#TipsMekap-- Kenali bentuk mata anda dengan lebih jelas!

Monday, March 16, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!


Ya Allah, aku rindu nak main mekap-mekap, nak share dengan korang pasal mekap. Tapi, itu lah kekangan masa sebulan dua ni. Aku sebenarnya dalam proses pujuk ayah beli kamera Sony A500. Senang aku nak post gambar mekap and bawa pergi travel. Seboleh-bolehnya aku nak beli before GST. Nanti naik banyak gilaaa kot. Tapi, ayah aku macam tak paham. Kang naik tinggi sangat, memang kempunan lah aku nak beli. *dilemma*

Perasan tak kekadang aku cakap term tentang 'hooded eyes' or mata labuh dekat entry mekap? Ada yang bertanya tentang hooded eyes dekat entry lepas and sekarang aku nak share dengan korang bentuk mata korang. Dan pernah tengok tak makeup tutorial mat saleh and nampak cantik gilaa bila dorang apply eyeshadow tapi bila kita apply, tak sebijik langsung macam dalam tutorial? Hahahahha. Itu sebab mata dorang sangat sesuai untuk apply eyeshadow. Takdelah bila pakai eyeliner, terus tertutup lid mata. 

Okay. Jom jawab soalan-soalan di bawah ini sekiranya nak tahu tentang bentuk mata korang. 

1) Mata korang ada CREASE tak?


Crease di sini bermaksud lipatan antara kelopak (lid) mata atas dan bawah. Crease ini sangat penting untuk tahu bentuk mata korang and cara pemakaian eyeshadow. Sila lihat gambar di bawah. 

Crease
Upper Lid
Lid
Lower lid

Jika tidak, korang ada MONOLID eyes a.k.a mata sepet. Selalunya wanita Asia especially China, Korea and Japan ada bentuk mata begini. Kekadang dorang guna tools untuk bagi effect crease kat mata. Sampaikan siap buat surgery taw. Jangan memain kesan crease ni. hihi


Jika korang boleh nampak crease, sila jawab soalan di bawah ini. 

2) Sila ambil pembaris dan cermin. Pandang lurus. Letakkan pembaris dari hujung ke hujung mata anda. Adakah bahagian luar mata (outer corner) korang tarik ke atas atau ke bawah?

Outer corner tu macam mana pulak Scha? Oh yer, lihat gambar di bawah ini.


Jika ke atas, mata korang jenis UPTURNED. Jika ke bawah, mata korang jenis DOWNTURNED. Bentuk mata jenis downturned ni selalunya dimiliki oleh melayu. 


Jika jawapan korang tiada seperti di atas, so mata korang maybe jenis HOODED, ROUND ataupun ALMOND.

3) Adakah CREASE korang boleh nampak?


Jika tidak, korang ada HOODED eyes. Maksudnya tak nampak sangat LID mata. Tak macam monolid, terus tak nampak langsung LID mata.


4) Adakah bahagian putih mata korang and berdekatan dengan iris mata? Ambil cermin, dan pandang straight so that boleh tahu kedudukan bahagian putih mata. 


Lihat gambar untuk lebih jelasssss


Jika ya, korang ada ROUND eyes!
Jika tidak, korang ada ALMOND eyes. Yakni mata pilihan seorang wanita. Hahhaa. Perasan tak mata almond ni tak nampak warna putih kat bahagian atas dan bawah biji mata dia? Perhatikan perbezaan gambar di atas! 


Jadi apa bentuk mata korang? Meh share sikit!

So kalau dah tahu bentuk mata korang, senanglah nak apply eyeshadow kan? Insya Allah, aku akan share dengan korang solekan mata yang macam mana sesuai dengan mata korang. Tunggu aku cari maklumat dahulu taw!

Aku harap korang jelas dengan penerangan aku ni. Kalau ada silap ke, mohon betulkan di ruangan komen taw. Sama-sama belajar kan? :)

Baiklahhhh. Jaga diri semua!

Follow and let me know!

You Might Also Like

20 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. rasanya mata sy nie mata almond kot..hihi

    ReplyDelete
  2. memang seronok main make-up make-up ni...

    ReplyDelete
  3. wah..segan nak check sebab kat opis.balik umah kang nak try tengok..hehe.rasanya akak almond london kot..

    ReplyDelete
  4. Tunjuk kat ayah artikel ni, pasti dibelikan gambar untuk snap mekap..;)

    ReplyDelete
  5. rasanya saya round kot..hehehehhehe

    ReplyDelete
  6. Moga ayah belikan kamera untuk Scha yer ^^

    ReplyDelete
  7. taktau la jenis mata nie apa. hahhaa.
    maybe round atau almond. :D
    BV suka mata lelaki yg hooded. :D

    ReplyDelete
  8. nak tengok mata sendirik pon tak reti , ni kan plak nak mekap.. huhohoooooo.. btw, bagus tips ni.. :)
    meh ler sini, tolong mekapkan saya ..hihiiii

    ReplyDelete
  9. Kita dah follow awak taw :)

    ReplyDelete
  10. mata saya yg mana satu.... follow terus..

    ReplyDelete
  11. Lya pun dah lma x main makeup2 ni

    ReplyDelete
  12. xtaula mata yui ni jns mcm mana..hihih..moga dpt pjuk ayah ea =)

    ReplyDelete
  13. Cikna jenis mata monolid kot tp ape yg Cikna perasan mata Cikna ni cantik,hahaa......;-)

    ReplyDelete
  14. wah wah kak scha!!
    so fun to do this <333
    hikhik <3

    ReplyDelete
  15. Terkial-kial akak belajar mengenai mata dengan Scha hari ni :)

    ReplyDelete
  16. CT rasa mata CT jenis yang round tu kot aahaha.. kot lah sebab tak ukur bebetul lagi..
    kang mak tengok dok siap ukur ngan pembaris kata tebiat lak =P

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook