Randomeness

Lelaki dan perempuan sesuai jadi kawan baik ke?

Monday, June 29, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaa!


Siapa tak kenal Kajol kannn? Aku rasa dulu aku start tengok hindustan ni masa Kajol and Shah Rukh Khan (SRK) dalam filem Kuch Kuch Hota Hai. Since then, banyak jugak aku follow depa ni taw. 


Bagi aku lah kan, dorang ni kinda the perfect couple. Sangat sepadan. Dulu selalu berharap dorang ni akan kahwin. Sekali tidak. So, aku agak patah hati di situ. Haha. Tapi dorang ni remain best friends. Sampai aku pun pelik. Macam mana dorang boleh stay sebagai kawan even dalam filem lakonan dorang banyak-banyak aksi yang tutup mata a.k.a budak-budak tak boleh tengok. 

Orang kata, lelaki dan perempuan tak sesuai jadi kawan baik. Dikhuatiri salah sorang akan jatuh hati dan boleh meruntuhkan persahabatan. Betul ke? Korang rasa macam mana? 

Bagi aku, ini soal perasaan. Kalau kau dah set awal-awal yang dia hanya sebagai seorang kawan baik, maybe hati kau takkan goyah. Tapi, kita mana tahu hati di pihak sebelah sana kan? Kot-kot dia ada simpan perasaan kat kita. Atau dia pun anggap kita sebagai kawan baik jugak. Hati ni sangat complicated yer. Kalau ada scanner hati, senang sikit nak detect. hahaha. 

Best kan kalau dapat kawan baik sebagai suami kita? Semua benda boleh share. Dia paham kita, kita pun paham dia. Harap-harap bakal suami pun begitu lah yerr? wiwiwiw. Aminn. 

Eh, aku nak cakap ni sebenarnya.

Kajol ni makin tua, makin cantik. Makan kolagen apa ntah dia makan ni. Macam vampire pun ada aku rasa. Kalau artis Malaysia pulak, Amy Mastura. Dari dulu sampai sekarang, sama je aku tengok. Comel tu tetap ada. Haha. 


Sumber: Twitter

Awwwhh. #squadgoals

Eh, sudah lah. Nak pergi meroyan jap sebab rasa insecure bila dah tua nanti. kakakaka.

Salam Ramadhan! ^^

Follow and let me know!

schamakan

#SchaMakan -- Iftar Ramadhan Buffet @ Rymba Haven, Nilai

Sunday, June 21, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Berapa ramadhan yer? Alhamdullilah. Dah 4 Ramadhan. So far macam mana puasa? Aku? Okayy lahh. Cuma bila time cuti tu, makin lapar rupanya duduk dalam bilik. Time kerja boleh tahan lagi. Hahah. Maybe sebab takde mende nak buat time cuti kot. Erm. Maybe. Wiwiwiwi

Baiklahh... Jumaat lepas aku dapat invite dari pihak Rymba Haven untuk berbuka puasa di sana. Nak ucapkan terima kasih kepada Abg +HASRUL HASSAN  and +Izzati Ghafur kerana pass number aku kepada pihak Rymba Haven. Alhamdullilah. Rezeki hari Jumaat.


Rymba Haven is a wholly-owned bumiputera company based in Nilai Perdana, Negeri Sembilan. Founded in the first quarter of 2014 Rymba Haven aimed at organizing and managing a variety of occasions at our own exclusive and private venue. Our company specializes in holding corporate and family events such as weddings, seminars, birthday gatherings, corporate dinners, motivational courses, product/event launchings, concerts and many more.

Under the guidance of our experienced team in hospitality services and event management, we ensure that every event held at Rymba Haven is dealt with extreme attention to detail to provide an unforgettable experience for our guests. Our team of experts ensure that each step of the planning process is anxiety free and executed to the clients maximum satisfaction. We at Rymba Haven understand how important your event is and we take pride in organizing  events that cater to all your needs.

-- Rymba Haven sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk majlis atau keramaian korang. Any event boleh buat kat sini. Persekitaran yang hijau sangat mendamaikan. Ruang kawasan yang lapang memudahkan untuk sebarang majlis. Kemudahan pun sangat selesa. 



Saujana hijau yang sangat menyenangkan. 


Kemudahan surau disediakan untuk pengunjung. Selesa. 

Baiklah. Jom tengok menu utama di Rymba Haven!


Ini adalah antara menu yang terdapat di Rymba Haven. Ni kira main dish lah. Tumpuan utama di sini. Rymba Haven menjadikan menu tradisi kampung Nogori Sembilan sebagai daya tarikan pelanggan ke sini. Bila aku ternampak je Daging Gulai Salai Manga, masya Allah, terliur aku. Punya rasa nak terkam je walaupun baru pukul 6.45pm. Wuwuwu. Dah lama tak makan gulai daging salai. Favorite aku for eternity. Haha. 

Overall makanan dia sedap. Ada tempoyak lagi. And sangat sedap. Rasa bersyukur gila dapat makan. Dengan kambing nya lagi. Drooling betul. So, apa lagi? Kita try lah SEMUA! Muahahahaha


Hamek. Punya lah nak rasa semua jenis makanan kan. Kita amek sikit je and susun cantik-cantik. Pastu kita insta. Haha. Dah nama nya food blogger kan?

Apa lagi makanan yang disediakan oleh Rymba Haven? 




*Eksaited sangat susun gambar sampai ada double gambar. Ah, laparr*

Basically, apa yang korang nak makan, semua ada kat sini. Dari kampung ke barat you alls! Makan sampai kenyang. Sedap sangat especially KAMBING BAKAR! 

Lagi satu tips untuk hidangan buffet. Kita kena makan slow-slow. Makan and stop kejap. Lepas tu ambil lagi. And stop. And ambil lagi. Ulang proses sampai korang puas!

Selain pilihan menu yang pelbagai dan juga persekitaran berbuka yang tenang dan damai, Rymba Haven turut menawarkan persembahan tradisional yang pastinya memukau pelanggan yang datang bertandang antaranya ghazal, cak lempong dan lagu-lagu tradisi Negeri Sembilan. Ewahh!


Baucar buffet Ramadan boleh ditempah bermula hari ini hingga sehari sebelum buffet Ramadan berakhir. Harga pengenalan untuk buffet ini bermula dengan harga RM55.00 pada dua minggu pertama Ramadan iaitu dari 19 hingga 23 Jun 2015. Bermula 24 Jun hingga 14 Julai pula harga buffet adalah bermula dari RM65.00 seorang. Bagi kategori kanak-kanak 4 hingga 12 tahun dan warga tua berumur 55 tahun ke atas, harga buffet  adalah RM43.00 seorang. Promosi untuk tempahan berkumpulan adalah beli 10 baucar dapat percuma 1 baucar. Segala urusan tempahan baucar boleh menghubungi talian 06-7991314 / 016-720 0546.





Follow and let me know!

Randomeness

Menu bujang weii

Thursday, June 18, 2015



Assalamualaikum. Hai semuaaa!



Syukur Alhamdullilah. Settle 1 hari puasa hari niii. hehehe. 

Eh, korang makan apa tu? Share lah sikittt. Kot-kot ada idea nak masak masakan bujang.

Sahur tadi makan apa yer?

Masak nasi.
Masak sardin + kentang + bawang holland

Tapi, kentang lebih dari sardin. So, jadilah kentang masak sardin. kakakaka. Nasib lahh. Asalkan ada kicap. Boleh lah buat alas. 

Ingat senang nak masak guna multi cooker? Boleh tahan lah jugak dia punya susah. Nasib je tak hangus. Apartment ni tak boleh masak. So, terpaksa lah seludup multi cooker. Susah lah takde multi cooker. Rice cooker pun main seludup je. Mohon tak terkantoi dek warden. wuwuwu. 

Kat Taman Semarak, Nilai ni bazar Ramadhan dia kurang sikit. Berbeza dengan pasar malam setiap hari Selasa. Kalau nak besarrrrr punya, pergi dekat Dataran Nilai. Itu pun terpaksa tanya kawan. haha. Next time boleh pergi lagi. 

Menu buka

Nasi putih ( masak )
Sambal udang
Sambal hijau ikan keli

Syukur.

Anyone tahu nak masak makanan simple guna multi cooker? Kalau ada, sudi-sudikanlah share dekat blog korang and inform aku. Sebu ah perut asyik makan sardin and telur jeee. hehe. 

Eh, mana gambarrr? Memang taklah aku nak share. Risau korang nangis je tengok menu aku. hehe. 

Jangan lupa share tawww! Muah ciked! :)

Follow and let me know!

schamakan

#SchaMakan -- Suka Sucre Bistro oleh Dr Fazley Yaakob

Monday, June 15, 2015


Assalamualaikum. Hai korang!


Episod #SchaMakan ini dibawakan khas oleh duit gaji company bagi. Tanpa beliau, tiadalah dalam mimpi yang seorang Scha akan makan kat tempat ni. Hhaha. Wishlist sangat!

Baiklah. Adalah dalam 2 3 minggu lepas aku and kawan aku Fara pergi ke Suka Sucre Bistro oleh Dr Fazley Yaakob yang terletak di Taman Pertama, Cheras, Kuala Lumpur. Jarak perjalanan dari Nilai ke sana dalam 40 minit kot. Bagi aku kira dekat lah jugak. Macam mana aku pergi sana? WAZE jeeee Suka Sucre Bistro. Konpem keluar. ahha. 

Sampai je sana jangan terkejut kalau nampak pelik je bistro tu kat dalam bangunan yang besar. Aku tak pasti bangunan apa. Wisma RYU kot. Tapi, jangan risau. Masuk jeee dalam bistro tu. Terpampang Suka Sucre Bistro kat depan pintu bistro.

Bila aku melangkah kaki kanan je masuk ke dalam bistro, makk aihhh, cantik kebabom betul decorations dia. Rasa macam dalam sebuah kafe di Paris gitu. Dia punya decorations sangat marvelous, meletop and aku dah takde ayat nak gambarkan macam mana. haha. Sambil tunggu makanan, boleh ambil gambar sini-sana and boleh explore kedai if tak ramai orang. 

Mula-mula rasa segan sikit nak masuk sebab nampak high-class betul. Tapi, staff bistro sangatlah friendly ya amat. Sentiasa senyum, good body posture and good etiquette. Sungguh sabar masa aku nak pilih menu. Nak pilih menu pun kena ambil masa since macam investment kan? Kalau tak sedap, tak berbaloi lah duit aku yedak? hhaha. 

Menu @ Suka Sucre Bistro

*maaf, gambar agak blurr. boleh klik untuk lihat lebih jelas*

Harga dia standard kafe/bistro mahal. haha. Aku datang dengan kawan. So, kami share, bahagi dua. Ambil main meal and dessert 2 jenis. Air? Air kosong je. Air kosong FREE kott! 

1) Heavy Duty Beef Pizza 


-- Sesuai untuk makan 2-3 orang.
-- Sedap gilaaa yang amat. Punyalah aku makan sampai habis. Licin weii.
-- Memang heavy dutyyyyyyy
-- Daging dia cukup perapan, tak liat sangat, sos sedap, cheese sedapp
-- MAGAD!


2) Pavlova


-- Tengok kat dalam menu, nampak macam biasa-biasa je. Sekali dapat, hamek kau dia punya decoration. Like seriously ini ialah PAVLOVA. Not your ordinary pavlova.
-- Meringue dia sedap tapi manis sikit. So, kau kena makan sekali dengan sos strawberry and mango (yang berbentuk bunga tu) and buah dia sekali.
-- Sedapppp. Siap ada aiskrim okay!

3) Cookies in Cream


-- Biskut dia sedappppp. Tak manis sangat. Tak muak. Ditambah pulak dengan aiskrim vanilla. Memang sedapp. Memang sedap. *terliur*

Total: = RM 60.10 

Overall, aku sangat recommend kan korang pergiiiii Suka Sucre. Staff friendly, environment yang sangat selesa, makanan yang sedap, harga boleh tahan. What more can you ask for? :)

Haaa, settle. Seeloknya kalau nak makan dekat tempat fancy begini, pergi lah ramai-ramai. And boleh order satu main course and satu/dua dessert. So, tak terasa sangat duit habis kat situ. At least dah merasa kan. Kalau ada rezeki, boleh pergi lagi. hehe. 

How to get to Suka Sucre Bistro?


Cepat-cepat aku settlekan entry food review sebab taknak korang terliur masa bulan Ramadhan nanti. Sebelum terlewat, Scha nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada readers Scha Nazri. Puasa molek-molek yer. Jangan tetiba pulak sakit perut nanti. hhehe. 

Jaga diri semua!

Follow and let me know!

Randomeness

Akhirnya Scha Nazri kembali aktif?

Saturday, June 06, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!



Sihatt keee?

Sorry sebab lama gila MIA. Hahahaha. Sekarang ni dah start kerja tetap. Alhamdullilah. So, blogging hanyalah sebagai part time sahaja.

Masa mula-mula stay Nilai, susah jugaklah nak survive takde internet. Balik rumah je baru pulun unifi puas-puas. Itu pun sekejap je. Balik rumah je mesti ada kenduri, kahwin lah, tunang lah, so masa depan komputer sangat limited. Sempat download cerita and blogging memang malas lah and penat. Jadinya blog pun jadi suam-suam kuku.

Pernah juga langgan 4GB data kat phone and guna hotspot ke laptop. Tapi, line Celcom kat sini sangat sengal. Tinggi sangat agaknya sampai line tak sampai. Haha. Lagipun, data cepat habis. Dah lah aku ni kaki Youtube. Lagi laa cepat habis data.

Fikir punya fikir, aku decide nak ambil Streamyx kat bilik. Oh yer. Aku stay kat apartment. Satu bilik, dua orang. Tapi for now aku tinggal sorang. Hehehe. Sebab apa ambil Streamyx? Sebab dia unlimited and 1mps agak sesuai untuk aku since aku guna sorang.

Sebulan dalam RM116. Campur data phone dalam RM25. So dalam sebulan, bil internet and phone paling mahal pun dalam RM150. Memang aku bajet betul-betul sebab nak save duit nak kahwin. Hhaha.


Siang tadi baru pasang internet kat bilik. Perghh. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Boleh lah nak aktif berblog lepas ni. Hehe. Weekend memang aku nak fokus berblog and leisure time. Harap-harap seorang Scha dapat menghakis sikap pemalas. hhe.

Okay lahh. Nak berblogwalkingg ni youu allss. Ai rindu you allsssssss.

Follow and let me know!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook