SEBARAN GST DAN AIR-COND DI WHATSAPP?

Tuesday, February 24, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaa!


Ada dapat hebahan di group Whatsapp tentang GST dan juga AIR-COND?

Ini mungkin panjang sedikit yer. Wiwiwi *grab popcorn*



Ada pernah dapat? And yes, kiraan memang salah. GST ni ada yang kita untung, ada yang kita rugi. Pengeluar dan pengilang pun sama. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam jual beli. Sebab tu pentingnya daftarkan syarikat untuk GST supaya kerajaan boleh pantau harga barang. 

Di bawah ini adalah penjelasan aku ambil dari web ini, http://artc.com.my/v5/index.php/blog/10-cerita-gst-dan-aircond

Fikir dan hadam. 

*****
Artikel yang saya post ini di ambil dari grup whatsapp dan ianya adalah sebuah artikel yang dibuat berdasarkan kiraan yang salah... dan terdapat beberapa kiraan yang tidak tepat dan mengelirukan.
sila rujuk imej dalam post ini untuk maklumat yang betul
imej 1 - perbandingan kiraan GST antara yang salah dengan yang betul (berdasarkan contoh harga aircond dalam artikel dibawah)


(kesilapan yang berlaku adalah penulis artikel memasukkan nilai gst sebagai kos disetiap peringkat)

Nilai GST yang dikutip adalah sebanyak RM 65.52 dan bukannya RM276.00

imej 2 - kiraan mengikut sistem cukai sedia ada (SST 10% ) (juga berdasarkan contoh harga aircond dalam artikel dibawah) SST ialah cukai yang dikenakan pada peringkat pengilang @ pengimport , kebiasaanya pengilang akan serap kos cukai kepada peringkat seterusnya, yang bermaksud penggunalah yang membayar cukai SST ini. SST akan dimansuhkan apabila GST berjalan.


(sila rujuk pada kiraan 10% SST sebab kebanyakkan barang termasuk aircond dalam kategori 10%) dalam artikel asal harga semasa adalah RM 958.70. mungkin tambahan harga untuk setiap peringkat lebih berkurangan daripada yang dinyatakan dalam artikel itu, namun jika harga tambahan adalah sama seperti yang dinyatakan. kiraan adalah seperti dalam imej 2 di atas.

jika diperhatikan dalam kes ini kiraan yang saya buat menunjukkan selepas GST harga barang akan semakin berkurangan (1166.2 - 1157.52 =  RM 8.68) .

walau bagaimanapun tidak dinafikan akan ada kenaikan pada barang,terutama kepada 2 kes dibawah

jika rantaian sebelum sampai kepada pengguna semakin bertambah ramai
perbezaan harga kos dan harga jual sangat tinggi
untuk peniaga pun memang akan ada sedikit kesukaran untuk diaplikasi terutama bagi peniaga yang berpendapatan 500k keatas (setahun) yang tidak membuat catatan perakauanan yang lengkap... kena banyak belajar tentang akaun ditambah lagi kena kenalpasti barang @ servis yang dijual berada dalam jenis GST yang bagaimana serta proses-proses yang perlu difahami dalam perlaksanaan GST.

namun kita tidak sepatutnya membuat pengiraan yang salah spt dalam artikel yang di bawah (mungkin penulis masih salah faham tentang GST)

*****

GST ni kena pergi kelas dan talk barulah kita faham maksud sebenar di sebalik GST ni. Aku pun still memahami macam mana kiraan GST ni haa. Marilah sama-sama kita belajar dan kuatkan lagi ilmu kita. 

Peace yaw ^^

Follow and let me know!

You Might Also Like

15 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. Nampaknya SS kena pakai kipas lipas untuk elak GST!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe pakai ekon bleh kayap.. kipas lipas ? ahahaha..
      kipas kertas lah SS yang main lipat2 tu..

      Delete
  2. dah nak apply dah kan GST ni? saya pun kurang nak faham, betul la cakap scha, mungkin kena masuk talk pape pasal ni :D

    ReplyDelete
  3. woo baru faham betul....bagus mcm sha ni, sebelum pape, check dulu benda yg org share tuh betul ke idok.... memang betul, harga akn naik...tpi delah seteruk yang org gumbar-gambir kan...ehehhehe :D

    ReplyDelete
  4. tak berapa faham sangat. hahha. T^T

    ReplyDelete
  5. erkkkk... saya pening kepala... apa pun terpaksa hadap jugak GST tak lama lagi...

    ReplyDelete
  6. sibuk la gst sane sini
    tpt keje ayu pon sibuk la gst ha
    naik pening da,,
    tp btl la ramai yg slh angp pasal gst
    mmg ade yg mguntungkan pade pengguna
    itupon kalau penjual tu xamek kesempatan

    ReplyDelete
  7. GST ni kena faham betul-betul, bukan takat tengok iklan retis kat TV je..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhik akak suka komen Sal ni. Betul. Semak serabutlah nengok iklan kat TV tuh :)

      Delete
    2. miahahaha iklan retis propa saja lebih.. tah kalau tanya retis tu betul2 paham ke tidak ehehe..

      Delete
  8. saya sampai skang x faham lagi. kena apply dah, baru nampak apa kebaikan dan keburukan GST ni.. tapi so far macam lagi banyak buruk je dari yang saya dengar

    ReplyDelete
  9. Kebencian kepada pihak pemerintah tidak menjadikan kita halal menyebar fitnah kan..

    ReplyDelete
  10. hihi tanak komen nanti orang kata bias..
    redha sajalah nasib sendiri di negara sendiri..

    ReplyDelete
  11. emmm, sy baru beli air-cond lpas GST.. dh bnyk tempat sy survey, terbukti MEMANG HARGA NAIK sampai 1-3 ratus. so, cmne skang?? manyesal betul tak beli awal2 aritu.. tambah menyakitkan hati bile bil elektrik, MENTERI DAH CONFIRM kate akan dikenakan GST klu sesebuah rumah tu ade mempunyai air-cond sbb air-cond kuat pakai elektrik. menteri kate pakai kipas je klu xnk ken GST. terima kasih kerajaan...

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook