What's your HAPPY song?

Tuesday, February 03, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Lately ni aku rasa macam gloomy sikit. Tahu tak perasaan bila peluang depan mata and kau hampir nak lepaskan disebabkan perasaan nak senangkan hati semua orang? Haaa. Complicated tak? Seriously.  Aku rasa macam tu.


Macam ni, aku kan kerja kat bridal. And dapat offer untuk join training for spa management. Di mana aku akan belajar everything about spa. And aku risau bila aku nak dapat kerja yang tetap yang sesuai dengan kelulusan aku. Bayangkan engineering ke spa management. Tak ke laut perginya tu? And masalah aku sekarang ni aku fikir persepsi sedara mara/kawan-kawan bila aku kerja dekat bridal/spa. What would my parents says to their friends that I work at spa? Paham tak?

Benda-benda ni berlegar-legar dalam kepala otak and effect ke muka. Sampai kawan tegur, kenapa aku macam sedih. Lagi best, bila aku test urut tangan ke tangan akak hidayah, dia boleh rasa aura kesedihan aku. Power tak kak hidayah ni? Aku sendiri pun terkejut. Bila dah consult and di-brain wash kan, baru lah aku rasa lega sikit. It's lik a burden.

Aku masih muda. And tak tahu apa anything about work. Just do what I've been told. Kena arah, baru buat. Tapi bila dah lama-lama, aku paham lah kerja apa nak dibuat. Wushh. Kerja sini je macam-macam aku dapat. Haha.

And aku decide nak join training for two weeks straight. Sabtu ahad je takde training tapi bridal kena buka jugaklah kan? Takpe. Dua minggu sahaja.

Pheww. Nasib baiklah ada blog. Kalau takde, nak cerita kat siapa selain Allah. Mak ayah susah sikit nak bercerita. Nanti jadi serius sangat. Terima kasih lah kepada sesiapa yang baca. Hihi. Blog-walking pun dah jarang. Balik dari training, terus collapsed. Lol. haha.

And this is my HAPPY song and HAPPY video done by @freezeforshort! Lagu ni sangat best. Buat aku rasa tenang sikit. Melodi sangat best. Tak tahu nak kabor macam mana. haha


The Book of Morris Johnson by Zee Avi


What is your HAPPY song? 

Jaga diri selalu semuaaa! ^^

Follow and let me know!

You Might Also Like

24 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. tak pe lah scha kerja aje dulu sekarang ni. in sha allah nanti dapatlah kerja tetapp

    ReplyDelete
  2. semua lagi instrumentals buat sy happy :)

    ReplyDelete
  3. Kerja je mana mana dulu , ada rezeki masuk Engineering nanti jangan tak pergi pula. :D

    ReplyDelete
  4. dilema jugak ni ye Scha..pendapat akak, tackle one thing at a time.dapat peluang apa je yang datang, grab je, pastu baru fikir orang.akak faham, sebab bila akak pilih kerja yang bukan bidang akak, ramai yang persoalkan.akak doa Scha dapat kerja dalam bidang engineering.don't lose hope ye.

    party rock anthem - lmfao is my happy song..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dgn Sal :)

      Delete
    2. setuju jugk dgn kak sal..tq 4 ur advice!

      Delete
    3. saya pun teringin nak cuba macam-macam... kalau boleh nak lari dari bidang engineering. nanti dah sampai masa, baru amek bidang engineering. tapi takut mak bapak yang x suka.. hmmm

      Delete
  5. ana faham cmna scha rasa. ana pon lately mmg rasa gloomy. mcm2 banda fikir. tp tu lah, at least ana dah ada pengalaman dlm soal kerja. tp yg ana dok gloomy tu bkn soal kerja lah hehehe

    ReplyDelete
  6. ambil masa. tenangkan fikiran. buat keputusan yang baik. tak semestinya kelulusan engineering, kena keja engineering, rezeki kita tak tahu di bidang mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap aRz. Jangan letak harapan tinggi sangat pada satu2 perkara hingga kita abaikan peluang baik yg ada depan mata.

      Delete
  7. Kita takde specific happy song.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, Farah. Akak pun takde lagu gumbira yg specific :)

      Delete
  8. bagi CT kan.. restu mak ayah yang penting. as long as they all okay.. then u will be fine. pedulikan le diorang yg cakap2 tu.. janji ikut minat da buat apa pun.. esok lusa boleh bukak spa sendiri hihi.. amin amin..

    ReplyDelete
  9. Buat apa yg kita minat. Buktikan scha boleh buat :)

    ReplyDelete
  10. hai sya...kita dtg melawat, lame dah xdtg blogwalking sini...

    scha janganlah sedih2, kita rasa, bagus scha grab jer everry peluang yang ada at this moment, dan jangan peduli sangat wat people might say... haters gonna hate22 <- ayat taylor swift...kita try jer buat apa2 pon, boleh jadi nnt terjumpa bidang yang memang passion kita kan....xsemestinya passion kita tuh kena same dengan bidang yang kita dah ade degree kan... its really up to you scha...dont feel burdened by what others might think...ingat selalu, 'because those who matters doesnt care, and those who care doesnt matter'... cheer up scha yer :D

    by the, my happy song: shake it off, dengan blank space, taylor swift...ayat atas tadi, lyrics lagu shake it off :D

    ReplyDelete
  11. sis JM ni boleh layan semua lagu kecuali lagiu tamil or cina

    ReplyDelete
  12. Jgn sedey2, Scha. Akak pun buat benda yg totally different dgn apa yg akak belajar, apa yg akak impikan. Dr kecik kononnya struggle nak jadi lawyer. Once dah graduated, dpt degree, something turned up and I was forced to make huge decisions yg libatkan family& kerjaya. Alhamdulillah, after 10 years, my life is so much better. Ada job yg leh main2, kerja ikut masa sendiri, boleh uruskan keluarga dan diri.

    It's good to achieve something yg kita betul2 ingin kan & target. Tetapi, pada masa yg sama, peluang yang disuakan depan kita tak boleh juga dipandang sebelah mata :) apa yg penting, lakukan sesuatu yg boleh buat your parents bangga. Dapatkan blessings mereka. Cakap2 orang letak tepi, tak akan bawa kita ke mana.

    ReplyDelete
  13. dilema. takpe kak. sabar ye.
    susa asyk nak jaga hati org je, nt tak kemana. kite paham. wuu

    ReplyDelete
  14. buat kerja mesti dengan hati yang tenang..nasib ade sorang akk tenangkan awak kan..

    ReplyDelete
  15. Akak x suka fikir apa orang nak kata kalau apa yang akak buat tu x salah. Buat apa yang kita suka..kalau nak ikut orang sampai bila pun depa xkan puas hati. Hidup orang lain tu dah cukup sempurn ke sampai nak persoalkan hidup kita pulak.

    ReplyDelete
  16. kadang2 kalau terlalu fikirkan perkara yg megatif susah juga. nina pun kerja dh lari bidang. lama2 suka pula kerja skrg ni. in shaa allah boleh jd engineer yg berjaya.

    ReplyDelete
  17. dah lepas pon dah kan...
    xape la semua tu pengalaman..
    mane yang boleh kaut tu kite blaja scha

    ReplyDelete
  18. tapi karang nanti kita beria amek engineering, last last dalam 10 tahun keje, terasa menyesal pula amek engineering. ada someone yang skang ni jadi speaker, dia kata dia belajar engineering, dia keje engineer. tapi dalam hati dia selalu rasa sedih. memang itu apa yang parents dia nak, tapi lama-lama dia sedar dia nak jadi fashion designer sebenarnya. sangat terpesong tapi hati dia suka.

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook