Hubungan sampai satu tahap.

Tuesday, November 11, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa.

Lama dah tak menaip panjang-panjang gini. Selalunya mesti taip sikit je sebab nak kejar masa or malas (padahal malas je sebenarnya). Banyak benda nak cerita. Tapi, itu lah. Duduk depan lappy, lain yang aku buka cerita. Banyak je isu dalam kepala otak aku ni. hehe. Meh, kita kupas satu-satu.

Baiklah.

Hubungan yang aku tekan di sini, ialah hubungan dengan seorang lelaki. Kami dah berkenalan hampir 4 tahun. Empat tahun bagi aku, sangatlah lama dalam sesebuah perhubungan. Jujur aku katakan, sebelum ni aku tak kisah pun nak kahwin ke tak. Tapi, apabila aku kenal dengan dia, dia memang fikir nak kahwin dengan aku. Macam mana lah aku tak gigih mencuba untuk pertahankan hubungan kami.

awww

Empat tahun. Bukan sekejap. Bagi aku, aku rasa macam dah patut kahwin dah sekarang. Tapi, dia hold dulu. Sebab? 

Sebab dia nak stabilkan kewangan dia dahulu and then bawak aku jumpa mak ayah dia. Mama ayah dah kenal dengan dia, and setuju dengan pilihan hati aku. And aku dapat rasa, ayah aku suka dengan dia ni. Kekadang bila aku pilih baju, aku cakap, 'Ayah, nak beli baju ni untuk dia boleh yah?' Ayah senyum je sambil mengangguk. Untunglah bakal ayah mertua pun suka dengan awak. haha. 

Mesti ramai tertanya kan kenapa dia tak bawak aku jumpa parents dia? Walaupun untuk tujuan mengenali. Dia ni, lain sikit. Dia nak bawak time dia dah betul-betul ready untuk dia jadikan aku isteri dia yang sah. Means, dah serius lah. Ada pengalaman dahulu yang buat dia fikir, 'Nanti dulu lah. Sampai masanya nanti.'


Kalau nak diikutkan, boleh je kahwin pakai duit yang parents aku ada. Tapi, dia taknak. Nanti lepas kahwin macam mana? Nak bagi makan apa? Nak bagi pakai apa? Nak duduk kat mana? Kerja pun takde, dah nak kahwin. Memanglah orang kata, rezeki datang apabila dah berkahwin nanti. Tapi, tak salahkan stabilkan kewangan dulu kan sebelum kahwin? Sekurang-kurangnya, tak perlulah bergantung kat parents je kan. 

Kami memang nak kahwin. Dah taraf wajib kahwin dah ni. Tapi, kami sabar dan berdoa banyak-banyak agar ada rezeki dalam pekerjaan. Kami masing-masing dalam proses tengah cari kerja. Kami nak cari kerja yang agak stabil and kerja untuk setahun dan terus kahwin.

Aku taknak membazir dengan majlis tunang-tunang. Sebab dari segi Islam pun, kami memang dah bertunang. Nak bertunang lama-lama buat apa kan? Baik merisik+tunang simple-simple and terus buat majlis nikah dalam masa setahun. Gitu lah yang aku rancang. Sesungguhnya Allah yang merancangkan untuk kami. 

Jumpa pun jarang. Even satu negeri je, pun susah nak jumpa. Jarak antara kami dua jam. Susah dia nak datang Seremban. Kalau ada kesempatan je, kami akan berjumpa. 


Dalam masa setahun ni, kami bila jumpa je asyik kerap gaduh even the smallest things. Tapi, bila aku fikir balik-balik, aku juga yang salah. Lately ni, baru aku cuba tak cari gaduh dengan dia. Geram memang geram tapi, hati aku ni akan lembut balik. Memang macam tu kan hati perempuan. Dia pun ada flaws, aku pun ada flaws. Cuma kena terima je lah walaupun tak suka. Cuma satu je aku geram dengan dia ni. Kuat nyindir. Kalau depan aku ni, mau je aku cubit-cubit dia ni. Aku harap dia kurangkanlah habit nyindir dia tu. Tu je aku geram. haha. Padan muka dah spoil kat sini. Hahha.

You. | via Tumblr
Kekadang bila sampai satu tahap kau boleh bertahan, akhirnya meletup juga kan. Solusi aku pada masa ini ialah, aku takkan contact dia selama berhari-hari. Bila dia dah mesej aku tapi aku tak balas, dia paham lah maksudnya. Tunggu sampai aku mesej dia dulu. Dia tahu dia salah, tapi sorry je lah mampu dia cakap. Lepas aku dah cool down and dah start rindu, barulah aku start mesej balik and baik balik lepas tu. Haha. 

Bila mood tak menentu ni, paham-paham je lah. Angin bulan dia nak datang. Mulalah datang mood swing. Kejap-kejap nak marah, kejap-kejap nak manja. Dia pun pahamlah. Bila dia tahu aku marah ke, dia senyaplah sampai mood aku baik balik. Well, perempuan kot. 


Lepas tu, dia ni bukannya lelaki impian aku. Aku nak tinggi, tapi dia rendah sikit dari aku. Haha. Lantaklah. Murah rezeki kann. hehe. Mama aku pernah cakap, tak semua yang kita nak dalam dunia ni kita dapat, so, bersyukur dan belajar menerima. Insya Allah, Allah kasi ganjaran kalau kita sabar :)

Hubungan aku ni kan, dah sampai satu tahap di mana kami tak perlu nak mesej/call 24 hours. Cukuplah sekadar sebelum hari berakhir, kami akan mesej tanya khabar dan tanya siang buat apa. Call pun jarang. Tapi aku tak boleh kalau sehari tak mesej dia. Lain macam rasanya. Unless kalau time tu tengah cold war. Hahha. 

Satu tips kami kekal sampai sekarang, kami tak pernah sebut perkataan PUTUS/CLASH. Dah banyak kali benda tu berlegar-legar dalam kepala otak kalau mood tak okay. Tapi, aku hold dulu. Yang aku berani mintak, break je. Break bermaksud, kau still dalam hubungan tapi, tak putus. Macam ambil masa untuk diri sendiri. Muhasabah balik. Pernah break, tapi macam tak jadi sebab dua hari lepas tu jumpa dia and buat macam takde benda. kahkahkah.

Relationship

Kenangan yang paling best lately ni, masa pergi Putrajaya hadir kursus PTD. Dia lah yang datang rumah, bawak kete dan pergi Putrajaya. Lepas tu makan Dominos dalam kete. Macam road trips gitu. Hhaa. Kami dah lah kuat makan. Lepas tu balik Rembau pulak, sebab nak hantar nenek balik kampung. Dia lah yang stay sampai ke malam. Lepas maghrib, barulah dia balik Palong. Terharu iolls. 

Eh, dah lah. Panjang nya aku bercerita. Sorry kalau buat bosan ke apa kan. hehe. Dah lama tak menaip panjang-panjang gini. hehe.

Nahh, dia lah lelaki itu. Muhayat Ajwad :)


Dear Awak,
Yer, saya tunggu ^^
Doakan kami cepat-cepat dapat kerja dan kahwin cepat yerr. heeh. Gataiii. 

Aminn!

Follow and let me know!

You Might Also Like

47 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. wah..pagi-pagi dah baca luahan hati cuweet muweeet gitu.semoga jodoh berpanjangan ke jinjang pelamin ye scha.kalau kahwin nanti, buat simple pun takpe.

    ReplyDelete
  2. salam..semoga selamat lah ke jinjang pelamin tu hihi. insha Allah doa banyak2 okay =)

    ReplyDelete
  3. semoga hubungan sis dan bakal suami dipermudahkan (:

    ReplyDelete
  4. jgn langkah bendul eh. bagi akk kawen dulu. da 9 tahun neh..hahahah XD
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  5. semoga cecepat kawen! hihi
    jgn lupe menjemput yee..

    ReplyDelete
  6. sweeetttt nyer....ayat last tu especially nyer
    karakter si dia sama cam laki akak dulu
    bezanya kami bercinta tak lama, akak hanya kenal parent dia masa majlis pertunangan
    sebab dia memang tak bagi jumpa walaupun raya

    bila dah jadi tunangan aje yang kerap jumpa parent dia
    apapun akak doakan moga berkekalan jodoh ini hingga ke jinjang pelamin ye

    ReplyDelete
  7. moga diberi kesabaran dalam menempuh liku hidup...(^_^)

    ReplyDelete
  8. alahai sweetnyaa..
    yep, 4tahun bukan kejap.. lama tu.. susa senang lalui bsama.. smoga kekal ke jannah..
    semoga kawen cpt , dapat jumpa kak scha.. :)

    ReplyDelete
  9. amboi kemain entri ye? sweet2 gittew. Akak doakan jodoh awak dengan dia sampai suatu hari nanti. Akak da pun mengalami situasi awak2 dlu. :) By the way btol " tak semua yang kita idamkan, kita dapat, sebab Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita"

    hehe I follow u okeh :) . Do visit me back adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan kan? hehe. Insya Allah kakkk. Doakan kamii!

      nnti saya dtggg!

      Delete
  10. Alelellee omeinyaa! Igt lagi masa first time jumpa kita borak pasal ehem memasing, sama je perangai tak msg/call setiap masa huahua malas nak ganggu orang sebenarnya. Memula brcinta mmg la sepanjang hari nak melekat je. Tapi insyaAllah , Dia akan permudahkan urusan kita. Cepattt cari keje schaaa nnt boleh kahwin. Hehee

    Ps : fwz pun dh ready nak kahwin baru tunjuk bakal wife dia dkt parent dia. Hehe bakal wife pula sihat walafiat, nsb baik mak mertua tak terkejut hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. scha pun deborrr niii :3

      Delete
  11. masya-Allah tetiba rasa terinspirasi.....bila akak menaip panjang-panjang aiman dapat rasakan ada magis tersendiri dlm penulisan akak...rasa bnda tuh dtg dr hati..hehehehee..moga ada jodoh.....aiman sebagai lelaki tak pernah pon terpikir nak kahwin awal...and saya pon sependapat dgn ur bf tuh..nak stabilkan kewangan dulu sebelum nikah.........kalau kahwin nnti ajak tauu..jangan lupa pos kad jemputan perkahwinan yeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aimann nii. suka taw kembangkan hati akak. hahaha. thanks dikk.

      Baikkk. Insya Allah akak jemputttt!

      Delete
  12. Semoga dipermudahkan segalanya yer Scha... Jangan lupa jemput kenduri k :)

    ReplyDelete
  13. semoga impian akak ditunaikan... Amin :)

    ReplyDelete
  14. Waduh panjangnyer.. hehe, selamat i rajin membaca. Hehe

    ReplyDelete
  15. Moga kesudahan yang baik menjadi milik kalian berdua :)

    ReplyDelete
  16. Walaweh scha...sweet giler korang...kite dlm bus ni senyum2 membace...semoga jalan korang dipermudahkan oleh Allah...aminn...scha tunggu kite balik bru kawen, i olls nak makan nasi minyak blogger!!! hahahaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okayy. Ai tunggu you dh habis belajar tawww! hehhe

      Delete
  17. Ada jodoh pasti x ke mna, insyallah ada rezki juga tu

    ReplyDelete
  18. wahhhh schaaaa ,, sweetnya awak . u know what ,, ur relationship has the same age as mine.
    4 tahu juga together with him . selamat berjumpa dengan parent dia suatu hari nanti. ngeee

    http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/11/buat-duit-di-ilanceecom.html

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah. sy pun dh 4thn. .tp long distance. sedihnya. .:D

    ReplyDelete
  20. Unik la nama dia. Baru tahu kak Scha ni dah berpunya sebenarnya. Ingatkan single lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nama akak terpikat. cewahhh

      Delete
  21. wahh.. lama dah 2.. moga kekal selamatnya.. inshaAllah...

    ReplyDelete
  22. saya doakan yang terbaik untuk korang berdua :) p:s huu i should follow your tips.. NOT MENTIONING CLASH ke breakup ke..huu saya yg selalu ckp g tu, si dia tak pernah pun..huu rasa insaf sangat..thanks !

    singgah dari http://iolacaviarofficial.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
  23. jangan tangguh lama2... kalau rasa dah macam bertunang tu dugaan akan datang macam rantai api... nak nasihat panjang2 pun takleh sebab masih single... good luck yer

    ReplyDelete
  24. in shaa Allah scha ada jodoh tak ke mana.
    teruskan berdoa k :)
    jgn stress, jgn gado2.. nti rindu rinduan pulak sapa susah..

    ciksu doakan dri jauh smga kalian bertemu jodoh dn dpt keja..aamiin

    ReplyDelete
  25. Insya Allah...amin amin amin. Betul..sokong buat kerja kawen simple simple yang penting perkara wajib kan.

    ReplyDelete
  26. meow !! love entry i looooike hahahah..
    insyallah akan dipermudahkan urusan dengan niat yang baik. jangan risau haih.. kalau he is the one.. insyallah ada jalannya. keep on praying.

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum..

    Yang hebat tentang suatu hubungan;
    bukan bila tak pernah ada gaduh.
    tapi bila waktu dia marah, kau diam dan dengar.
    dan bila waktu kau maraha, dia diam dan dengar.
    saling hormat. saling memberi peluang.
    saling berlapang dada.
    apa yang tak puas hati; saling utarakan.
    yang robek yang rabak; saling tampalkan.
    saling meminta maaf. saling memaafkan.
    even satu hari bila dia-dia sedang marah,
    gaduh gila-gila sampai memaki dan salah seorang menyuruh kau pergi sekalipun,
    korang tetap tahu jalan kembali.
    sebab waktu marah semua benda boleh lepas dari mulut.
    terserah dari hati kau untuk mengiyakan atau mempertahankan.
    "saling" ini yang buat hubungan bertahan.

    petik dari - facebook/Pakar diari hati

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      betul tu atie. Thanks atie :)

      Delete
  28. hahhaa.. xgatai la. biasa la tu :) sweet.. at least xperlu nak bergayut 24 jam. semoga cepat2 dpt kerja !

    ReplyDelete
  29. saya dah lapan tahun awak..
    tapi biasalah.. ada cerita di balik cerita..
    cerita yg tak mampu diceritakan..

    ReplyDelete
  30. so sweet, semoga cepat dpt kerja n berumah tangga..
    timm masih lagi mncari2..aduyai..stress! haha!

    ReplyDelete
  31. semoga dipermudahkan. Seemban pun lama tak singgah. Mungkin boleh jadi next percutian

    ReplyDelete
  32. Eh.eh..Scha...ada iras lah..org cakap kalau ada iras ni ada jodoh..in sha Allah selepas dpt kerja tetap nanti jgn tunggu lelama lagi tau :-)

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook