giveaway

Oh Snap! It's Giveaway Time By Haziqah Muhamad

Sunday, May 31, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Ada tak sesiapa yang tak sempat join giveaway kita harituuu? Nah, blogger inijurnalkitapunya.blogspot.com ada buat giveaway uolls! Hadiah best-best! Sesiapa yang nak join, sila baca syarat-syarat ni ye.


SYARAT-SYARAT:

Letak tajuk entri: Oh Snap! It's Giveaway Time By Haziqah Muhamad.
Print screen + pastekan gambar di bawah di entri belog korang. JANGAN LUPA LINK KAN GAMBAR TERSEBUT KE BELOG www.inijurnalkitapunya.blogspot.com .


Follow belog (inijurnalkitapunya.blogspot.com) dan twitter (https://twitter.com/sindiketbuku).
Like Fanpage Haziqah Muhamad di sebelah kanan belog ini.
Like & share entri post ini dekat facebook korang. (ada button like & share di akhir entri)


Tag DUA bloggers lain. Make sure diorang alert yang diorang di tag ye.
Akhir sekali, letak details berikut di ruangan komen di bawah. (Supaya penyertaan korang tak tercicir)


TARIKH PENYERTAAN BERMULA DARI: 28 MEI - 11 JUN 2015

HADIAH-HADIAH:

Hadiah Pertama x 1: DIY CLOCK


Hadiah Kedua x 1: Self Stirring Mug


Hadiah Saguhati x 2: White Light


Haa senang je kan? Kalau tak berapa nak faham, korang boleh pergi jenguk blog dia inijurnalkitapunya.blogspot.com. Apa lagi, jomlah join ramai-ramai!

Follow and let me know!

schamakan

#SchaMakan -- Ramadhan Dining Buffet @ M Cafe by Meesha Sukira

Saturday, May 23, 2015

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Phewwww. Barulah dapat menaip dengan tenang sikit. Sangat susah nak menaip lately ni. Sehari uruskan gambar, sehari upload gambar, sehari menaip, sehari publish. Gitulahh. Balik kerja terus rasa nak tidur jeeee. Then, internet pulak macam ntah hape-hape. Lagi lah hilang mood aku nak menaip.

Alhamdullilah. Sabtu lepas, aku, Amy J dan rerakan food bloggers yang lain telah berkunjung ke M Cafe oleh Meesha Sukira dengan perut yang kosong. Haruslah dengan perut yang kosong kan? Kalau tak, siapa nak habiskan makanan-makanan tuuu? Haha. Oh yer, aku telah dijemput oleh pihak Food Ink untuk food review kali ini. Link Food Ink ada kat sidebar okay!

M Cafe terletak di Plaza Damansara, Bukit Damansara. Selepas habis event di Mid Valley, aku and Amy terus shoot ke sana. Nasib baik dalam 15 minit je. Search je waze 'Meesha Sukira', InsyaAllah jumpa. Kau ikut je lah Waze tu bawak pergi mana. Jalan dia macam confusing sikit. And aku sangat lah teruja tengok persekitaran dia. Sangat eklusif. Dekat sangat dengan taman perumahan golongan elit. Feeling ala-ala elitis gitu. hehe.

Pastikan jumpa signboard seperti di bawah okay! Sangat senang nak detect kat mana. Parking pun senang.

M Cafe by Meesha Sukira Influenced by Nature, Inspired by Culture



Bila kau tengok je M Cafe ni, mesti kau rasa segan nak masuk. Yelah kan, batik kan harga dia boleh tahan mahal, so kita mesti expect harga makanan dia pun tinggi lah kan? But, I tell you okay. Harga dia sangatlah berpatutan. Nanti aku cerita. Sat naaa.

Kat bawah ini pandangan sekitar ruang M Cafe di bahagian atas. Bahagian atas banyak terdapat kain bercorak batik dan juga beg batik. Serius cantik. Kalauu aku kaya, aku pejam mata je beli semua ni bagi kat mama and mak sedara. Hhe. Amin.



Yang ini pula, bahagian bawah. Cantik kann? Selesa sangatt. Rasa macam kat hotel. Ada jualan barangan kraf di bahagian bawah. Boleh lah usha-usha. Sangat cantikk dan halus buatannya.



M Cafe oleh Meesha Sukira ialah satu tempat di mana korang boleh rasa makanan dari rumah tetapi ditemani oleh suasana batik yang ceria dan menyenangkan..

Untuk pengetahuan korang, Meesha Sukira telah lama bertapak dalam dunia seni lukis batik di Malaysia. Kain batik, beg tangan, baju dipersembahkan secara turun-temurun dan ketelitian untuk menghasilkan sebuah batik yang berkualiti premium. Jadi, dengan idea batik ini, M Cafe telah diperkenalkan oleh dua orang wanita besi yang mempunyai butik batik. Dua wanita ini berfikir, bagaimana nak perkenalkan batik secara lebih menyeluruh? So, why not kita promosi batik menerusi makanan kan? Haaa, itulah pencetus idea dua wanita besi untuk M Cafe!

Mesti tertanya-tanyakan M ni simbol untuk apa? Makan Cafe ke? Hahha. Lebih kurang lah. M ni ada banyak maksud yang positif seperti Motivation, Magnificent or Mystery. Owner M Cafe sendiri rasa betapa susahnya nak bangunkan M Cafe. Bukan senang nak berada di tahap sekarang kan? So, M sangat simbolize semangat mereka untuk memperkenalkan batik.

And and and, yang paling penting, resipi M Cafe ini kebanyakkannya resipi dari Istana zaman dulu kala. Jangan memain taw. Sebab tu aku perasan sikit rasa dia lain sikit dari yang biasa.

Okaylah. Jom menjamu mata!

Scha Review

Ramadhan Dining Buffet -- RM 39.90/seorang



1) Sambal Udang Petai -- Petai dia crunchy. Sambal dia sedap-sedap pedas. Udang dimasak elok dan senang nak kupil kulit udang.
2) Sotong Sumbat dengan Telur -- Sotong dia lembut. Fresh. Sambal sedap secukup rasa. Tak cukup sekor sotong weii!



3) Daging Masak Hitam -- First time rasa itik. Rasa macam ayam sikit tapi liat sikit macam daging lembu. Hahhaha. Terasa kicap dia. Pedas cukup!
4) Sambal Terung -- Terung is my favorite! Terung ni paling sedap buat sambal je. Hahaha. Sambal dia ada rasa udang kering sikit. Tu yang unik dia.



5) Gulai Udang Masak Lemak Rebung -- Tak suka rebung tapi suka kuah rebung. Cukup lemak santan dan pedas. Udang pun fresh!
6) Asam Pedas Pari SIAPA TAK SUKA ASAM PEDAS ANGKAT KETIAK! Hahaha. Ikan pari dia lembut, asam dia memang asam ditambah dengan tomato. Perghh. Dengan pedas dia sekali. Terangkat beb!

Enam menu diatas lah apa yang korang akan dapat dengan set Ramadhan Dining Buffet. Buffet yer. Bukan ala-carte. So, makanlah banyak mana pun korang suka!

Jangan risau, masjid sangat dekat dengan cafe. So, buka puasa and boleh terus maghrib kat masjid and after that boleh terus sambung makan kat sini. Bestnyaaa kalau convenient macam ni kan? :)

Next, aku nak kenalkan signature dish M Cafe. Unik gilaaa!



1) Sambal Ikan w/ Apple Salad -- Masa mula-mula aku tengok, ni apa benda? Nape ada apple? Buat hiasan ke apple ni? Takkan makan gitu je? Hhahahaa. Rupa-rupanya, kena makan sambal ikan tu dengan apple! Sila lihat gambar bawah ni...


Macam mana boleh combine sambal ikan and apple? Manager M Cafe berkata, sambal ikan tu pedas so cara nak counter balik rasa pedas ialah dengan rasa masam dan yang paling terbaik ialah buah Apple! Rasa dia macam pedas and masam. Gitu lahhh. Susah gak nak explain rasa dia macam mana. Sekali ngappp je masuk dalam mulut. Haha.

2) Butter Fried Chicken Salted Egg -- FAVORITE MENU! Rasa macam terjumpa satu rasa baru dalam mulut aku. Hahahha. Ayam tu digoreng dan kemudian di masak dengan telur masin. Korang patut rasa menu ni. Sangat recommended!



3) Hainanese Chicken Chop -- Chicken chop yang portion dia besar and sedapp. Susah nak dapat portion besar gini. Side dish dia pun aku sukaaa!
4) Seafood Fried Meehoon Meehoon yang penuh dengan seafood. Rasa macam mak masak kat rumah!

DONE REVIEWING!


Stella dari Food Ink ( berdiri kanan) dan Manager M Cafe (berdiri kiri) terangkan dengan lebih terperinci tentang M Cafe dan menu yang terdapat di sini.

Part yang paling best ialah, haruslah jumpa dengan blogger! Hahaha. Masa ni lah baru dapat jumpa face to face dengan kawan alam maya. hehe. Dapat jumpa Ash jugakk! Aktif betul Ash ni. Dah besar mesti pandai. hehe. Aminn!


2) Kak Farah dan Ashhh : http://www.bubblynotes.com/

Thanks Food Ink and M Cafe!

1. Address: 47 Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur
2. Business hours: Mon - Sat: 10:00 am - 10:00 pm (Sunday Closed)

Follow and let me know!

giveaway

Pemenang Giveaway Sayang by Scha Nazri (HOORAY!)

Tuesday, May 19, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Sihat kee takkk? Phewww. Lama gilaaa aku nak publish pemenang-pemenang Giveaway Sayang niii. Berat jugak cobaan dia. Hahhaha.


Okay. Let's cut the chase.

5 pemenang yang terpilih oleh Random.org untuk memenangi TOPUP RM10 ialaahhhh....






TAHNIAH koranggg! So, cecepat email ke Scha nombor telefon dan operator korang yer. 
[ sya_zana91@yahoo.com ]

10 pemenang yang terpilih untuk blog review (satu blog seminggu) ialahhhhh....











Tambahan review :)


And if Scha rajin, Scha akan review peserta-peserta GA Scha ni taww. Hehe

Pemenang UTAMA yang bertuah untuk memiliki sebuah mint clutch bag oleh Zalora ialahhhhhh


MAMA 3 Farhanah

Mama, hantar details alamat, no telefon ke [ sya_zana91@yahoo.com ] taww!

Tahniah semuaaaa! Terima kasih kepada yg sudi join. Maaflah lambat benau nak umum nyaa. Masa dan internet sangat mencemburui daku. hhehe. Kepada yang tak menang, doakan rezeki Scha murah and Scha akan buat satu giveaway lagii! Aminn!

Follow and let me know!
Facebook  | Instagram | Twitter

p/s: Jangan tanya kenapa gambar random.org besar gedabak. Tak reti betul nak adjust. haha

Randomeness

Pesta Molopeh Ikan kek Tobek Godang, Kuala Pilah

Thursday, May 14, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Pada 2 Mei 2015 yang lepasss, kampung den iaitu Tobek Godang tolah mongadokan satu pesta melopeh ikan. Haaa, paham ke tidak? haha.

Copp. Tukar loghat japp. ehem ehemm.

Ni haaa nak cerita yang haritu kampung aku yang diberi nama Tobek Godang atau dalam bahasa bandarnya ialah Kolam Besar telah menganjurkan pesta melepas ikan ke kolam. Pesta ini hanya berpuluh tahun sekali je taw. Last pesta masa aku sekolah rendah. Bayangkan betapa lamanyaaa dah tak anjurkan. Sebab tu aku memang tak lepaskan peluang untuk merasai sekali lagi kehangatan dan kepanasan pesta ini dan semestinya share kat korang kan? :)

Cuba tengok gambar kat bawah ni, nampak tak atap rumah? Haaa, itu lah rumah kampung aku. Ada 4 buah rumah kat tepi Tobek ni, dan semuanya saudara mara aku.


Love the scenery. Seriously!


Ini lah kali pertama aku tengok IKAN PATIN sebesarrr inii. Macam peha aku punya besar. Hahahhaa. Ada banyak ikan yang dapat dijala, contoh macam lampam, tongsan, keli dan tak lupa juga udang galah sepit biru! haha. 

Ada orang kata 'Tak best laahhh ikan kolam. Tak sedap, hanyir.' But, who cares? Yer, semua orang ada preferences dia kan? Wiwiwi. 

Haaa lagi satu, sempena pesta lopeh ikan, kami sepupu sepapat menyinsing lengan menjual makanan dan minuman untuk pengunjung. Tak kisah lah makanan tak habis pun, asalkan kepuasan itu ada. 


Siapa baca paper Metro Ahad, dapatlah tengok artikel pasal ni dalam tu. Bangga jadi cucu Tobek Godang :)

Eh, aku tengah draft kan pemenang Giveaway Sayang by Scha Nazri! Tunggguu tawww!

Follow and let me know!

Lazada

My shopping experienced with Lazada voucher!

Wednesday, May 13, 2015


Assalamualaikum. Hai guysss!

*post is in English. Saja nak acah-acah omputih sikit*

The word ‘Shopping’ makes our eyes pop-up, who can get over shopping. Rather, we always find a reason to shop. Things are easier in this generation; we actually don’t have to waste our time running behind the crowds or just to wait for our products to come back to stores. I am kind a person who always finds a reason to shop either may be a party or travelling. But, problem comes when you end up spending huge amount of bucks on single products. Or, the thing we need to wait the whole year to get discounts on the stores. Am I right? 

However, things are easier in tech generation, Internet provide us the convenient way to shop online, whenever we want it. Anyone who shop needs to be smart, they should know how much amount they are spending on single products. Last week, I came across www.vouchercodes.com.my, which brings all the brands under one roof into single site where we can find Lazada Voucher.

Lazada is one of the most popular online retail stores in Malaysia that provides its customers with access to the latest products in the market.


Isn’t that great? You have all the finest name in this site. www.vouchercodes.my is a discounted site where you will get all kinds of discounts in every other brand you like. I swear! This is something dream come true. Who can ever think of this?


When my friend asked my opinion on buying camera on net but on limited budget, I suggested her to go check this voucher codes website. While scrolling down Lazada site we came across 10% discounts on electronics item. Don’t believe me, see it yourself!


All she had to do is to select the desire camera from www.lazada.com.my/shop-cameras/ and have to click on the GET VOUCHER and it will open a new tab with the voucher.


You need to copy the voucher and paste in the payment option, the amount will deduct. Tell me that it isn’t good?

My friend is really really happy!

I must say voucher codes are indeed a very easy to use without any hiccups and most important there is no hidden terms and conditions. Always had been a failure with other coupon sites and always end up paying with no discounts. And, contacting them was again a big task, well you guys know it right??

Anyways! Whatever happens happens for good! I am happy all thanks to www.vouchercodes.com.my

p/s: Giveaway Sayang winners will be announce soon! 

Follow and let me know!

giveaway

GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI! (TAMMAT)

Monday, May 04, 2015

*sticky post*

Bismillah.

Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Dah lama aku mendiamkan diri kan? Blog korang pun aku dah lama tak jenguk. Maaf yer. So, sebagai balasan, aku nak melancarkan GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI sebab aku sayanggggg dekat korang. Haha. Lagipun aku tak pernah lagi buat GA, so dengan rezeki lebih yang ada, aku nak kongsikan dengan korang. 

GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI

Hadiah? Jom tengokkk!

1 x MINT CLUTCH BAG untuk pemenang UTAMA (akan dipilih sendiri oleh Scha)



RM 10 topup x 5 pemenang (Random.org)

10 blog untuk direview setiap minggu (Random.org)

Amacam? Menggoda takk?

Syarat-syarat penyertaan :-

1) Buat SATU entry tentang giveaway ini dengan tajuk GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI beserta dengan banner dan link kan ke entry ini

2) Follow blog Scha Nazri (sekiranya baru follow, nyatakan berapa nombor anda di ruangan komen entry ini)


3) LIKE Fanpage Scha Nazri 


Sila nyatakan sekali NAMA FACEBOOK korang di ruangan komen entry ini

4) Follow Instagram Scha Nazri

Instagram

Sila nyatakan USERNAME INSTAGRAM korang (sekiranya ada) di ruangan komen entry ini

5) Akhir sekali, ceritakan kenapa korang nak menang GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI ini? (lebih daripada 15 patah perkataan). Jawapan kreatif akan memenangi HADIAH UTAMA!

6) Tag 3 orang kawan! Mari kita sebarkan!

7) Berikan NAMA, EMEL, Followers ke berapa, FB & Instagram username dan LINK entry kat kotak komen okay!

GIVEAWAY BERMULA 4 APRIL 2015 DAN TAMAT PADA 4 MAY 2015 (11.59 pm)


Haaa, settle punn! Maybe agak leceh sikit tapi disebabkan giveaway ni khas untuk korang, so, aku ketatkan sikit penyertaannya. Haha. Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan taw!

Scha wishes you...


SENARAI PESERTA GIVEAWAY SAYANG BY SCHA NAZRI

2) http://eatmakeread.blogspot.com/2015/04/giveaway-sayang-by-scha-nazri.html
3) http://www.arzmoha.com/2015/04/giveaway-sayang-by-scha-nazri.html
5) http://yeorinbaramdo.blogspot.com/2015/04/giveaway-sayang-by-scha-nazri.html
6) http://aunidenovella.blogspot.com/2015/04/giveaway-sayang-by-scha-nazri.html
7) http://amysigadisweird.blogspot.com/2015/04/giveaway-sayang-by-scha-nazri.html

GIVEAWAY TAMMAT!

Pemenang akan diumumkan pada 9 Mei 2015. Tunggu taw. 

Wish you all the best!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook