The Silver Lining

Saturday, March 14, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Sudah 2 minggu aku tak update apa-apa. Bukan hilang, ada je. Blog pun sekadar approve komen and takde mood betul nak blog walking. Sampai gitulah impak dia. Haaa.


Siapa yang jadi kawan kat FB and follow aku kat Twitter, tahu lah apa yang sedang aku lalui. Dugaan yang agak berat sikit bagi aku. Dugaan yang mana aku tak tahu benda ini akan terjadi. Haha. Boleh tahan juga lah penatnya macam mana. Hiks.

Biarlah gambar berbicara.


Yeap. Isnin lepas ayah aku kena heart attack. Tapi takde pengsan and sempat pergi emergency. Yang paling power, even ayah aku tahu dia dah rasa tak sihat pagi tu kat rumah, dia still pergi kerja and drive kereta. Plus, sempat isi minyak tu. Ayah memang dah niat nak pergi emergency terus bila sampai hospital. Tapi, kat hospital tu, jem pulak sebab jalan rosak. Then, dia pergi park kereta kat parking lot, tutup enjin kereta and duduk atas jalan raya supaya kawan dia nampak. Bila kawan dia nampak, kawan ayah terus bawak pergi emergency. 

Pukul 8 pagi aku dapat call dari kawan ayah yang ayah kat wad merah (kritikal). Hanya Allah sahaja tahu betapa menggigil nya aku pagi tu. Aku tahu benda ini akan jadi satu hari nanti, tapi, tak sangka Isnin lepas. Ayah ni seorang perokok dan peminat santan tegar. So, possibility untuk kena sakit jantung tu agak tinggi. Oh yer, ayah kerja kat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Petang Isnin ayah dah stabil dan ke wad biasa. Then, hari kedua pindah ke CCU (critical care unit) dan hari ketiga ayah pindah ke wad kelas pertama. Doctor kata memang ada blockage kat belah kiri, belakang jantung dia. So, kena refer IJN untuk buat angiogram (proses untuk masukkan belon ke ruang yang tersumbat). Nasib baik ayah kenal baik dengan Pakar Sakit Jantung HTJ, so proses ke IJN agak cepat. Alhamdullilah. 

But, Khamis lepas pula, mama pulak sembelit and lead to demam. Rupanya, ada jangkitan kuman dalam darah. Mama start tak boleh tidur malam Khamis lepas. Sembelit. Berak tak boleh keluar. Aku pula tak tahu apa-apa sebab penat gila haritu. Then, pagi Khamis mama terus ke emergency and doktor bagi ubat. Balik rumah, suruh mama makan. Tapi, mama mual, taknak makan. Dia nak tidur, tak boleh tidur. Sejuk-sejuk, menggigil yang amat sangat. Aku time tu dah nak siap pergi kerja dah, then mama ajak pergi hospital. Aku ingatkan sekejap je pergi hospital and aku boleh kerja balik, then, doktor tahan wad. Aaaaaaa, ayah time tu still tak tahu. Bila mama dah warded, barulah aku pergi beritahu ayah. Aku beritahu slow-slow je, takut ayah terkejut and could effect his hearts. Ayah dah pernah merasai situasi begini bila mama warded with the same symptoms last 2012. So, dia dah boleh agak apa sebabnya. 


Jadinya, malam Khamis tu terpaksalah aku tidur hospital. Before ni aku tak tidur hospital jaga ayah sebab ayah dah stabil and ramai nurse boleh jaga dia. But, malam Khamis tu terpaksa tidur hospital jugak sebab takde siapa kat rumah and ayah mama risau kalau aku stay sorang kat rumah. And this is the perks of being anak tunggal, gents and lads! Wiwiwi.

Ayah tingkat 7, mama tingkat 6. Nasib baik setingkat. Boleh turun naik pakai tangga je. Ada makcik tu pelik kenapa aku asyik pergi atas bawah. Haha. Lepas dah explain, barulah dia paham. Malam tu aku tidur kat wad ayah sebab lebih selesa sikit. 

Jumaat tu ayah dah boleh discharge and mama terpaksa tidur seorang sebab aku tak boleh tinggalkan ayah sorang-sorang. Incase anything happen dan aku tiada disebelahnya. Naya. Sabtu tu ada lah sedara mara datang masakkan sup sayur untuk kami. Hehe. Hari Ahad pulak aku dan ayah terus shoot ke IJN naik kereta HTJ. Pagi Ahad tu aku sempat pergi jumpa mama sekejap and peluk cium dia. Ye lah kan. Tiga hari tak jumpa, rinduu wei nak gaduh dengan mama. Haha. Nasib baik ada sepupu (anak maklong) datang temankan mama. Pheww. Risau juga mama sorang-sorang kt hospital. 

Ahad masuk wad IJN. Wad IJN sangatlah selesa. Bilik berair-cond, air panas dan suam sentiasa ada, ada tv, ada wifi, tandas besar dan  siap katil untuk waris tidur. Rasa macam kat hotel. Kesian pulak dengan sepupu aku yang jaga mama. Terlentok tidur kat kerusi, aku pulak sedap-sedap kat IJN. Wuwuwu. Makanan kat kafe berpatutan. Ada western, nasi campur, mee goreng, rojak dan sebagainya. Kat situ pun ada kafe ala-ala Starbucks. So, tahu-tahu je lah harga dia macam mana kan? 

Isnin ayah buat procedure angiogram. Procedure dia sekejap dalam 20 minit, tapi, nak menunggu giliran tu agak lama sikit. Pukul 10 malam hari sebelumnya kena puasa sampailah habis procedure. Proses (angiogram) masukkan belon ni ada dua cara, sama ada melalui tangan kanan ataupun pangkal peha. Apabila tangan kanan tak boleh masuk, terpaksalah masuk melalui pangkal peha. Kalau masuk dalam pangkal peha, memang tak boleh bergerak ke mana takut-takut darah keluar. Berdebor bila ayah masuk dalam bilik procedure. 

Alhamdullilah. Doctor takde jumpa anything blockage kat jantung ayah. Sampai doctor pun pelik mana perginya. Doctor dah ready dengan 'belon' dan 'stand' nya untuk dimasukkan. Sekali masuk kamera, takde dah block. 

Doctor tanya ayah, 'What have you done?. Rugilah saya.'

Ayah aku rasa maybe sebab ubat cair darah yang diberi di HTJ kot. Ayah kata bila masuk ubat tu baru dia rasa clear. Rezeki ayah. Alhamdullilah. Habis procedure terus lunch. Then, ayah just rehat and jangan angkat benda berat guna tangan kanan sebab darah mungkin keluar kalau extreme sangat pergerakan tangan kanan. 

Mak aku pula bila dia dengar takde blockage, dia terkejut sampai menangis. Mama memang expect benda ni jadi, so dia dah ready. Yang dia terkejut tang blockage tu hilang. Menangis dalam phone, aku pun bergenang sekali. And ayah pun bergenang jugak, tapi dia cover. Kahkah. 

Selasa pula ayah dah boleh discharge. Scan echo pun tiada masalah. Cuma kena jaga pemakanan dan berhenti merokok. Ayah aku ni tak makan sangat kolestrol tapi dia suka makanan bersantan. Macam masak lemak. Favorite diaa. Seminggu mesti ada 2 3 kali masak lemak. Doctor suruh tukar habit makanan selepas ni. And aku bersyukur sikit sebab semenjak ayah kerja hospital, ayah dah kurang merokok. Last week, dia memang tak merokok. Takde pulak aku tengok menggigil or tak keruan. Pheww. Sebelum kerja hospital, agak heavy jugaklah dia merokok. Wiwiwi. 


Hari rabu pula, mama dah boleh discharge. Mama request untuk discharge even doctor tak bagi sebab kencing manis dia tinggi. Agaknya dia pujuk doctor tu sampai doctor benarkan untuk balik. Baik punya pujuk. Hahaha. Dia tak sabar nak jaga ayah aku sebenarnya. Mama sedih sebab tak dapat jaga ayah so, aku yang terpaksa jaga. Tapi, nak buat macam mana kan? Benda nak jadi. 

Masa kami di rumah, aku terpaksa lah masak. Nasib baik masak rebus jeee. Jadilah buat singgang ikan dan sup sayur. Dan tak lupa juga ikan merah kukus. Hahaha. Rasa bangga sebab ayah kata sedap. Eleh, itu pun ikut resipi mak aku bagi. hahahahaha. 

Aku bersyukur sebab ramai yang ambil berat tentang keluarga kecil aku. Memang ayah mama tak bagi post anything kat FB sebab situ ramai sedara mara aku. But, kena beritahu juga. Luahan perasaan kononnya. Last-last kena marah. Haha. Benda dah post pun. 

Terima kasih kepada sedara mara yang datang melawat, kawan-kawan sekolah dan blogger yang tanya khabar. Kekadang sampai penat nak reply Whatsapp mereka apa yang terjadi dgn mama ayah aku. haha. Sorry. 

So, everything back to normal even kena jaga pemakanan (termasuklah aku). Maybe bila ayah dah kerja nanti, barulah aku masuk kerja balik. Just to make sure everything is okay. Beruntungnya aku ada bos yang sangat memahami. Sangat bersyukur. 

Oh yer, nak share something. 

Simptom sakit jantung
  • masa waktu tidur, kekadang boleh terkejut
  • tangan terasa kebas kadang-kadang
  • badan mengeluarkan peluh yang banyak (macam lencun)
Kalau ada simptom macam ni, segeralah check. Ini apa yang ayah aku beritahu yang dia ada mengalami simptom seperti di atas. So, beware. 

The Silver Lining these past two weeks (Hikmah sepanjang 2 minggu ini)
  • Ayah dah berhenti merokok dan makan secara sihat
  • Aku dah pandai masak sikit-sikit
  • Kami lebih menghargai antara satu sama lain
  • Bersyukur dapat bos yang memahami
  • Bersyukur sebab aku tak start kerja lagi semasa mama ayah sakit
  • Allah beri kekuatan untuk jaga mama ayah aku
  • Alhamdullilah.
Then, dah habis dah kot entry aku kali ni. Sorry jarang jenguk korang. Blogwalking jarang betul tapi sempat tukar header. hahaha. See you in my next entry! Jaga diri semuaaa!

Follow and let me know!

You Might Also Like

12 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. Lama tak singgah sini kak Scha....Harap sabar ya dengan masalah yg berlaku.Allah know tht u can face them,the troubles.Your father sama dengan my sister yg ada masalah jantung berlubang.....sampai masa dr nak buat operation lubang tader..hehehehhehhee.....apa pon moga both of ur parents kembali sihat macam biasa.....suruh your dad berhenti merokok no matter what.........Musuh utama jantung is rokok...hehehhee.......have a blessed day :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semuanya dah lepas kak Scha. Bila baca entri kak Scha ni teringat pula dekat parents saya. Sejak saya datang sini, dah banyak kali juga parents saya warded. Rasa tak berguna sangat sebab tak boleh buat apa-apa. Nasib baik ada siblings dan uncles/aunties yang boleh jaga.

    ReplyDelete
  3. mmg dugaan yg berat la kalo mak ngn ayh masok wad sekali..
    memula ayh pastu mak..
    arap scha tabah..

    jage mak ayh baik baik ye..
    =')

    ReplyDelete
  4. akak perasan gak apa jadi kat parents Scha sebab aku follow twitter Scha. Alhamdulillah, lega bila baca yang tu bukan blockage.Akak yang adik-beradik ramai ni pun kadang-kadang terkejar-kejar bila ada parents yang sakit, tapi Scha memang tabah.

    Silver linings eh...kan betul setiap apa yang jadi tu ada hikmahnya. Moga parents Scha kembali sihat dan aktif demi anak dara diorang ni..hehehe

    ReplyDelete
  5. sis JM turut simpati..semoga tabah dan kuat ye Scha...ingat Allah sentiasa bersama kita

    ReplyDelete
  6. kesian nye awak.. bersabar ye dear.. Allah will always be with u

    ReplyDelete
  7. besar dugaan buat Scha and jangan risau.. besar pahala tu dapat
    jaga kedua-dua skali.. suh macik pacik rest banyak2 n jangan buat keje berat sangat..
    insyallah they r going to get better soon =)

    ReplyDelete
  8. Schaaaaa! Akhirnya akak berjaya juga 'mendarat' kat sini intai, Scha. Rindulah! Oh, baru faham apa yg Scha maksudkan dlm komen hari tu. How's your parents now? Akak doakan mereka cepat pulih dan diperoleh kesihatan yg sempurna. Scha pun kena jaga diri ok. You're a strong girl, indeed. Allah takkan duga kalau kita tak mampu. Akak senyum sendiri baca 'the silver linings' :)

    ReplyDelete
  9. Moga ayah dan mama Scha cepat sihat yer... Scha juga jaga diri gak yer...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, allah permudahkan urusan awak sekeluarga.. =)

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan segalanya ye Scha.... btw nasib kita sama je.....;-/

    ReplyDelete
  12. bertabahlah scha yer...kita baru dtg blogwalking ni....xtau selama ni keadaan scha camne....kalau ade pape kita boleh tolong scha, scha mesej jer kita yer.... i'm ur best friend bebeh, u can tell me evrytg..

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook