Lirik

LIRIK LAGU & VIDEO : Assamualaikum -- Faizal Tahir & Senyum -- Aziz Harun

Saturday, January 31, 2015


Assalamualaikum!

Taraaaaa. Nak share korang dengan satu lagu dari Faizal Tahir yang bertajuk Assalamualaikum!

Sejak kerja ni, radio asyik bukak Hot FM saja. So, memang lagu Assalamualaikum ni selalu berkumandang di radio. Sampai kan boleh hafal lah jugak.

Apa yang aku suka dengan lagu ini ialah LIRIK dia yang mengajak orang bukan Islam tak benci dengan Islam (Islamphobia) dan sifat berganding bahu sesama kita tak kira agama, warna kulit dan sebagainya.

And terasa inspired betul! Hahhaa.


Assalamualaikum -- Faizal Tahir

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana
Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua

Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia

Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia

Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul

Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua

Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah

Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
Ooo… Assalamualaikum dunia

Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum, damai pada dunia

Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia

Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua




Ada lagi satu lagi lagu yang best!

Senyum -- Aziz Harun


Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman

One, two, three, four

Pagiku mula dengan cinta
Cintaku dengan gitar lama
Hari-hariku hanya denganmu
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...

Terus bergerak jumpa teman
Singgah sebentar supermarket
Terlihat gadis muka yang manis
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...

Denganku, denganmu
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh

Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Kalau dah pandang jangan malu
Tidak salah tuk mengenali
Siapa kata kamu tak cantik kalau senyum? (tiada masalah)
Siapa kata aku mengata kalau senyum? (tiada masalah)
Ok, tiada masalah
Tiada masalah

Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyumanmu, wo-o-oh
Senyum, tak perlu ragu
Senyum, usah dibimbang
Tiada seindah senyumanmu

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Aku senyum, kau senyum
Dunia turut senyum
Senyumlah bersama

Senyumlah semua
Dunia turut senyum

Senyum bersama semua
Senyum, senyum
Tiada seindah senyumanmu
Senyum, senyum selalu

Senyum, senyum denganku
Tarapapapa

Senyum
Tarapapapa
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya
Aku senyum, kau senyum


Assalamualaikum dan jangan lupa sedekahkan senyum anda selalu!

Follow and let me know!

Randomeness

Jenis selendang yang patut anda tahu! LELAKI terutamanya!

Saturday, January 31, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai jenis tudung yang kini berada di pasaran. Ada yang meminati tudung bawal, tudung Syria dan ramai juga yang menggemari memakai selendang. Ini kerana, selendang merupakan jenis tudung yang paling versatile dan boleh digayakan dengan aneka style lilitan selendang kontemporari yang unik.


Para lelaki khususnya para suami/tunang/teman lelaki seharusnya tahu jenis-jenis selendang yang pasangan korang suka. Takdelah korang label selendang sebagai shawl or tudung biasa. Janji tudung yedak? No no no!

Lelaki sepatutnya peka tentang benda-benda remeh gini supaya pasangan rasa lebih dihargai dan terpegun dengan ilmu korang tahu tentang selendang! Seriuss weii. Nak belikan pun senang, just belikan selendang kesukaan dan design yang menarik untuk digayakan. Hati pasangan senang, hati korang pun senang! haha.

Tapi ada je perempuan yang tak reti beza selendang-selendang yang ada ni. Termasuklah aku zaman pakai tudung bawal dulu. Hahha. Seboleh-bolehnya taknak pakai selendang sebab nampak lagi gemuk muka. Tapi, dah lama-lama barulah dapat jumpa yang sesuai dengan bentuk muka aku. Nanti aku share mana yang aku paling suka.

Di bawah ini terdapat beberapa jenis selendang yang paling digemari ramai dan boleh korang temui dengan tawaran harga yang cukup berpatutan :-

1. Pashmina


2. Cotton shawl


3. Satin shawl


4. Glitter shawl


5. Chiffon shawl


Untuk pipi gebus macam aku ni, aku lebih suka pakai shawal jenis chiffon macam di atas ni. Sebab dia senang terletak dan tak memerlukan aku pakai inner neck. Cukup sekadar hanya memakai anak tudung. Muka pun nampak lebih runcing gituuuu!

Korang prefer yang mana? ^^

Untuk koleksi selendang online yang menawan dan trendy ini, segalanya boleh korang miliki secara online apabila anda membeli-belah di ZALORA Malaysia. ZALORA juga menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah korang dan perkhidmatan pulangan semula secara percuma selepas tarikh pembelian. Fuyooooo! Selamat membeli-belah korangggg!

*selongkar Zalora*

Follow and let me know!

segmen

Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin.

Friday, January 30, 2015


Assalamualaikum semuaaaa!

Nak join Segmen dari kak Shikin. Akak Shikin selalu buat segmen dan aku mesti terlepas. Sama ada malas or takde masa ataupun dua-dua. Hihi.

Meh lah joinn! Nanti boleh blog-walking kat blog baruu! Ecececehhh.


Tag : +Ayue Idris 

DONE!

Randomeness

Pengguna jalan raya yang bikin hati aku panas!

Tuesday, January 27, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Sihat? Maaf kurang entri. Busy and penat. Haha. Biasalah. Alasan cliche. Wiwiwi.

Semalam memang aku panas je bawak kereta. Sebab apa? Sikap manusia yang tak reti nak bawak bersabar. Yang menjadi mangsa kepada aku bila benda senang jadi lambat. Haish. Cium kang bontot kete tu kang.

1) MAIN SUKA HATI ENGKORANG JE BUAT U-TURN KAT SITU


Belah kanan ada traffic light. Kereta putih Alza tu dari arah belah sana. Belah sana takde traffic light untuk jalan terus. So, kereta memang laju dari arah sana. Memang susah lah der nak buat u-turn. Yang mangkuk 3 ekor kat atas ni sesuka hati je pusing kat situ. Lagi-lagi kereta putih besar macam gajah tu haaa. Main celah je masuk! Bukannya tak boleh nak u-turn tempat lain. Nak je aku doa ada polis kat situ or kena langgar. Grrrr. Akibatnya, aku stuck kat situ sampai 3 minit sebab nak tunggu dorang u-turn yang sah-sah traffic light depan sana warna hijau. Idiot people. 

2) MAIN SUKA HATI ENGKORANG JE NAK LALU KAT LORONG KECEMASAN MASA JEM


Masa ni kat highway dari Ipoh. Highway apa ntah aku lupa. Keadaan agak jem lepas tu ada yang tak sabar-sabar pergi lalu jalan kecemasan tu haaaa. Dah lah kereta besar-besar lalu situ. TAK TERMASUK LAGI MOTOR BERKUASA TINGGI yang mencelah sini sana yang besar lebar macam sebuah kereta. Memang jalan tu memang jalan dia pun. And I wonder why lah selalu motor besar ni kena accident. Perangai pun mencelah sini sana. Ikut je lah laluan sebelah ni. Ada jugak kereta yang suka membontoti kereta depan, mencelah sini sana. Sikit je lagi bro nak langgar bro! Aku dalam kereta mengucap panjang dan selawat dalam kereta. Gugur jantung den. 

Actually banyak lagi perangai ntah apa-apa. Aku pun jenis tak sabar jugak tapi ada tempat aku tak sabarnyaa. Semua orang nak cepat, bukan kau sorang je. Ce lah berhemah sikit. 

Lecturer Indonesia aku kata, jalan raya kat Malaysia semua bagus-bagus, tapi, accident rate tinggi every year. Yang kat Indonesia pula, jalan raya tak cantik sangat, tapi, accident rate kurang. Yang ni aku setuju sebab bila aku pergi Bandung dua tahun lepas, pak supir bawak bas even laju tapi sangat berhati-hati. Ye lah kan, kiri kanan orang bawak motorsikal. Kena extra careful sikit lah.

Ada lagi pengguna jalan raya yang macam asdfgkl yang korang pernah rasa?

Okay lah. Ini je rant aku harini. Kalau ada yang aku nak meroyan lagi, aku tulis lagi. Hahaha. 

P/s: Aku tak dapat jawatan PTD hari tu. Erm, maybe takde rezeki lagi. Takpe. Scha takkan putus asa. Doakan Scha dapat kerja yer. Dah jadi macam ayat cliche dalam blog ni pulak. hehe

Follow and let me know!

Butterfly

Butterfly Beauty Challenge : Bronzey Smokey Eyes Makeup Look #makeupbyschanazri

Saturday, January 24, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Here come Butterfly Beauty Challenge Week 2! Yeayyy. Minggu ni best sikit sebab kena main mekap yang ada dalam Beauty Box tuuu!

This week nak buat tema smokey eyes sikit sebab nak mahirkan dalam main eyeshadow warna gelap. Supaya bila kita apply kat mata, tak nampak macam mata kena tumbuk. Haha.

Selalunya untuk wanita Asia khususnya, kita jarang ada kelopak mata yang besar macam orang putih or arab. So, kalau pakai eyeliner yang tebal, dia nampak macam kita pakai eyeshadow kat mata. Tipsnya ialah, kalau boleh, buat line yang nipis berdekatan dengan bulu mata. So, nampak macam halus je line kita buat tu and better pakai liquid liner. Nampak lagi precise. Aku pun jarang pakai liquid sebab kekadang kalau tak cepat kering, dia akan terkena dengan bahagian atas mata. Yeah. Struggle nak cantik. Lol. 


Makeup that I used for this look. 

  • Makeup Revolution Hot Smoked (I used black on eyelids, and light shade to highlight my browbone)
  • 88 colors of matte eyeshadows (I used brown as my upper lid color)
  • Miss Rose 48 colors (dark purple) for my lower waterline to smokey it out. 
  • Garnier Sakura White Moisturizing Cream to moisturize my skin before applying makeup
  • Obuse brow kit
  • Sendayu Tinggi Doll Foundation (Code: Too Pretty) as my foundation. Betul-betul memutihkan kulit aku.
  • Etude House Look at My Eyes eyeshadow (Code BR 405) to add glitter effect on my eyelids. 
  • Pixy Compact Powder to set my foundation. 
  • Dolly Wink Liquid Eyeliner to line my upper lids
  • Makeup Revolution Line and Flick to line my lower waterline. 
  • Silky Girl Eye Opener Mascara
  • Maybelline Baby Lips Electro Pop to give colors to my lips. 
  • Collection Hot Lights (Code: Sparkle 4) to gloss my lips. Done!

Products in this beauty box is highlighted in bold.

Results?


Part kening fail sikit. Haha. Aku kena beli pensil kening jugak. Pakai brush ni susah jugak. Wuwuwu. And muka aku tak flawless okay and keadaan muka time ni super duper kering. Bila pakai foundation, nampak betul bercapuknya. KENA BANYAK MINUM AIR KOSONG SCHA! Dalam post ni aku nak fokuskan tentang mata. Nampak tak ke-smokey-an nya? Haha. 

Gambar bawah ni aku pakai bulu mata pelesu yang gila hat tebal. Macam langsir dah mata aku. Tak tahan pakai and nampak fake, aku buang. Haha. Kalau untuk client, memang aku pakaikan yang original handmade punya. Takdelah nampak sangat fake. Haha

Aku juga pakai contact lens dari Dailies Aqua Comfort. Buat masa ni, kalau nak rasa contact lens jenis pakai buang, boleh order dekat Mr. Lens Malaysia. Memang cepat dan senang nak order. Delivery pun tak banyak songeh sangat! Bukan setakat Dailies je ada, pelbagai jenis contact lens boleh dapat di Mr.Lens Malaysia! Woot woot!


Korang rasa macam mana dengan gambar atas ni? Nak tampor laju-laju tak? Puas lah aku membuntangkan mata sebab nak nampak kasi clear. Tapi, macam pelik je buntang sangat mata tu. Hentam je lah labuuuu. Hihi

Review untuk makeup yang ada dalam beauty box!

1) Garnier Sakura White Moisturizing Cream ;-

-- Aku suka dengan tekstur cream ni. Tak sticky atau melekit sangat bila dah tempek kat muka. Bau pun wangi je. Ala-ala sakura je. Oh yer, aku akan pakai Garnier Sakura Gentle Cleansing Foam setiap hari dan selepas itu, aku akan pastikan wajah aku lembap dengan moisturizing cream ini. Cuma, takdelah dia akan stay moisturize the whole day. Lepas solat memang aku akan touch-up balik. Lagi afdal kalau minum air kosong banyak-banyak. Hmm. Kena prektis lagi ni. 


2) Dolly Wink Liquid Eyeliner

-- Aaaaa, suka gila dengan Liquid Eyeliner ni. Halussss jeee. Cepat kering and senang nak handle. Takdelah macam serabai je kalau apply kat mata. Bagusss2. I like!


3) Maybelline Baby Lips Electro Pop

-- Aku personally suka dengan Electro Pop nii. Mula-mula aku risau nak pakai sebab takut warna dia macam shocking gila. Rupa-rupanya, effect dia sama macam Baby Lips yang lain iaitu macam lipbalm, tapi lebih terang sikit. Takdelah terang sangat macam shocking pink tu.



4) Collection Hot Lights (Code: Sparkle 4)

--  LIP GLOSS NI MEMANG COOL GILA SEBAB ADA LAMPU KAT PENUTUP! hahaha. Aku dan mak aku eksaited (jakun) bila nampak lampu kat situ. Macam great invention gitu. Ye lah kan, kot-kotlah nak touch-up selepas makan and kawasan pulak gelap, mana nak nampak pulak kan? Dengan adanya lampu ni, takyah kau nak cari lampu tambahan lagi. haha. Aku tahu sound tak logik, but try to think what if kena touch up dalam kereta di malam yang kelam? wiwiwi


Done! Yeayy. Settle hutang untuk minggu ni. Memang kena curi masa nak update. Pening-pening pun kena update jugak you alls. Hahaha. Sebarang soalan, just shoot me okay!

Lagi sekali, Scha nak ucapkan terima kasih kerana singgah blog Scha. Tinggalkan jejak, nanti Scha jengah balik okay. Tak larat gila nak blog-walking. Hey, at least Scha ada update jugak! Hihi.

Jangan rindu-rindu ai taww!

Follow and let me know!

Randomeness

Whatsapp Web untuk PC/Laptop!

Friday, January 23, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Sekarang ni Whatsapp pun ada kat web. Tak silap telegram pun ada. Tapi, aku jarang guna telegram so, why bother? Haha. Ayat curlass betul.

Well. Tadi saja lah nak godek-godek. Tup-tup macam best pulak. Sebab kalau kat whatsapp phone, memang aku tak auto-download image. Kat web pulak, dia auto-download tapi tak save dalam komputer. So, takdelah semak sangat dalam memori kan?

Cara bagaimana untuk memulakan Whatsapp Web?

Korang boleh follow arahan kat sini --> Whatsapp Web

Senang jee. Tapi, kena update dulu whatsapp latest version. Baru boleh scan and pakai. Easy as 1,2,3!

Lagi satu, dia boleh guna Google Chrome je dulu. Browser lain dia tengah cuba. Hehe


Good luck! ^^

Follow and let me know!

SchaReview

Journey of Love with Enchanteur!

Wednesday, January 21, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

January dah nak habis dah kan? Februari pulak dah kian muncul. Omputih kata, bulan February ni month of LOVE. Betul kee? Haha. Tak kisahlah bulan cintaa ke, bulan itu bulan kita ke, yang penting love spark kena selalu ada. Takkanlah setahun sekali je nak berkasih-sayang kan? Kenalah hari-hari lah. Baru lah relationship tu boleh maintain. Hahha.

Tahu kan Enchanteur Paris? Haaaa, dorang ada anjurkan contest Journey of Love. With whom? Your love laaahhh. Sesuai sangat untuk pasangan dah lama bercinta dan nak kahwin or pasangan yang dah lama kahwin. Memang contest ni ditujukan khas untuk korang.

Journey of Love with Enchanteur

Let's begin!

1) Pertama sekali, pergi ke sini --> Journey of Love


But wait, woohhh. The prizess! *drooling*


2) Upload ENAM photo bersama dengan kesayangan anda. Ehem ehem. Better with high resolution. Best sikit nak tengok. Haha


3) Then, tulis ceritera cinta korang bersama Enchanteur. Tak kisahlah nak tulis semasa bercinta dolu-dolu ke, ataupun lagi best apa yang Enchanteur beri dalam love-life korang. Ececehh. 


4) Pilih background kesukaan korang. Korang select je dulu, kalau suka boleh teruskan. Kalau tak suka, just hit BACK and pilih yang lain. Haaa gitu. 


5) Taraaaa. Settle. Korang boleh preview video korang sebelum submit. Kalau nak ubah, just tekan BACK. Kalau suka, just tekan SUBMIT!


6) Dan SHARE lah seantero dunia. Kahkahkah. Mana tahu ada rezeki korang dapat GoPro seketui. Rezeki kan? Tak boleh jangka! ^^

Link Scha : Kalau suka, boleh lah LIKE! Hehe --> Scha and Muhayat

ENCHANTEUR – Journey of Love

At some point in life each of us experience romance or is touched by love; a great human force that can be felt in the heart. Sharing your romantic journey as well as experiences through writing or with photos is gratifying and deepens the value while allowing an archive of love stories as memoirs.    

This festive season, ENCHANTEUR, a brand synonymous with inspiring romance through its collection of French inspired fine fragrances and body care products launches the “Journey of Love” contest that allows you to take a trip down memory lane, to reminisce the sweet memories shared between you and your loved one. An opportunity to express your gratitude and appreciation of your loved one! 

Sharing your “Journey of Love” with ENCHANTEUR also provide you the opportunity to win attractive prizes!  Tell us your love story in a 6 photos video and stand a chance to win the Grand Prize, a GoPro Hero 4 Action Camera or consolation prizes of ENCHANTEUR products! There are also weekly mystery gifts for the most voted entry! The contest period is from 12th December 2014 till 1st February 2015. For more information or to enter the contest, log on to https://www.facebook.com/EnchanteurMY/app_1567239670173713 

ENCHANTEUR accompany its fans/consumers on their romantic journeys unfolding their natural magic. ENCHANTEUR recommends starting off a memorable first love with the ENCHANTEUR Paris range of captivating fruity floral fragrances. Thereafter, continuing the search of true love with the ENCHANTEUR range of floral fragrances which encourages memorable romance. Lastly, ENCHANTEUR spices up romance with the ENCHANTEUR Love collection which seals the passion, keeps the relationship alive and encourages an everlasting romance.

Apa lagi. Meh lah try join contest ni. Alaa, suka suki jee. Kalau ada rezeki, ada lah kan? Hehe. Simple sangat steps nak join. Woot woot!

Eh, by the way, Thanks Enchanteur and the PR! Love it. Bekalan lotion, pewangi selama berbulan-bulan. Makin wangi lah lepas nii. Hik. Engkorang pun mana tahu dapat consolation prizes macam ni? Siapa tak nakk? Hhaa


Pssst: Maaf lama tak jenguk! Wuwuwu. Kerja penat gilaa. Nak hadap lappy pun malas. Kalau cuti pulak, nak zzzz jee. Entah apa-apa perangai. Thanks taw selalu jengah. Muah ciked!

Follow and let me know!

Randomeness

Pemenang dan Ulasan Anugerah Juara Lagu (AJL) 29!

Sunday, January 18, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Pheww phewww. Gempaklah performance malam tadi. Ada jugak yang meremang bulu roma!

Jom tengok dulu finalis AJL 29!

Judul lagu -- Penyanyi / kumpulan

Masih Aku Cinta -- Shila Amzah
Di Pintu Syurga -- Dayang Nurfaizah
Romancinta -- Mojo (dibawa oleh Caliph Buskers)
Gilalah -- Stacy
Percayalah -- Indah Ruhaila
Gadis Jolobu -- Dato Hattan dan Waris
Matahari -- Hafiz Suip
Rentak Laguku -- Bunkface dan Amy Search
Sesal Separuh Nyawa -- Alyah
Lelaki -- Yuna ( dibawa oleh Najwa Mahiaddin)
Apa Khabar -- Joe Flizzow dan Sonaone
Malaikat -- Hazama

Yang part meremang bila kumpulan Mojo buat performance dengan Caliph Buskers. Serius sedap gilaaa suara vokalis Caliph Buskers ni. Syabas Edry! Syabas! Semua penonton berdiri kott! *salute*

Caliph Buskers

Persembahan Mojo ft Caliph Buskers


Komen persembahan AJL 29 bagi pendapat Scha Nazri. 

Hazama : Okay je. Baju out. haha. Vokal, Hazama kottt. Cuma lagu je macam tak kena. Malaikat untuk jaga kekasih? Hmm

Alyah : Power sebab dia dah tukar baju awal-awal. Kreatif. Eh, takyah nak zoom in sangat Dato' Ramli Ms tewww. 

Dato' Hattan dan Waris : Gadis Jolobu memang best okay. Mantap weii!

Mojo : Yang ni aku dah describe kat atas. Hehe. Apa-apapun, ce tengok video kat bawah ni.




Bunkface : Biasa jee. Outfit gothic betul. Bertenaga!

Joe Flizzow ft Sonaone : Simple jee tapi kalau korang dalami lirik lagu Apa Khabar ni, aku rasa lagu ni ditujukan dekat Malique Too Phat. Rindu Malique. Miss old times. Hanya budak 90s je tahu betapa besarnya impact Too Phat ni semasa membesar.


Stacy : Persembahan yang meriah. Warna warni. Vokal tak dapat nak komen apa-apa lah kan.

Dayang Nurfaizah : Even dia sorang je perform, tapi, memang sedap betul vokal dia ni. Lagi sekali, tak nak komen apa-apa tentang vokal Dayang Sayang Kamu. Tak suka okay provoke Dayang and Qu Puteh. Nak Dayang stay macam tu je. No putih, putih!

Hafiz Suip : Hafiz ni vokal dia live and dalam studio, memang samaaa! Takde shaky pun. Tahun ni dia bawak imej serba putih sambil dibantu oleh backup vocals yang power!

Najwa Mahiaddin and The Pahlawan : Aaaaa, aku memang suka dengan Najwa Mahiaddin lagi-lagi dengan lagu Got To Go nyaaa. Fyi, Najwa ni anak Muhyiddin Yassin, TPM kita taw. Haha. Aku baru tahu lately ni. Performance sangat comel dengan kehadiran budak-budak kecil menari. Ingatkan lelaki, rupanya perempuan. Tapi, aku tak paham mesej yang dibawakan. Ada sesiapa yang paham?




Shila Amzah : Baju dia lawaaa. Siap ada net and topi gitu. Penutup finalis AJlL 29. Tahun ni dia perform sorang. Vokal mantap! Suka dengan persembahan Shila. 

Persembahan tambahan oleh Mentor Legend. Aina protege Ella tu junior aku masa sekolah menengah Puteri, Seremban. Dia memang aktif nyanyi kat area Negeri Sembilan. Sampai bila ada dinner MB buat, memang Aina yang perform. Bagilah Aina rasa macam mana rasanya pentas AJL tu. Kasi feel sikit untuk dia terus maju.

Kemudian akhir sekali ada persembahan Tomok, Ronnie and Headwind. Para Legend semuanyaa! Magaddd!

Done reviewing! Yeayy.

Jom, kita tengok pemenang-pemenang untuk Anugerah Juara Lagu 29!

Persembahan Terbaik

MOJO ft Caliph Buskers

Vokal Terbaik

Dayang Nurfaizah

Tempat Ketiga

Dayang Nurfaizah -- Di Pintu Syurga
Komposer: Tam Spider
Lirik: Iman Imran

Naib Juara

Shila Amzah -- Masih Aku Cinta
Kompser dan Lirik: Shila Amzah

JUARA

Joe Flizzow dan Sonaone -- Apa Khabar
Komposer: Joe Flizzow
Lirik: Joe Flizzow


Yang penting, juara memang aku tak expect! Seriusss. Aku ingatkan Dayang ke, Alyah ke, Mojo keeee. Maybe untuk revolusi hip-hop kembali di Malaysia? Maybeee? Mesti terkejut semua campur sekali dengan mak aku. Hahhaha. Pemenang tempat kedua tu pun macam, hmmm, hmmm. Entah lahh. Juri yang membuat keputusan, adalah sebab tertentu tu kan? Wiwiwiwi

Tahniah Joe Flizzow dan Sonaone!

Hahahhaa. Korang rasa? Ce share pendapat sikit. 

Follow and let me know!

Randomeness

Nasib baik jadi buat blog.

Sunday, January 18, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa!


Just nak share dengan korang yang aku berjaya buat blog bridal dengan jayanya. Haha. Takdelah jaya sangat, cuma apa yang aku nak tu, dapat lah buat.

Untuk blog bridal ni, aku nak nampak macam simple but elegant. Satu warna yang terang aku guna iaitu shocking pink. haaaa.

Puas jugaklah godek template-template yang responsif. Pheww. Nasib baik bos kata okay! haha

Aaaa, penat. Penat, tapi best. Paham tak? Betul lah kata orang, kalau kita suka dengan kerja tu, kita rasa penat tu macam berbaloi. Hehe. 

Aku taknaklah selamanya aku kerja part time kat butik pengantin ni, at least for a start, aku nak ada stable job dulu. Engineer misalnya. Haritu aku pergi dua interview untuk jawatan Engineer, tapi, still takde jawapan lagi. Wuwuwuwu. Sedihnyaaa. Harap-harap lah dapat respons secepat mungkin. Interview went well, but, still no call or email. Sedihnyaa. Pinjam bahu please?

Apa-apa pun, support lah butik pengantin Adlynn Beauty and Bridal Centre. Siap ada spa okay. Kak +Nurashikin ZA a.k.a NAZECK kalau nak relakskan badan, boleh lah singgah butik spa tempat Scha kerja. hehe.





Follow and let me know!

Randomeness

7 Cups of Tea -- A Place to Let Go

Friday, January 16, 2015


Assalamualaikum. Hai semuaaa.

Haritu kawan ada share tentang satu website ni di mana kita boleh cerita masalah kita dengan someone yang tak dikenali secara online. Being anonymous is the key here.

No  judge, just tell our problems. Kau nak cerita pasal apa pun boleh. Serius.

It's called 7 Cups of Tea (7COT)
"7 Cups of Tea is an on-demand emotional health and well-being service. Our bridging technology anonymously & securely connects real people to real listeners in one-on-one chat.

Anyone who wants to talk about whatever is on their mind can quickly reach out to a trained, compassionate listener through our network. We have hundreds of listeners who come from all walks of life and have diverse experiences.

People connect with listeners on 7 Cups of Tea for all kinds of reasons, from big existential thoughts to small, day-to-day things that we all experience. Unlike talking to family or friends, a 7 Cups of Tea listener doesn’t judge or try to solve problems and say what to do. Our listeners just listen. They understand. They give you the space you need to help you clear your head."

Untuk 7COT ni, aku prefer jadi listener. Sebab aku takdelah banyak sangat masalah berat sangat pun. Kalau aku rasa berat sangat, maybe aku akan share dekat sini. Yelah kan, kekadang nak jugak bercakap dengan orang yang tak judge kita selain Allah SWT. Just santai-santai. Nak cerita apa-apa pun boleh.

Nak jadi listeners pun kena ada ujian. Tak boleh sesuka hati je boleh jadi listeners. Dia ada training and test. Kalau lepas test, boleh straight jadi listener. Aku pun suka jugak jadi pendengar. Bukan problem-solver. Listeners tak digalakkan bagi nasihat. Takut kalau bagi nasihat, benda tu tak jadi, akan effect orang itu. Betul lah tu kan?

Kalau korang ada berat sangat masalah, and ada deep secrets tapi segan nak cerita dekat kawan-kawan rapat, boleh lah meluahkan ke website ni. Harap boleh lepas sikit beban kat hati tu haaa. 



Follow and let me know!

WW

#35 Wordless Wednesday

Wednesday, January 14, 2015


Assalamualaikum. Hai semua!


Phew. Wordless untuk hari ini ialahh something yang agak deep. Layan gak lah deep dia.


Yelah kan. Kita selalu tengok benda sweet je kat instagram. Konon sweet gila ah tu. Tapi, setiap perkahwinan ada pasang surut, ups and downs kan? Just take the good thing and leave the bad thing. Semua orang tak perfect. Ada flaws yang perlu kita terima kan? Hidup berkahwin ni pun bukan setahun dua, hingga ke akhir hayat gitu. 

So, it's your choice! ^^

Follow and let me know!

schatips

Tuesday Tips: Band Aid Hacks #1

Tuesday, January 13, 2015


Assalamualaikum. Hai semua!

Rasa nak buat setiap hari Selasa tips dan life hacks yang memudahkan kehidupan seharian kita. Kalau boleh aku share, aku share. Hihi.


TuesdayTips : Band Aid Hacks #1


Menjadi satu masalah kalau terluka kat ibu jari. Bila jumpa ni, rasa macam woahhh, satu masalah selesai. Takyah nak fikir macam mana nak balut elok-elok. Duhh. haha

Follow and let me know!

Butterfly

Butterfly Beauty Challenge : Shizens Lip Tattoo #SchaReview

Monday, January 12, 2015

Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Susah gak nak maintain dengan blog bila dah kerja. Untuk pengetahuan semua, aku start kerja pukul 10 pagi sampai pukul 7 petang. Sabtu Ahad kerja. Isnin je cuti. So, boleh bayang tak macam mana aku nak maintain dengan blog ni. Setakat update boleh lah, cuma sedih kekadang page views sesuatu post agak menurun. Tapi, Alhamdullilah, komen tetap masuk. Hihi.

Ingat tak lagi Beauty Box yang aku dapat masa Butterfly Christmas Party itu hari? Ce check balik post tu taw. Minggu ni kena review main product dalam beauty box tu. Shizens Lip Tattoo. Mula-mula dengar nama, apa bendanya ni? Dia tattoo bibir aku ke? Haha. Noob sangat persoalan.

Jom kita mulakannn!

Shizens Lip Tattoo

Shizens Lip Tattoo adds a spread of moisture and relieves the formation of fine lines. It helps to lighten dark pigmented lips and gradually turn them into natural pink or rosy tones.

Ohh gitu. So, basically, Shizens Lip Tattoo ni berupaya untuk melembapkan bibir, mengurangkan kesan hitam bibir dan juga garis-garis halur di bibir. Yang paling best, dia menukar warna mengikut warna darah kita. woahhhh.

Shizens Lip Tattoo

Jangan terkejut sebab memang warna dia PUTIH. Bila biarkan lama, dia akan bertukar warna. Magic weiiiii!

Shizens Lip Tattoo

*close up*

Shizens Lip Tattoo

Jom tengok kalau applykan kat bibir aku ni, apa akan jadi? Jeng jeng jeng

BEFORE APPLY
*pucat, kering*
T_T

Shizens Lip Tattoo

See, memang warna putih. Jangan panik. Teruskan oles ke bibir. 

Shizens Lip Tattoo

Tunggu selama 5 minit.
Sambil tu kita selfie dulu. Lol

Shizens Lip Tattoo

AFTER 5 MINUTES
Selepas 5 minit! Wow! Tukar warna kan? Warna pink-pink gituu. Sweet jee. Tak terlampau pekat sangat, tak cair sangat. See the difference kan?

Shizens Lip Tattoo

Perbandingan sebelum dan selepas!

Shizens Lip Tattoo

So, jom kita tengok details product ni.

Name : Shizens Lip Tattoo
Weight : 8ml
Color : White but slowly turns to rosy pink
Taste : A lil bit weird taste when touched my tongue. But, not to obvious. 
Long-lasting effect : You need to re-touch up after eating. So, your lips will stay moisturize and looks fresh! 
Price : RM 168.00
Where to buy? : Can check the store locations here --> Shizens Store Locations

Pros Shizens Lip Tattoo:- 
  • Love the color. 
  • Tak terlampau terang dan pucat. Just nice. 
  • Bibir kekal lembap sepanjang pemakaian dan garis-garis halur di bibir hilang apabila di oles ke bibir. Sukaaa!
  • Sememangnya layak digelar STAR PRODUCT dari Shizens

Cons Shizens Lip Tattoo :- 
  • Pricey. Tapi, kalau product ni memang menjanjikan bibir yang mungil dan lembap, apa salahnya kan? 

This is not a lipgloss or lipstick. It's a lip tattoo. Berbeza taw.

Keseluruhannya, aku amat menggemari Shizens Lip Tattoo ni. Kalau dah habis, maybe aku akan beli yang baru. Sebab dia bagus. Dia menggantikan pelembap bibir, lipstick dan lipgloss. Kira 3 dalam 1. Oh yer, aku memang tak pakai pelembap bibir yer untuk perbandingan di atas. Selalunya aku kena pakai pelembap sebab nanti nampak sangat bibir aku berkuping dan pecah. Nak pakai lipstick nampak sangat tak sekata. Itu lahh, taknak minum air banyak-banyak. Padan muka dengan diri sendiri. Ha ha ha ha. 

Thanks Butterfly Malaysia and Shizens for sponsoring this awesome lip tattoo! ^^

Facebook : SHIZENS MALAYSIA
Website : SHIZENS

Rating : 4.5 out of 5 stars!

Follow and let me know!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook