WW

#34 Wordless Wednesday -- Convo and 2015

Wednesday, December 31, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa

Wordless for today is my convocation's picturess!

Setelah hampir 2 bulan menunggu, akhirnya sampai ke tanganku juaaa.

Kemain nak drama. Hahaha.

Scha Konvo

Konvo UMP

Konvo UMP

Gambar terpaksa aku edit kecerahannya disebabkan kepeluhan dan keminyakan di muka jelas ternyata. Korang bayangkan lah, lari sini sana siangnya, lepas tu masa maghrib baru nak ambil gambar. hahahaa. Nasib baik powder dan brush sentiasa di dalam beg. haha. 

Percayalah. Hari itu ialah hari paling huru hara sekali. haha. Nasib baiklah parents aku ni sabar je dengan aku. Sangat-sangat sabar. wiwiwi. 

Yelah kan, nak jaga parents aku lagi, lepas tu kawan dari Seremban pula datang. Kena jaga dua-dua. Jangan bagi hilang. Tu tak termasuk lagi mama aku terhilang sekejap sebelum masuk dewan. Dalam dewan pulak, menanggung kelaparan selama 3 jam dalam tu without lunch. Bayangkan! T__T

Anyway, itu semua menjadi memori. Mama aku kata, kalau adik konvo nanti, mama taknaklah pergi. Mama dah tak sanggup. Haha. Sedihnya kena konvo sorang-sorang incase aku sambung master. wiwiwi. Nasib baik ayah adaa kudrat lagi. Sayangg sangat-sangat! *baymax hug*

Eh, tetiba jadi entry tak wordless. hihi.

Esok dah masuk tahun 2015.

2014, you served me well. Thank you for a great year!

I hope that 2015 is gonna be my year. It's payback time for my parents. Amin.

Please......  🙇🙈

Follow and let me know!

Randomeness

Every single time!

Tuesday, December 30, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Quick update as usual. Minggu ni penuh dengan interview.

Semalam kat Shah Alam. Petang tadi kat Senawang (psst: butik pengantin!)

Insya-Allah, Ahad ni kat Putrajaya (Interview PTD).

Kemudian pada hari Isnin pula, interview di Puchong.

Fuhhh fuhhh. Kalau nak diikutkan interview hari Isnin nanti, dah 6 kali aku interview.

Tapi, masih takde rezeki nak bekerja. Takpe. Sabar, sabar, sabar.

Eh, ada cerita best masa interview kat butik pengantin tu. Haha. Kalau nak tahu, comment cakap korang nak tahu. Ececehh.

Baiklahhh.

Situasi di bawah ini apabila orang Islam berada di dalam tandas.


Pernah rasa gini? Haha

Follow and let me know!

Butterfly

Butterfly Christmas Dinner @ The Apartment, The Curve

Monday, December 29, 2014


*long post. Sediakan jajan sebelum baca*

Assalamualaikum. Hai semuaaa!


Yeayy. Barulah ada masa nak update entry tentang event ni. Tahu tak kita kan baru je buang habuk kat kipas. Rasa macam bilik ni sejuk je. Haha. Padahal kat luar hujan, padanlah sejuk. Hihi.

Eh,

Jom kita sama-sama doakan keselamatan saudara-saudara kita di Kelantan. Semoga mereka selamat hendak-Nya. Amin amin.

Okay.

Leggo!

Aku gerak dari Seremban pukul 12.30 macam tu naik KTM. Ini je lah transport aku kalau nak ke KL. Dah janji nak jumpa dengan +Amy J kat Mid Valley. Plan nak tengok wayang. Tapi aku macam terlambat je nak sampai kat Mid, so kami decide nak tengok cerita apa yang available bila dah sampai Mid. Sampai je kat Mid, aku mengular cari makanan. Bayangkanlah dalam tren sejam setengah, mau tak lapar. Aku decide nak makan toast dengan telur setengah masak sambil tungu Amy datang. Mabelessss. Haha. 

Jumpa Amy, kami terus ke wayang. Mak aihh. Hampir semuanya full dan show times dan tak selari dengan schedule kami. Alih-alih, PK je yang available. Gasak. Even duduk depan, kami redah je. Hhaa. Sebelum movie start, kami makan McD duluu. Amy lapar, kesiann. Aku pun tumpang sekaki makan. Kah!


Habis je wayang, bergegas lah kami ke LRT Klana Jaya di mana kawan Butterfly +Anis Athia, akan menjemput kami kat sana. Nasib baik lah sempat. Tren KTM tu kalau lambat, lambat bebenor. Sabar je. Dah jumpa Anis, kami terus shoot ke The Curve. Takdelah jauh sangat pun dari Klana Jaya. Area-area Bandar Utama and Ikea je rupanya. 

Aku ingat The Apartment ni bebetul apartment. Noob betul aku. Rupanya restaurant. Adehh. Nasib je tak memalukan diri kat situ. Haha. Sampai je sana, terus registerkan diri and dapat door gifts dari Garnier dan Beauty Box. Selesai register and letak barang, aku dan +Amy J cabut ke bilik air sebab nak mekap. Muka dan naik berminyak dah. Mekap pun main letak gitu-gitu je. 


Awal-awal lagi aku dah jumpa kak +Izzati Ghafur kat situ. Sempat hi je. Lepas tu cabut ke toilet. Tak sempat nak catch up pun. And aku jumpa kawan-kawan masa event BE Cosmetics hari tu. So, ada geng lah. Dan yang pasti jumpa kak +Innanie Ariffin kitaaa. Sayang dan rindu sangat kat kak Nanie. Hehe. Dan yang penting, founder Butterfly Projects iaitu Tammy Miu pun sempat greet semua orang. Bayangkanlah almost 100 butterflies yang datang. Mana tak busy Tammy layan semua orang. 

Pesanan Tammy : Make sure to mingle all around yaa.


Segan harus diketepikan even rasa rendah hati bila bersua muka dengan Butterflies yang lain. Kebanyakan Chinese dan cantik-cantik sangat! Nak approach pun tak reti. But, takpelah. Yang mana sempat tegur, tu tegur lah kan. Ada yang friendly. haha. Satu table dengan Zayani, Tara, Nadia and Celest. Celest ni asal Philipines taw and bekerja dalam industri wine. Zayani pulak the flawless girl who loves to play Dota. Tara has a cheeky personality and Nadia ni mix Chinese-Malay. Mula-mula ingat pure Chinese. Hehe. 


Then, the best part is MAKAN! Mak aih. Banyak sangat favorite aku sampai penuh pinggan aku. Semua kat table tu pandang aku semacam. hahahah. Lapar weh, pedulik hape aku korang pandang-pandang. Takpe. Makan slowly gitu. Hehehhehee.

Menu : Nasi goreng, spaghetti, baked fish, cauliflower, chicken and TURKEY!


Sedapp especially cauliflower tuuu. Sedapnyaaa. Turkey ramai sangat ambil so cepat habis. Sempat jamah sikit supaya tak kempunan. hahhahaa. 

After that, ada performance dari Edazz! Amazing voice. Dia punya tarik tuuu perghhh, boleh pergi jauh. Haha. Enjoy sangat.


Then, ada pencarian kumpulan. Diberi sekeping kertas dan kena cari team yang sama tema dengan kita. Aku dapat Inspire. Amy pun dapat Inspire. Senang betul gini. Haha. And kami semua kumpul ramai-ramai. Suppose 10 orang satu kumpulan. Yang dapat kumpul ada 8 je. Yang best, kak Nanie jadi group leader kami. Yeayy. Flow dia macam ni ;

Aku diberi satu kumpulan. Dan setiap orang dari kumpulan kena review 3 set barang dari beauty box tu setiap minggu. Seminggu untuk test barang dan 3 minggu lagi untuk up entry review tersebut. Dengan adanya team leader macam Kak Nanie, senanglah nak dapat guide tulis entry nanti. 

Oh yer, nama group kami Diva De' Monarch. Monarch tu means (bagi kami) untuk inspire readers naikkan self confidence. Di samping tu, dapat naikkan self confidence dalam diri masing-masing. Diva tu saja je nak kasi gempak sikit! hahahaha. 





Apa yang ada dalam Beauty Box ni yer?


Dapat detect produk yang korang familiar tak?

Yang paling buat aku teruja sekali ialah aku dapat review Beauty Box yang lebih bernilai RM 500 secara percuma. Pheww. Free tu yer, tapi, tanggungjawab dah ada atas bahu aku dah. Aku kena review habis-habisan so that team aku menang untuk kumpulan terbaik. Takpelah. Review ikut hati. Ahli kumpulan pulak semuanya sangat supportive dan tak lepas tangan. Harap stay macam ni sampai ke penghujung. Go Divas!

Kalau korang nak tahu apa itu Butterfly Project, apa yang kami buat, apa yang kami terapkan dalam diri setiap blogger dan sebagainya, boleh baca post yang sangat menarik dari Innanie. Mesti korang rasa teruja dengan Butterfly Project ni.



Serius aku katakan. Aku pernah berjumpa dengan blogger dari golongan popular. Tahu tak, kat event tu aku rasa  tersisih. Mereka dengan group masing-masing dan kami hanya di belakang memerhati. Kami boleh dikira baru, mestilah rasa segan kan nak tegur yang fofular. At least tegur lah kami yang kat belakang ni. Jumpa orang for the first time, segan kot. Cuba yang fofular ni approach, confirm aku takkan rasa macam tu. 

Lagi satu aku tengok, event semua dorang yang conquer. Balik-balik muka yang sama yang pergi event. Takde pulak aku tengok dorang up kat post kat FB yang dorang memerlukan blogger untuk join event. Takde weh. Serius. Cukuplah aku tengok berlambak blogger-blogger ni post pergi sana sini dengan group. What da hek? Kena bodek ke baru boleh pergi? Leulz.

Tapi, dalam Butterfly ni, sumpah aku takde rasa tersisih even kebanyakkannya non-malay yang join. Pihak Butterfly sangat open sekiranya ada event, mereka akan announce kat page FB siapa yang boleh pergi. Beri peluang kepada blogger baru untuk join. Kalau blogger tu buat masalah, dorang boleh blacklist atau warning blogger berkenaan. Ini semua tentang TRUST. Itu je. 

Kalau komited, dari Melaka pun boleh join event kalau berminat. Semua terkejut aku dari Seremban, dan mereka berkata betapa gigihnya aku pergi event. Aku suka event macam ni. Passion against everything. Hehe.

Mak aihh. Panjang benor aku menaip. Maaf kalau buat korang ngantuk. haha. 

Lastly, kata-kata dari Tammy yang buat kami semua di Butterfly rasa dihargai ^^


Sebarang pertanyaan tentang Butterfly, boleh tanya aku. Mana yang boleh aku jawab, aku jawab. Mommies, teenagers boleh join community ni. Just daftar sahaja. Mana yang boleh grab, grab. Peluang itu banyak. Insya Allah. 

Facebook The Butterfly Project --> https://www.facebook.com/ButterflyProjectMalaysia

Follow and let me know!

Randomeness

Lagu-lagu ni dah berusia 10 tahun pada 2015!

Sunday, December 28, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Lagu-lagu kat bawah ni hampir berusia 10 tahun. Tapi, rasa macam cepat je. Rasa macam baru je lagu ni popular. haha. 

Tapi, lagu yang paling best tak ingat dan sampai sekarang masih excited bila dengar kat radio ialah lagu Let Me Hold You dari Bow Wow. Aaaa, lagu ni sangat sweet. Teringat zaman crush dedulu. hahahaah.



Ni ada playlist lagu-lagu dari tahun 2005 --> https://www.youtube.com/watch?v=bbqVg_23otg&list=PL58125B92826765C4

Kalau tengah free tu kan, apa kata korang dengar lagu-lagu ni balik. Mesti ada memori yang datang masa dengar lagu tu. hehe. Amboii. 

Lagu mana yang korang paling suka sampai sekarang? 

Follow and let me know!

Butterfly

TEASER : Butterfly Christmas Party.

Saturday, December 27, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Sihat? Selamat berhujung minggu. Buat apa je hujung minggu ni? Sekarang ni musim banjir, so, better stay kat rumah je lah. Chill dengan keluarga lagi best. Hehe. Sejuk-sejuk ni dapat milo panas, perghhh. Bestt! Hehe.

Baiklahh. Aku nak bagi teaser sikit sempena dengan Butterfly Christmas Party. Part yang paling best mestilah dapat hadiah nak bawak balik rumah! hahaha.


Garnier Door Gifts: Garnier bagi door gifts. Mak aihh. Terkejut aku. Sebab dapat Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam dan Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream for FREE! Hahahha. Best kottt. Boleh belai muka ginii. Nantikan review aku taww.

Beauty Box: Kotak yang penuh dengan pelbagai beauty products dari hujung rambut hingga ke tangan yg lebih bernilai RM 500.00! haha. Untuk kaki takdee pulak. Nanti aku reveal. 

Secret Santa: Game tukar-tukar hadiah. Tapi, orang tu tak perlu tahu siapa gerangan pemberi. haha. Sebab aku ni over sangat, aku boleh bagi kad aku sekali dalam tu. kakakaka. Padahal takyah pun. Anyway, aku dapat somethingg. hehe. Dapat wishlist taw. Nanti ai share! Pomish!

Itu je teasernyaaa. hahahaa. Untuk full review Butterfly Christmas Party dari pihak Amy, boleh baca kat sini --> http://amysigadisweird.blogspot.com/2014/12/christmast-dinner-party-with-butterfly.html

Review dari aku, nantikan sama-sama. Cewahh. Padahal Isnin ni ada interview. Cuak. Wuwuwuw.

Salam hujung mingguuuu!

Follow and let me know!

makeupbyschanazri

#makeupbyschanazri -- Mekap tunang. My first client!

Thursday, December 25, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

Ho ho hoooo!


Alhamdullilah. Ada rezeki aku sempena hari cuti harini. Tahu tak, ini lah pelanggan pertama aku untuk job mekap! Tahu tak perasaan bila di-whatsapp oleh unknown number and tanya quotation untuk mekap? haha. Rasa macam berbunga hatikuuu. Rasa nak buat bebetul and client puas hati. 

Tunangnya hari ni, 25hb Disember. Sebelum tu, dia requested untuk buat trial mekap di mana aku charged RM 30 sahaja. Trial mekap ni macam aku mekapkan dia, kalau dia suka look itu, dia ambil lah dengan aku. Just basic ones lah. Untuk the real one, aku memang kasi habis apa yang aku ada. 

Masa trial mekap haritu, sejam setengah jugaklah aku mekapkan. Tapi, untuk pertunangan harini, sejam aku dah siapkan. Dia pun kata aku agak laju hari ni. Maybe sebab aku dah tahu apa aku nak conteng kat muka dia. hehe. 

Nak tengok? Tak tahu lah korang berkenan ke idak kan. Kalau nak simple look atau apa-apa look, roger-roger aku taw. hehe. 




Alhamdullilah. Semoga Afifah dan pasangan kekal hingga ke syurga. Mana tahu rezeki jumpa Afifah di hari bahagia dia kan? Amin amin amin. Kena praktis banyak lagi ni. Hehe. 

Untuk simple engagement macam ni, aku hanya charge RM 150.00 sahaja. Kalau untuk mekap dinner dan function yang lain, bawah RM 100 pun aku boleh offer. Tapi, depends kepada location. Kalau untuk sekitar lembah klang, melaka tu aku charge RM 50-RM 70 sahaja utk transportation. Lepaslah buat duit minyak kereta. hehe. 

Kawan-kawan, boleh mintak tolong tak? Boleh tak tolong SHARE kan entry ni kat FB mahupun blog korang? Kalau korang share dekat blog, aku akan review blog korang kat blog aku. Serius ni. Sebab aku serius nak serius nak arena mekap ni. Nampak tak betapa seriusnya aku ni? Wiwiwi.


Whatsapp/text : 011-28536991

Kalau share kat FB, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kalau share kat blog, jerit kat kotak komen, 'SCHA, DEN DAH SHARE KAT BLOG!' Jerit kuat-kuat. Hhaha. Copy paste je entry ni, senang! Hehe. 

Aku harap dengan penyebaran dari korang, akan berkembanglah bisness mekap aku ni. Tolong doakan yer? ^^

Assalamualaikum!
Follow and let me know!

Butterfly

[REBLOG] : AMY J -- PK Movie Review

Wednesday, December 24, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Di saat ini, daku baru sahaja melabuhkan pinggulku di atas lantai. Baru balik dari event Butterfly Projects Xmas Party semalam. Aku stay overnight dekat Uniten dengan adik kesayangan blogger iaitu Amy J. Eksaited jumpa dia ni semalam. Event malam, pastu sempat pulak kami tengok wayang dekat Mid Valley. Cerita pulak Hindustan!

Tak pernah aku tengok cerita Hindustan kat wayang. Dah ini je wayang yang available time tu and aku tahu Amy memang suka tengok Hindustan, so, aku bedal je tengok. Padahal, cerita Hindustan aku layan taw! haha. Tak menitik air mata tengok Hindustan tak sah walaupun cerita komedi. haha. Hati tisu betul aku ni. Wiwiwiwi.

Amy J ada buat review. And aku malas nak buat review. So, aku copy paste je lah dari blog Amy. Hahha. Aku lebih suka dia review. Kira details gitu. hehe. Ayuhhhh!

Reblog from Amy J
*****
4:02 p.m
rumah
balik akhirnya! seronok dapat jumpa kak Scha. :)

assalamualaikum and hello lads!

credit to www.youtube.com

alhamdulillah. selamat sampai ke Subang. semalam dapat bersua muka dengan kak Scha Nazri. masa tunggu kawan kak Scha habis layan movie Hobbit, kami pula pergi Midvalley layan movie PK. 

ingat tak entri aku pasal Aamir Khan dulu? ha, finally! first time aku tengok cerita Hindustan dekat wayang. and seriously, aku rasa ini memang antara movie yang sangat berbaloi untuk korang tengok.

sama unik dengan 3 idiots, kalini PK juga turut menampilkan suatu kisah yang sangat menarik. yang buat aku pandang dari perspektif yang berbeza. aku kagum betul dengan Rajkumar Hirani ni. dia memang pandai buat cerita. 

kalini PK mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Jaggu atau Jagat Janani (Anushka Sharma), nama yang sangat dia tak suka. lol~ Jaggu ni belajar di Bruges, Belgium. masa dia tengah nak beli tiket ke event Bachchan, dia bergaduh dengan seorang lelaki ni. tapi tiket tu mahal sangat. sampailah diorang berpakat nak kongsi tiket tu bersama. tapi still tak cukup.


then, diorang minta bantuan seorang lelaki tua untuk belikan tiket. tapi rupanya lelaki tua tu beli tiket and dia yang pergi ke event tu. wakakaka. jahat gila. mengamuk lah si Jaggu ni. nanti tengok apa dia buat dekat lelaki tua tu sampai dia and pemuda ni melarikan diri bersama-sama naik basikal.

credit to ibnlive.in.com

masa berkenalan, dia dapat tahu lelaki ini berasal dari Pakistan. and nama lelaki ni adalah Sarfaraz (Sushant Singh Raj). terus dia jauhkan diri. sebab family dia sangat benci dengan orang Pakistan. tapi adalah sebab sesuatu, Jaggu jatuh cinta dengan Sarfaraz. malangnya, klise, si bapa tak merestui. 

so, Jaggu suruh Sarfaraz kahwin dengan dia kalau betul Sarfaraz cintakan dia. tapi apa jadi nanti? dapat ke dia kahwin dengan Sarfaraz? ada orang yang datang menghalang perkahwinan diorang tak? itu tengok sendiri okay :)

then, macam mana PK ni boleh muncul? ha, sebenarnya. ini serious aku tak expect! 

credit to movies.ndtv.com

PK ni dilakonkan oleh Aamir Khan. PK ni sebenarnya adalah ALIEN. dia datang ke Bumi sebab dia tak sangka ada satu planet lebih kurang sama macam planet dia. and dia datang ke Bumi dalam keadaan berbogel *tapi nampak badan je okay* -.- body dia, well, no comment. wakaka. kenapa dia berbogel? itu korang tengok nanti. dia akan explain dekat Jaggu.

tapi malangnya, masa dia terjumpa dengan seorang manusia ni, manusia tu curi loket dia. loket ni macam remote control lah. kalau dia nak balik ke planet dia, barulah dia gosok loket dia tu. tapi loket dah tak ada, macam mana???

credit to ibnlive.in.com

sifat dia sebagai alien ni. 

.: planet dia, semua alien tak pakai apa-apa. 
.: diorang tak bercakap langsung. kiranya no language. so, kalau nak bercakap. pegang tangan. lepas tu baca minda another alien.

yang seronoknya tengok PK ni, disebabkan perangai kita tak sama macam dia, dia seronok nak belajar pasal manusia. and lagi satu, dia nak cari loket dia balik. 

tapi macam mana dia nak berkomunikasi kalau dia tak ada language? ha, tu tengok sendiri juga apa dia buat. teehee~

sampailah bila dia tanya orang pasal loket dia. orang akan balas dengan kata-kata :

- hanya Tuhan sahaja yang tahu, dik
- Tuhan kan ada, jangan risau
- pergilah berdoa dekat Tuhan

dia pelik. siapa pula Tuhan ni? penting sangat ke Tuhan ni sampai dia kena minta loket dekat Tuhan?
so, dia try macam-macam. dia pergi kuil, dia tengok apa orang buat. dia pun buat. tapi tak dapat loket.
pastu orang suruh dia pergi gereja. dia pergi gereja juga, but still tak dapat loket. lepastu ke masjid pula. tak ada juga. dah tu, makin confuse dia jadinya. Tuhan mana yang betul sebenarnya ni? kenapa semua orang punya Tuhan berbeza? 


yes, cerita ni banyak menyentuh pasal soal agama. seriously. tapi tak adalah sampai buat kau terpesong. and dia tak ada kutuk mana-mana agama. dia cuma pelik je, kenapa sebab pakaian seseorang atau perwatakan seseorang, membuatkan orang terus pandang serong dengan agama orang tu.

kalau lelaki ada janggut, misai, and serban - Sikh
kalau lelaki ada janggut, misai tak ada serban - Hindu
kalau lelaki ada janggut sahaja - Muslim

terus je orang buat spekulasi macam tu. lepas tu mula hina agama lain. faham tak konsep PK cuba sampaikan? 

tapi so far, cerita dia memang seronok. dia banyak buat aku terfikir pasal diri kita sebagai manusia ni. 

kata PK lagi :

manusia ni complicated betul. kadang-kadang satu ayat boleh bawa banyak makna berbeza. contoh macam "OH"

kalau tak suka dengan apa yang orang cadangkan dekat dia, dia kata 'ohhhhh' 

kalau dia suka something , dia kata 'ohhh'

kalau dia mula faham dengan apa yang orang lain sampaikan, dia kata 'ohhhh'

nampak tak berapa banyak oh boleh kita buat? hahaha. dia kata alien ni senang je. sentuh tangan, lepas tu baca minda masing-masing. habis cerita. luls~

and ada satu masa tu lah, dia berjumpa dengan Jaggu. lupa nak cakap, Jaggu ni wartawan di Delhi. tapi disebabkan dia tak ada benda nak cerita, masa ni lah dia terjumpa PK yang pelik ni. and dia decide nak buat kisah mengenai PK. 

seronok sangat aku layan PK. ada humor, ada sedih *aku menangis. wakaka*, ada geram, ada menyampah, so far, memang worth it la RM10 tu aku habiskan. hahahaha...


aku bagi 8.4 bintang untuk movie ni! 


*****

Amacam? Rasa nak tengok kat panggung tak? Best rupanya tengok hindustan kat panggung nii. hahahaha. Next time kalau ada cerita hindustan best kat panggung, bawak akak sekali taw Amy! Hahhaha. Thanks for everything!


*Sorry lah dik. Ahkak kau ni memang suka selfie. kahkahkah*

Aku bagi 8.5 bintang untuk movie ni. Tengok cerita ni hati kena kuat sikit. Haha. Tu je nak kaborr.

Eh, esok ada dua teaser aku nak buat. And esok pun aku ada something yang best. Permulaan segalanya. Haha. Tunggu je lah aku update. 

Terima kasih bebanyak kepada yang sudi datang taww! Muah banyak-banyak!

Follow and let me know!

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook