SchaBeauty

#SchaReview : B.Liv CC Pores Away

Thursday, December 03, 2015


Assalamualaikum. Hai sayang-sayang semuaaa!



Harini aku nak kenalkan kat korang produk terbaruuu! Yang semestinyaaa sesuai untuk aku! haha. Yerr aku admit yang kulit aku tak cantikk. Ada banyak pori besarrrr. Tapi, itu tak bermakna aku takde konpiden berdepan dengan orang! hahaa. Eh, apa kena mengena apa ntah. Yang pasti aku nak kabor, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. 

B.Liv Complexion Correcting CC Cream Pores Away ini adalah produk terbaru daripada B.Liv taw. Sebenarnya ada banyak lagi produk B.Liv ni haa. Tapi aku nak kenalkan produk yang sangat beshh niii

Nak tahu B.Liv tu apa?


B.Liv CC Pores Away Review

1) Packaging -- Sangat simple. Like straight to the point. Belakang kotak ada full ingredients tentang produk ni. 

2) Tekstur -- Sangat creamy. Produk ni dalam bentuk pump. So sangat senang nak keluarkan. Ada bau wangi sikit. But, jangan terkejut kalau dia warna putih taw. Dia memang warna putih. Tapi, lepas blend dekat kulit, dia akan ikut warna skin tone kita. So, sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan warna. 



3) Cara penggunaan:


Sebelum aku letak produk di muka..... Lihat lah wajah sebenarkuuu...



Aku calit macam ni je kat muka. Kasi semua bahagian muka kena kt produk.


Selepas tu, kita blend je kawan-kawan. Kasi blend elok-elok, comel-comel.


Taraaa, selepas aplikasi. Kalau nak pakai foundation, pastikan kering dulu yer. Kasi produk tu serap dulu. Tapi, kadar penyerapan dia tak lama. Kejap je. 




Kekadang pergi kerja aku malas nak pakai banyak sangat produk. So, B.Liv CC Pores Away ni aku letak je kat muka, pakai eyeliner and lipstick sikit. Siap. 

B.Liv CC Pores Away ni berfungsi untuk membaik pulih warna skin tone supaya nampak sekata sahaja. Plus, muka nampak lebih glow dan berseri kalau guna. Tak ke berbaloi? 

Dengan cuaca panas terutamanya aku ni yang kerja di kilang, B.Liv CC Pores Away ni sangat sesuai sebab ringan je letak kat muka. Kasi muka kau bernafas di samping merawat warna kulit. Power ahh!

Bahan utama dalam B.Liv CC Pores Away.

Marula Oil (Sclerocarya Birrea Oil)

Enriched with Vitamin C, anti-oxidants and oleic acid (unsaturated oil, essential oil for healthy skin), helps rebuild barrier of skin, provides in-depth hydration & repair scar, which make it a very high efficient natural oil to help tighten pores.

Brown Algae (Laminaria Ochroleuca Extract)

Extracted from Laminaria Ochroleuca, a natural plant-based UV absorbent as it grows on the sun-exposed coastal area that makes it has the ability to defense from UVA/UVB. It also act on the Langerhans cell for anti-inflammatory properties against sun damage.
Suitable for sensitive skin.

Red Algae (Gelidium cartilagineum Extract)

Contains Vitamin E & SPD (Superphyco-D, a marine free-radical scavenger) for anti-oxidant properties. Contains mucin, contributes to instant moisturize and soften the skin layer.


Haaa, menarik bukann? So, berapa harga dan mana nak dapatkan B.Liv CC Pores Away ni?




Korang click je link kat atas tu taw. Sebab sekarang ni HERMO MALAYSIA ada buat promosi! Nampak tak betapa save nyaa korang time ni! It's XMAS time! haha




CEPAT! Click banner atas ni untuk direct terus ke website Hermo! Siapa lambat beli, adan ukee. 

Okay. Jumpa lagi gaiss!

Awak, apa khabar?

Thursday, November 19, 2015


Assalamualaikum. Hai semua!


Huwaa. Bersarang dah blog aku nii. Rindu. Tapi, disebabkan mencari sesuap nasi, ku gagahi juga OT sampai lebam. Haha. 

Korang apa khabar? Dah banyak sangat cerita terlepas sebenarnya. Kekadang hanya mampu baca and tinggalkan komen. Itu pun tengok mood penat ke tidak. Kasihan betul.

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan pemergian ayahanda tercinta Siti Humairah (http://sitiyangmenaip.blogspot.my/). Sungguh aku tak menyangka sebenarnya. Tapi, itu lah ajal maut di tangan tuhan. AL-FATIHAH. Semoga kawan kita, CT, tabah dalam teruskan kehidupan. Chaiyok!

Well, nak tanya satu soalan je,

Apa khabar?

Event Review

PLUSIFY -- Butik untuk plus size yang teristimewa!

Sunday, November 01, 2015



Assalamualaikum. Hey guyss!



Plus size?

Size more than XL?

Segan nak bergaya?

Pilihan baju yang tak cantikkk?

Mesti bengang kan setiap kali cari baju? haha.

Sama lah dengan aku. Begini lah nasib kalau ber-plus-size. Susah gila nak beli baju.  Haha.

Tapi, sekarang ni memang ada perkembangan dalam industri fesyen plus-size. Ingat orang kurus je boleh bergaya? hehe. 


Life's too short to wear boring clothes.

Okay. 25 Oktober 2015 hari tu, aku telah dijemput oleh Plusify untuk menghadiri ulangtahun butik mereka yang pertama. Means that, dan setahun aku tak tahu tentang Plusify. Tak tahu pun ada butik memang khusus untuk plus size. Itu pun ter-stumble-upon invite di FB mereka. Terus daftar nak join anniversary mereka!

Plusify merupakan sebuah butik khusus untuk saiz yang lebih daripada XL. Yeah, like seriously banyak saiz UK 14 dan ke atas. Aku dah terbayang blouse yang cantik-cantik dan lepas ni boleh lah bergaya sakan. Cewahh, kemain! haha.

Plusify ni aku lihat banyak dresses. Cuma, baju lengan panjang agak limited. Especially bagi kita yang bertudung ni, memang malas sebenarnya nak pakai inner. So, aku lebih prefer blouse/dress yang berlengan panjang. Haha. Takpee, aku dah cakap dekat owner Plusify, Cherynn Tan minta dia carikan blouse yang berlengan panjang. Confirm ramai yang akan datang Plusify nanti. hehe. 

Oh yer, kebanyakan baju Plusify datang dari Korea, China, Thailand (I guess). So, bayangkan betapa jauhnya baju-baju itu datang. Memang Cherynn Tan hand-picked sendiri baju-baju di Plusify. Kualiti itu sangat penting yerr. 









See, cantikkan koleksi mereka? Dah lah ada SALE 30%! Rambang mata di buatnya. Dah berapa kali tawaf aku round dalam kedai tu. ahah. Tempat selesa nak shopping. Tenang je. Shopping lah sepuas hati mungkin. hehe. Shopping online pun boleh taw. Nanti aku kabor macam mana.


Alhamdullilah. Masa sales anniversarry tu aku menang Acer Iconia Tablet! hahaah. Tak sangka aku menang. Sebab aku ingat dah takde harapan sangat. Syukur. Hihi


Baju and beg yang telah aku borong kat Plusify. hehe. Along with other goodies and also my tablet.

With my blogger friendssss!









Syafiera Yamin, and alaaa, lupa nama yang belakang tu huhu. Hai!




Cherynn Tan, owner Plusify yang sangat comel, friendly and penuh dengan keyakinan! Sangat menerima feedback customer and banyakk lagi talent dia ada taw. Kalau korang nak belajar graphic design, youtube, boleh terus contact dia. Dia power dalam bidang media niii! Aku teringin nak belajar pasal Youtube. One day Cherynn! :)


Nahh, gambar sekeping pakai baju dari Plusify!

Well, marilah jamu mata kat website Plusify okayyy. Yang penting, FREE DELIVERY! 

Segala maklumat lanjut, boleh klik link kat bawah ni okay!


Facebook: fb.com/plusify

Website: www.plusify.my

Happy shopping! ^^

Event Review

CLINIQUE x Butterfly : New Beyond Perfecting Foundation + Concealer, Makeover and Photoshoot!

Tuesday, October 27, 2015


Assalamualaikum and hello ladiesss!

Meh sini, aku nak share something yang sangat awesome and menjimatkan duit poket anda. Kalau nak tahuu, baca betul-betul post aku sambil makan popcorn okay! ^^


Pada 3 Oktober 2015, seorang Scha and rakan-rakan Butterfly Project yang lain telah berpeluang untuk mencuba produk terbaru daripada Clinique. Mesti semua orang dah tahu yang jenama Clinique ni jenama yang tidak asing dalam industry makeup di dunia. Kat mana-mana je ada Clinique. Tak percaya, pergi terjah Sephora berdekatan anda. 

Pihak Clinique telah menyediakan satu studio iaitu Metal Bees Production House, di mana kami berpeluang untuk merasai pengalaman di-makeover dan juga photoshoot ala-ala model terkenal. Haha. Tetapi, kami memang tiada langsung pengalaman photoshoot secara professional taw. So, it's a great challenge for all of us. 


Studionya yang tenang, jauh dari hiruk pikuk kota membuatkan fokus utama di sana hanya kami 10 orang dari Butterfly Project. You can be as girly as you want here. Haha. The food was simply delicious! Sedappppppp!


Kemudian, kami diberi taklimat mengenai New Beyond Perfecting Foundation + Concealer oleh Madam Yen, Senior Communication Manager Clinique. She's looks very young and fun! Beliau banyak bercerita tentang asal-usul Clinique dan mestilah kebaikan foundation terbaru daripada Clinique! Meh, aku terangkan sikit tentang foundation ni.


New Beyond Perfecting Foundation + Concealer
where weightless meets flawless.

Apabila makeup, benda yang paling asas yang kita perlu ada, ialah FOUNDATION. Foundation ni fungsinya sebagai base makeup supaya kulit kita nampak sekata. CONCEALER pula adalah untuk menutup cela contoh macam jerawat, bekas jerawat, mahupun pori yang besar. So, apa korang fikir kalau dalam satu botol ada FOUNDATION + CONCEALER sekali? Bukan ke ia akan menjimatkan masa dan duit korang? 


Sesungguhnya, foundation ini sangatlah sesuai untuk wanita Asia terutamanya sebab teksturnya sangat ringan, tak rasa macam kau letak setepek krim foundation kat muka. Lagi-lagi dengan cuaca Malaysia ni boleh membuatkan muka kita cepat berminyak dan berpeluh. Berpeluh? Cuma lap (dab motion) mengunakan tisu and you're done! Plus, ia terdapat dalam 6 shades untuk wanita Asia khususnya. Tak tahu mana shades yang sesuai? Pergi sahaja ke kaunter Clinique okay!


See, nampak bertenaga kan muka aku? Hehe. Simple sahaja, but sangat lain masa sebelum makeup.

Lagi satu, 'magic wand' applicator dia yang sangat friendly and hanya perlu letak sedikit sahaja dekat muka. Meh sini aku tunjuk kan. 


Fungsi:

1) Conceal -- Hanya letak di tempat yang mengalami masalah (jerawat, parut jerawat). Memang dicipta untuk menutup cela di muka. Guna sedikit je.

2) Foundation -- Oleskan foundation di muka. Hanya perlu letak sedikit sahaja. Fokuskan di bahagian T muka dan juga di bawah mata.

Kemudian, hanya blend menggunakan sponge/brush ataupun blend guna tangan sahaja!

Bila ada hari nak rasa full coverage, go with foundation. Nak rasa ringan-ringan je kat muka, hanya guna conceal sahaja. Senanggg sangatt!

*demo after the event*

*abaikan kening yang tebal sebelah*

And ohh by the way, foundation + concealer ni sangat jimat. Untuk daily basis, boleh tahan sehingga 6 - 7 bulan. Product expiration date pula ambil masa 2 tahun. Haaa, jimat ke tak jimat? 

Harga? Hanya RM 132 sahaja untuk 30 ml! Memang kalau habis sebotol ni, ke Sephora lah jawabnya! ^^

Mari, aku nak share gambar sekitar makeover + photoshoot oleh team Clinique dan Metal Bees Production.


Seriously tengah nervous time ni. Haha. Nak senyum pun terketar-ketar.



My gegirls from Butterfly Project! Thanks guys!


Gadis yang makeover kan muka kami menjadi so fresh, so clean! Thanks Clinique's team!

And the result from the awesome photoshoot!


Hahaha. Team Clinique and Metal Bees sangat membantu aku dalam proses ni. Confident and expect the less. Haha. Just be yourself and enhance your inner beauty. That's all about the makeover and photoshoot's theme that day! ^^



Website

Facebook

Metal Bees Production House

Jumpa lagi. Insya-Allah! ^^

SchaJalan

#SchaJalan Penang: Hari Kedua

Wednesday, October 14, 2015



Assalamualaikum. Heyy yoo guyss!

Baca ini dahulu taw --> Penang, Hari Pertama

I'm back with Penang trip! haha. Lama tertangguh entry ni. So, leggoo!




Hari kedua kami ke Bukit Bendera sebab tak lengkaplah ke Penang kalau tak pergi Bukit Bendera kan? 

Sepanjang kat Penang ni, memang kami guna Waze jee. So, gunakanlah Waze anda dengan betul and berhemah. Cewahh. 

Kami sampai dalam pukul 11 macam tu. Bila sampai je, boleh tahan ramai gak lah orang kat situ. Terutamanya pelajar sekolah buat rombongan cik kiah. Haha. Queue pun boleh tahan ramai jugak tapi tak terasa pun beratur sebab sistem dia sangat bagus. Cepat dan pantas gitu.  

Harga tiket:

MyKad (pastikan tunjuk IC masa kat kaunter)

Dewasa: RM 10
Kanak-kanak: RM 5
Pelajar: RM 5 

Kemudian, beratur untuk naik kereta api. Perjalanan dia boleh tahan bumpy gak lah. Curam gila and rasa mampu ke kereta api ni sampai ke puncak? Haha. Dah lah macam tin sardin dalam kereta api tu. Dalam 10 minit jugaklah perjalanan. Pastu dapat tengok permandangan yang hijauuuuu. Memang cantikkkk!







Aiskrim kelapa yang mahal nokhorom : RM6.00


The famous Love Bridge? 



Kat atas Penang Hill ni banyak tarikannya. Antaranya muzium burung hantu, the Love Bridge, Cliff Cafe. Tempat makan pun boleh tahan banyak gak. Ada juga aktiviti yang boleh upah orang untuk bawa kita jalan-jalan area Penang Hill, tapi, mahal wehh. Jalan kaki je mana yang mampu. Hhaa. 

Setelah puas meneroka kat atas bukit, perut kami pun mulalah lapaqqq. Haha. Mama ayah aku ni tekak nak nasi kandar je kat sini. So, kita ikut kan aje laahhh.

So, kami ke Nasi Kandar Pelita. Sekali lagi, WAZE sahajaaa.


Total: Around RM 30.00

Next, masa masih ada untuk kami meneroka bandar Georgetown. Aku dari sebelum sampai Penang lagi aku nak pergi ke Street Art tapii, kami pergi cari jeruk dulu. haha. 

Aku suggest pergi Chowrasta tapi aku tengok takde apa pun kat Chowrasta. Hanya banyak buku-buku lama and kurang jeruknya. Sini terkenal dengan Jeruk Madu Pak Ali. Jeruk madu pak Ali terletak di sebelah kanan Chowrasta. Tapi, kami tak pergi situ.

Kami pergi di sebelah kiri Chowrasta. Jeruk Tempayan. Bersih sahaja kedainya. Owner dia pun friendly. Jeruk dia takde cuka so sangat sesuai dengan perut ayah aku. haa. Habis kami borong kat situ untuk dibawa balik ke Seremban.


Kalau nak beli souvenir, bangunan di sebelah kiri Chowrasta ada macam arked. Dalam tu ada banyak jual souvenir and baju-baju ala-ala pantai. haha. Harga boleh tahan kalau kau pandai menawar harga. haha

Next, kami ke Lebuh Armenian! Sini lah tempat popularnya dengan Street Arts. Kena pandai cari lah. Eh, guna PETA! Senang gilaa kalau ada peta. Selalunya dalam peta tu dia akan sediakan sekali tourist attractions. Ada peta, ada waze, so boleh jalan! ahah. 

Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi banyak tak jadi sebab ayah aku tak reti ambil gambar. haahahha. Tetiba je gambar tu gelap. Adoiyaii makk. Hahaha. Takpelah. Redhoo. hihi



Malamnya kami ke Batu Feringghi. Memang nak makan kat sana. Tapi, agak kuciwa sebab banyak restoran Arab dan seafood yang kami tak tahu halal atau tidak. Last-last jumpa satu kedai ni, Kak Ani Seafood Restaurant. Dekat dengan pantai. Sampai masuk dalam JJCM. Terpampang JJCM dalam signboard. 

Tapi, makanan ntah pape. Lambat, tak berbaloi, mahal! Baik aku makan nasi kandar je lagi puas hati. wuuuu. Itu yang susah bila travel tanpa tahu tempat makan yang best kat situ. haha. Lagi-lagi dengan parents aku yang was-was dengan status halal di situ. 

Sudahnya, kami balik je ke hotel and tidur senyenyak-nyenyaknyaaa. hahahaha. Berharap esok mungkin lebih baik. Amin. 

Okay. Nanti aku sambung lagi next entry ke Penang. Last dayyyy! 


Jaga diri semua. Salam Maal Hijrah 1437 H! 


^^

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook