Rocker Chic Inspired Makeup Plus Tutorial!

Wednesday, October 15, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaaa!


Harini tersangatlah rajin sampai aku menjadikan muka aku sendiri mangsa makeup. Haha. Bukan apa, Collection Cosmetics MY ada buat weekly contest dan hadiah dia sangat lumayan! Setiap minggu tu dia akan assign satu tema makeup. So, terpulang lah nak makeup macam mana pun. Asalkan menepati tema untuk minggu itu. 

Name of contest : Nelydia S.O.S
This week theme (15 Oct - 22 Oct 2014) : Rocker Chic

Nak tengok makeup look yang aku submit ?


Untuk makeup ni, aku gabungkan warna merah glitter dan juga warna hitam. Aku just guna dua warna utama itu sahaja. Dan juga warna cokelat untuk lembutkan lagi makeup di bahagian mata.

Langkah-langkah untuk mendapatkan Rocker Chic Makeup:

1. Sapukan HITAM eyeshadow di keseluruhan mata sehingga bahagian pelipat (crease ) mata. Bagi seorang yang mempunyai crease yang agak labuh even pakai eyeshadow pun macam tak nampak, so, sapukan warna HITAM ke bahagian luar crease. Tapi, jangan over sangat sampai satu mata tu kau nak hitamkan.

2. Pakai blending brush, lembutkan sikit black eyeshadow tu. Macam berus-berus sikit bahagian mata supaya takdelah nampak hitam sangat bahagian mata tu.

3. Gunakan warna MERAH, ungu ataupun merah pink yang agak pekat, sapukan di bahagian tengah mata. TENGAH sahaja. Biarkan warna merah tu nampak. Kasi pekat pun takpe. 

4. Ambil semula warna HITAM. Tempekkan di sebelah kiri dan kanan warna MERAH tadi. Tapi, jangan banyak sangat. Kalau warna merah tu tak nampak, kasi pekatkan sikit warna merah tu. 

5. Ambil warna COKELAT dan seratakan di atas warna HITAM guna blending brush. Takdelah nampak harsh sangat warna HITAM tu. Kasi nampak soft je kat bahagian atas crease tu. 

6. Pakai eyeliner. Better guna liquid eyeliner. Tapi, aku sumpah tak reti guna liquid. So, aku selalu guna gel eyeliner. Dan seterusnya gunalah mascara! 

7. Kemaskan dan isi kening korang dengan warna hitam atau cokelat. KEMASKAN okay. Aku tak cukur kening so memang nampak messy. 

8. Then, baru aku apply foundation, powder, contour dan blush. Kalau nak apply powder, countour dan blush, better guna brush yang fluffy. Best. Lembut je. hehe. 

9. Gunalah lipstick kesukaan. Untuk rupa ini, aku campurkan dua warna. Mula-mula aku oleskan warna merah menyala dan kemudian aku oleskan warna pink untuk lembutkan dia. 

10. SIAPP!


Baru perasan, warna merah/ungu mata aku tak balance sangat. Muahaha. Secara kasar, macam ni lah rupa mekapnyaaa. 

Okay. Korang suka tak kalau aku post tentang makeup kat blog ni? Ingat nak buat satu post dalam seminggu pasal mekap. Teringin nak buat video makeup, tapi tak reti nak edit dan takde camera canggih. So, aku hanya share dengan korang melalui penulisan. Kalau tak paham, tanya je taw. 

Follow and let me know!

You Might Also Like

41 DOA SCHA DAPAT KAHWIN

  1. rajinnya akak nak bermakeup -make up ni~ hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila mood dia dh datang, memang akak terlebih rajinn! haha

      Delete
  2. Bestnya pandai make up. Saya tak pandai make up pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makeup ni boleh belajar. asalkan ada minat. hehe

      Delete
  3. i really love the colour combination, pandai scha buat :D dah lama tak pakai eyeshadow hitam, ni yg rasa nak buat jugak, hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu takut nak buat smokey eyes sebab takut mata jadi lebam. haha. dh lama2 baru lah beranikan diri buat smokey eyes

      Delete
  4. Good try Scha! Eye shadow to kalau nak nampak dia lebih smooth boleh gunakan eye primer dulu sebelum apply eye shadow. Lebih long lasting and nampak lebih cantik! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde eye primerr. Aaaa, Thanks for the tips naniee :)

      Delete
  5. Amboiii layan mekup2... kite ni nak pgg berus eye shadow pon tak xpndai

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. startlah pegang. sikit2 je dulu.

      Delete
  6. Nice tutorial.. simple jer make up u tapi comeyy..=D

    ReplyDelete
  7. wahh.... menarik gak combination color dia.. kalau saya dah berminat dengan mekap satu hari nanti, saya nak try ^^,

    ReplyDelete
  8. Terbaik ah kak scha. Ana tak suka mekap. Tapi sekali sekala kalau keluar jemputan hotel ke ape, memang kakak ana tukang mekapkan. Hihi. Paling simple ana pakai kat luar pun, founfation, bedak compact and eyeliner liquid tu. Eyeliner liquid tu best kak. Lagi kemas.

    Ana setuju sgt kalau kak Scha buat entri mekap. ^_^ boleh belajar pakai mekap. Muehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Bila pergi dinner baru nak pakai mekap. Hhaa. Sama lahh. Selalu keluar rumah pakai gitu je. Except kalau ada event, wedding baru pakai mekap.

      terima kasih ana. akan akak cuba usahakan! :)

      Delete
  9. Rajinnya make-up.
    Akak calit sikit je eyeshadow sebab slalu nak gi keje mmg kelam-kabut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak. Asalkan calit. Hehe. Paham keje akak macam mana.

      Delete
  10. cantik. pandai blend kaler. mekupkan kak irra scha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehhhh. Meh sini muka sya mekapkan! Hahha

      Delete
  11. amboi! sembang mekap2 je lately! tak sabar nak belajar lgi dri scha ni.... :D

    ReplyDelete
  12. Akak dah lama tak bermain dengan peralatan makeup melainkan compac powder, eyeliner & eyebrow liner jer.. So, nak join tu macam tak cukup kelengkapan.. Semua ah kena buang sebab lama tak pakai.. Okla, lepas ni kena collect balik alat makeup.. kohkohkoh!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya pun collect slow-slow kak. Kalau ada duit lebih, baru lah beli. Hehe

      Delete
  13. eyceh, pasni boleh mekap akak ala-ala avril lavigne!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kita google! hahah. Buat betul2 kangg! :p

      Dedikasi utk kak sal gituuu

      Delete
  14. fuhh comel la kak. kite dah lama tak makeup. asas2 makeup pon macam da lupa je.. time blaja dlu siap lecturer belanja masok kursus makeup.. nak masok kursus2 ponn skg smua bayoo kan. ekceli suka makeupkn org je.. makeup diri sndiri tersangat malas selalu xmjadi.hahahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak prektis dulu kt muka sndiri then barulah nak conteng muka org. hahahah

      Delete
  15. Rajinnya dia buat tuto makeup nih. Syabas, dik. Moga ada rezeki menang contest yg Scha masuk tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah. Thanks kak Farrah :)

      Delete
    2. Scha, theme minggu ni apa? Scha masuk tak?

      Delete
  16. akak kalau d mita makeup mmg failed arghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh scha mekapkan kak JM. hhehe

      Delete
  17. iols mekap..?? kekeke tepek bedak baby aje hahahhaks.. okay tipu.

    ReplyDelete
  18. Cantik scha make up..meh make up fiza lak :)

    ReplyDelete
  19. Akak dlu kaki mekap..skang kureng dh..mekap ala kadar

    ReplyDelete
  20. balas kunjungan ke sini..:)
    nice scha

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook