[REBLOG] : AMY J -- PK Movie Review

Wednesday, December 24, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Di saat ini, daku baru sahaja melabuhkan pinggulku di atas lantai. Baru balik dari event Butterfly Projects Xmas Party semalam. Aku stay overnight dekat Uniten dengan adik kesayangan blogger iaitu Amy J. Eksaited jumpa dia ni semalam. Event malam, pastu sempat pulak kami tengok wayang dekat Mid Valley. Cerita pulak Hindustan!

Tak pernah aku tengok cerita Hindustan kat wayang. Dah ini je wayang yang available time tu and aku tahu Amy memang suka tengok Hindustan, so, aku bedal je tengok. Padahal, cerita Hindustan aku layan taw! haha. Tak menitik air mata tengok Hindustan tak sah walaupun cerita komedi. haha. Hati tisu betul aku ni. Wiwiwiwi.

Amy J ada buat review. And aku malas nak buat review. So, aku copy paste je lah dari blog Amy. Hahha. Aku lebih suka dia review. Kira details gitu. hehe. Ayuhhhh!

Reblog from Amy J
*****
4:02 p.m
rumah
balik akhirnya! seronok dapat jumpa kak Scha. :)

assalamualaikum and hello lads!

credit to www.youtube.com

alhamdulillah. selamat sampai ke Subang. semalam dapat bersua muka dengan kak Scha Nazri. masa tunggu kawan kak Scha habis layan movie Hobbit, kami pula pergi Midvalley layan movie PK. 

ingat tak entri aku pasal Aamir Khan dulu? ha, finally! first time aku tengok cerita Hindustan dekat wayang. and seriously, aku rasa ini memang antara movie yang sangat berbaloi untuk korang tengok.

sama unik dengan 3 idiots, kalini PK juga turut menampilkan suatu kisah yang sangat menarik. yang buat aku pandang dari perspektif yang berbeza. aku kagum betul dengan Rajkumar Hirani ni. dia memang pandai buat cerita. 

kalini PK mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Jaggu atau Jagat Janani (Anushka Sharma), nama yang sangat dia tak suka. lol~ Jaggu ni belajar di Bruges, Belgium. masa dia tengah nak beli tiket ke event Bachchan, dia bergaduh dengan seorang lelaki ni. tapi tiket tu mahal sangat. sampailah diorang berpakat nak kongsi tiket tu bersama. tapi still tak cukup.


then, diorang minta bantuan seorang lelaki tua untuk belikan tiket. tapi rupanya lelaki tua tu beli tiket and dia yang pergi ke event tu. wakakaka. jahat gila. mengamuk lah si Jaggu ni. nanti tengok apa dia buat dekat lelaki tua tu sampai dia and pemuda ni melarikan diri bersama-sama naik basikal.

credit to ibnlive.in.com

masa berkenalan, dia dapat tahu lelaki ini berasal dari Pakistan. and nama lelaki ni adalah Sarfaraz (Sushant Singh Raj). terus dia jauhkan diri. sebab family dia sangat benci dengan orang Pakistan. tapi adalah sebab sesuatu, Jaggu jatuh cinta dengan Sarfaraz. malangnya, klise, si bapa tak merestui. 

so, Jaggu suruh Sarfaraz kahwin dengan dia kalau betul Sarfaraz cintakan dia. tapi apa jadi nanti? dapat ke dia kahwin dengan Sarfaraz? ada orang yang datang menghalang perkahwinan diorang tak? itu tengok sendiri okay :)

then, macam mana PK ni boleh muncul? ha, sebenarnya. ini serious aku tak expect! 

credit to movies.ndtv.com

PK ni dilakonkan oleh Aamir Khan. PK ni sebenarnya adalah ALIEN. dia datang ke Bumi sebab dia tak sangka ada satu planet lebih kurang sama macam planet dia. and dia datang ke Bumi dalam keadaan berbogel *tapi nampak badan je okay* -.- body dia, well, no comment. wakaka. kenapa dia berbogel? itu korang tengok nanti. dia akan explain dekat Jaggu.

tapi malangnya, masa dia terjumpa dengan seorang manusia ni, manusia tu curi loket dia. loket ni macam remote control lah. kalau dia nak balik ke planet dia, barulah dia gosok loket dia tu. tapi loket dah tak ada, macam mana???

credit to ibnlive.in.com

sifat dia sebagai alien ni. 

.: planet dia, semua alien tak pakai apa-apa. 
.: diorang tak bercakap langsung. kiranya no language. so, kalau nak bercakap. pegang tangan. lepas tu baca minda another alien.

yang seronoknya tengok PK ni, disebabkan perangai kita tak sama macam dia, dia seronok nak belajar pasal manusia. and lagi satu, dia nak cari loket dia balik. 

tapi macam mana dia nak berkomunikasi kalau dia tak ada language? ha, tu tengok sendiri juga apa dia buat. teehee~

sampailah bila dia tanya orang pasal loket dia. orang akan balas dengan kata-kata :

- hanya Tuhan sahaja yang tahu, dik
- Tuhan kan ada, jangan risau
- pergilah berdoa dekat Tuhan

dia pelik. siapa pula Tuhan ni? penting sangat ke Tuhan ni sampai dia kena minta loket dekat Tuhan?
so, dia try macam-macam. dia pergi kuil, dia tengok apa orang buat. dia pun buat. tapi tak dapat loket.
pastu orang suruh dia pergi gereja. dia pergi gereja juga, but still tak dapat loket. lepastu ke masjid pula. tak ada juga. dah tu, makin confuse dia jadinya. Tuhan mana yang betul sebenarnya ni? kenapa semua orang punya Tuhan berbeza? 


yes, cerita ni banyak menyentuh pasal soal agama. seriously. tapi tak adalah sampai buat kau terpesong. and dia tak ada kutuk mana-mana agama. dia cuma pelik je, kenapa sebab pakaian seseorang atau perwatakan seseorang, membuatkan orang terus pandang serong dengan agama orang tu.

kalau lelaki ada janggut, misai, and serban - Sikh
kalau lelaki ada janggut, misai tak ada serban - Hindu
kalau lelaki ada janggut sahaja - Muslim

terus je orang buat spekulasi macam tu. lepas tu mula hina agama lain. faham tak konsep PK cuba sampaikan? 

tapi so far, cerita dia memang seronok. dia banyak buat aku terfikir pasal diri kita sebagai manusia ni. 

kata PK lagi :

manusia ni complicated betul. kadang-kadang satu ayat boleh bawa banyak makna berbeza. contoh macam "OH"

kalau tak suka dengan apa yang orang cadangkan dekat dia, dia kata 'ohhhhh' 

kalau dia suka something , dia kata 'ohhh'

kalau dia mula faham dengan apa yang orang lain sampaikan, dia kata 'ohhhh'

nampak tak berapa banyak oh boleh kita buat? hahaha. dia kata alien ni senang je. sentuh tangan, lepas tu baca minda masing-masing. habis cerita. luls~

and ada satu masa tu lah, dia berjumpa dengan Jaggu. lupa nak cakap, Jaggu ni wartawan di Delhi. tapi disebabkan dia tak ada benda nak cerita, masa ni lah dia terjumpa PK yang pelik ni. and dia decide nak buat kisah mengenai PK. 

seronok sangat aku layan PK. ada humor, ada sedih *aku menangis. wakaka*, ada geram, ada menyampah, so far, memang worth it la RM10 tu aku habiskan. hahahaha...


aku bagi 8.4 bintang untuk movie ni! 


*****

Amacam? Rasa nak tengok kat panggung tak? Best rupanya tengok hindustan kat panggung nii. hahahaha. Next time kalau ada cerita hindustan best kat panggung, bawak akak sekali taw Amy! Hahhaha. Thanks for everything!


*Sorry lah dik. Ahkak kau ni memang suka selfie. kahkahkah*

Aku bagi 8.5 bintang untuk movie ni. Tengok cerita ni hati kena kuat sikit. Haha. Tu je nak kaborr.

Eh, esok ada dua teaser aku nak buat. And esok pun aku ada something yang best. Permulaan segalanya. Haha. Tunggu je lah aku update. 

Terima kasih bebanyak kepada yang sudi datang taww! Muah banyak-banyak!

Follow and let me know!

You Might Also Like

17 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. ohhh.. Aamirr Khann !!!!! wow!! hahaha. baca review pun dh best tmbah lg kalau tgk. hehe.

    untungla selpie berduaa. XD

    ReplyDelete
  2. 3 idiots best! macam best jugak cerita ni :)

    ReplyDelete
  3. hehehe dh baca review dia.. mcm best ja jalan cita dia...

    ReplyDelete
  4. citer PK tu macam best je! jumpa dah ye Amy..dari hari tu dia excited nak jumpa kak Scha..hehe

    ReplyDelete
  5. nak jeles banyak2 bley tak???
    huwaaaaa korang datinggggggg...... !!!
    ehhh tapi rasa cam nak tengok gak arrr... muka aamir khan dalam citer ni bikin membuak2 hati rasa nak tengok...

    ReplyDelete
  6. tadi baca entry Amy. wahwahwah kemain engkorang berjimba-ria sesama ye? hehe

    ReplyDelete
  7. Amboi, dating berdua siap gi tengok Hindustan lagi!
    Kalau Amy dah review, sure berbaloi-baloi tengok :)

    ReplyDelete
  8. pehhh. layan hindustani. hahahah. jiwa kita tak kena dengan hindustan :P

    ReplyDelete
  9. haaa, hari tu dah baca review kat blog amy. adeh, tak sabar nak tunggu online T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  10. Ahahahha..muka hakak scha takleh blah. Wat muka lak dia. Ni kalau ana dapat selpie ngan kak scha ni, konpem ana juara wat muka. Hahahaha.

    ReplyDelete
  11. baru baca review dah rasa best. tapi wayang kat sini tak dak hindustan. kena tengok "wayang" dari lappy la jawabnya. hehe

    ReplyDelete
  12. Baru jew zumal baca kat blog Amy tadi... Teringin nak tengok citer nie...

    ReplyDelete
  13. ehhh amir khan!!!!!!!!!!!

    bestnya dpt jmpe amy! wuwu

    ReplyDelete
  14. lepaih ni sesama minat hindustan laaa gamaknya. uols next time hello hello iols la. ade kat bangi aje.. ni buat den jeles hahaha.. tapi now da balik penang..

    ReplyDelete
  15. Amboiiii dating ye u olzzz.
    Akk baru sampai Seremban.
    Drive pelan2dari Pontian sebab kereta semput.

    ReplyDelete
  16. hehehe..... saya tengok yang online dah ada. tapi xde subs pula. adoi, memang faham jalan cerita dia -.-

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook