Lazada

5 BENDA YANG TERINGIN SANGAT NAK BELI KAT LAZADA.MY

Saturday, February 28, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!


Kalau diberi pilihan, apa 5 barang yang paling korang nak sangat kat Lazada?

Mesti banyakk kannn? Hahhaha. Dah lah banyak gila barang kat Lazada. Rambang mata dibuatnya. Hahha. Berangan je lahh. Tapi, berangan tak salah kan? Kalau berangan sekali dengan usaha, Insya Allah, boleh dapat. hehe.

Jadi, aku nak listkan 5 barang yang aku nak sangat beli kat Lazada!

******

5 BENDA YANG TERINGIN SANGAT NAK BELI KAT LAZADA.MY
&
SEBAB-SEBABNYA

1) Samsung Smart Camera NX3000 Kit w/16-50mm lens Black




Rasanya korang pun tahu kot wishlist aku yang satu ni haaa. Nak camera compact tapi ala-ala DSLR. hahaha. Lepas tu boleh selfie and boleh buat video sekali. Screen dia haruslah boleh lah rotate sebab senang gila kot nak selfie. haha. 

Lagipun senang gini. Senang nak bawa travel. Tak seberat DSLR. Aaaa, banyaklah function dia. Kalau aku dapat seketul ni, boleh lah buat makeup tutorial. *wink*

Features NX300.

Tag&Go (NFC/Wi-Fi). Share photos effortlessly via Wi-Fi and NFC. Photo Beam lets you transfer photos instantly, and you can send whole albums with MobileLink. You can even save to your mobile device as you shoot with AutoShare.  

Remote Viewfinder. Pro The NFC-enabled Remote Viewfinder Pro turns your smartphone into a remote control. Adjust camera settings like shutter speed, exposure control, and more—all wirelessly from your smartphone.

16-50mm PZ Lens. Bundled with the NX3000 is the compact and incredibly portable 16-50mm PZ Lens. It has a power zoom button that makes zooming easier and more stable, so you can also shoot crisp and clear videos with confidence.

Lens Home Monitor. Keep an eye on your sleeping baby from another room with the Home Monitor+ app on up to 3 smartphones. If your son or daughter wakes up and cries, the NX3000 sends a notification right to your phone. 

1/4000s Shutter Speed. With a fast shutter speed of 1/4000 sec., you have the power to capture the decisive moments. So when your little girl is having the time of her life, you’ll know you’ll be able to capture her passing smile.

Full HD Video Recording (1080 / 30p). Shoot video Full HD (1920x1080p) at 30 frames per second with lifelike colour and extraordinarily sharp details. The H.264 format allows you to record longer MPEG-4 video, so you can capture more of the action.



5fps continuous shot. With the NX3000, you have the power to shoot a burst of images at 5 frames per second. So when you have less than a second to document that breathtaking dive, this camera has you covered from start to finish.

ISO 100-25600. The NX3000 shoots up to ISO 25600, making it very sensitive to light. That means you can take great looking, natural shots in tricky lighting indoors or even outside at night, with minimal noise or blur.

i-Function Control (i-Function Lens). i-Function Control quickly lets you adjust the WB, aperture, shutter speed, EV and ISO range with a single button and value ring on the lens. More advanced users can also program existing shortcut keys to their liking.  

Smart Mode. Start taking great shots, like perfect trails of light at night, or instantly capture a high-speed scene. Just a quick tap of Smart Mode and you’re set with various modes to shoot perfection.


2) Apple iPad Air 2 MH1C2ZP/A 16GB Gold (Wi-Fi + Cellular)


Mama komplen yang handphone dia kecik sangat. Susah nak tengok video. So, aku ingat nak belikan dia iPad satu. Senang sikit kalau nak buat rujukan mengaji. Sambil tu boleh aku tumpang sekaki. iPad Air yang ini ada Wifi dan Cellular. So senang nak guna kat mana-mana tempat. 

Features iPad Air 2

More work, less bulk

The Apple iPad Air 2, a model that is refined to perfection with subtle and simple touches. It now brings forth powerful hardware to work perfectly with applications available for consumers. Now, it is 6.1mm in thickness, thinner than the average pencil held by kids today. It is also lighter than its elder sibling, barely noticeable a mere 0.96-pound. You will hardly notice its weight, great for people who insist on traveling light.

Take home the iOS 8

Appreciate and run applications, further optimized by Apple’s iOS 8. One of the worlds most advanced mobile operating system to date. Its packed with plenty of features, making easy chore that much easier and intuitive. Read emails; send texts, videos or audios on the fly, exploit on-board applications such as Safari, Mail, iMovie, Garageband and more!

Keep working


It is more than just a tablet, it’s a tool capable of many great feats and the people of Apple has ensured the latest iPad Air 2 to stay powered to serve you longer. Though it is far thinner and smaller, it still provides the incredible 10-hours of service. This is due to the efficiency of both A8X and M8 processors, keeping energy consumption low, but productivity at a high.


3) Apple iPhone 6 128GB (Gold)



INI. Ini siapa je taknak kan? Hahhaa. Bilalah nak start kerja ni kan? Insya Allah, tak lama lagi. Boleh kumpul duit untuk kahwin and alang-alang tu boleh rembat iPhone 6 seketul. Wiwiwiwi.


4) Faber Stand Bowl Mixer FM 933 White


Aku suka baking even kekadang tak jadi. Aku suka ni sebab senang. Masuk je bahan-bahan. Lepas tu tunggu. Takdelah lenguh tangan nak mix. Ada je kat rumah mixer macam ni, tapi, entah kenapa, tak boleh pakai. Bila masuk bahan-bahan, dia macam stuck. Murah betul. haha.


5) Hengbo SC-5082T Barbecue Table Griddle Electric Raclette Grill Black

Aku pilih ni sebab senang nak buat steambot bbq. Mak aihh. Bestnyaaa boleh masak daging depan mata. Takyah nak bakar arang. haha. Steambot punya dah ada, grill je belum ada. Jimat sikit duit daripada makan kat Seoul Garden. MSG pun kurang. One dayy!


You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia. 

******

Kalau korang, korang nak pilih yang mana kat Lazada? Mesti banyak nak pilih kan? Antara 5 pilihan di atas, mana yang paling korang suka? ^^

P/s: Aaaaa, lamaaa gilaaaa takkk blogwalking. My bad! :(
P/s/s: Rindu. 


Follow and let me know!

Randomeness

SEBARAN GST DAN AIR-COND DI WHATSAPP?

Tuesday, February 24, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaa!


Ada dapat hebahan di group Whatsapp tentang GST dan juga AIR-COND?

Ini mungkin panjang sedikit yer. Wiwiwi *grab popcorn*



Ada pernah dapat? And yes, kiraan memang salah. GST ni ada yang kita untung, ada yang kita rugi. Pengeluar dan pengilang pun sama. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam jual beli. Sebab tu pentingnya daftarkan syarikat untuk GST supaya kerajaan boleh pantau harga barang. 

Di bawah ini adalah penjelasan aku ambil dari web ini, http://artc.com.my/v5/index.php/blog/10-cerita-gst-dan-aircond

Fikir dan hadam. 

*****
Artikel yang saya post ini di ambil dari grup whatsapp dan ianya adalah sebuah artikel yang dibuat berdasarkan kiraan yang salah... dan terdapat beberapa kiraan yang tidak tepat dan mengelirukan.
sila rujuk imej dalam post ini untuk maklumat yang betul
imej 1 - perbandingan kiraan GST antara yang salah dengan yang betul (berdasarkan contoh harga aircond dalam artikel dibawah)


(kesilapan yang berlaku adalah penulis artikel memasukkan nilai gst sebagai kos disetiap peringkat)

Nilai GST yang dikutip adalah sebanyak RM 65.52 dan bukannya RM276.00

imej 2 - kiraan mengikut sistem cukai sedia ada (SST 10% ) (juga berdasarkan contoh harga aircond dalam artikel dibawah) SST ialah cukai yang dikenakan pada peringkat pengilang @ pengimport , kebiasaanya pengilang akan serap kos cukai kepada peringkat seterusnya, yang bermaksud penggunalah yang membayar cukai SST ini. SST akan dimansuhkan apabila GST berjalan.


(sila rujuk pada kiraan 10% SST sebab kebanyakkan barang termasuk aircond dalam kategori 10%) dalam artikel asal harga semasa adalah RM 958.70. mungkin tambahan harga untuk setiap peringkat lebih berkurangan daripada yang dinyatakan dalam artikel itu, namun jika harga tambahan adalah sama seperti yang dinyatakan. kiraan adalah seperti dalam imej 2 di atas.

jika diperhatikan dalam kes ini kiraan yang saya buat menunjukkan selepas GST harga barang akan semakin berkurangan (1166.2 - 1157.52 =  RM 8.68) .

walau bagaimanapun tidak dinafikan akan ada kenaikan pada barang,terutama kepada 2 kes dibawah

jika rantaian sebelum sampai kepada pengguna semakin bertambah ramai
perbezaan harga kos dan harga jual sangat tinggi
untuk peniaga pun memang akan ada sedikit kesukaran untuk diaplikasi terutama bagi peniaga yang berpendapatan 500k keatas (setahun) yang tidak membuat catatan perakauanan yang lengkap... kena banyak belajar tentang akaun ditambah lagi kena kenalpasti barang @ servis yang dijual berada dalam jenis GST yang bagaimana serta proses-proses yang perlu difahami dalam perlaksanaan GST.

namun kita tidak sepatutnya membuat pengiraan yang salah spt dalam artikel yang di bawah (mungkin penulis masih salah faham tentang GST)

*****

GST ni kena pergi kelas dan talk barulah kita faham maksud sebenar di sebalik GST ni. Aku pun still memahami macam mana kiraan GST ni haa. Marilah sama-sama kita belajar dan kuatkan lagi ilmu kita. 

Peace yaw ^^

Follow and let me know!

Randomeness

Surprise si suami kepada isterinya!

Monday, February 23, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Quick update! Jumpa benda yang interesting masa tengah skrol Facebook.

Aku kalau benda-benda sweet gini mesti nak share kat korang. Sweet sampai level berapa ntah aku pun tak tahu. hahaha.

. . Walaupon Ainul, pengantin perempuan tidak dapat hadir ke resepsi perkahwinan kerana ada " operation " mengejut malam sebelum resepsi dan hanya Ari, pengantin lelaki sahaja yg berada di resepsi dibantu oleh rakan2 yg hebat tetapi this " Handsome gentleman" masih mampu buat kejutan dan ukirkan senyuman di wajab isteri kesayangan . . kami doakan this lovely couple moga berkekalan ke jannah dan dipermudahkan segala urusan . . both of them are totally amazing and charming . . . - Exclusively Engineered by unclekayblog.com


Kalau bakal suami aku buat gini, mahu aku nangis bercucuran ayaq mata kat situ. Haha. Tapi, dah dapat yang kurang romantik, kenalaah terima seadanya. haha. 

Ada sepupu tanya, nak beli apa untuk birthday makwe dia. Aku jawablah, common answer, bunga, cokelat, simple kad. Memang lah benda ni cliche. Tapi, hati perempuan ni lembut macam tisu. Cepat tersentuh dan terharu. Kau wish Happy Birthday dan nyanyikan untuk dia pun, dia dah terharu, apa tah lagi dengan hadiah kan? Cuma bagi hadiah dari hati pun cukup lah. Itu pun tak ternilai. 

Unless kalau perempuan tu demand nak iPhone 6 walaupun kau menganggur lagi. Haaa, aku sarankan, segeralah angkat kaki blah kan diri dari hidup dengan perempuan tu. Merana seumur hidup kang. Ha ha ha ha ha. 

P/s: Wei, rindu korang. Sorry lah. Mood berblog dah kurang sikit. Bukan taknak blogwalking, tapi, penat itu membunuh rasa nak berblogwalking. Hhaha. Ayat kemain sangat! 

P/s/s: Jaga dirii ^^
Follow and let me know!

Randomeness

#SchaReview -- Blind Devotion | Jubilee Project Short Film

Thursday, February 19, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Sihat takk? Harap mana-mana blogger yang tidak sihat kembali sihat dan terus berblog untuk tatapan readers anda semua. Cewah. Kemain intro. hehe. Aku pun ada saki baki selesema tinggal ni haaa. Bila ntah nak reda. Macam makin banyak pulak -__-

Okay. Nak share satu video tentang DEVOTION.

But, kita paham dulu maksud devotion dahulu.

devotion
dɪˈvəʊʃ(ə)n
noun
love, loyalty, or enthusiasm for a person or activity.
"his devotion to duty never wavered"
synonyms: loyalty, faithfulness, fidelity, trueness, staunchness, steadfastness, constancy, commitment, adherence, allegiance, dedication, devoutness

Bak kata mudah, ia bermaksud kita serahkan segala usaha/cinta kita kepada seseorang atau aktiviti (dan dalam cerita yang aku nak share ni, seseorang itu tak sempurna).

Dalam Islam pula, mestilah kita kena devote our love to Allah swt kan? Cinta manusia kerana Allah swt :)


And meh lah kita layan filem pendek dari Jubilee Project Short Film. Konpem kesat hingus lepas tu.


Korang mampu jaga pasangan sebaiknya even ada cacat cela? 

Untitled

Share with me :)

Follow and let me know!

Randomeness

Miss me? Hhahaha

Sunday, February 15, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!


Kesihatan agak tidak baik lately maybe push diri agak kuat dua minggu lepas. 

Korang pun tahu kan Scha tengah mengalami proses kematangan diri. Eh, entah lah. Matang ke? Tak tahu nak definisi matang tu macam mana. I tried to be strong for this mean time. I tried. Boleh baca SINI if nak tahu rant Scha last week. 

Minggu pertama spa training tu okay lah. Quite fun. Banyak role play. Banyak gila Standard Operating Procedure (SOP) nak buat. Dari A sampai Z. Dari mop lantai pun ada SOP. Haaa, jangan memain. Haha. Yang parahnya aku lah, sebab aku kena taip balik SOP yang panjang berjela yang amat itu. Wuwuwu. Ngadap lappy lah aku seminggu ni. Hari kelima training kena pergi buat sales dekat Wisma TNB. First time lah approach orang real-time untuk datang spa. Melepet aku balik tu. Penat gilaaaaa. hahaha.


Minggu kedua pula baru lah belajar tentang urutan. Perghh. Tak boleh cakap lah lenguh dia macam mana. Rasa sakit gila dekat tulang rawan aku ni. Ada lah teknik dia untuk tak bagi lenguh. Plus, aku belajar tentang teknik urutan, teknik cari urat, face spa dan scrub badan. Adalah aku kena diurut. Tapi, bila diurut makin sakit dan lenguh pulak. Tu yang nak urut orang lain sampai takde tenaga aku dibuatnya. Bila dah habis je Jumaat, memang aku hip-hip hoooorayy sebab beban dah habis. Bos bagi aku cuti 2 hari since aku keje straight dua minggu tanpa break. 

Banyaklah dugaan aku dua minggu ni. Antara mak ayah dan juga professionalism. Hmm. Susah rupanya. And aku terfikir bagaimana lah nanti bila aku dah dapat kerja yang stabil? Boleh ke aku buat? Nebes. Aku harap sangat aku cepat dapat kerja stabil kat kilang supaya aku boleh simpan untuk tabung kahwin aku. Duit gaji aku kerja part time ni memang aku tak sentuh langsung. Mama kata, 'Makanlah dik apa yang mama makan.' Aku bersyukur sebab tempat kerja sangatlah dekat. Mama boleh hantar lunch kat kedai (kalau mama rajin) and nak OT pun senang je. Tapi, aku nak kerja yang stabil! Uarhghhh. Rasa macam Allah tahan rezeki aku atas sebab. Maybe aku melukakan hati sesiapa ataupun apa sahaja. Kalau dengan mama ayah, aku dah minta maaf dah. Atau tak cukup lagi doa aku? Allahu :(

If I ever know what I did wrong, Ya Allah. 

And itu lah sebab kenapa aku MIA dua minggu ni. Mama kata, 'Nak pergi kerja macam pergi berperang.' Mana taknya, balik je aku teruss zzzzz. Nak update blog pun tak larat apa tah lagi blogwalking. Itu pun tengok movie sampai tertidur. Ataupun kekadang pukul 11 malam aku dah tidur. Dahsyat tak dashyat jugaklah dua minggu ni aku dibuatnya. Takpelah. Pengalaman dan cabaran. 

Eh, nak cerita niii. Haritu aku men-doodle kat whiteboard untuk photobooth wedding. Aku ni kata tulisan cantik, aku rasa tulisan mak aku lagi lawa. Tapi, first try. Jadi lah kot. hhahhaa. 



Sanggup google pinterest idea nak menulis kat whiteboard. Semangat! haha. Best sebenarnya kerja kat bridal ni. Cuma dua minggu je ni penat dia ya Ampun, penat gilosss. Banyak kali dah mama ayah kata suruh berhenti, tapi, aku kata taknak. Aku nak cabar diri aku sampai mana aku harus bertahan. Kalau dah dapat kerja stabil kang, baru lah aku berhenti. Hehe.

Thanks kepada korang yang sudi baca ratapan Scha. Sorry, post agak sedih sikit dua minggu ni. Scha hargai sangat-sangat setiap bait-bait kata semangat oleh korang semua. Ada yang panjang-panjang tulis untuk bagi Scha semangat. Dari korang lah Scha kutip semangat untuk bertahan. Hehe. I love youuuu heart-heart taw!

Tinggalkan jejak, Insya Allah, Scha akan jejak balik! Muah ciked!

Follow and let me know!

Randomeness

Wedding planner terbaik?

Saturday, February 07, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaaa!


Alhamdullilah. Kakak angkat Scha (Senior UMP), Charmine Nashira (Camin) dah selamat menjadi isteri orang last week. Dan aku dipertanggungjawabkan mencari photographer, makeup artist dan inai artist. Itu pun sebab kak Camin tanya aku pasal MUA yang available. So, aku suggest lah MUA yang cantik-cantik makeupnya. Then, goes to photographer and inai artist. Semuanya aku book dari Instagram. Kira aku macam orang tengah lah antara kak Camin dan MUA, Photographer and inai.

Aku dah book 3-3 ni sejak dari tahun lepas lagi. Benda-benda macam ni kena book awal-awal lagi. Takut melepas je nanti. Kang ada yang meraung kang. Hhaa. Take note yer bakal pengantin.

Untuk majlis kak Camin, ada DUA MUA (nikah and sanding), photographer and inai artist. Ada dua MUA sebab akak yang pertama tu ada customer untuk tengahari. So, terpaksa ambil satu lagi MUA.

MUA Nikah --> Kak Farah (Instagram: @makeupbyferrarossa )


Untuk nikah, kak Farah apply soft nude look untuk kak Camin. Dengan bibir warna peach. Sukaaa. Nampak lembut jeee.

MUA Sanding --> Kak Azy (Instagram: @azysayang)


Untuk sanding, kak Camin request untuk whole new look and warna bibir yang terang tapi bukan warna merah. Kak Azy combine kan warna agar tak terlampau sangat warna merahnya. Cantiknyaaaa!

Yang penting, kak Camin suka dengan MUA yang aku book ni. Dua-dua dia puas hati. Bayar mahal pun takpe, asalkan puas hati. Ini tidak, murah tapi nampak macam opera cina. Hahha.

Photographer dari The Permaisuris (Instagram: @thePermaisuris ). Ini pun aku usha dari Instagram je. Yang contact dengan aku pun baik dan gambar-gambarnya memang cantik kebabom. Tak sabar wei nak tengok hasilnyaaa! Nanti pergilah usha instagram The Permaisuris. Banyak jugaklah artis yang dia pernah shoot wedding. Gambar tak dapat lagi, tak dapat nak share. hehe. 

Inai pulak aku ambil dari Kak Lea (Instagram: @leahenna_artist ). Kak Lea ni memang aku adore dengan hasil lukisan inai dia yang sangat cantik. Masa aku tengok dia buat inai, aku rasa kagum betul. Free hand. Takdenya pakai kertas tekap tu. Memang meletop akak ni. Ramai artis pernah ambil dari kak Lea. Dah lah banyak cakap, geram je aku tengok Kak Lea ni haaa. haha


Pheww. Finally, inilah feedback dari MUA Kak Farrah dan pengantin sendiri. Perasaan tu rasa macam happy sangat sebab dapat jadi kira orang penting jugaklah dalam wedding ni. Haha. Penat betul badan den, gerak sini sana dengan high heels. Haha. Tapi, penat tu diganti dengan perasaan gembira dan puas hati. Akak Charmine happy, Scha lagi laaaa happy. Balik je terus zzzz sebab esoknya pula kena kerja. haha. Ada je kejadian yang buat aku tak happy and penat berganda-ganda, tapi, biarlah. Benda pun dah berlalu. haha. 




Yang atas ni pula, aku bersama dengan akak-akak bridesmaid. Ada yang dah kenal sejak dari UMP, and ada jugak yang baru kenal haritu. Semalam je dah boleh rapat. hahaha. Best kot kenal akak-akak ni. Gila-gila jugaklah even dah kerja engineer. haha. 

Sesiapa nak minta padangan aku, pandai-pandai lah cari aku kat mana. Haha.

Follow and let me know!

Randomeness

What's your HAPPY song?

Tuesday, February 03, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Lately ni aku rasa macam gloomy sikit. Tahu tak perasaan bila peluang depan mata and kau hampir nak lepaskan disebabkan perasaan nak senangkan hati semua orang? Haaa. Complicated tak? Seriously.  Aku rasa macam tu.


Macam ni, aku kan kerja kat bridal. And dapat offer untuk join training for spa management. Di mana aku akan belajar everything about spa. And aku risau bila aku nak dapat kerja yang tetap yang sesuai dengan kelulusan aku. Bayangkan engineering ke spa management. Tak ke laut perginya tu? And masalah aku sekarang ni aku fikir persepsi sedara mara/kawan-kawan bila aku kerja dekat bridal/spa. What would my parents says to their friends that I work at spa? Paham tak?

Benda-benda ni berlegar-legar dalam kepala otak and effect ke muka. Sampai kawan tegur, kenapa aku macam sedih. Lagi best, bila aku test urut tangan ke tangan akak hidayah, dia boleh rasa aura kesedihan aku. Power tak kak hidayah ni? Aku sendiri pun terkejut. Bila dah consult and di-brain wash kan, baru lah aku rasa lega sikit. It's lik a burden.

Aku masih muda. And tak tahu apa anything about work. Just do what I've been told. Kena arah, baru buat. Tapi bila dah lama-lama, aku paham lah kerja apa nak dibuat. Wushh. Kerja sini je macam-macam aku dapat. Haha.

And aku decide nak join training for two weeks straight. Sabtu ahad je takde training tapi bridal kena buka jugaklah kan? Takpe. Dua minggu sahaja.

Pheww. Nasib baiklah ada blog. Kalau takde, nak cerita kat siapa selain Allah. Mak ayah susah sikit nak bercerita. Nanti jadi serius sangat. Terima kasih lah kepada sesiapa yang baca. Hihi. Blog-walking pun dah jarang. Balik dari training, terus collapsed. Lol. haha.

And this is my HAPPY song and HAPPY video done by @freezeforshort! Lagu ni sangat best. Buat aku rasa tenang sikit. Melodi sangat best. Tak tahu nak kabor macam mana. haha


The Book of Morris Johnson by Zee Avi


What is your HAPPY song? 

Jaga diri selalu semuaaa! ^^

Follow and let me know!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook