Surprise si suami kepada isterinya!

Monday, February 23, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Quick update! Jumpa benda yang interesting masa tengah skrol Facebook.

Aku kalau benda-benda sweet gini mesti nak share kat korang. Sweet sampai level berapa ntah aku pun tak tahu. hahaha.

. . Walaupon Ainul, pengantin perempuan tidak dapat hadir ke resepsi perkahwinan kerana ada " operation " mengejut malam sebelum resepsi dan hanya Ari, pengantin lelaki sahaja yg berada di resepsi dibantu oleh rakan2 yg hebat tetapi this " Handsome gentleman" masih mampu buat kejutan dan ukirkan senyuman di wajab isteri kesayangan . . kami doakan this lovely couple moga berkekalan ke jannah dan dipermudahkan segala urusan . . both of them are totally amazing and charming . . . - Exclusively Engineered by unclekayblog.com


Kalau bakal suami aku buat gini, mahu aku nangis bercucuran ayaq mata kat situ. Haha. Tapi, dah dapat yang kurang romantik, kenalaah terima seadanya. haha. 

Ada sepupu tanya, nak beli apa untuk birthday makwe dia. Aku jawablah, common answer, bunga, cokelat, simple kad. Memang lah benda ni cliche. Tapi, hati perempuan ni lembut macam tisu. Cepat tersentuh dan terharu. Kau wish Happy Birthday dan nyanyikan untuk dia pun, dia dah terharu, apa tah lagi dengan hadiah kan? Cuma bagi hadiah dari hati pun cukup lah. Itu pun tak ternilai. 

Unless kalau perempuan tu demand nak iPhone 6 walaupun kau menganggur lagi. Haaa, aku sarankan, segeralah angkat kaki blah kan diri dari hidup dengan perempuan tu. Merana seumur hidup kang. Ha ha ha ha ha. 

P/s: Wei, rindu korang. Sorry lah. Mood berblog dah kurang sikit. Bukan taknak blogwalking, tapi, penat itu membunuh rasa nak berblogwalking. Hhaha. Ayat kemain sangat! 

P/s/s: Jaga dirii ^^
Follow and let me know!

You Might Also Like

18 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. tengok jugak dekat fb tadi. sweet kot. hahaha ^^

    ReplyDelete
  2. ada baca gak. memang sweet gilosss.. tgok tuu isterinya menangis terharu.. nok jugek leh tak?hahaha xD

    ReplyDelete
  3. Haha, serious memang sweet banget ni =)
    Yup. Perempuan akan hargai even si lelaki hanya wish dan belanja makan. At least ingat hari jadi dia...Kalau yang demand tu, hurm tinggal kan je, haha... Sebab demand sangat pun tak boleh jugaa, ye tak?

    ReplyDelete
  4. housemate bamir ni dulu, pergi wedding dia hari tu kat sg. petani..haha..tapi kesian bini dia xde masa tu, bamir singgah jab dlm 40min je sebab rushing ke kulim pulak

    ReplyDelete
  5. hehehe yup CT pun jumpa kat fesbuk.. viral sungguh benda2 macam ni ehehe..
    okay gak Scha ada gak tho tak romantik.. iols ilek pochi ahaha =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala yang,..ilek pochi hari ni. Esok lusa siapa tahu :)

      Delete
    2. hehehe positive sungguh Kak Farrah iols is sukaaa..
      ehehee..

      Delete
  6. mama pun ada baca.. bahagianya si isteri.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. ada baca kat fb. sweet sangat suami macamtu. :D
    rehat2 banyak2 kak scha. hehehe :D

    ReplyDelete
  8. sweeeetnya. akak sama macam Scha jugak.kalau dapat hadiah simple pun dah senyum sampai telinga.lagi-lagi bunga, akak memang gadis bunga..hehe

    ReplyDelete
  9. So suwittttttt! Moga cinta mereka kekal hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  10. maaf baru nak datang jengukk
    amboii scha pon bz jugak ye...
    hmmm best kalau dpt asben yg romantik
    tapi jaga2 la kaum hawa bile lelaki kaki ayat nie..
    asben ayu xpandai lgsung nak buat2 suprise
    tp bile buat mesti xmenjadi
    hahahahah

    ReplyDelete
  11. haah..perasan jugak benda ni kat fesbuk...
    hihi..best kan kalau dapat suami romantik.

    ReplyDelete
  12. Ada juga tengok dekat fb. Memang sweet sangat ^_^

    ReplyDelete
  13. wah, x baca lak kat fb... sweetnya. rasa nak nangis lak kalau betul2 dekat tempat perempuan tu.. saat susah senang bersama :)

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook