#SCHAMAKAN -- BEN'S @ KLCC

Wednesday, October 01, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaaa!

Al kisahnya selepas pelancaran Alcon di Majestic Hotel hari tu, kawan aku telah menculik aku untuk pergi makan. Aku agak lega sikit sebab tak payah naik ktm nak balik Seremban. Sakit pinggang den duduk dalam ktm tu haaaa.

Habis event Alcon dalam pukul 12 pm. Kawan aku datang dalam pukul 12.30 pm macam tu. Setelah berbincang mana nak pergi makan, kami decide nak ke KLCC. Sesungguhnya decide nak pergi KLCC pun amik masa 15 minit. Itu baru tempat nak pergi. Bukan tempat nak makan lagi.

Tahu je laaa, KLCC tu berlambak tempat makan. Nak pilih tempat makan pun memerlukan ketelitian yang tinggi. Kang kalau tak sedap tapi mahal, tak ke tak berbaloi? Hhaa.

Setelah berbincang semulaaa, kami decide nak pergi makan kat Ben's KLCC. Sebelum tu kami pergi beli tiket wayang dulu and then baru lah kami pergi makan.

Sebenarnya Ben's ni kira high end place jugak lah. Ramai eksekutif, managers or engineers lunch kat sini. Kira tempat orang dah berkerjaya makan lah kiranya. Aku ni taraf penganggur tapi gedik nak makan kat sana. Try je lah. *sambil tengok dompet*

Lunch hour memang ramai tapi servis dia sangatlah efisien. Tak tunggu lama pun actually nak dapatkan meja. Staff sangatlah friendly.

Bila sampai ke meja, dia terus bagi kita menu. Bila tengok menu, okay. Mahal jugaklahhhhhh. Tapi, makan je lah. Asalkan tak melebihi bajet aku. haha. Dessert pulak kami share dua orang.

Di bawah ini lah yang aku makan.


Beef lasagne -- RM 28


Lemon water -- Free


Banoffee Banana -- RM 15

Terliur balik tengok gambar-gambar ni. Haha. 

Komen :-

Beef lasagne -- Sangat sedap. Portion besar. Disediakan salad, tomato ceri dengan kacang sikit. Makan salad and beef lasagne. Perghh! Great combination. Tak muak makan cheese dia. Serius. 

Lemon water -- Aku ingatkan air apa lah ni. Rupanya air kosong di campur sikir dengan hirisan lemon. Tak payah order air yang mahal. Cukup untuk makan satu beef lasagne tu.

Banoffee Banana -- SUPER DUPER SEDAP! My favorite. Ada caramel, pisang, kekacang and ice cream! Nasib baik order satu dessert jeee. Sedap sangat. Nak lagiiiii. hahahha.

Sementara nak tunggu makanan tu, di meja ada disediakan macam soalan teka teki tapi versi deep. 


Tengok lah soalan dia. Mencabar minda betul. haha. 

Secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan servis dan makanan Ben's. Sangat pantas dan efisien di tambah pula dengan kelazatan makanan Ben's. Biarpun agak mahal, tapi sungguh berbaloi. Aku tak kisah kalau mahal pun, asalkan sedapppp!

Rating :- 9/10

Follow and let me know!

You Might Also Like

35 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. wah, menariknya! nnti kalau g KLCC, dah tahulah nak g makan mana!

    tapi gulp, kena cek dompet gak ni. heee....

    tempting gila banoffee banana tu :DDDDDD

    ReplyDelete
  2. yummy.. yummy sedapnyer. tapi mamamyja makan sikit tu x kenyang pon. hehe

    ReplyDelete
  3. baiklah scha baiklah

    *koma tengok beef lasagna dengan dessert dia yang menggiurkan gilaaaaaaaaaa itu*

    ReplyDelete
  4. akak pun sama..biar bayar mahal pun xpe janji sedap kan scha :-)

    ReplyDelete
  5. lame pulak tak makan lasagna..
    kalau g klcc jadi blur je...

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan dekat KLCC. Nampak macam sedap sangat je semua makanan dekat atas tu.

    ReplyDelete
  7. Nie kalau makan kat sini mahu seminggu aku makan meggi kemudian .

    ReplyDelete
  8. lemon water itu untuk ape ek?

    Bro mati2 ingatkan untuk basuh tangan he...23x

    ReplyDelete
  9. @Bro Framestone ah sudahh. ingatkan minum. betul ke untuk basuh tangan? ahaahaha

    ReplyDelete
  10. Nape 9/10? Nape tak 10/10? Hehehe

    ReplyDelete
  11. merasa sekali je makan di Ben's ni..tu pun orang belanja..hehe.memang sodap!

    ReplyDelete
  12. pehh sangat mgancam! lapo pulak haih -.-

    ReplyDelete
  13. Banofee banana! i likeeeee! coz akak suka pisang!

    ReplyDelete
  14. @hidayu ayumiekan? amek masa jugak nak pilih ni.

    ReplyDelete
  15. @Mama Myja tapi ni banyak mamamyja. seriuss.

    ReplyDelete
  16. @Amy J kannn? mengancam taw banoffee banana tuu

    ReplyDelete
  17. @Scha Nazri Yeayyyyy! Satu tastebud kita hahaha

    ReplyDelete
  18. Mahal nye lasagna.
    Kalau sedap berbaloi jugaklah.
    Tempat mahal jadi rege food pun confirm mahal.

    ReplyDelete
  19. adoooiyai Bens banyak kali rancang nak makan sini tapi asyik tunda tunda saja. jarang lepak KLCC CT ni kalau balik keyel.

    ReplyDelete
  20. kak Scha!! nanti saya g Bens esok. hehehe. mekasih bagi review ni.. nanti nak try banoffee tu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhehe. Baikkkkkk! Have fun sanaa!

      Delete
  21. Baca balik entri ni nak tengok gambar banoffee tuh :)

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook