#SchaMakan -- Iftar Ramadhan Buffet @ Rymba Haven, Nilai

Sunday, June 21, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Berapa ramadhan yer? Alhamdullilah. Dah 4 Ramadhan. So far macam mana puasa? Aku? Okayy lahh. Cuma bila time cuti tu, makin lapar rupanya duduk dalam bilik. Time kerja boleh tahan lagi. Hahah. Maybe sebab takde mende nak buat time cuti kot. Erm. Maybe. Wiwiwiwi

Baiklahh... Jumaat lepas aku dapat invite dari pihak Rymba Haven untuk berbuka puasa di sana. Nak ucapkan terima kasih kepada Abg +HASRUL HASSAN  and +Izzati Ghafur kerana pass number aku kepada pihak Rymba Haven. Alhamdullilah. Rezeki hari Jumaat.


Rymba Haven is a wholly-owned bumiputera company based in Nilai Perdana, Negeri Sembilan. Founded in the first quarter of 2014 Rymba Haven aimed at organizing and managing a variety of occasions at our own exclusive and private venue. Our company specializes in holding corporate and family events such as weddings, seminars, birthday gatherings, corporate dinners, motivational courses, product/event launchings, concerts and many more.

Under the guidance of our experienced team in hospitality services and event management, we ensure that every event held at Rymba Haven is dealt with extreme attention to detail to provide an unforgettable experience for our guests. Our team of experts ensure that each step of the planning process is anxiety free and executed to the clients maximum satisfaction. We at Rymba Haven understand how important your event is and we take pride in organizing  events that cater to all your needs.

-- Rymba Haven sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk majlis atau keramaian korang. Any event boleh buat kat sini. Persekitaran yang hijau sangat mendamaikan. Ruang kawasan yang lapang memudahkan untuk sebarang majlis. Kemudahan pun sangat selesa. 



Saujana hijau yang sangat menyenangkan. 


Kemudahan surau disediakan untuk pengunjung. Selesa. 

Baiklah. Jom tengok menu utama di Rymba Haven!


Ini adalah antara menu yang terdapat di Rymba Haven. Ni kira main dish lah. Tumpuan utama di sini. Rymba Haven menjadikan menu tradisi kampung Nogori Sembilan sebagai daya tarikan pelanggan ke sini. Bila aku ternampak je Daging Gulai Salai Manga, masya Allah, terliur aku. Punya rasa nak terkam je walaupun baru pukul 6.45pm. Wuwuwu. Dah lama tak makan gulai daging salai. Favorite aku for eternity. Haha. 

Overall makanan dia sedap. Ada tempoyak lagi. And sangat sedap. Rasa bersyukur gila dapat makan. Dengan kambing nya lagi. Drooling betul. So, apa lagi? Kita try lah SEMUA! Muahahahaha


Hamek. Punya lah nak rasa semua jenis makanan kan. Kita amek sikit je and susun cantik-cantik. Pastu kita insta. Haha. Dah nama nya food blogger kan?

Apa lagi makanan yang disediakan oleh Rymba Haven? 




*Eksaited sangat susun gambar sampai ada double gambar. Ah, laparr*

Basically, apa yang korang nak makan, semua ada kat sini. Dari kampung ke barat you alls! Makan sampai kenyang. Sedap sangat especially KAMBING BAKAR! 

Lagi satu tips untuk hidangan buffet. Kita kena makan slow-slow. Makan and stop kejap. Lepas tu ambil lagi. And stop. And ambil lagi. Ulang proses sampai korang puas!

Selain pilihan menu yang pelbagai dan juga persekitaran berbuka yang tenang dan damai, Rymba Haven turut menawarkan persembahan tradisional yang pastinya memukau pelanggan yang datang bertandang antaranya ghazal, cak lempong dan lagu-lagu tradisi Negeri Sembilan. Ewahh!


Baucar buffet Ramadan boleh ditempah bermula hari ini hingga sehari sebelum buffet Ramadan berakhir. Harga pengenalan untuk buffet ini bermula dengan harga RM55.00 pada dua minggu pertama Ramadan iaitu dari 19 hingga 23 Jun 2015. Bermula 24 Jun hingga 14 Julai pula harga buffet adalah bermula dari RM65.00 seorang. Bagi kategori kanak-kanak 4 hingga 12 tahun dan warga tua berumur 55 tahun ke atas, harga buffet  adalah RM43.00 seorang. Promosi untuk tempahan berkumpulan adalah beli 10 baucar dapat percuma 1 baucar. Segala urusan tempahan baucar boleh menghubungi talian 06-7991314 / 016-720 0546.





Follow and let me know!

You Might Also Like

10 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. sedapnya makanan diaaaaaa!
    www.kaio.my

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi :)
    banyaknya menu

    ReplyDelete
  3. tahniah terpilih! heheheheh.. bestnya tengok tempat tu. baguslah surau ada. orang nak solat pun senang, pastu sambung makan balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki dapat jemputan..makanan pun heaven..sesuai dgn nama rimba Heaven...RM65 seorang..berbaloi lah tu tapi x boleh pegi hari2 pitam hihihi

      isshh..x de yg sudi jemput sis JM berbuka bersama ke nih

      Delete
  4. Fuhhh! Pilihan lauknya memang rasa nak makan semua!
    Hai, Scha! Selamat berpuasa ye :)

    ReplyDelete
  5. hish terliur kita tengah puasa tengok makanan meriah camnie... bestnya! harga buffetnya pon reasonable la.... *terliur* hihihihi :D

    ReplyDelete
  6. Oiii banyaknyaa makann sedap sedap :D

    ReplyDelete
  7. mak ai menu! terjejas keimanan ni
    apapun tahniah dapat invitation =)

    ReplyDelete
  8. hehehe bila nak dapat invitation cenggini..
    abam abam please pass no kite skali ahak ahak..

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook