Liebster Award by Budak Vanilla

Friday, October 31, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Yeayyy. Nak jawab Liebster Award dari Budak Vanilla!

Thank youuu BV! Muah ciked!


Ya Allah, lama dah BV tag akak ni haaa. Baru sekarang nak berjawab.

Ada juga bloggers yang lain tag Scha, tapi lupa nak bookmark dan terlepas tag tersebut. Huwaaaa. Ampunn, ampunn. Jangan serik pulak nak tag kita. hehe. Mana yang sempat, akan ku jawab.

So, meh ke soalann-soalan yang cepumas!

1. put one of the most craziest selfie photo that have u done HERE!
(letak satu gambar selfie paling gila yang korang ambik kat SINI!)

*don't ask whyyy!*

2. between sleeping and eating, which one you prefer to do and give me some reason.
(antara tidur dan makan, mana korang pilih untuk buat dan bagi sebab)

-- Tidurrr sebab dengan tidur aku dapat melupakan segala masalah duniaaaaa. Bestnyaa tidurrrrr

3. if u were been given a chance to rm1 juta, and what u do to that money?
(kalau korang ada peluang untuk dibagi rm1 juta, apa korang buat?)

-- Bayar duit PTPTN
-- Pergi tunaikan umrah dan haji dengan keluarga
-- Kahwin!

4. if u know u'll die soon, what u do before u die?
(kalau korang tau korang akan mati tak lama lagi, apa korang buat sebelum korang mati?)

-- Beribadat banyak-banyak. Omputih ada bucket list kan? Aku taknak. Baik aku dekatkan diri dgn Allah dan taubat banyak-banyakkk.

5. imagine if worlds are been attacked by zombie. what weapon will u choose if u are need to defense the world? and why? *bahahaha pengaruh zombie*
(bayangkan kalau dunia diserang zombie, senjata apa yang korang pilih kalau korang diperlukan untuk mempertahankan bumi? dan kenapa?)

-- Machine gun with unlimited bullets. Senang nak tembak semua zombiesss.

6. state why you have blog?
(senaraikan kenapa korang ada blog?)

-- Cari kawan baru. 
-- Tunjukkan bakat kot (ie mekap laaa)
-- Share dengan readers something yang interesting

7. if u have doraemon's pocket, what things will u use? and why?
(kalau korang ada poket doraemon, apa benda yang korang guna? dan kenapa?)

-- Pintu suka hati. Boleh pergi mana2 sahaja dalam dunia. Sekejap Paris ambil gambar, lepas tu Rome ke, oh and lepas tu pergi Mekah jap (buat umrah sekali). Hahhaa

8. state in 5 words ur type of dream girl/boy?
(senaraikan dalam 5 perkataan jenis gadis/jejaka idaman korang)

-- Tinggi
-- Funny
-- Not too romantic
-- Caring 
-- Tak kedekut

( yeah. impian. tapi, tak semua benda kita dapat. hehe )


9. what place in the world u love the most?
(tempat didunia yang paling korang suka?)

-- Anything with island on it!


10, what do you think of my blog? love it or hate it?
(apa pendapat korang tentang blog BV? suka ke tidakkkk?)

-- Sukaaaa! Simplee and kemas. Suka ttg header ala2 galaxy gituuu

11. kalau BV nak review blog korang boleh tak? nak jujur ke? nak puji2 ke nak kutuk2? hahaha. soalan last sebab malas dah nak taip dwibahasa. hahaha.

-- Terpulang lah kat BV. Scha terima dengan seadanyaaa! Ececehhh.


SchaBeauty

#SchaReview -- Kurangkan resdung dgn Sabun Seri Emas + Sampel Percuma!

Thursday, October 30, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Sihat?

Siapa sini ada masalah resdung? Ce angkat tangan sikit!

Baguslah bagi mereka yang tiada masalah resdung. Aku ada resdung tapi takdelah kronik sangat sampai tiap-tiap pagi bersin-bersin.

Cuma aku ada masalah kat muka dan jerawat di belakang badan. Memang lah tak nampak kan. Tapi, potong hantaran 5k time kahwin nanti. haha *harap-harap bakal suami tak baca post ni*

Jerawat tak datang kerap sangat kat muka, tapi, dia attack bahagian belakang. Banyak gaklah gunung berapi kat belakang ni. Boleh tahan rimas jugaklah sebab gatal-gatal. Wuwuwu. Helppp.

Eh, korang tahu tak macam mana nak detect resdung?


Aku ada dua simptom seperti di atas iaitu jerawat belakang badan dan gatal bila makan seafood. Memang aku gosok je hidung sampai nak tercabut :3

Antara simptom resdung yang korang wajib tau:

1.       Kulit muka berminyak dan berjerawat. Dah cuba macam-macam produk tapi tak berkesan
2.   Ada jerawat batu yang tak pernah surut, kalau silap makan makin besar jerawat tu dan menyakitkan.
3.       Rasa gatal bila makan ketam, sotong, atau seafood lain. Mesti rasa tergaru-garu, kadang kala boleh naik merah-merah kat kulit.
4.       Nafas berbau busuk, walau berkumur kerap, tetap bau busuk.
5.       Kelemumur dasyat dan pakai syampoo pun tak jalan, mesti tetap ada kelemumur
6.       Berdengkur ketika tidur, yang selalu komplen ni mestilah orang sebelah.
7.       Hidung tersumbat, kadangkala boleh membawa kepada sakit kepala
8.       Migraine kuat terasa dibahagian belakang mata dan dahi
9.       Hidung meleleh tak henti bila dalam cuaca sejuk
10.   Asyik bersin berkali-kali terutamanya di waktu awal pagi
11.   Ada jerawat di badan, selalunya di belakang badan, di kulit kepala, atau di dada

Then, aku terjumpa satu produk oleh Seri Emas di beri nama Facial Soap Savon Visage-tonique with Pomegranate Extract Formula yang khusus untuk formulasi resdung. And wow, why not aku cuba kan kan kan? Isi form and Alhamdullilah, terpilih untuk review produk Seri Emas ini.

Seri Emas Formula Resdung

Rupanya Raisyyah Rania Yeap / Felixia Yeap jadi duta produk Seri Emas ni. Patutlah kulit halus mulus. 



Packaging depan dan belakang.
Di belakang terdapat kandungan sabun, kegunaan dan cara penggunaan. 
Ia sangat travel friendly. So, boleh bawak ke mana-mana sahaja!


Sabun ni kan dari buah Delima so sebab tu warna dia kemerahan-pink gitu. Sabun ni sangat wangi dan takde bau herba yang sangat kuat berbanding sabun resdung yang lainn. I like the smell!

FUNGSI PRODUK (sumber)
  • kesan awal  penggunaan sabun resdung seri emas boleh dilihat dalam tempoh 2 minggu penggunaan.
  • rasa kulit bersih selepas menggunakan sabun.
  • kegatalan kulit berkurangan dan beransur hilang.
  • bersin di awal pagi berkurangan atau sudah tiada lagi.
  • kelemumur di kulit kepala berkurangan dan beransur hilang.
  • kulit kurang berminyak,jerawat berkurangan dan semakin sembuh.
  • kesan terbaik adalah penggunaan berterusan selama 2 bulan.
  • handmade.kandungannya adalah 50% madu dan tiada chemical.

Hasil?

Aku dah guna hampir sebulan lebih. Aku ambil gambar AFTER setelah seminggu penggunaan. Dan hasilnya? Lihatlah sendiri. 

*jangan tanya kenapa aku tak senyum. aku pun pelik kenapa aku tak senyum. kakakaka*

Kesan terhadap muka dan badan :-

-- Kulit terasa segar dan lembut setelah dicuci. 
-- Tak melekit, tak menegang utk kulit
-- Apa yg aku perasan, kulit aku akan jadi lebih kering sbb kulit aku mmg kering pada asalnya. Jadi. aku akan apply pelembap setelah cuci muka. 
-- Kalau untuk kulit berminyak, sabun ni akan kawal minyak di bahagian muka. 
-- Jerawat makin berkurangan dan bekas parut jerawat pun makin berkurang.
-- Jerawat di belakang badan pun makin kurang sebab memang aku sabun sekali belakang badan.
-- Gatal-gatal di hidung makin berkurang. Dah kurang bersin-bersin kecuali kalau terbau mama masak belacan. haha. 

Jadi, aku memang rekomen kat korang yang ada masalah resdung yang agak kronik. Cuba dulu, and then kalau okay, baru decide nak beli yer. 

Macam mana nak beli dan harga berapa?

Cara pembelian : sms BB60 ke 0132298329
Harga : RM60 Sem & RM65 Sabah & Sarawak termasuk pos 

Ataupun, boleh pergi ke Facebook Seri Emas --> [ www.facebook.com/seriemasmy ] untuk mengetahui sebarang promo yang sedang dijalankan oleh pihak Seri Emas. 

Kalau nak baca tentang testimonial, cara penggunaan, bolehlah klik link dibawah ini.


Okay. Pihak Seri Emas ada beri sampel percuma untuk korang yang ingin mencuba! Yeayy. Seperti yang aku cakap kat atas, apa kata korang try dulu sampel ini dan andai kata berpuas hati, barulah proceed untuk order yer.

Korang hanya perlu isi maklumat di sini --> http://eepurl.com/2wPmD

Ada soalan, sila beritahu kt kotak komen okayy!

Jaga diri dan bebas dari resdungg! ^^

Follow and let me know!

Kreatifnya blogger tentang #29 Wordless Wednesday

Thursday, October 30, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Semalam ada buat entry Wordless Wednesday #29 and aku mintak korang kasi caption dekat gambar tu.

Mak aih. Kreatip naa hangpa semuaa noo.

Gambar boleh beri seribu makna bergantung kepada pemahaman kita kan?


Jom tengok apa jawapan kreatif korang!

Gee Lion -- aduh, macam manalah tiba-tiba telinga extra boleh tumbuh kat atas kepala ni.. malunyer aku..

Yana Yani -- arghhh! malunya! nak pergi holloween party terpergi kenduri arwah plak!

Cik Balqis -- "di saat hati sedang berduka-lara, aku tunduk sekejap demi mengingati Tuhanku yang satu iaitu Allah SWT"

Amy J -- aku kecewa. aku sedih. sampai bila-bila aku takkan jadi cantik dan mesra seperti mereka. lelaki sekarang cuma pandang pada rupa sahaja. bukan keindahan dalaman lagi. sedangkan luaran pun sudah sebegini, apatah lagi hendak mengenali.....

Cik Fafa -- "ishh,macam mana boleh jadi macam ni pulak?"

Cik Nadya -- " Arghhh malunyaaa. jangan pandang aku! jangan pandang aku!wuuuuu"

Zumal -- Orang ke meow?

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK -- Andai kutahu begini akhirnya...

Freak_rare -- adoii nak buat apa ni.

Thanks kpd mereka yg sudi menyumbang ideaa! Korang memang ohsem okayy! ^^

WW

#29 -- Wordless Wednesday

Wednesday, October 29, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Mehh, main game jomm!

Apa kata korang cuba captionkan gambar di bawah ini.

Just comment and segala jawapan korang akan scha kumpulkan di next entry!

Ends 12.00 am, 29/10/2014!

#29 -- Wordless Wednesday

CAPTION THIS!


Follow and let me know!

schamakan

#SchaMakan -- Kidzncreme @ Setia Alam

Tuesday, October 28, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Well, Khamis lepas, aku keluar lagi ke Shah Alam. Entah kenapa aku rasa macam dalam sebulan dua ni asyik ke Shah Alam je. Takdelah sampai muak ke Shah Alam sebab Shah Alam banyak benda yang aku tak teroka lagi. Haha. Tapi agak bosan kalau drive dari Seremban ke Shah Alam lalu Guthrie tu. So, aku spend masa aku dengan zzzzzzz. kah!

Kali ni aku pergi dengan besties kesayangan since sekolah rendah, Aween. Dia still belajar lagi so bila dia cuti je memang kami dating. Haha. Bila dia dah start text aku tu, means dia tengah cuti laa tuu. hehe.

Okay. Trip ni fokus kat Setia Alam je. Selalu dengar nama Setia City Mall, tapi, tak tersampai aku ke sana. Akhirnya sampai juga aku ke sana dengan Aween. Dia study kat MSU, so dia tahu lah mana tempat best nak pergi kan.


Setia City Mall? Besarrrr dan selesa nak shopping secara perlahan. I mean, rilek je nak jenjalan dalam tu. Tak kisahlah window shopping or what. Pilihan restoran pun banyak. Tekak time tu lapar gila and nak makan ayamm! hahaha. So, kami makan Nandos. Dah lama tak makan Nandos. Hilang kempunan. hehe


Set for TWO = RM 55.00
( 1 whole chicken, wedges and salad)

Header plus vector cantik oleh Blog Bingkisan Hati :)

Monday, October 27, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Setelah jealous tengok Amy J, Nadya, Aina rajin godek coding and kemain rajin edit blog, jadi, aku telah merajinkan diri aku untuk menempah satu header baru. Kakaka. Dah alang-alang melabur saham, aku pun tempahlah sekali potrait vector aku sekali. Biar sampai ke pangkal lengan orang kata. Haha.

Kebanyakan aku tengok harga untuk vector quite mahal plus header. Lepas tu, aku terjumpa dengan Blog Bingkisan Hati, Maisarah namanya. Mula-mula saja usha tanya harga berapa. Time tu takde duit lagi even murah. So, aku hold kejap.

Bila dah ada duit sikit, aku terus tempah dengan dia. Sekali dengan vector sekali you alls! Dah lama jugak aku dengan header sekarang.. Saja nak ubah angin sikit. Ubah angin jadi semangat untuk berblog! Hahaha.

Hasilnyaaa? Aku berpuas hatiiii! Aku takde idea pun sebenarnya. Just letak nama blog, what I do in my blog, vector dan tema kaler yang sesuai.


Good bye awak. Terima kasih kerana sudi berkhidmat untuk saya :)



Hai awak yang baruuu. Omenya awakk nii. Haha.
Sekarang ni turn awak pulak berkhidmat untuk saya.
Semoga beri banyak rezeki untuk blog ini.
Aminnn :)

Seriously aku tak pernah ada vector sendiri or doodle sendiri. Vector ni nampak realistic sikit dari doodle. hahaa. Detailing Mysarah ni sangat best. Sampaikan tahi lalat, senyum, baju pun sangat detail. Aaaaaa, Suka sangattttt!

Okay. Kalau nak bertukar angin, bolehlah contact Mysarah [ http://maisarahmyblog.blogspot.com/ ] untuk tempahan blog atau sewaktu dengannyaaa!

Aaaaa, rasa nak update selaluuu! hahahhaa. Semangat blogging, meh lah datang ke dalam dirikuuu ~

Jaga diri semuaaa!

Follow and let me know!

Kau buat apa sekarang ni?

Monday, October 27, 2014


Assalamualaikum. Hai semua!

I'm not alone! Hahhaah.


Masa konvo haritu, aku dah ready dah jawapan untuk soalan berbunyi begini.

'Sya, kau buat apa sekarang ni?'

Aku jawab,

'Takde pape pun. Aku start aktif blog balik. Menjaga blog aku yang dah bersawang haritu. Mesti korang pun perasan aku banyak post update kat FB.'

'A'ahhh. Asyik bukak FB je nampak post kau. Lepas tu pergi event. Kemain kau sekarang.'

'Baru dua event aku pergi wehh. Itulah. Dari takde apa nak buat kan. Baik aku busykan diri dengan blog sementara tengah cari kerja ni haaa.'


'Betul, betul. Aku sokong. Ada juga benda nak buat.'

Soalan lagi......

'Sya, jadi blogger dapat banyak duit ke?.'

'Kalau kau cantik, banyaklah dapat. Tapi, kalau picisan macam aku ni haaa, dapatlah beberapa sen. kakakaka'


'Kalau blogger pemes tu, banyak dapat duit lah? Ada cecah beriban tak?'

'Adaaaa. Kalau kau cantik, pandai menulis dan pandai cari ruang untuk iklan. Aku setakat product review and pergi event. Baru nak bertatih balik. hahaha.'

'Lagi satu, kalau kau pemes, kau takyah pergi blog orang, orang yang datang blog kau. Kalau ramai datang blog kau, akan ada pihak yang berminat untuk approach kau. Macam promote produk ke. Gitu lah. 

Entahlah. Aku rasa seseorang itu perlu cantik untuk pemes. Tapi, tak jalan juga kalau cantik je and penulisan entah apa-apa. Aku fikir ni sorang je ke? Ke ada orang lain fikir gitu jugak?

Ataupun kau jadi anonymous and penulisan kau hebat gilaa. Alah, nak listkan, banyak sangat blogger yang macam itu. 


Sama macam Amy J, aku taknak diri aku pemes sangat sampai orang lain sibuk akan hal kau. Cukuplah sekadar orang mengenali siapa Scha Nazri ataupun di kalangan circle blogger. Haihh. Rasa nak buat gathering. Amacam nak tak? ^^

Ada banyak benda yang aku perasan semasa aktif balik menjadi blogger. Lagi-lagi kalau pergi event. Yang ituu, aku nak cerita di entry yang lain. Cerita yang sangat menarik. Dan nak tahu juga pendapat korang macam mana. Well, sharing is caring kan? :)

Okay. Itu sahaja. Jaga diri semuaaa! Muah ciked*

Follow and let me know!

SchaReview

#SchaReview -- Taylor Swift 1989 Album

Sunday, October 26, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Siapa minat dengan Taylor Swift? Mesti remaja-remaja baya aku membesar dengan lagu dia.

Lagu dia yang paling berhantu sudah tentunya Love Story. Memang best betul lirik dia. Boleh berangan nak ada pakwe lah jugak time tu. Haha. Berangan sorang-sorang lah jadinya. hehe.

Best Taylor Swift Love Songs — FoxerBox

Okay. Taylor Swift sudah mengeluarkan album terbarunya berjudul 1989. Bakal berada di pasaran pada 27/10/2014 ini. Tapi, jeng jeng jeng!

15118153977_e51ff3a4d8_n.jpg (320×320)

Album Taylor ;
  • Taylor Swift (2006)
  • Fearless (2008)
  • Speak Now (2010)
  • Red (2012)
  • 1989 (2014)

Well. Aku ni selalu download lagu FULL album kat torrent. Ada yang tahu guna torrent tak? Kalau ada, yeayy! Ada geng! Haha. Kalau takde torrent, ini yang aku nak share dengan korang ni haaa. Tapi kejap je aku share dengan korang album ni. 1 November aku akan delete. 

Taylor Swift -- 1989




Even aku dah ada full album dalam lappy or phone, tapi, aku rasa kalau ada duit lebih nanti, aku nak beli album dia. Sebab serius aku cakap, lagu-lagu dia dalam album ni memang best gilaaa. Sama gak macam album Red dia dahulu. Worth to buy!

Taylor's quote

makeupbyschanazri

BASIC PINK SMOKEY EYES PLUS TUTORIAL! #makeupbyschanazri

Saturday, October 25, 2014


Assalamualaikum. Haii semuaaa!

Yeayyy. Aku keluar minggu ni, so, memang akan ku contengkan muka ku dengan mekap! hahaha. 

Dah alang-alang mekap bagai nak rak ni, afdal lah kiranya aku berkongsi dengan korang. Ada yang suka mekap, ada yang tak suka mekap. 

Setelah dibaca komen korang kat entry #makeupbyschanazri aku yang lalu, ramai yer yang jarang mekap, tak suka mekap, takde masa nak mekap dan sebagainya. Aku banyak masa sangat kat rumah, that's why lah aku nak cuba hobi baru aku ni haaa. Bak kata orang tua, 'monghabehkan boreh yooo'. Gitulah kisah hidupku di rumah. hehe. Nasib baiklah mama ayah seakan merestui minat baru anak dia ni haaa. Menjahit tak suka. Banyak kali dah mama suruh belajar menjahit. Boleh tu boleh, tapi, nanti dulu lah. hehe. 

Okay. Marilah baca tutorial yang aku buat ni haaa. Kasi share sikit. Macam penghargaan gitu. kah!

Meh lahhhhhh.


  • Letak eye primer ataupun warna PUTIH untuk sinarkan lagi bahagian kelopak mata
  • Oleskan warna PINK di bahagian kelopak mata sehingga ke luar crease mata supaya warna PINK tu nampak. Selalu lah check mata supaya bila bukak mata, nampaklah warna PINK itu. 
  • Kalau pekat sangat PINK, ambil BLENDING brush ataupun berus yang lembut dan beruslah PINK itu. Ataupun, ambil warna yang lembut daripada pink, dan berus lembut je di bahagian mata itu
  • Tempekkan (bukan sapukan) warna HITAM di outer V mata. Bahagian tepi luar mata, tempeklah warna HITAM di situ. Buat macam bentuk V gitu. Slow-slow je. Jangan rush. Buat kedua-dua belah.
  • Guna BLENDING brush, ambil warna COKELAT (brown) dan sapu di bahagian atas warna hitam dan pink. Tujuan; nak kasi lembutkan eyeshadow itu. 
  • Always check the colors on both sides. 
  • Pakai eyeliner di atas dan bawah mata kalau nak kasi dramaaa. Kalau nak lembut je, gunakan BLACK eyeshadow untuk eyeliner dan lukis di atas mata sahaja. Dah lama tak pakai celak di atas dan bawah mata. 
  • Untuk menyerlahkan mata, gunalah WHITE/GOLD eyeliner di kelopak bawah air mata (water line). Kalau pedih, better stop. Sebab memang kena praktis selalu untuk tak kasi mata merah cepat.
  • Di bawah tulang kening, sapukan sedikit warna cokelat matte atau putih untuk terangkan lagi bahagian atas mata. 
  • SIAPPP!


Ini smokey eyes versi aku. Bukanlah perfect sangat. Tapi, kalau korang tahu asas smokey eyes, Insya Allah, senang je lepas ni. Yang berubah hanyalah warna utama sahaja. Macam warna PINK di atas, korang boleh ganti dengan warna biru, ungu, kuning dan sebagainya. 

Kalau bosan kat rumah, cubalah try tutorial ni. Kalau bosan okay. Kalau takde masa, baca je lah entry ni. hehe. Chill je baca entry ni okay :)

Insya Allah, Ahad ini aku akan ke Shah Alam (lagi) untuk kursus mekap anjuran sepupu aku. Aku ambil kelas ni maksudnya aku serius tentang seni make up ini. Pelan-pelan aku kumpul barang mekap even murah. Bila dah stabil nanti, bolehlah aku bergerak ke jenama mekap yang berjenama. Amin.

Kalau ada soalan, jerit je kat bahagian komen okay. Segala jenis komen yang masuk dari korang, amatlah aku hargai. Muah ciked! :* ^^
Follow and let me know!

Doa Akhir dan Awal Tahun 1435H/1436H 2014

Thursday, October 23, 2014


Assalamualaikum. Haiii!

Baiklah. Alhamdullilah.

Kita akan bertemu 1436H Insya Allah pada 25/10/2014.


Qu'ran

So, bermulanya Maghrib 24/10/2014, kita dah masuk tahun 1436H.

Doa Akhir Tahun -- Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar sehinggalah sebelum waktu maghrib

Doa Awal Tahun -- Dibaca 3 kali selepas waktu Maghrib

Sumber


Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.-- SUMBER

Ya Allah , I know I am not Perfect , but thank you for Loving me Anyway

Semoga kita semua mendapat manfaat. Amin. 

Follow and let me know!

Keropok Pantai Timur. Yummeh!

Wednesday, October 22, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Ahad lepas, ayah aku pergi kursus kat Kelantan. Dah nak pencen pun masih kena pergi kursus jugak. Naik pangkat memang tak lah kan. Kesian ayah aku :3

Pukul 5 pagi dia dah bertolak dari rumah dah. Berkumpul di office Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan 6.30 pagi bertolak lah dari Seremban. 

Awal-awal aku dah cakap dah kat ayah, jangan lupa beli keropok losong banyak-banyak. Nak bagi kawan-kawan sekolah. Ayah angguk je lah. Hehehe. 

Tahu tak, terasa bosan betul aku and mama bila ayah takde. Rasa kosong je rumah tu. Yelah kan, takde teman nak buat gaduh. haha. Gaduh apa? Gaduh nak tengok TV. Asyik-asyik bola -___-

Semalam, lebih kurang 12 tgahmalam seiring dengan letupan bunga api Deepavali, ayah aku selamat sampai di rumah. Yang penting, aku eksaited nak tengok barang apa yang dia bawak! Keropok lah especially nyaa!

Mak aihh. Memang borong ayah aku belii. Kuat betul ayah aku tu bawak barang-barang ni naik bas. 

Ayah beli

-- Keropok losong berbungkus-bungkus
-- Keropok goreng
-- Beras siam
-- Keropok sira madu 40 bungkus!
-- Kain batik

Kain batik aku and mama mintak 10 helai sebab kami memang pakai kain batik kalau kat rumah. Nak tahu sebab apa? Nanti aku cerita next entry! Hehehe

Sorry kalau buat korang kecuq air liuq! ^^






Nak buat giveaway memang susah sikit. Haha. So, kalau sesiapa teringin betul, meh lah datang rumah aku. PM je kat Facebook. Terutamanya sekitar Seremban. Hhee. 

Kak Dr Asyikin and Kak Mimi Azirah, boleh email saya alamat tak? Since saya tahu akak berdua tinggal di Seremban. [ sya_zana91@yahoo.com ]

Baiklah. Jaga dirii!

Follow and let me know!

segmen

Segment Blog Review by Sally Samsaiman

Tuesday, October 21, 2014


Assalamualaikum. Haii!

Nak join segment! XD


RULES!
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Segment Blog Review by Sally Samsaiman
  3. Letak banner dan link kan ke entry ni.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 21st Oktober - 26th October 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)
Okay. Sangat simple je stepnyaaa.

Done!

Engkorang dah join ke belum?

Follow and let me know!

Antara sebab aku tak ambil pil kurus, set kesihatan, supplemen nak bagi kurus.

Tuesday, October 21, 2014


Assamualaikum. Hai.

Ini entry kenapa aku nak kurus slow-slow. Taknak rush.

Tahu tak aku ada banyak sangat godaan nak beli set Herbalife, Shaklee untuk kurus. Tapi, ayah mama aku tahan aku dari beli. Nak beli senyap-senyap pun duit takde. So, memang bergantung kat ayah mama lah kalau nak pakai duit beratus-ratus.

Bukan untuk kondem pengguna Herbalife atau Shaklee dan juga set-set kurus yang lain. Bukan, bukan. Mungkin ada baiknya supplemen di atas untuk tubuh? Entah lah. Aku pun tak pernah makan supplemen di atas. Tak tahu effectnya ke atas diri sendiri.


Mama aku selalu cakap, 'Yelah dik. Memanglah kurus. Nanti bila dah tua efek kat buah pinggang macamana?'

Sebab mama aku dah selalu sangat jumpa orang yang amalkan supplemen, akhirnya sakit melarat sebab kegagalan buah pinggang kerana mengamalkan pil-pil ini. Memang mama aku tegah sangat-sangat.

Dia kata,

'Adik jogging lah slow-slow. Makan buah banyak-banyak. Makan sayur banyak-banyak. Memang lambat kesannya tapi, Insya Allah takde masalah buah piggang bila dah tua nanti.'

So, sebagai anak yang baik, aku pun tegah lah diri ambil supplemen ini semua. Jogging dan makan buah je lah yang mampu aku buat untuk kurus. Itupun jogging dah lama tak buat and zumba sekali seminggu. Hahhaha. *fake laugh*

Kalau aku tak sihat, macam mana aku nak jaga mama? Mama tu bukannya sihat sangat. Masa aku kat rumah ni lah, kami bergantung antara satu sama lain. Sebab tu dia nak aku sihat. Takde sakit sini sana. Wuwuwu. Boleh jadi driver dia. Boleh tolong makan apa yang dia masak. Eh. hahaha.


Buat masa ni, aku melarang diri aku untuk mengambil supplemen ini semua. Termasuklah apa jenis air/shake/tea untuk kurus kecuali green tea sebab green tea memang bagus untuk tubuh. Semuanya aku guna bahan semulajadi untuk kurus. Buah-buahan khususnya.

Nak tahu apa efek makan ubat kurus?

Boleh baca di sini --> [ http://sitiatikah.com/2014/10/20/perasaan-apabila-menghadapi-kanser-buah-pinggang/ ]

Maaf kepada Tyka kalau Tyka terasa dengan entry ini. Bukan untuk mengondem, cuma nak orang ramai tahu kenapa Scha tak ambil supplemen untuk kurus. Scha doakan semoga kesihatan Tyka bertambah baik dan sel kanser segera nyah dari badan Tyka. Semoga tabah Tyka. 


Follow and let me know!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook