Part time jual daging?

Friday, October 03, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaa!

Hari Ahad dah hari rayaa. So, kalau ikut cara orang nogori, Sabtu ada mantai. Mantai ni kira pesta jual daging lah.

Tapi sebab dah dapat agak esok mesti penuh punya kat pasar, jadi mama dan aku telah merantau ke Rantau untuk mencari daging. Dari Senawang ke Rantau tu dalam setengah jam la jugak. Lalu jalan kampung. Best sebab rumah kampung kat situ kemas dan cantik.

Bila dah sampai kat pasar tu, mama aku macam jadi rambang mata. Macam-macam ada kat situ. Pasar kot. Semua ada. Bila dia kata gitu, aku dah geleng kepala dah sebab peluang nak ke Rantau tiap-tiap hari/minggu tu macam ada. Jauhh weii :3

Bila dah jumpa kaunter daging, kemain excited lah dia. Sempat lagi potong daging tetel. Dah macam owner dah aku rasa. Lagi-lagi pisau tu agak tajam, kemain suka lah dia memotong daging. haha.

Ada lah dua tiga orang siap order dengan mak aku nak bahagian apa. Aku gelak je dari belakang. kekeke.

Hasil kami daripada shopping mantai ialah, 1 kg daging tetel, 4 ekor lembu (ekor taw, bukan lembu tu aku beli sampai 4), 1 keping rangka, lepas tu ada paru kot. Memang pesta daging lah esoknya ni haaa.

Nanti aku share menu apa untuk hari raya esok! Tunggguuuuuu




Eh, gambar anak dia pun nak nyelit sekali? hihi. Kasi can laaaa naaaa. 


Follow and let me know!

You Might Also Like

19 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. Ingatkan betul Scha jual daging...

    ReplyDelete
  2. Ciri-ciri seorang penjual daging dah ada ,

    Nanti boleh buat contest giveaway , hadiah dapat daging lembu.

    ReplyDelete
  3. Belajar perkataan baru hari ni. Mantai. Terima kasih! :D

    Daging tetel tu apa ya?

    ReplyDelete
  4. hwhehehe igtkan bt part time jual dging tuu
    lame xjlan senawang smpai ke rantau tuu

    ReplyDelete
  5. Oo.. Mantai.. Byk betul cara org nogori ni ye.. Meriah la ni raya esok nih.. Selamat hari raya Aidil Adha Scha!��
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  6. jual daging pun boleh kaya raya tau!!

    ReplyDelete
  7. Scha, ada daging lebih hantar kat akak sikit! ;) kirim salam kat omak Scha,...steadyyy makcik!

    ReplyDelete
  8. @Farah daging tetel tu macam daging plus lemak-lemak sikit. Sedap buat asam pedas. hehe

    ReplyDelete
  9. sis pun suka tetel tu . tapi feveret kami of coz kaki lembu / kambing ...

    ReplyDelete
  10. oppsss ayu tag scha tau
    jmpt kalau free nk join
    http://hidayuayumie.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

    ReplyDelete
  11. mak zizie kat kampung, mmg xde beli daging dah.. get ready org kasi daging dan penuhlah satu peti.. huhu..

    ReplyDelete
  12. laa igtkn akak yg jual daging td.hahaha

    ReplyDelete
  13. Kat paroi sllu buat mantai... tp skunk ni harga semua bahagiam lembu sama je....'

    ReplyDelete
  14. Ecehh..ingat 4 ekor lembu. Rupenye ekor lembu jek. Hahaa. Salam Aidil Adha kak scha.

    ReplyDelete
  15. Byk nye borong daging, part paling best tu boleh potong daging sendiri eh. Berapa harga sekilo d sana eh

    ReplyDelete
  16. Akak pernah kene relief kat KK Rantau tu..
    Yang kat tepi jalan tu..

    ReplyDelete
  17. bhahahaha empat ekor lembu :P nak kenduri 7 hari 7 malam ke kalau angkut 4 ekor kekeke.. btw ni first time CT dengar daging tetel..

    ReplyDelete
  18. First time dengar istilah ni. Hehehe.

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook