Miss me? Hhahaha

Sunday, February 15, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!


Kesihatan agak tidak baik lately maybe push diri agak kuat dua minggu lepas. 

Korang pun tahu kan Scha tengah mengalami proses kematangan diri. Eh, entah lah. Matang ke? Tak tahu nak definisi matang tu macam mana. I tried to be strong for this mean time. I tried. Boleh baca SINI if nak tahu rant Scha last week. 

Minggu pertama spa training tu okay lah. Quite fun. Banyak role play. Banyak gila Standard Operating Procedure (SOP) nak buat. Dari A sampai Z. Dari mop lantai pun ada SOP. Haaa, jangan memain. Haha. Yang parahnya aku lah, sebab aku kena taip balik SOP yang panjang berjela yang amat itu. Wuwuwu. Ngadap lappy lah aku seminggu ni. Hari kelima training kena pergi buat sales dekat Wisma TNB. First time lah approach orang real-time untuk datang spa. Melepet aku balik tu. Penat gilaaaaa. hahaha.


Minggu kedua pula baru lah belajar tentang urutan. Perghh. Tak boleh cakap lah lenguh dia macam mana. Rasa sakit gila dekat tulang rawan aku ni. Ada lah teknik dia untuk tak bagi lenguh. Plus, aku belajar tentang teknik urutan, teknik cari urat, face spa dan scrub badan. Adalah aku kena diurut. Tapi, bila diurut makin sakit dan lenguh pulak. Tu yang nak urut orang lain sampai takde tenaga aku dibuatnya. Bila dah habis je Jumaat, memang aku hip-hip hoooorayy sebab beban dah habis. Bos bagi aku cuti 2 hari since aku keje straight dua minggu tanpa break. 

Banyaklah dugaan aku dua minggu ni. Antara mak ayah dan juga professionalism. Hmm. Susah rupanya. And aku terfikir bagaimana lah nanti bila aku dah dapat kerja yang stabil? Boleh ke aku buat? Nebes. Aku harap sangat aku cepat dapat kerja stabil kat kilang supaya aku boleh simpan untuk tabung kahwin aku. Duit gaji aku kerja part time ni memang aku tak sentuh langsung. Mama kata, 'Makanlah dik apa yang mama makan.' Aku bersyukur sebab tempat kerja sangatlah dekat. Mama boleh hantar lunch kat kedai (kalau mama rajin) and nak OT pun senang je. Tapi, aku nak kerja yang stabil! Uarhghhh. Rasa macam Allah tahan rezeki aku atas sebab. Maybe aku melukakan hati sesiapa ataupun apa sahaja. Kalau dengan mama ayah, aku dah minta maaf dah. Atau tak cukup lagi doa aku? Allahu :(

If I ever know what I did wrong, Ya Allah. 

And itu lah sebab kenapa aku MIA dua minggu ni. Mama kata, 'Nak pergi kerja macam pergi berperang.' Mana taknya, balik je aku teruss zzzzz. Nak update blog pun tak larat apa tah lagi blogwalking. Itu pun tengok movie sampai tertidur. Ataupun kekadang pukul 11 malam aku dah tidur. Dahsyat tak dashyat jugaklah dua minggu ni aku dibuatnya. Takpelah. Pengalaman dan cabaran. 

Eh, nak cerita niii. Haritu aku men-doodle kat whiteboard untuk photobooth wedding. Aku ni kata tulisan cantik, aku rasa tulisan mak aku lagi lawa. Tapi, first try. Jadi lah kot. hhahhaa. 



Sanggup google pinterest idea nak menulis kat whiteboard. Semangat! haha. Best sebenarnya kerja kat bridal ni. Cuma dua minggu je ni penat dia ya Ampun, penat gilosss. Banyak kali dah mama ayah kata suruh berhenti, tapi, aku kata taknak. Aku nak cabar diri aku sampai mana aku harus bertahan. Kalau dah dapat kerja stabil kang, baru lah aku berhenti. Hehe.

Thanks kepada korang yang sudi baca ratapan Scha. Sorry, post agak sedih sikit dua minggu ni. Scha hargai sangat-sangat setiap bait-bait kata semangat oleh korang semua. Ada yang panjang-panjang tulis untuk bagi Scha semangat. Dari korang lah Scha kutip semangat untuk bertahan. Hehe. I love youuuu heart-heart taw!

Tinggalkan jejak, Insya Allah, Scha akan jejak balik! Muah ciked!

Follow and let me know!

You Might Also Like

28 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. Allah tak pernah tahan rezeki kite... Cuma Allah nak beri kite rezeki yg lebih baik... Be strong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes...dgr nasihat org beepengalaman tu

      Delete
    2. Betul. Setuju ngan SS.

      Delete
  2. Scha blackboard tu beli hrga brpa, tahu x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkk, tak tahuu. bukan sya beliii.

      Delete
    2. Si Zarul ni tak habis2 ngan blackboard dia ;)

      Delete
  3. hu..sama la kita..wuwu..

    ReplyDelete
  4. be strong kak scha. bagus la kumpul pengalaman kerja macam2. best. hehe. :D

    ReplyDelete
  5. Insha Allah..rezeki Scha akan datang ni.Muda lagi, try je apa yang Allah hadapkan depan kita.Faham sangat apa Scha tengah lalui sebab I've been there.Time tu kita je yang tahu apa kita rasa dalam hati. Never give up. Tawakal n doa. Lebiu dear! Good luck!

    ReplyDelete
  6. All the best Scha ! Jangan stress stress , enjoy everything you do. :)

    ReplyDelete
  7. kalau kerja haruslahh penat kann ^^ heheh

    ReplyDelete
  8. nak baca SINI tu tapi mcm tak dpt click apa2. hehe.

    selalu dgr, orang yg mengurut selalu lembik lepas urut org lain. ye lah, banyak kot tenaga nak guna. good job! mulakan hari dgn gembira :)

    ReplyDelete
  9. Penatnye kerja Scha.
    Akak baru baca pun dah dapat imagine penatnye.
    Lenguhnya badan nak ngurut2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ngan akak, Shikin. Baca rutin si Scha, akak pula nak naik semput :)

      Delete
  10. Oklah tu tulisan kat board tu.
    Sekarang kawen dah ade trend letak board.
    Macam kat skolah pulak.
    Nanti boleh try handwriting pulak ye.
    Bile Scha nak kawen pulak tu?
    Tengah gigih ngumpul duit ye...
    Yess...cabar diri & Yakin Boleh!

    ReplyDelete
  11. bersabar... mungkin yg dikerjakan sekarang tu lah rezeki sebenar... buat bisnes urut yer... cuba lah... sapa tau jadi pakar boleh ambik alih kedai tu

    ReplyDelete
  12. Scha..itu semua pengalaman hadapi dengan tabah nanti ada manis di sebalik nya...be sstrong okey

    ReplyDelete
  13. Apa2 permintaan kita yg 'lambat dapat', mungkin kerana masanya belum sesuai. Apa2 hajat & keinginan yg tidak terkabul,...Allah ada perancangan yg lebih baik. Tunggu dengan sabar,..at the end of the day, you'll smile :)

    ReplyDelete
  14. Oo patutla bz cik adik sedara sorang ni, kerja part time...sabar jela sya, biasa la tu bos mesti perah habis pekerja2 part timer dia sbb dia tau korang bila2 je boleh bhenti...kerja je dulu skrg smpai dpt kerja yg stable nnt...mana tau kerja yg stable tu stress bg orang lain tp x stress pun bagi sya sbb sya dah biasa stress yg lagi teruk masa kerja part time skrg kan...be patient...apply kerja tiap2 hari on9, biasakan diri pergi interview, nnt bila pergi interview yg potential utk permanent job, at least sya dah ready sbb dah biasa dgn suasana interview tu, & yakin je jwb question dari interviewer semua...do your best, journey sya masih jauh, hulalalala

    ReplyDelete
  15. pehhh mmg penat la gamaknya.. balik keje trus tdow..
    keje kite xbape penat.. ehh penat gak kot.. hadap lappy.. otak yg penat n bdn trus jd pnat gak.heee

    sabar ye kak :) inshaallah ade je rezeki dimana2 ^_^

    ReplyDelete
  16. Sentiasa bersangka dengan Allah :)

    ReplyDelete
  17. memang baca pun dh agak penat apatah lg org yg membuatnya... hehee
    cantik la photbooth tu

    ReplyDelete
  18. pergi training kan memanglah.. insyallah you will be good =) buat apa apa pun biar yang kita minat.. kalo balik terus pengsan tu mmg penat sungguh la tu.. ada tak lari mana kami ni haih..
    dok mai jenguk ni..

    ReplyDelete
  19. rezeki tu ade mane2 scha
    kerja partime tu pon rezeki jugak untung2 dpt
    xyah nak keluar duet nak bayar bil2 mnyak kereta
    mgkin blm smpai mase sbb allah nak bagi yang lebih baik utk scha
    sabar sikit lagi je
    insyaallah mase tu akan datang

    ReplyDelete
  20. Sabar ye scha. Allah dah susunkan rezeki setiap org sabaik2 perancagan. Tgu masa yg sesuai je. Sbb akk pun sedang menanti rezeki yg belum kunjng tiba lagi

    ReplyDelete
  21. Moga Allah permudahkan segalanya ya kak Scha :)

    ReplyDelete
  22. susah juga ye nak buat semua tu. sabarlah ye kak... lama-lama nanti adalah hasilnya yang kita akan nampak. :) in shaa ALLAH saya doakan akak semoga berjaya ^^

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook