maaf, gambar agak blurr. boleh klik untuk lihat lebih jelas*

Harga dia standard kafe/bistro mahal. haha. Aku datang dengan kawan. So, kami share, bahagi dua. Ambil main meal and dessert 2 jenis. Air? Air kosong je. Air kosong FREE kott! 

1) Heavy Duty Beef Pizza 


-- Sesuai untuk makan 2-3 orang.
-- Sedap gilaaa yang amat. Punyalah aku makan sampai habis. Licin weii.
-- Memang heavy dutyyyyyyy
-- Daging dia cukup perapan, tak liat sangat, sos sedap, cheese sedapp
-- MAGAD!


2) Pavlova


-- Tengok kat dalam menu, nampak macam biasa-biasa je. Sekali dapat, hamek kau dia punya decoration. Like seriously ini ialah PAVLOVA. Not your ordinary pavlova.
-- Meringue dia sedap tapi manis sikit. So, kau kena makan sekali dengan sos strawberry and mango (yang berbentuk bunga tu) and buah dia sekali.
-- Sedapppp. Siap ada aiskrim okay!

3) Cookies in Cream


-- Biskut dia sedappppp. Tak manis sangat. Tak muak. Ditambah pulak dengan aiskrim vanilla. Memang sedapp. Memang sedap. *terliur*

Total: = RM 60.10 

Overall, aku sangat recommend kan korang pergiiiii Suka Sucre. Staff friendly, environment yang sangat selesa, makanan yang sedap, harga boleh tahan. What more can you ask for? :)

Haaa, settle. Seeloknya kalau nak makan dekat tempat fancy begini, pergi lah ramai-ramai. And boleh order satu main course and satu/dua dessert. So, tak terasa sangat duit habis kat situ. At least dah merasa kan. Kalau ada rezeki, boleh pergi lagi. hehe. 

How to get to Suka Sucre Bistro?


Cepat-cepat aku settlekan entry food review sebab taknak korang terliur masa bulan Ramadhan nanti. Sebelum terlewat, Scha nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada readers Scha Nazri. Puasa molek-molek yer. Jangan tetiba pulak sakit perut nanti. hhehe. 

Jaga diri semua!

Follow and let me know!

You Might Also Like

10 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. Terliur hoii. Hahaha :P Nak terjah jugak lah nanti. Ihiksss

    ReplyDelete
  2. nampak sedap Scha..nanti dah dapat kerja bolehla belanja akak kat sini..haha

    ReplyDelete
  3. wahhh, pizza tu nampak sangat sedap T^T

    ReplyDelete
  4. nk mkn pon syg sbb cute sgt

    ReplyDelete
  5. wahhh pavlova dia mmg not your ordinary pavlova...uniknya... harga dia oklah...atleast makan pizza kenyang jugak kan... scha, nnt i olls balik msia tahun depan, yuk deting! :D

    ReplyDelete
  6. Semua pun nampak sedap :D

    ReplyDelete
  7. wow. ingatkan Bistro ni, makanan dia macam mamak2 saje. rupanya ada eh gini. hahahahahahhahahahaha. tipikal . adoi.. nak cuba!!

    ReplyDelete
  8. yeee kedai ni dalam list.. harus nak pergi cuba..
    okay insyallah CT nak try pizza tu.. since kawan2 CT pun suka makan pizza jugak..
    not bad lah harga tu Scha.. sbb tngk kedai la kan.. ngeh2..

    u pay more u get more quality =)

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook