Randomeness

Ex ajak tengok wayang?

Friday, April 10, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Cakkk! Haaaa, apa kena dengan title aku? haha

Sajaaa. Aku main game kat twitter di curator-kan oleh @twt_cinta hahha.


Click link ni untuk tengok reply orang lain. Sumpah kelakar. hahahaha --> https://twitter.com/twt_cinta/status/586513967561883648

Si Muhayat Ajwad jawab apa?


"Mana tau dapat tengok wayang free" - Muhayat Ajwad

Nampaklah mula-mula dia tak bagi, tapi elehhh jawapan last tu saja nak sedapkan hati dia je. hahaha. 

Baca respons orang lain lagi kelakarrr. Kesian jugak sampai makwe dia call tanya kepastian. haha. Ada jugak jawapan beri macam 'Saya taknak kongkong awak. Kita belum ada ikatan sah lagi.' Ini aku THUMBS UP! 

Eh, terima kasih sesangat atas doa korang supaya aku cepat dapat kerja. Alhamdullilah. Isnin dah start kerja dekat kilang Recron Nilai. Even sebagai assistant sahaja, itupun dah cukup untuk aku bertapak dalam industry ni. Terima kasih banyak-banyak yer :)

Ada hadiah sikit untuk korang taw. JEMPUT JOIN GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI ehh! Ini sahaja cara untuk aku membalas kunjungan dan doa korang! 

Harap seorang Scha Nazri akan bekerja bersunguh-sungguh untuk kahwin! EH! Hahaha. 

Follow and let me know!

schatips

#SchaTips: Cara Berbelanja di Shopback Malaysia!

Wednesday, April 08, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Wah wah wah, minggu ni banyak betul kongsi tips dengan korang eh. Takpelah. Lagipun apa yang aku nak share ni, memang dari dulu lagi nak share. Rasa macam best bila dapat share dengan korang benda yang bermanfaat and why not kita tambah duit poket kan?


Sejak kebelakangan ini, nama shopback.my semakin popular dikalangan para penggemar online shopping di Malaysia (like seorang Scha Nazri). Seakan suatu trend, fenomena online shopping sememangnya bukanlah suatu yang asing. Jika 10 tahun terdahulu, segala transaksi dilakukan secara virtual dan ramai pengguna yang amat berhati-hati untuk menggunakan perkhidmatan online. True that!


Zaman berubah, dan kini segalanya boleh anda miliki secara online. Pakaian, aksesori, gadgets, makanan, dan banyak lagi semuanya boleh menjadi milik anda dengan hanya beberapa klik sahaja. Berbeza dengan online shops atau online portals yang biasa anda lawati, Shopback Malaysia merupakan satu bentuk Affiliated Platform yang menggabungkan kesemua biggest e-commerce players di Asia.

Fashion Items? You go to Zalora. Gadgets geeks? Semua ada di Apple dan begitu juga online portals yang lain. Hotel pulak? Kita biasa buat tempahan di Booking.com kan? Nama-nama berikut merupakan nama yang begitu sinonim dengan para online shoppers di Malaysia.


Jadi, apakah kelebihan yang boleh korang dapat dengan membuat pembelian melalui Shopback Malaysia? Masih berkonsepkan online shopping, namun dengan kelebihan tambahan apabila korang akan meraih cashback pada setiap pembelian. Macam korang beli barang, tapi dapat duit balik! Magadddd

So, macam mana nak guna Shopback ni Scha?


1. Klik pada mana-mana online store yang korang suka.
2. Korang akan disambungkan terus ke laman web online store tersebut.
3. Pilih item yang korang suka dan buat pembayaran anda seperti biasa.
4. Raih cashback dalam akaun Shopback anda masa 1-2 hari bekerja.


Perlu diingatkan, untuk meraih cashback korang dengan lancar, korang harus;

1. Elakkan daripada klik pada kupon di website rasmi online stors tersebut.
2. Hanya gunakan kupon pada website Shopback.
3. Gunakan peranti yang sama sepanjang proses tersebut.
4. Sila ‘enable’ cookies pada peranti anda. Selamat mencuba gaissss!

So. Jom shopping di Shopback and dapat duit balik! Bulan ni banyak betul aku beli barang online. Hahahahaha. Yelah kan, kang bulan April dah GST. Nak transaksi online pun kena GST. Bertabah lah nak. Lepas ni kalau nak beli online, aku sanggup menapak ke bank. Hahaha. Sanggup!

Baiklah. Jaga diri semuaaaaa!

Follow and let me know!

Buku Jalanan Waghih

#GEmpurRak Episode 1 : W.A.R.I.S

Monday, April 06, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Eh, japp2. Jangan lupa eh join GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI. Join taww!

Meh sini dekat sikit. Hari ni aku nak support produk tempatan. Nope, bukan baju sebab baju tempatan mahal nak mampos. Sehelai RM60! What the fish? Haha. So, aku nak share dekat korang something yang WOW and boleh kita ketengahkan lagi.


#GEmpurRak

Pada 5 April 2015 yang lepas, satu event ala-ala Press Conference telah dianjurkan oleh Buku Jalanan Waghih dengan kerjasama The Dot Shop Boutique and Cafe, Senawang untuk sesi tayangan #GEmpurRak Episode 1: W.A.R.I.S


#GEmpurRak ini apa? Sejenis demo rusuhan ke? Eh, bukannn. Baca dulu keterangan di bawah ini.

-- Projek ini adalah satu projek di bawah nama Buku Jalanan Waghih (Negeri Sembilan) di mana pencetus idea utama (Hafiz Ibrahim) telah memulakan langkah untuk memupukkan lagi semangat membaca kepada umum. Pembacaan bukan setakat di perpustakaan sahaja kan? Mestilah bermula dari rumah. Betul tak?
-- Hafiz Ibrahim berkata, dia memulakan idea ini apabila kakak iparnya membelikannya rak buku untuk menyimpan buku-buku yang bertimbun supaya lebih kemas dan tersusun. Kebanyakkan buku-buku yang diberi oleh perpustakaan dan orang awam disimpan sendiri di rumah untuk kegunaan Buku Jalanan Seremban.


-- Jadi, si Hafiz ni pun tertanya-tanyalah, macam mana mereka seperti penulis, penyajak mahupun ulat buku menyusun buku-buku mereka. Adakah mengikut genre ataupun tiada spesifikasi khusus untuk menyusun buku. Krew Buku Jalanan Waghih akan menerjah rak buku mereka untuk di temu ramah. Tak kira lah anda siapa pun, asalkan ada rak buku!
-- Dengan adanya projek #GEmpurRak ini, Hafiz berharap masyarakat di luar sana lebih peka dan sayang terhadap buku-buku dan semangat cintakan buku. Walaupun pada zaman ini, kita lebih selesa menggunakan smartphone, tapi buku tetap juga dipegang dan di bawa kemana-mana.


Turut hadir ialah penulis buku Aku Rindu 90's, Cech Andrea. Cech pun nampaknya teruja dengan idea ini dan memberikan komen yang positif untuk penambahbaikan kualiti video terutamanya dari segi suara dan pencahayaan. Dengar kata Cech akan membawa projek ini ke peringkat lebih atas. Maybe kita akan lihat #GEmpurRak di kaca tv? Mungkin. Hihi. Tengok macam mana Episode 1 ini boleh pergi mana. Kalau dapat sambutan yang menggalakkan, Insya Allah, Buku Jalanan Waghih akan memperbanyakkan lagi episode. Amin!

Untuk episode pertama #GEmpurRak ini, Buku Jalanan Waghih dan pengacaranya, Niesa Hana telah menggempur rak W.A.R.I.S di Damansara. Nak tengok rak buku W.A.R.I.S macam mana? Jom tengokk!


Ada tak di antara korang yang ada rak buku dan bersedia untuk diterjah? Kalau ada, sila beritahu Scha eh. PM je kat Facebook. Hihi. Scha berharap sangat projek #GEmpurRak mampu pergi lebih jauh dan menghasilkan video yang berkualiti dan memberi impak positif kepada umum khususnya golongan remaja. Aminn!

Korang rasa macam mana dengan idea #GEmpurRak ni? Boleh beri cadangan ataupun komen? ^^


BUKU JALANAN WAGHIH

Instagram: @bjwaghihtv
Twitter : @BJseremban 
Twitter Hafiz Ibrahim : @HafizAira
Facebook: Buku Jalanan Seremban

Follow and let me know!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook