Pengguna jalan raya yang bikin hati aku panas!

Tuesday, January 27, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Sihat? Maaf kurang entri. Busy and penat. Haha. Biasalah. Alasan cliche. Wiwiwi.

Semalam memang aku panas je bawak kereta. Sebab apa? Sikap manusia yang tak reti nak bawak bersabar. Yang menjadi mangsa kepada aku bila benda senang jadi lambat. Haish. Cium kang bontot kete tu kang.

1) MAIN SUKA HATI ENGKORANG JE BUAT U-TURN KAT SITU


Belah kanan ada traffic light. Kereta putih Alza tu dari arah belah sana. Belah sana takde traffic light untuk jalan terus. So, kereta memang laju dari arah sana. Memang susah lah der nak buat u-turn. Yang mangkuk 3 ekor kat atas ni sesuka hati je pusing kat situ. Lagi-lagi kereta putih besar macam gajah tu haaa. Main celah je masuk! Bukannya tak boleh nak u-turn tempat lain. Nak je aku doa ada polis kat situ or kena langgar. Grrrr. Akibatnya, aku stuck kat situ sampai 3 minit sebab nak tunggu dorang u-turn yang sah-sah traffic light depan sana warna hijau. Idiot people. 

2) MAIN SUKA HATI ENGKORANG JE NAK LALU KAT LORONG KECEMASAN MASA JEM


Masa ni kat highway dari Ipoh. Highway apa ntah aku lupa. Keadaan agak jem lepas tu ada yang tak sabar-sabar pergi lalu jalan kecemasan tu haaaa. Dah lah kereta besar-besar lalu situ. TAK TERMASUK LAGI MOTOR BERKUASA TINGGI yang mencelah sini sana yang besar lebar macam sebuah kereta. Memang jalan tu memang jalan dia pun. And I wonder why lah selalu motor besar ni kena accident. Perangai pun mencelah sini sana. Ikut je lah laluan sebelah ni. Ada jugak kereta yang suka membontoti kereta depan, mencelah sini sana. Sikit je lagi bro nak langgar bro! Aku dalam kereta mengucap panjang dan selawat dalam kereta. Gugur jantung den. 

Actually banyak lagi perangai ntah apa-apa. Aku pun jenis tak sabar jugak tapi ada tempat aku tak sabarnyaa. Semua orang nak cepat, bukan kau sorang je. Ce lah berhemah sikit. 

Lecturer Indonesia aku kata, jalan raya kat Malaysia semua bagus-bagus, tapi, accident rate tinggi every year. Yang kat Indonesia pula, jalan raya tak cantik sangat, tapi, accident rate kurang. Yang ni aku setuju sebab bila aku pergi Bandung dua tahun lepas, pak supir bawak bas even laju tapi sangat berhati-hati. Ye lah kan, kiri kanan orang bawak motorsikal. Kena extra careful sikit lah.

Ada lagi pengguna jalan raya yang macam asdfgkl yang korang pernah rasa?

Okay lah. Ini je rant aku harini. Kalau ada yang aku nak meroyan lagi, aku tulis lagi. Hahaha. 

P/s: Aku tak dapat jawatan PTD hari tu. Erm, maybe takde rezeki lagi. Takpe. Scha takkan putus asa. Doakan Scha dapat kerja yer. Dah jadi macam ayat cliche dalam blog ni pulak. hehe

Follow and let me know!

You Might Also Like

27 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. rakyat malaysia memang sopan santun tpi bila kt jalanraya...dah macam tak igt dunia...ramai yang selfish...sedih kann...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. takut dgn kereta yg duk suka menyelinap sekejap ke kanan sekejap ke kiri. T_T

    ReplyDelete
  3. Salam singgah pagi dik scha...akak pun takut dgn kereta yang suka menyelinap sesuka hati...huhu

    ReplyDelete
  4. Kat ats jalan semua selfish.. geraamm betul tengok org malaysia bawak kete. Tpt tak bole parkibg pun, nak parking jugak.. tak mcm kat oversea, semua displin ikut peraturan

    ReplyDelete
  5. Berkodi-kodi je pemandu tak berhemah. Kita pula yang nak kena jaga jangan terlanggar dia.

    ReplyDelete
  6. Ohh lupa lak. Jangan sedih, Scha. Ada rezeki tempat lain yang lebih baik :)

    ReplyDelete
  7. memang panas hati kalau kena macam ni kann. nasib baiklah ai tak dek lesen kereta. hahahaha

    ReplyDelete
  8. Tu la pasal bila kita hati2 driving org lain pula yg tak hati2..

    ReplyDelete
  9. taksuka dengan pemandu yang takhormat pemandu lain. apatah lagi kalau traffic jam, line panjang2 tetiba ada kenderaan lain potong barisan. BV penumpang pun dah rasa macam qwerrwtujtowoigty, apatah lagi pemandu kan. hehehe. :D

    takpe kakscha, maybe rezeki kat tempat lain. ALL THE BEST tau. :)

    ReplyDelete
  10. huhu, klau memndu or membonceng ni mmg perlu kesabrn yg tnggi kan..huhu..

    ReplyDelete
  11. Lorong kecemasan tu memang ramai guna time jem. Laju-laju pulak tu. Takut tersondol side mirror kita pulak nanti. Memang selalu doa ada polis saman maximum depa.

    ReplyDelete
  12. hm sakit hati mmg rasa nak cium aje bontot kereta tu dush dush

    kak scha goodluck in getting the job ok <3

    ReplyDelete
  13. Perkara2 macam ni yang buat sha takut nak drive walaupun teringin.... haha..
    ada rezeki Scha lagi nanti... namo sedih ye..

    ReplyDelete
  14. ada ramai !!! spesis yang menyelit tak kasi signal.. spesis yang kasi signal bila nak belok and buat org tnggu laaaa dia lalu.. spesis yang kasi lampu tinggi dari belakang tho dia nmpak kita dalam usaha nk memotong lori.. spesis yang merempit sakan tapi lastnya pi tol lorong tunai hahaha..

    ReplyDelete
  15. uishh bahaya kan org lain bila buat cmtu.. tu la sikap yg ade kat orang kita..hurmm.. kadang2 seriau gak klau tibe2 ade kereta himpit2 nie.. kita dh berhati2 tp org lain plak yang sengaja cri pasal..

    ReplyDelete
  16. bila dah rasa kita betul..dia mana ada peduli dah undang2 atau orang kiri kanan depan belakang..janji dia lepas.. T__T
    pernah berlaku accident motor besar tu betul2 kat sebelah kereta.. xpasti siapa yang salah..tp mmg motor besar suka mencelah2.. bahaya woo

    ReplyDelete
  17. YA Allah , sabar jelahh dengan org mcm tu . tmbh bilaa jalan tgh jem . sesukaa hati je lalu kecemasan pnya lorong . bahaya sebenarnya dua2 situasi ni . kdg2 tkt sgt terlanga moto2 yg dok lalu celah2 tu kdg2 .. Allah .

    ReplyDelete
  18. Huhu.. Memang mengundang kemarahan dengan segelintir pengguna jalanraya yg kurang berhemah.. Takpe scha, rezeki lebih baik menunggu di hadapan.. In Shaa Allah.. Doakan akak dapat keje gak.. Hehe..
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  19. Banyak je perangai pemandu Malaysia yang saya tak suka.

    ReplyDelete
  20. kdg2 geram jgk la dgn pengguna jalan raya ni

    ReplyDelete
  21. Zumal pun selalu tension dengan pengguna-pengguna jalan raya yang takde adab nie...

    ReplyDelete
  22. saya setuju pendapat pasal Indonesia tu... kalau kat sana (esp Lombok sebab saya suka Lombok)... bingit telinga pasal hon dan mereka bawak macam setan belang... tapi tak pulak accident... tapi kita kat Malaysia... erghhhh tak payah cakap lah... sendiri tau

    ReplyDelete
  23. pemandu msia mcm ni mmg sgt setuju,,,di maman akan nampak pemandu seperti ini mmg x berhemah..jgn kata Bandung, Jakarta dan HCM Vietnam yg padat kenderaan di atas jalan raya tapi kadar kemalangan mmg kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maman tu apa JM? He He He...

      Delete
    2. Aduhai ahaaha nampak aje si SS ni yk cubit kang. Di mana mana bila d combine jd maman x gitew heee

      Delete
  24. sempat lagi ambik gambor..hihihi
    jemput singgah blog sy =)

    ReplyDelete
  25. Kalu beruk diberi pegang stereng memang mcam tu kelakunye... He He He...

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook