Butterfly Christmas Dinner @ The Apartment, The Curve

Monday, December 29, 2014


*long post. Sediakan jajan sebelum baca*

Assalamualaikum. Hai semuaaa!


Yeayy. Barulah ada masa nak update entry tentang event ni. Tahu tak kita kan baru je buang habuk kat kipas. Rasa macam bilik ni sejuk je. Haha. Padahal kat luar hujan, padanlah sejuk. Hihi.

Eh,

Jom kita sama-sama doakan keselamatan saudara-saudara kita di Kelantan. Semoga mereka selamat hendak-Nya. Amin amin.

Okay.

Leggo!

Aku gerak dari Seremban pukul 12.30 macam tu naik KTM. Ini je lah transport aku kalau nak ke KL. Dah janji nak jumpa dengan +Amy J kat Mid Valley. Plan nak tengok wayang. Tapi aku macam terlambat je nak sampai kat Mid, so kami decide nak tengok cerita apa yang available bila dah sampai Mid. Sampai je kat Mid, aku mengular cari makanan. Bayangkanlah dalam tren sejam setengah, mau tak lapar. Aku decide nak makan toast dengan telur setengah masak sambil tungu Amy datang. Mabelessss. Haha. 

Jumpa Amy, kami terus ke wayang. Mak aihh. Hampir semuanya full dan show times dan tak selari dengan schedule kami. Alih-alih, PK je yang available. Gasak. Even duduk depan, kami redah je. Hhaa. Sebelum movie start, kami makan McD duluu. Amy lapar, kesiann. Aku pun tumpang sekaki makan. Kah!


Habis je wayang, bergegas lah kami ke LRT Klana Jaya di mana kawan Butterfly +Anis Athia, akan menjemput kami kat sana. Nasib baik lah sempat. Tren KTM tu kalau lambat, lambat bebenor. Sabar je. Dah jumpa Anis, kami terus shoot ke The Curve. Takdelah jauh sangat pun dari Klana Jaya. Area-area Bandar Utama and Ikea je rupanya. 

Aku ingat The Apartment ni bebetul apartment. Noob betul aku. Rupanya restaurant. Adehh. Nasib je tak memalukan diri kat situ. Haha. Sampai je sana, terus registerkan diri and dapat door gifts dari Garnier dan Beauty Box. Selesai register and letak barang, aku dan +Amy J cabut ke bilik air sebab nak mekap. Muka dan naik berminyak dah. Mekap pun main letak gitu-gitu je. 


Awal-awal lagi aku dah jumpa kak +Izzati Ghafur kat situ. Sempat hi je. Lepas tu cabut ke toilet. Tak sempat nak catch up pun. And aku jumpa kawan-kawan masa event BE Cosmetics hari tu. So, ada geng lah. Dan yang pasti jumpa kak +Innanie Ariffin kitaaa. Sayang dan rindu sangat kat kak Nanie. Hehe. Dan yang penting, founder Butterfly Projects iaitu Tammy Miu pun sempat greet semua orang. Bayangkanlah almost 100 butterflies yang datang. Mana tak busy Tammy layan semua orang. 

Pesanan Tammy : Make sure to mingle all around yaa.


Segan harus diketepikan even rasa rendah hati bila bersua muka dengan Butterflies yang lain. Kebanyakan Chinese dan cantik-cantik sangat! Nak approach pun tak reti. But, takpelah. Yang mana sempat tegur, tu tegur lah kan. Ada yang friendly. haha. Satu table dengan Zayani, Tara, Nadia and Celest. Celest ni asal Philipines taw and bekerja dalam industri wine. Zayani pulak the flawless girl who loves to play Dota. Tara has a cheeky personality and Nadia ni mix Chinese-Malay. Mula-mula ingat pure Chinese. Hehe. 


Then, the best part is MAKAN! Mak aih. Banyak sangat favorite aku sampai penuh pinggan aku. Semua kat table tu pandang aku semacam. hahahah. Lapar weh, pedulik hape aku korang pandang-pandang. Takpe. Makan slowly gitu. Hehehhehee.

Menu : Nasi goreng, spaghetti, baked fish, cauliflower, chicken and TURKEY!


Sedapp especially cauliflower tuuu. Sedapnyaaa. Turkey ramai sangat ambil so cepat habis. Sempat jamah sikit supaya tak kempunan. hahhahaa. 

After that, ada performance dari Edazz! Amazing voice. Dia punya tarik tuuu perghhh, boleh pergi jauh. Haha. Enjoy sangat.


Then, ada pencarian kumpulan. Diberi sekeping kertas dan kena cari team yang sama tema dengan kita. Aku dapat Inspire. Amy pun dapat Inspire. Senang betul gini. Haha. And kami semua kumpul ramai-ramai. Suppose 10 orang satu kumpulan. Yang dapat kumpul ada 8 je. Yang best, kak Nanie jadi group leader kami. Yeayy. Flow dia macam ni ;

Aku diberi satu kumpulan. Dan setiap orang dari kumpulan kena review 3 set barang dari beauty box tu setiap minggu. Seminggu untuk test barang dan 3 minggu lagi untuk up entry review tersebut. Dengan adanya team leader macam Kak Nanie, senanglah nak dapat guide tulis entry nanti. 

Oh yer, nama group kami Diva De' Monarch. Monarch tu means (bagi kami) untuk inspire readers naikkan self confidence. Di samping tu, dapat naikkan self confidence dalam diri masing-masing. Diva tu saja je nak kasi gempak sikit! hahahaha. 





Apa yang ada dalam Beauty Box ni yer?


Dapat detect produk yang korang familiar tak?

Yang paling buat aku teruja sekali ialah aku dapat review Beauty Box yang lebih bernilai RM 500 secara percuma. Pheww. Free tu yer, tapi, tanggungjawab dah ada atas bahu aku dah. Aku kena review habis-habisan so that team aku menang untuk kumpulan terbaik. Takpelah. Review ikut hati. Ahli kumpulan pulak semuanya sangat supportive dan tak lepas tangan. Harap stay macam ni sampai ke penghujung. Go Divas!

Kalau korang nak tahu apa itu Butterfly Project, apa yang kami buat, apa yang kami terapkan dalam diri setiap blogger dan sebagainya, boleh baca post yang sangat menarik dari Innanie. Mesti korang rasa teruja dengan Butterfly Project ni.



Serius aku katakan. Aku pernah berjumpa dengan blogger dari golongan popular. Tahu tak, kat event tu aku rasa  tersisih. Mereka dengan group masing-masing dan kami hanya di belakang memerhati. Kami boleh dikira baru, mestilah rasa segan kan nak tegur yang fofular. At least tegur lah kami yang kat belakang ni. Jumpa orang for the first time, segan kot. Cuba yang fofular ni approach, confirm aku takkan rasa macam tu. 

Lagi satu aku tengok, event semua dorang yang conquer. Balik-balik muka yang sama yang pergi event. Takde pulak aku tengok dorang up kat post kat FB yang dorang memerlukan blogger untuk join event. Takde weh. Serius. Cukuplah aku tengok berlambak blogger-blogger ni post pergi sana sini dengan group. What da hek? Kena bodek ke baru boleh pergi? Leulz.

Tapi, dalam Butterfly ni, sumpah aku takde rasa tersisih even kebanyakkannya non-malay yang join. Pihak Butterfly sangat open sekiranya ada event, mereka akan announce kat page FB siapa yang boleh pergi. Beri peluang kepada blogger baru untuk join. Kalau blogger tu buat masalah, dorang boleh blacklist atau warning blogger berkenaan. Ini semua tentang TRUST. Itu je. 

Kalau komited, dari Melaka pun boleh join event kalau berminat. Semua terkejut aku dari Seremban, dan mereka berkata betapa gigihnya aku pergi event. Aku suka event macam ni. Passion against everything. Hehe.

Mak aihh. Panjang benor aku menaip. Maaf kalau buat korang ngantuk. haha. 

Lastly, kata-kata dari Tammy yang buat kami semua di Butterfly rasa dihargai ^^


Sebarang pertanyaan tentang Butterfly, boleh tanya aku. Mana yang boleh aku jawab, aku jawab. Mommies, teenagers boleh join community ni. Just daftar sahaja. Mana yang boleh grab, grab. Peluang itu banyak. Insya Allah. 

Facebook The Butterfly Project --> https://www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia

Follow and let me know!

You Might Also Like

31 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. Bestnyalah ! Agak2nya bilalah nak boleh jadi rama rama juga. Hehehe. :D

    ReplyDelete
  2. syoknyaa event ni. heheh :D

    ReplyDelete
  3. macam best jer scha..all the best okay.moga2 boleh menang hihi..nnt jg lupa suggest apa yg baguss. saya tengah cari skin care nih huehueh

    ReplyDelete
  4. wahh bestnya. actually tak tahu pun tentang butterfly project ni. huhuhu. meriahnya kan kalau ada event macam ni.

    ReplyDelete
  5. Scha, kita tak boleh lupa kejadia otw pegi ambik korg haritu.. Terus gerun dah nak bwak kereta. Pastu kita rasa bersalah sgt dgn korg sbb terpaksa mintak korang topup duit... Hopefully nanti kita jumpa lagi. X smpat nak borak panjang pun kan, dalam kereta rasa cuak tu melampau >_<

    ReplyDelete
  6. it was fun to meet you for the first time there Scha ^_^ hopefully lepas ni dapat jumpa lagi!

    ReplyDelete
  7. banyak juga blogger yg join butterfly project ni.. awesome la scha.. makanan tu menggoda sgt

    ReplyDelete
  8. bestnya. looking forward for the reviews! :))

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  9. Happening nya event! Selamat mencuba produk & selamat buat review best2!

    ReplyDelete
  10. Invitation daripada saya open juga. Tapi bila dah post krik..krikk..krikk..

    Terpaksa la PM personal... Jangan letak kan diri kita, eh! dia tak ada invite aku pun..

    Cuba cari insetif ambil peluang cepat.. Pihak penganjur nak invite tapi blogger tak ada bagi respon pun tak ok juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi, saya respect dgn awak sebab awak gigih cari blogger utk beri peluang pergi event. Thanks sesangat sebab tak lupakan blogger yang baru bertapak.

      Kalau event tu siang, memang saya dah pergi cepat2 dah. Cuma event butterfly ni saya pujuk mak ayah saya bagi kebenaran nak pergi. Yelah kan, perempuan. Nak tidur mana pulak nanti. hehe.

      Delete
  11. scha!!! yeayyyy dah post jugak. thank you for being a part of Diva De Monarch and Butterfly itself. Love you so much! :)

    ReplyDelete
  12. Hi, it was a fun night & nice to meet u Scha! =D
    Hope to see u again!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, me too, can't wait!

      Delete
  13. bestnya event tu. will wait ur review. :) hehehe

    ReplyDelete
  14. Waahhh..macam2 dalam beauty box ye:)

    ReplyDelete
  15. Bestnyer event camtu yer... Happening gitu ^-^

    ReplyDelete
  16. All the best cik rama-rata . Semoga project berjalan lancar

    ReplyDelete
  17. hahaha.. memang seronok sangat-sangat! dapat sembang banyak2 dengan kak scha... dalam train tu, siap cuci mata lagi. wakakakaka...

    pastu event dia.. makanan sedap... fuhhh.. pastu hadiah lagi. awesome gila la. hahahaha

    ReplyDelete
  18. Meriahnya event macam ni. Saya hanya mampu tengok sahaja buat masa ni.

    ReplyDelete
  19. hui hui template sedang bertukar ek masa Ana dok komen2 nih??

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah anaaa. Tengah kelam kabut tadiii. hahahahaa

      Delete
    2. patutla.. terkezut taw! hahaha

      Delete
  20. ana ni lg la x pnh pergi lgsung2 event2 cenggini ni scha =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ana dekat2 kl, boleh scha culik bawak pergi. hehe

      Delete
    2. ish3 kalo la ana stay area sana, konfem asyik roger melekat dgn scha je hehe

      Delete
  21. salam perkenalan juga Scha .Nice too meet you
    MISS IKA'S BLOG

    ReplyDelete
  22. bestnyeee nak join event jugak huhu

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook