SchaBeauty

#SCHABEAUTY : Kekal MOO dengan Natta Cosme YOKO Milk Shower Essential Kit!

Sunday, November 30, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Meh dekat sikit meh. Bestnya menaip time-time hujan lebat ni. Sekarang ni hujan kemain lebat disekalikan dengan bunyi petir. Dah banyak kali jugaklah suis utama jatuh. Okay okay. Aku ada something nak share dengan korang! Wee hoo!

Kira-kira 3 minggu yang lalu, Natta Cosme telah menghantar parcel yang quite big kepada aku. Macam mana aku dapat parcel ni? Well, Natta Cosme memerlukan blogger untuk review barang terbaru daripada koleksi mereka. Aku antara 30 blogger yang bertuah! Hehe.

Natta Cosme YOKO Milk Shower Essential Kit

If you love moo, you're gonna love this kit! Seriously, sangat best. Sangat refreshing! Theme for this product is milk and of course, cow's milk are part of this kit. Siapa yang tak suka susu? Mohon takyah baca dan cuma perlu LIKE saja entry ini. Hhaha. Kejam gilaaa. Yelah kan, ada yang tak leh telan susu sebab rasa dia ataupun yang ada lactose intolerant. Well, well well, I bet bagi siapa yang tak suka susu akan jatuh cinta dengan kit ini! 

Dalam parcel tersebut, Natta Cosme telah menghadiahkan 4 jenis produk dari rangkaian Yoko dan juga sekotak susu dari Dutch Lady. Haa, siap ada susu sekotak you alls. By the way, aku suka dengan service Natta Cosme ni. Sangat friendly dan memang bagi sepenuh perhatian kepada setiap parcel yang mereka hantar. Bukan bodek, kenyataan. 


Let's go unboxing the box! (Tekan untuk baca selanjutnya)

Tag

Liebster Award : Amy J

Saturday, November 29, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Fuhh, dah lama dah adik kesayangan aku, +Amy J  tag aku. Tak terbuat je. Hahaha.


Okay. Leggooo!

1. Satu tabiat buruk tak boleh diubah

-- Selepas makan, tidur. Hmm. I know its bad. Dan aku rasa inilah menyebabkan badan aku makin membesar lately. Hahha. Tapi, nak buat macam mana. Lepas makan, mesti stay depan lappy. Bila dah kuyu, barulah pergi berinjak ke katil pulak. Haishh. So bad Scha, so bad.


2. Dua benda mengingatkan korang dengan Amy J. hahahaha. susah gila soalan.

-- Weido with weird header
-- Kita ada insecurities yang sama. Tak yakin dengan diri sendiri. Wuu. But, need to work out on that.

3. Tiga orang penting dalam hidup. Tunjuk Gambar pun boleh :)

-- Mama
-- Ayah
-- Muhayat Ajwad

4. Empat ciri-ciri lelaki yang berjaya mencuri hati

-- Caring
-- Sanggup layan angin seorang Scha
-- Ada geng nak makan-makan
-- Jenis tak berkira

Yaaa. Dah jumpa dah lelaki gitu. Wiwiwiwi


5. Lima makanan tak boleh tolak

-- Masakan mama. Anything.
-- Roti telur
-- Pizza
-- Chicken Chop UMP. Magad. Rindunyaaa!

6. Terbang atau baca fikiran orang?

-- Of course baca fikiran orang! Haaa, lagi-lagi kalau nak pergi interview. Boleh baca apa yang penemuduga tu fikir pasal kita. muahahahha!

7. Wahai*insert the name of your love*, saya sayang awak sebab.....

-- Wahai Muhayat Ajwad, saya sayang awak sebab *rujuk nmbor 4*. Okbai.

8. Binatang paling menakutkan

-- Ular, ular ularr sebab aku geliii

9. Kenapa korang suka/tak suka pergi kenduri kahwin?

-- Suka. Sebab boleh pakai cantik-cantik dan usha jejaka hensem dan berharap dapat buat scandal. Hahhaa. Takdelah. Suka sebab nak tengok pelamin je. Wiwiwi. Kasi inspirasi gitu.

10. Apa perasaan korang hari ini?

Akak lately ni pening kat bahagian belakang kepala. Kawan kata macam simptom darah tinggi. Gasp!

11. Rumah Idaman

-- Nak macam rumah sekarang. Cukuplah. Itu pun dah kira best. Hhee


Settle. Aku takde soalan. Tengah blur masa nii. Hwahahahaha.

Take care guys!

Follow and let me know!

segmen

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015

Thursday, November 27, 2014


Assalamualaikum. Cakk!




Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

DONE!

Follow and let me know!

Are you fernweh?

Thursday, November 27, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa! Pagiii!

Harini rasa nak share perkataan baru. Dah ala2 macam kak Farrah FAMF Tower pulak. hehe. Kak Farrah ni suka share perkataan baru. Yang macam kita jarang ataupun tak pernah dengar. Thumbs up!


fernweh [feyrn-vey]

-- (noun) This wonderful, untranslatable German word describes the feeling of homesickness for a far away land, a place you have never visited. Do not confuse this with the english word, wanderlust; Fernweh is much more profound, it is the feeling of an unsatisfied urge to escape and discover new places, almost a sort of sadness. You miss a place you have never experienced, as opposed to lusting over it or desiring it like wanderlust. You are seeking freedom and self-discovery, but not a particular home.   (via caroldanvers)

Fernweh ni macam kita rindukan sesuatu tempat yang tak pernah kita pergi. Pernah rasa tak perasaan macam tu? Bagi umat Islam, semestinya rindu kan Mekah dan mesti rasa tak sabar nak jejakkan kaki ke sana (bagi yang belum pernah jejak) kan?

So, ada lagi sebarang tempat yang korang rasa rindu tapi tak pernah pergi? Ataupun korang baca buku and rasa teringin sangat nak pergi ke tempat itu? Meh lah share.


Follow and let me know!

Terdelete. Arghhh.

Tuesday, November 25, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Tahu tak aku TERDELETE 100 komen latest korang?

Ya Allah. Macam mana lah aku boleh tertekan REMOVE CONTENT.


Baru aku paham kenapa orang boleh terdelete comments.

Ingatkan tak terjadi kepada diriku, terjadi jugak rupanyaa!

Nasib baik 100 je. Tak semua aku padam. Huwaaa

Nak nangiss.

Sorry. Korang punya komen dah ter remove. Nak recover balik aku pun tak tahu macam mana.

Aaaa, nasib baik nama-nama korang ada lagi kat situ. Ampunn, ampunn!



Ijinkan aku meroyannnnnnn.

Huwaaaaaaa.

Macam mana nak rempit kalau gini?

Tuesday, November 25, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Korang tahu kan jalan-jalan utama di KL akan bertukar mengikut nama-nama sultan yang pernah ditabal sebagai YDP Agong mulai esok?

Antaranya, Jalan Duta di tukar kepada Jalan Tunku Abdul Halim. Ada 8 batang jalan akan ditukar. Buat masa 8 je lah kot. Tak tahu pulak masa akan datang.

Komen aku, aku risaukan pelancong luar negara je susah nak pergi sana-sini bila nama jalan susah benor nak nyebut. Dulu sebut duta, duta, semua orang KL tahu kat mana terletaknya duta tu.

Entahlah. Mungkin mula-mula ni janggal sikit kot. Yelah kan, benda baru. Lagipun nak memperingati YDP Agong yang ada kat Malaysia ni. Benda baik kan? Ambil masa sikit kalau nak serasikan.

Korang rasa macam mana?

ANTARA 8 JALAN YANG BAKAL DITUKAR

  1. Jalan Duta -- Jalan Tunku Abdul Halim
  2. Jalan Khidmat Usaha -- Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
  3. Jalan Ipoh -- Jalan Sultan Azlan Shah
  4. Persiaran Duta -- Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
  5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah -- Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
  6. Lebuhraya Mahameru -- Lebuhraya Sultan Iskandar
  7. Persiaran Mahameru -- Persiaran Tuanku Jaafar
  8. Jalan Semarak -- Jalan Sultan Yayha Petra

Korang bayangkan kalau news report dalam radio macam mana? Tak terkontang kanting nak tahu jalan yang mana satu kan? Hhaa. And semestinya applikasi Waze, Google Maps dan GPS juga bakal ditukar. Wiwiwiwi.

Anyway, have a great day! ^^

Follow and let me know!

Bawak kereta secara haram?

Monday, November 24, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Fuhh fuhh fuhh. Dah dua hari tinggal blog. Entah sempat ke tidak kejar korang punya entry ni. Hehe. 

Haaa, ingat kisah aku hari Jumaat lepas? Ni ada sambungan. Jeng jeng jeng. 

Sebenarnya kan.. lesen aku dah expired hampir 3 bulan. 

And yeap, aku dah driving secara haramnya selama 3 bulan! 

Aku perasan lesen aku mati last week. Last week weh baru aku perasan. Magaddd. Gugur jantung aku bila tahu lesen aku dah lama mati.

Takdelah. Haritu saja lah nak belek kad-kad dalam dompet. Lepas tu teramik lesen kad. Tengok-tengok, habis lesen 22 Julai 2014 bersamaan dengan birthday aku. Aku pun, konpius lah. Rasa macam dah renew dah. Then, barulah aku teringat. Last year aku renew lesen kt pejabat pos. Bayar RM30 untuk setahun. Bukan dua tahun!


Dangg! Barulah menggelabah nak pergi JPJ keesokkannya. Gilaaa. Hampir 3 bulan aku bawak kereta tanpa lesen yang sah. Yang bestnya, lepas pulak aku ke Petaling Jaya dengan sendirinyaaa. Ya ampun. Nasib baiklah tak kena road block ataupun pegawai JPJ nak check lesen aku. Aduhaii. 

Aku rasa perasaan konpiden yang maha tinggi bahawa lesen aku tak expired lagi, buat aku tak kena tahan dengan polis or JPJ kot. Hahaha. Korang bayangkanlah 3 bulan T__T

Esoknya pergi setelkan hal lesen. Tanya mama, kena tangkap gambar on the spot ke apa. Pastu mama cakap, 'Yeap, amek gambar kat sana. Bagi ic, lesen lama and tangkap gambar.'


Kemain semangat mekap ni sebab nak amek gambar lesen. Tu yang beriya sangat mekap. Haha. Selalu duduk rumah or keluar rumah pergi kedai ke, makan ke, aku jarang mekap heavy. Macam tak berbaloi. Bila ada event/program macam pergi wedding ke, barulah aku mekap. haha. 

Lepas dah sampai JPJ, rupa-rupanya tak payah pun amek gambar. Just bagi gambar passport je. Itu pun nasib baik dalam dompet ada sekeping gambar passport. Phewww. 

Then, renew lah lesen selama 2 tahun. 2 tahun = RM60. Sekejap je siap. Tak sampai 15 minit aku berurusan dekat kaunter JPJ. Kaunter pun banyak, staff pun peramah. Well done, JPJ Seremban! 


Lepas dah habis urusan lesen, kita selpiee! Itu lah yang jadi entry aku berselfie. Muahahaha. Taknaklah tempek lagi gambar selpie. Nanti ada yang menyampah pulak kang. Hhehe. 

Okaylah. Jumpa di entry lainn! Muah ciked! ^^

Follow and let me know!

makeupbyschanazri

#makeupbyschanazri -- Mekap pergi buat lesen

Friday, November 21, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Quick update about my makeup yesterdayy!

Semalam kan ada cerita yang menarik tentang lesen aku.

Trust me. Sangatlah menarik sampai boleh face palm diri sendiri. Haha.

Tapi, nak citer details tak de masa. Esok ada kenduri kat kampung and balik pun hari Ahad. Memang tak sempat nak blog walking and update entry. Aaaaaa

And yes. Aku kalau weekend, tak balik kampung Rembau, aku balik kampung Pilah. Weekend busy sebab balik kampung je. Mentang-mentanglah kampung tak sampai sejam dari rumah. ahaha.

Okay.


Follow and let me know!

WW

#32 Wordless Wednesday

Thursday, November 20, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaaaa!

Sihat? Petang-petang ni selalu hujan kan? Nasib baiklah pagi tak hujan. Macam mana nak jemur baju kalau gitu? Hahha

Okay.

Harini wordless wednesday. Tapi, tak lah wordless sangat kot. Ada quote untuk korang. Hehe.

#32 Wordless Wednesday


Once in awhile, reflect your life. 

Follow and let me know!

p/s: Baru aku perasan aku update Wordless Wednesday hari Khamis. kakaka. Macam mana ntah boleh tersilap ni. Hhaha.

Butterfly

#SCHABEAUTY -- BE Beautiful Be You Event from Muse by Watsons

Wednesday, November 19, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Haiyaakk *pakai bandana kat kepala dan mula menulis!*

*entry panjang, harap bersabar*

Sihat ke semuaaa? Lately ni, rasa malas membuak-buak. Hhaa. Apa-apa ntah. Tapi, kena lawan sifat malas ittew. Kalau tak, semua benda tak jadi. Hhaa.

Baiklah. Ingat kah engkorang dengan entry Teaser -- Muse by Watson itu? Hhaa. Ada gak yang menanti bila aku nak update terutamanya kak Farah FAMF Tower. Sorry kak, scha kena update bebetul sebab ada pertandingan entry paling kreatif. Haha. Kot lah kreatif.


Pada 8 November 2014 (Sabtu) yang lepas, komuniti Butterfly Project telah menjemput hampir 20 blogger untuk sama-sama menconteng muka mereka oleh Be Creative Makeup dari Muse by Watsons. Muse by Watsons telah menambah satu lagi koleksi makeup mereka pada harga yang sangat berpatutan dan berkualiti! Wewiitttt.

Something to ponder...

Monday, November 17, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Quotes to think.

Do you think? 

“People who have it too easy in early life have a disadvantage for later on, because they get to thinking that everything is going to be easy.”  -- Mildred S. Dresselhaus 


Contohnya macam anak orang kaya lah kot. Apa nak semua dapat. Tapi, bila dah besar and kena buat keputusan sendiri, semuanya jadi ke laut.

Tapi, tak semua. Ada je anak orang kaya ni pandai plan untuk masa depan. Ada yang pandai invest untuk masa depan.

Yang ni yang spoil brat gila-gila. Yang manja terlebih. Yang mintak bebukan kat parents. Teringat cerita Charlie Chocolate Factory yang mana budak perempuan tu paksa Daddy dia dapatkan apa yang dia nak even the ridiculous thing. Ayah dia pulak ikut je cakap dia. haha. Siapa ingat cerita ni?

Charlie and The Chocolate Factory (2005)

Aku ni even anak tunggal, mama ayah tak manjakan aku sangat. Tak semua aku mintak, aku dapat 'PAPP' sekelip mata. NO. Kekadang it takes years or months. Selalunya benda gadget aku mintak. Macam handphone and laptop. Nak pujuk beli camera, tak tercapai lagi. haha.

Sebenarnya kan, aku tengah dalam keadaan mental breakdown sebab masih tak dapat kerja lagi. Jawapan interview masih tak dapat lagi. And keadaan itu buat aku sampai termimpi-mimpi. Lagi-lagi bila bukak je fb, ada kawan yang dah dapat kerja. Ahh. Sedihnya. Yang paling best, bila tengok kawan pergi overseas sebab kerja and rasa experience negara orang. Huwaaa. Rasa nak nangis. Pinjam bahu please? :(


Lebih parah bila orang sekeliling asyik tanya the same question, 'Sya tak kerja lagi ke?'. And it truly break my heart. Tapi, nasib baik dapat parents yang jenis tak memaksa bila datang bab ni. Yang aku rasa sangatlah bersyukur. Parents yang jenis bersabar dengan soalan orang sekeliling. Huwaaa. Me love you mom and dad. Big time! 

Sabar, sabar, sabar, DOA. Insya Allah, Allah balas! Aminn!

Korang doakan Sya dapat kerja ek? *nangis hujung katil*

*scroll jobstreet*

Follow and let me know!

Engkome dah join 1st Giveaway by Anamizu belummmm?

Saturday, November 15, 2014


Assalamualaikum! Hai semuaaa!

Yeayy. Kali kedua aku join sebagai penaja. Dulu pernah under Emas Putih, now collab dengan kawan blogger kita yang agak lama kenal (kot), cik Anamizu! Weehooo. Aku sebenarnya ingin menghargai para readers Scha Nazri kerana tak jemu-jemu baca blog aku ni haaa. Teringin nak buat giveaway. Tapi aku simpan dulu sebab nak kumpul duit and bagi hadiah gempak dekat korang.

Buat masa sekarang ni, aku join GA kawan-kawan duluu. Join tawww. Sebab, aku sponsor shawl, half moon and tudung bawal sebanyak 3 set. Setiap set ada 2 helai. Aku campur-campurkan. hehe. Aku rasa +Cik Nadyya mesti suka part shawl ni. hehehe.

Terima kasih kepada sesiapa yang join dan, korang join lah taww. Mana tahu rejeki. Wiwiwi


Sempena berjaya menghapdet entry ke 100, aku dengan sukacitanya menganjurkan first give away.. Mulanya ingat nak main bagi je hadiah kat kawan-kawan yang selalu datang sini tapi bila ada kawan-kawan blogger drop komen sudi nak sponsor macam-macam, termasuklah Ezyyang sudi nak sponsor kasih sayang and am ir zahari nak sponsor jiwa dan raga ! Ha rare tak rare lah kawan-kawan blogger yang aku ada hehehe.. Errr takdelah gurau-gurau manja je tu hehehe tapi kalo nak sponsor pon boleh je meh sini bagi  kat aku meh kasih sayang beserta jiwa dan raga tu meh. kehkehkeh  =P

SYARAT-SYARAT:
1.Follow blog aku ni (ana-mizu.blogspot.com)
2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni.
3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA.
4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni.
5.Done. Senang je kan?
6.GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014. 
HADIAH ! HADIAH ! HADIAH!
Topup RM 5 = 7 pemenang

PARA PENAJA 
Zumal  = Topup RM 30 X 1 pemenang  UPDATED : RM5 X 6 pemenang
Yui  = Topup RM 5 X 1 pemenang
bookmark craft Nurul Yui Collection X 1 pemenang
Scha = 3 set tudung X 3 pemenang [NEW UPDATE!]


GOOD LUCK LOVELIES!

Untitled

Follow and let me know!

Semalam Hari Parcel.

Friday, November 14, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Semalam tak pergi mana-mana pun sebab bila nak keluar petang je mesti hujan. Bukan hujan rintik-rintik dah. Ni lebat terus dahh. Kekadang tu main redah je sebab perlu ada urusan yang perlu diselesaikan. Yang paling best, kawasan sini hujan lebat gila, tapi bila kat kawasan depan sikit, setitik hujan pun takde. haha. Unik betul. 

Baiklah, baiklah.

Semalam aku dapat dua PARCEL! oh yeahh. 

Satu parcel hadiah, satu parcel beli online.

Sabar je menunggu. Dua-dua barang ni buat aku eksaited bebenor. Dah nama Scha Nazri kan, apa lagi kalau bukan barang mekap. Hahah. Sekarang ni, kalau nak bagi aku hadiah, belikan lah mekap. Tak kisahlah mekap apa. Yang penting mekap. Omg, aku dah obses dengan mekap. Huwaaaa

Pertamaaa!


Aku menang giveaway dari Syafiera Beauty. Dah lah pakai random.org. Susah sikit nak lekat kekadang. Haha. Alhamdullilah.

Apa yang aku dapat;
1) They're Real Push Up Liner by Benefit
2) Metholatum Lip Pure Balm


Aku paling nak sangat They're Real Push Up Liner by Benefit sebab aku nak tahu apa yang best tentang eyeliner dia. Dah lah dari Benefit dan agak pricey. Lagi satu, eyeliner ni gel eyeliner tapi dalam bentuk pen. Nampak macam liquid eyeliner kan? Sebenarnya bukan. hehe. Dah test tadi. Dan sangatlah best. Aku suka pakai gel sebab gel ni dia cepat kering berbanding liquid. Overall, aku memang suka gilaaa. Nanti aku buat review. *kalau rajin*

Anyway, thanks Syafiera. Buatlah giveaways lagii. Hehehe. 

Next!

Keduaaaaaaaaaaa!

10 jenis berus untuk mekappppp! O em geee.

Sorry lah kalau aku terlebih excited dengan berus ni. Dekat dua minggu jugaklah aku tunggu untuk berus ni berada di tangankuuu. Finally, dah sampaiiii!

Set berus ni lengkap untuk mekap keseluruhan muka. Dan quality dia pun setanding dengan berus-berus yang mahal di luar sana. Dah lahhh murahhh.

10 jenis = RM 120 (ayah sponsor)

Aaaaa, Thanks ayahhhh! Akan ku praktikkan lagi ilmu mekap-mekap kuu. Kalau korang nak aku conteng muka korang, whatsapp lah kita yerr. Details ada kat ig aku, @schanazri_ :)

Kalau berminat dengan set berus ni pun, boleh lah contact aku. Insya Allah, aku akan uruskan. Hehe. 


Follow and let me know!

Ruangan komen : Blogger atau Google Plus?

Thursday, November 13, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Aaachhuummmm.. srott.. sroottt.. Alhamdullilah.. Eh, sorry terbersin.. Tanda tanda nak demam dah mula datang.. wuwuwu.

Baiklah, baiklah..

Sebenarnya aku lama jugaklah nak transform blog aku ke Google Plus. Sebab aku lagi suka blogger style lama.. Senang bukak blog dan baca entry..

Tapi, bila aku dah start guna Google Plus, aku taknak tukar dah. Rasa macam menyenangkan. Nak share entry pun senang. Nak komen pun senang sebab boleh dapat notifications on the spot.

Aku tengok ada je blogger yang buat ruangan komen guna Google Plus. Tapi, G+ ni loading dia lembap sikit. Bagi aku okay je lah. Kesian pulak dengan mereka yang ada broadband lagi-lagi kalau data nak habis. Lagi lah lembap nak loading page. Alih-alih ditutup nya terus blog kita. hehe. Aku pun pernah mengalami benda gitu. So aku paham.

Cuma satu je lah kepada mereka yang guna G+, sentiasalah update entry anda di ruangan post page korang. Sebab senang, bukak je profile, tekan kepada entry yang baru. Nak share pun straight dari dashboard blogger. Sonang.

Yang aku tak gemar kekadang, bila ada yang komen blog orang lain and ada komen dia sekali dekat page G+ dia. Paham tak?

Contoh,


Cara taknak bagi komen korang appear dekat page G+ ialah,


Just untick di kotak Also share on Google+

Masalah bagi aku ialah, aku jenuh nak detect mana satu blog dia. Scroll bawah-bawah barulah dapat. Tu tak termasuk sekali post pasal 8share. wuwuwu. Bila tak jumpa, mulalah aku tekan pangkah. haha. Jahatnyaaa schaaa. :3

Dah lama-lama baru aku decide nak gabungkan sekali komen blogger dan juga Google+. Susah gak cari tutor nyaa. Tapi, jumpa jugaklah. And agak merumitkan. Tapi, kalau ikut betul-betul, Insya Allah, berjaya. hehe. 

Jadi korang boleh komen guna Blogger ..... 


... dan Google + dengan hanya perlu tekan je icon tersebut!



Yeayyyy. Kalau macam lagi berat ke hape, boleh lah bagitahu yerrr. Rasanya kalau pengguna WP nak komen, kena guna Google+ lah kot. Maafin yaaa. hehe

Sesiapa nak tutorial gabung komen blogger dan Google+, boleh lah follow tutorial kat sini tawww.

http://biskutcelup.blogspot.com/2013/10/tutorial-letak-2-jenis-komen-pada-satu.html

Thanks +Akmal Halim walaupun awak dah tak aktif sejak November 2013. Dah setahun kot. Kembali lah ke blog. Nak tahu jugak kisah selanjutnya setelah habis belajar di Jepunn. Hehehe.

Perhatian +Gee Lion , nahhhh. Ini tutorial. Senang kita gabungkan jeee! Hehe.

Baiklahh. Badan pun dah mula seram sejukkkkkk. Minum air bebanyakkk! Hahaha.

Jaga diri semuaaa! Muah ciked!

Follow and let me know!

WW

#31 Wordless Wednesday

Wednesday, November 12, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Adakah korang mengalami benda yang sama macam aku?

Bila nak berblogwalking je, penuh dengan tab. Then, bila dah penuh tab, jenuh lah pulak nak tengok blog siapa yang punya.

Pastu yang paling tak boleh blah, boleh pulak tertekan PANGKAH kat tab tuuuu. Tu kira bernasib baik taw daripada tertekan PANGKAH kat browser. Lagi parah. Ada je adds on yang boleh recover balik tabs yang tertutup. Tapi, malas pulak nak download. Hahaha.

Siapa sama? Meh sep sikit! ^^

#31 Wordless Wednesday


Follow and let me know!

Hubungan sampai satu tahap.

Tuesday, November 11, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa.

Lama dah tak menaip panjang-panjang gini. Selalunya mesti taip sikit je sebab nak kejar masa or malas (padahal malas je sebenarnya). Banyak benda nak cerita. Tapi, itu lah. Duduk depan lappy, lain yang aku buka cerita. Banyak je isu dalam kepala otak aku ni. hehe. Meh, kita kupas satu-satu.

Baiklah.

Hubungan yang aku tekan di sini, ialah hubungan dengan seorang lelaki. Kami dah berkenalan hampir 4 tahun. Empat tahun bagi aku, sangatlah lama dalam sesebuah perhubungan. Jujur aku katakan, sebelum ni aku tak kisah pun nak kahwin ke tak. Tapi, apabila aku kenal dengan dia, dia memang fikir nak kahwin dengan aku. Macam mana lah aku tak gigih mencuba untuk pertahankan hubungan kami.

awww

Empat tahun. Bukan sekejap. Bagi aku, aku rasa macam dah patut kahwin dah sekarang. Tapi, dia hold dulu. Sebab? 

Sebab dia nak stabilkan kewangan dia dahulu and then bawak aku jumpa mak ayah dia. Mama ayah dah kenal dengan dia, and setuju dengan pilihan hati aku. And aku dapat rasa, ayah aku suka dengan dia ni. Kekadang bila aku pilih baju, aku cakap, 'Ayah, nak beli baju ni untuk dia boleh yah?' Ayah senyum je sambil mengangguk. Untunglah bakal ayah mertua pun suka dengan awak. haha. 

Mesti ramai tertanya kan kenapa dia tak bawak aku jumpa parents dia? Walaupun untuk tujuan mengenali. Dia ni, lain sikit. Dia nak bawak time dia dah betul-betul ready untuk dia jadikan aku isteri dia yang sah. Means, dah serius lah. Ada pengalaman dahulu yang buat dia fikir, 'Nanti dulu lah. Sampai masanya nanti.'


Kalau nak diikutkan, boleh je kahwin pakai duit yang parents aku ada. Tapi, dia taknak. Nanti lepas kahwin macam mana? Nak bagi makan apa? Nak bagi pakai apa? Nak duduk kat mana? Kerja pun takde, dah nak kahwin. Memanglah orang kata, rezeki datang apabila dah berkahwin nanti. Tapi, tak salahkan stabilkan kewangan dulu kan sebelum kahwin? Sekurang-kurangnya, tak perlulah bergantung kat parents je kan. 

Kami memang nak kahwin. Dah taraf wajib kahwin dah ni. Tapi, kami sabar dan berdoa banyak-banyak agar ada rezeki dalam pekerjaan. Kami masing-masing dalam proses tengah cari kerja. Kami nak cari kerja yang agak stabil and kerja untuk setahun dan terus kahwin.

Aku taknak membazir dengan majlis tunang-tunang. Sebab dari segi Islam pun, kami memang dah bertunang. Nak bertunang lama-lama buat apa kan? Baik merisik+tunang simple-simple and terus buat majlis nikah dalam masa setahun. Gitu lah yang aku rancang. Sesungguhnya Allah yang merancangkan untuk kami. 

Jumpa pun jarang. Even satu negeri je, pun susah nak jumpa. Jarak antara kami dua jam. Susah dia nak datang Seremban. Kalau ada kesempatan je, kami akan berjumpa. 


Dalam masa setahun ni, kami bila jumpa je asyik kerap gaduh even the smallest things. Tapi, bila aku fikir balik-balik, aku juga yang salah. Lately ni, baru aku cuba tak cari gaduh dengan dia. Geram memang geram tapi, hati aku ni akan lembut balik. Memang macam tu kan hati perempuan. Dia pun ada flaws, aku pun ada flaws. Cuma kena terima je lah walaupun tak suka. Cuma satu je aku geram dengan dia ni. Kuat nyindir. Kalau depan aku ni, mau je aku cubit-cubit dia ni. Aku harap dia kurangkanlah habit nyindir dia tu. Tu je aku geram. haha. Padan muka dah spoil kat sini. Hahha.

You. | via Tumblr
Kekadang bila sampai satu tahap kau boleh bertahan, akhirnya meletup juga kan. Solusi aku pada masa ini ialah, aku takkan contact dia selama berhari-hari. Bila dia dah mesej aku tapi aku tak balas, dia paham lah maksudnya. Tunggu sampai aku mesej dia dulu. Dia tahu dia salah, tapi sorry je lah mampu dia cakap. Lepas aku dah cool down and dah start rindu, barulah aku start mesej balik and baik balik lepas tu. Haha. 

Bila mood tak menentu ni, paham-paham je lah. Angin bulan dia nak datang. Mulalah datang mood swing. Kejap-kejap nak marah, kejap-kejap nak manja. Dia pun pahamlah. Bila dia tahu aku marah ke, dia senyaplah sampai mood aku baik balik. Well, perempuan kot. 


Lepas tu, dia ni bukannya lelaki impian aku. Aku nak tinggi, tapi dia rendah sikit dari aku. Haha. Lantaklah. Murah rezeki kann. hehe. Mama aku pernah cakap, tak semua yang kita nak dalam dunia ni kita dapat, so, bersyukur dan belajar menerima. Insya Allah, Allah kasi ganjaran kalau kita sabar :)

Hubungan aku ni kan, dah sampai satu tahap di mana kami tak perlu nak mesej/call 24 hours. Cukuplah sekadar sebelum hari berakhir, kami akan mesej tanya khabar dan tanya siang buat apa. Call pun jarang. Tapi aku tak boleh kalau sehari tak mesej dia. Lain macam rasanya. Unless kalau time tu tengah cold war. Hahha. 

Satu tips kami kekal sampai sekarang, kami tak pernah sebut perkataan PUTUS/CLASH. Dah banyak kali benda tu berlegar-legar dalam kepala otak kalau mood tak okay. Tapi, aku hold dulu. Yang aku berani mintak, break je. Break bermaksud, kau still dalam hubungan tapi, tak putus. Macam ambil masa untuk diri sendiri. Muhasabah balik. Pernah break, tapi macam tak jadi sebab dua hari lepas tu jumpa dia and buat macam takde benda. kahkahkah.

Relationship

Kenangan yang paling best lately ni, masa pergi Putrajaya hadir kursus PTD. Dia lah yang datang rumah, bawak kete dan pergi Putrajaya. Lepas tu makan Dominos dalam kete. Macam road trips gitu. Hhaa. Kami dah lah kuat makan. Lepas tu balik Rembau pulak, sebab nak hantar nenek balik kampung. Dia lah yang stay sampai ke malam. Lepas maghrib, barulah dia balik Palong. Terharu iolls. 

Eh, dah lah. Panjang nya aku bercerita. Sorry kalau buat bosan ke apa kan. hehe. Dah lama tak menaip panjang-panjang gini. hehe.

Nahh, dia lah lelaki itu. Muhayat Ajwad :)


Dear Awak,
Yer, saya tunggu ^^
Doakan kami cepat-cepat dapat kerja dan kahwin cepat yerr. heeh. Gataiii. 

Aminn!

Follow and let me know!

Lazada

Lazada Online Revolution 11.11 plus RM25 OFF!

Monday, November 10, 2014


Assamualaikum. Hai semuaaa!

Lazada buat promo you alls!

Aaaaaa, tadi tengok website Lazada, banyak gilaaa yang dorang buat offer.

Offer gila-gila betul. Sampai aku nak pujuk ayah beli camera DSLR baruuu!

Ada lebih kurang 8 jam sebelum sales bermula di Lazada!

And and andd, aku ada hadiah spesel untuk korang taw.

Kalau nak tahu, pukul 12 kang, aku update balikk pasal Lazada Online Revolution 11.11 dekat entry ni jugak!

Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale sehingga 94% off! Homaiii!

Lazada Malaysia



Apa kelebihan Lazada? 

-- Cash On Delivery (Order, barang sampai depan pintu, bayor!) 
-- Free Delivery and Returns!  
-- Trusted Sellers

Lazada ni bukan Lazada je yang menjual, ada juga penjual yang menjual sekali. Jangan risau, mereka ialah penjual yang boleh dipercayai dari Lazada. Kalau ada sebarang masalah, just contact je customer service Lazada okay.

Eh, dah ready nak shopping esokkk? ^^


UPDATE 12.00 AM!

Khas untuk readers Scha Nazri, sekiranya korang memborong kat Lazada RM150 ke atas, korang boleh dapat voucher RM25 free dari Lazada!

Just masukkan code voucher; ShopLaz11.11 semasa checkout!

Selamat bershopping!

Follow and let me know!

TEASER -- Muse by Watson

Saturday, November 08, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Baru je labuh punggung kat depan lappy ni. Selepas ni kena balik kampung pulak. Wuwuwuwu.

Tadi ada event di Sunway Pyramid oleh Muse by Watsons.

Sempatlah merasa makeup makeover dari makeup artist mereka.

Nanti aku akan tulis full details taw. Kena rush packing balik kampung. Esok ada kenduri.

Tinggalkan komen dan jejak korang kat sini taw. Nanti aku trace balikk. hehehe.

Muah ciked :*


Follow and let me know!

Friday Wisdom

Friday, November 07, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Jumaat dah. Rasa cepat je masa berlalu.

Berjaya jugak bayar hutang blog walking. Tapi tak semua. Sebab ada blogger yang update sehari 5 buah entry. Jenuh jugak nak kejar. hehe. Takpe. Slow-slow sudah.

Sebenarnya kan, banyak nak cerita dengan korang.

Contohnya, bila ternampak sesuatu peristiwa, mesti kata 'Boleh letak dalam blog nii. Tazabarnya'

Tapi, bila duduk depan lappy, lain pulak yang update. Sabar jelah. Mood nak menaip tu memang mengundang kemalasan jugak lah. hahaha.

Last-last cerita tu sampai basi dah. Tapi, tetap jugak aku update. Hahhaha.

That is sooo Scha Nazri. Masalah dunia pertama bagi blogger macam aku. haha.

So, memandangkan harini Jumaat. Jom kita insaf jap. Renung balik apa yang kita dah buat. Moga-moga jadi lebih baik. Aminn.

Friday Wisdom


Your thought?

Follow and let me know!

Butterfly

Blogger buat duit online

Thursday, November 06, 2014


Assalamualaikum. Haiii.

Ingatkan tak tersenarai dalam Cabaran iPhone 5s, rupanya tersenarai. Nasib baik tengok nama peserta harini, kalau tak, melepas lah daku. Dah lah esok last dayyy! Phewww

Okayy.

Macam mana blogger buat duit dengan online?

Macam-macam platform disediakan sebenarnya.

1) Daftar dengan Nuffnang, Churp-churp, Goodle Adsense, 8share

Nuffnang -- Ini selalunya menjadi pilihan kepada ramai blogger termasuklah aku. Walaupun sikit yang masuk, tapi at least, ada juga lah duit masuk kan. Setakat ni, memang aku stick dengan Nuffnang ni.


Churp-churp -- Churp2 ni leceh sikit sebab kena share and kena orang klik iklan kita. Aku pernah juga dapat duit guna Churp2 ni lagi-lagi masa aku bukak sharing untuk UMP. Akhir semester tu, dapat lah sikit duit. hehe.

8share -- 8share ni macam Churp2. Aku lagi suka guna 8share sebab dia tak banyak kerenah sangat macam Churp2.

Google Adsense -- Haaa yang ni, pendapatan memang lumayan. Tapi, requirements dia sangat tinggi. Setakat ni, blog aku tak lepas lagi. hehe.

2) Daftar program affiliate

Banyak program affiliate terdapat di Malaysia ni. Contohnya, Lazada, Zalora, Advertorial My.

But, aku masih tak dapat income walaupun satu sen sebab maybe aku tersalah letak link atau tak reti nak guna. Nanti aku nak try tanya mereka-mereka yang berpengalaman dalam affiliate ni. Cuma sekarang ni blog aku banyak letak iklan Lazada. Nak kasi impression bagus sikit kot. hehe.

Lazada Malaysia

Contoh yang berjaya buat duit dengan affiliate?

-- Ahmad Faizal [ http://ahmadfaizal.com/2014/08/04/bagaimana-saya-dapat-rm10-ribu-pertama-dengan-hanya-menulis-blog/ ]

3) Review produk/event di blog

Yang ni aku selalu jugak terima undangan untuk review barang ataupun event. Buat masa ni, aku tak terima apa-apa bayaran tapi aku dapat barang untuk di review ataupun event yang aku pergi tu, aku dapat goodies yang best, contoh macam event XES and Alcon. Dapat beg dan contact lens untuk dua bulan. weeee~

Ada yang review barang, dia bagi duit. Ada yang tak. Terpulang lah kalau korang nak terima ke tak.

Oh yerr. Selalunya untuk paid campaign, product reviews or events, mereka selalunya share di Facebook. Antaranya,






Jadi, selalulah tengok page-page ni, and grab any opportunities yang adaa!

3) Letak iklan di blog

Kalau korang ada jumlah pengikut yang banyak, ataupun page views yang tinggi, boleh lah korang sewakan ruangan iklan di blog korang. Contohnya, RM 5 seminggu ataupun sebulan. Terpulang. Sekirannya pengiklan berpuas hati, mestilah dia akan extend kan masa iklan tu kan? Duit tetap masukkk. hehe.

4) Reviews di Instagram

Haaaa, ini banyak yang aku lihat para bloggers review barang. Selain blog, Instagram pun boleh jadi medan dapat duit. Hehe. Barang apa tah lagi boleh dapat. Wiwiwi

Selalunya yang famous sangatttt dapatlah peluang sebegini. Contoh? Macam Irine Nadia, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Fatin Suhana dan sebagainyaaaaaaa.

#True

5) Tweet berbayar

Mesti korang tertanya-tanya apa benda lah tweet berbayar ni kan?

Kalau blogger yang aktif di Twitter, selalunya akan ada pihak yang berminat untuk upah mereka tweet tentang program mereka. Contohnya dalam sehari, kena tweet 20 kali beserta dengan hashtag. Dan upahnya juga lumayan. Lepas lah jugak nak tanggung duit makan dalam 2 3 minggu. Haa gitu. Selalunya dia akan upah untuk jumlah followers 2k ke atas. Depends lah. Tapi, aku tak dapat lagi tweet berbayar. Takde rezeki lagi. hehe.

Image result for twitter

6) Join contest!

Ini paling ramai bloggers join. Sebab mudah sangat syaratnya. Kekadang hanya perlu komen, kekadang hanya perlu up entry. Hadiah dia pun sangatlah best contohnya macam Cabaran iPhone 5s dari Denaihati ni haaa. iPhone 5s kott. Ada banyak yang offer wang tunai jugak taw.

😎💃💃


Banyak blogger yang dah untung sebab kerjaya dengan blog. Terutamanya Denaihati, RedMummy, Yuyu Zulaikha, Hasrul Hassan, Abang Ensem dan Ben Ashaari. Korang mestilah kenal dengan mereka ni kan?

Kalau bersunguh nak jana income dengan blog, cuba sehabis mungkin dan fokus hanya ke blog. Dan bergurulah dengan sifu otai yang disebutkan. Kalau usaha, Insya Allah, pasti berjaya. Macam aku, aku tak kisah sangat buat masa sekarang. Mana tahu bila dah berhenti kerja, aku akan fokus 100% kt blog pula kan? Gitu lahhh.

Baiklahh. Dah setel untuk Tugasan Terakhir Cabaran iPhone 5s. Semoga ada rezeki. Aminnn!

Thanks tuan DH sebab bagi peluang iniii ^^

Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip
Follow and let me know!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook