Menu bujang weii

Thursday, June 18, 2015



Assalamualaikum. Hai semuaaa!



Syukur Alhamdullilah. Settle 1 hari puasa hari niii. hehehe. 

Eh, korang makan apa tu? Share lah sikittt. Kot-kot ada idea nak masak masakan bujang.

Sahur tadi makan apa yer?

Masak nasi.
Masak sardin + kentang + bawang holland

Tapi, kentang lebih dari sardin. So, jadilah kentang masak sardin. kakakaka. Nasib lahh. Asalkan ada kicap. Boleh lah buat alas. 

Ingat senang nak masak guna multi cooker? Boleh tahan lah jugak dia punya susah. Nasib je tak hangus. Apartment ni tak boleh masak. So, terpaksa lah seludup multi cooker. Susah lah takde multi cooker. Rice cooker pun main seludup je. Mohon tak terkantoi dek warden. wuwuwu. 

Kat Taman Semarak, Nilai ni bazar Ramadhan dia kurang sikit. Berbeza dengan pasar malam setiap hari Selasa. Kalau nak besarrrrr punya, pergi dekat Dataran Nilai. Itu pun terpaksa tanya kawan. haha. Next time boleh pergi lagi. 

Menu buka

Nasi putih ( masak )
Sambal udang
Sambal hijau ikan keli

Syukur.

Anyone tahu nak masak makanan simple guna multi cooker? Kalau ada, sudi-sudikanlah share dekat blog korang and inform aku. Sebu ah perut asyik makan sardin and telur jeee. hehe. 

Eh, mana gambarrr? Memang taklah aku nak share. Risau korang nangis je tengok menu aku. hehe. 

Jangan lupa share tawww! Muah ciked! :)

Follow and let me know!

You Might Also Like

10 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. Simple pun sedap... Hehe. Teringat masa stay hostel dulu. Masak maggi guna rice cooker sebab tak boleh nak masak guna dapur. Huhu

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa scha :D kita tadi sahur makan hotdog jer.... sebab semalamnya dah makan kenyang2...hehehe arini insyaAllah kita nak masak paprik ayam makan dengan nasi putih + telur dadar...semoga terliur...heheheheh :D salam ramadhan my dear besties! :D

    ReplyDelete
  3. Apa susah.. Masak sup je la senang.. Tomyam kuah pindang kot nama dia.. Multi cooker sesuai masak kuah jer.. Nk goreng2 kena pandai adjust..

    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya

    Teknik SEO Mobile Friendly

    Biskut Semperit Sedap



    ReplyDelete
  4. Saya buka makan tomyam campak-campak je. Alhamdulillah, kenyang juga. Sedih kan kalau berpuasa jauh dari family.

    ReplyDelete
  5. Akak ni pun menu bujang.
    Asben jauh kat Sarawak ler katekan :)

    ReplyDelete
  6. oh ingatkan tadi nak share resepi bujang. hehehehhe.. xtaulah resepi apa nak kongsi. bab resepi nk berkurun sikit

    ReplyDelete
  7. Akak first ramadan menu sambal sardin sebab sel2 otak tak larat berfikir nak masak apa :)

    ReplyDelete
  8. dua2nya sambal? sakit perut kang...x suka mkn sayur eh

    ReplyDelete
  9. Oiii seludup ehh periuk nasi bagai. Hahahha :P Nani hari hari beli kafe sampai naik muak dah

    ReplyDelete
  10. mana gambawq?? hahaha.. saja je..
    sardin sedap kot.. all time fav kan.. kentang banyak pun sedap je..

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook