#SchaMakan -- Dip n Dip, IOI City Mall, Putrajaya

Saturday, January 10, 2015


Assalamualaikum and hai semuaaa.

Wah wahh wahh. Gembira perut aku semalam. Mana taknya, perut penuh dengan cokelat. My favorite food in the entire world! Aku gila cokelat. Lagi-lagi cokelat susu. And aku boleh bezakan cokelat murah or cokelat mahal (macam cadbury). Cokelat murah kau boleh rasa taste dia lain. Haaa gitu.
Well, semalam aku ada interview and hope semalam ialah last interview aku pergi. Amin. Interview dalam 20 minit je tapi, nak sampai ke sana dalam sejam. Haha. Habis awal, so aku and kawan aku, Iqa melencong pergi jalan-jalan.


Dah alang-alang kat Puchong, moh ler kita ke IOI City Mall, Putrajaya. Sekejap je. Dalam 15 minit macam tu. IOI City Mall ni sangat luas yer. Ada 4 tingkat bermula dari LG, G, 1 dan 2. Di tambah pula dengan kelebaran mallnya ya ampun, bila nak habis tawaf ni. Pergi sini ingatkan dah takde kedai dah, rupanya ada lagi satu wing.Bahagian luar pulak ada water fountain and tempat yang sangat sesuai untuk mengambil gambar. Sesuai untuk family. Redup jeee. Besttt.


Awal-awal lagi kami dah set yang kami nak makan Dip n dip and Magnum Cafe. Kemain balas dendam. Dah alang-alang pergi sana, baik habiskan duit mengikut anak tekak. Dah bajet dah nak share-share makanan sebab memang agak pricey tempat yang kami nak makan ni. Leulz.

Nak cari Dip n Dip agak susah sikit kat sini. Yang penting dia kat tingkat G, terletak di bahagian luar dan sebaris dengan Magnum Cafe. Jenuh mencarinya. Kawasan besar, so kena tengok dulu direktori taww. Nanti kang sosek (sesat), tak dapek den nak nolong. Haha.

Boleh refer gambar bawah ni untuk tengok kedai dia macam mana.



Ini pula senarai menu di sini. Ada pelbagai jenis menu yang berasaskan cokelat untuk dipilih.


Yummeh. Rambang mata aku jadinyaaa. Tengok harga dan selaraskan dengan bajet. Aku ambil gambar menu yang utama. Yang lain malas nak amek. Haha.

Kami pilih Brownies Crepe, Fondant with Ice Cream, and untuk minuman, kami pilih Caramel Frappe.

1) Brownies Crepe

- Bahasa mudahnya, lempeng letak brownies and disaluti dengan cokelat Belgium yang marvelosoo. Ada 3 layer. Lempeng, brownies, cokelat. Gitu. Sedapp. Sesuai untuk makan dua orang sebab agak cepat muak. Tapi aku suka gila cokelat diaaa. Slrrppp




2) Chocolate Fondant Cake with Ice Cream

- Molten cake with ice cream. Fondant cake and dalamnya ada limpahan cokelat. Perghh. Panas-panas sedap and lebih sedap dimakan sekali dengan ice cream vanilla. Rasa dia macam kek berkualiti tinggi.
- Better makan dua orang. Konpem sorang tak habis. Haha



3) Caramel Frappe

-- Kami ni kalau jumpa caramel, memang tak keruan sikit. Lagi-lagi dengan frappucino (coffee).
-- Not too sweet. Just nice


P/s: Orderlah sekali plain mineral untuk mengelakkan gula dalam darah anda menaik dengan mengejut. hahaha.

Total price?


Bahagi lah dua orang........

Alhamdullilah. Antara wish list aku dah tercapai. Asyik nengok orang makan je, nak gak rasa. At least bila dah rasa, takdelah asyik bising je nak pergi kan. Kalau ada rezeki, ada lah. Haha. Dip n dip ni sesuai untuk pasangan suami isteri yang nak rasa makan ala-ala sweet, boleh lah ke sini. Bukan selalu kan, just for special occasions. Hihi

Pros:-

- Cokelat yang sedap sangatt. *teguq ayaq liuq*. 

- Friendly waiters.

Cons:- Pricey.



Follow and let me know!

You Might Also Like

26 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. meleleh air liur atas keyboard. hahaha. sedapnyaaa. lagi2 tgk crepe n chocolate fondant tu. alahai. sedapnyaaaa :D

    ReplyDelete
  2. memang lah scha memang buat kita rasa jelly. hahahha :P nak pergi dipndip tak lepas lepas lagi. sobssss :(

    ReplyDelete
  3. Wahh... marveles.. mmg nampak perfect & sungguh menyelerakan. Harga pun nampak berbaloi & berpatutanlah.. menarik.. :) :)

    ReplyDelete
  4. uish, pricey ek...sekali-sekala bolehlah.dah ada kerja esok takpelah nak gi kerap sikit...hehe.tapi kalau Scha cakap sedap, akak percaya!bila lah nak sampai mall ni..

    ReplyDelete
  5. huwarghhhh...mmg besttt.....my favert ever tooooooooo.........Tapi mahal gilaaaaaa...teringat masa g jalan jalan KL dengan kawan..kemain susah cari Restoran Korea nak makan bibimbap........dah jumpa tgok menu , harga mahal-mahal terus cepat cepat angkat punggung..hahahhaha..........jeloussss!

    ReplyDelete
  6. Hari tu pergi sini tak nampak pun Dip n Dip ni. Rugi je rasa tak dapat pergi

    ReplyDelete
  7. Baiklah, apabila saya menuju ke Dip n Dip saya akan beli benda yang sama dalam resit Scha untuk makan 2 orang. hehe!

    ReplyDelete
  8. eh, kat ioi city mall ade erk? tak perasan hari tu. hehe.nak pergi la lepas ni. terliurrrrr

    ReplyDelete
  9. tringin nak keje sinilah..happy hri2 tgk coklat jer..

    ReplyDelete
  10. dapnye tapi hurmm mahalnye *lap air lior*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana..blnja boleh heheheh..
      lap air liur tu..t meleleh plak

      Delete
  11. Sedapnya scha..

    P/s ala scha umah akak de rak buku kecik aje...rak buku bsar x berkesempatan nak beli..huhuhu..rumah still dlm keadaan nk deco deco..actually scha nak buat rakaman utk ape ye dik??:)

    ReplyDelete
  12. amboi gambarrr dia.. yummylicious owh yes harga itewww... hahha sakit poket sat.

    Salam perkenalan saya Aula penulis blog aulawrites.blogspot.com, semoga perkongsian saya memberi manfaat :)

    ReplyDelete
  13. Mahal siak. Bila kau nak belanja aku nih..hahaha

    ReplyDelete
  14. nanti nak order macam kak scha jugak la..hahah... dah tau berapa harganya..hihi.. *telan air liur..

    ReplyDelete
  15. rasanya harga dia okay la kot untuk makanan macam tu. coklat pun dah mahal kan.. hehehe.. saya pernah dengar pasal Dip n Dip ni. tapi x pernah pergi lagi. in shaa ALLAH one day :) dekat dah IOI tu

    ReplyDelete
  16. Sedapnyaa... kena try ni kalau ke sana :)

    ReplyDelete
  17. bhahahaha orderla sekali air minerel hahaha.. i loike that statement..
    ritu nak makan sini la da x penah makan lagi..
    orang ramai ngat haih.. dalah nak jumpa punyalah seksa..
    jauh gila jalan.. lastnya p beli kopi sajalah.

    ReplyDelete
  18. Salam scha..asalkan dpt rasa pun ok kan..mahal tkpe..yg penting experience tu..hihi

    ReplyDelete
  19. Dip n dip ni kat mana. Bahagian mana . Tingkat brp

    ReplyDelete
  20. thanks for sharing..bole bwk family pi sanalah nnti..

    ReplyDelete
  21. ohoiii terliur pula tengok....nampak best

    ReplyDelete
  22. Dah lama sangat aim nak singgah dip n dip ! But masih takde chance. And harga dia hamagad haha

    ReplyDelete
  23. Dah search JAKIM,Dip n dip x register utk certificate Halal... Kalau betul Dip n Dip halal harap Sis boleh snap picture gmbr halal jakim dkt dip n dip ye... Huhu nk mkn pun takut,,bahan2 yg digunakan x pasti ada ke x bahan2 haram tu,,,buat masa ni nak elak dulu huhu

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook