Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam / Peperiksaan PTD M41

Sunday, October 19, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaaaaa.

Perghhh. Weekend yang sangat megaktifkan otak kanan aku yang kurang aktif sejak habis belajar. Hahhahaah. Bayangkannn, tetiba je kena dengor ceramah. Terkejut otak ittewww. 

Alhamdullilah. Aku berjaya melepasi fasa pertama untuk pemilihan jawatan PTD M41. Buat pengetahuan semua, jawatan PTD M41 ini telah tamat tempoh permohonannya pada 8 Jun 2014 yang lalu. Aku agak bernasib baik kerana berjaya mengisi borang sehari sebelum tarikh tutup. Nasib baik tak remeh sangat prosedurnya. 


Dan setelah hampir 4 bulan menunggu jawapan, akhirnya berjaya juga dapat tawaran untuk peperiksaan PTD M41. Alah, mesti ingat, 'Exam online je pun. Bukan tentu-tentu dapat masuk.'

Tahu tak berapa orang yang apply jawatan ini? Hampir 133,000 yang memohon. Dah hanya 77,000 yang berjaya ditapis untuk menduduki peperiksaan ini. Perghh. Dah untuk peringkat seterusnya, hanya perlukan 3000 untuk proses temuduga. Bayang tak betapa sengitnya pertandingan ini? Separuh keyakinan aku hampir terbang bila tengok figures ini. 

Tapi tapi tapi, asalkan aku berusaha dan tawakal, aku yakin Allah ada perancangan yang sebaiknya untuk aku. Sebab tu aku penuhkan weekend ini untuk pergi kursus panduan yang disediakan secara percuma oleh pihak SPA. Kursus PERCUMA kott. Siapa tak nak, dia yang terlepas dan ruggiiii. 

18/10/2014 (Seremban) -- Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam
                                       -- Tips pohon jawatan online
                                       -- Tips jawab exam online
                                       -- Tips temuduga

19/10/2014 (Putrajaya) -- Kursus Outreach Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41
                                      -- Tips pohon jawatan online
                                      -- Tips jawab exam online secara detail beserta contoh soalan
                                      -- Tips temuduga

Basically, kedua-dua kursus ini hampir sama sahaja pengisiannya. Cuma untuk kursus PTD itu, ada disertakan sekali soalan-soalan contoh untuk semua seksyen dan juga soalan esei. Bagaimana cara nak karang esei yang bagus. Formatnya sama macam SPM dan aku memang guna pakai format macam tu kalau nak buat esei. 

Yang paling buat aku berdebar, soalan tentang Malaysia dan persekutuannya dan juga soalan menyelesaikan masalah. Aku tengok soalan menyelesaikan masalah macammmmmm susahhh gilaaa. Ada banyak gambar rajah dan berfikir di luar kotak dan juga memerlukan logik yang tinggi. Hahhaa. Adoiii. Mampu ke aku survive soalan exam nanti. 

Ada sesiapa nak aku explain kan lagi tentang soalan exam online dan esei PTD M41? Kalau ada, akan aku share di entry yang berikutnya dan juga aku akan beri tips untuk jawab exam online nanti. 

Untuk daftar Kursus Outreach PTD M41 boleh lah daftar di link di bawah ini.


For now, aku nak tengok AF dan spend time masa dengan mama sebab dua hari ni aku tak lekat kat rumah. Hahha. Misshh youu mommaaa.



Sijil penyertaan pun disertakan untuk Kursus hari Sabtu. Kursus hari Ahad takde sijil. Nasib baik aku pergi hari Sabtu sekali. Dapat sijil free. hehe. Thank you SPA!

Follow and let me know!

You Might Also Like

15 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. inshaAllah, berkat susah payah awak join kursus ni semua.. mana tau murah rezeki awak nanti.. (:

    ReplyDelete
  2. i missed the SPA kursus kat melaka. dah daftar tapi tak pergi, sadis betul. sekarang tunggu kursus PTD jelah 26 haribulan nanti, hehe. by the way scha, org PTD dah bgtau utk batch kita ni takde PAC dengan physical test. hanya ada online test, then jika perlu akan disaring lagi utk essay, then terus pilih best 200 utk dilantik dan another following 100 utk jadi calon simpanan. DAMN TOUGH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makk aihh. 200 orang jeeeee? Ya Allah mieza. Competition maha hebattt! tengok org2 tadi pun dh gugup dah rasaaaa. Huwaaa

      Delete
  3. Semoga berjaya Scha! angan2nya harap di hantar ke mana kalau berjaya menjawat jawatan tu? Negara 4 musim ke?

    ReplyDelete
  4. Semoga berjaya yer~

    Sis nih memang x de luck lah bila bercerita bab keje gomen nih.
    asik x berjaya jer. dh naik malas nak mencuba lagi.. hehehe
    lagi pon dh selesa dgn keje private skrg. hehehe

    ReplyDelete
  5. goodluck kak. sangat berguna sijil tuu.. :)

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya scha..harap ade rezeki scha :)

    ReplyDelete
  7. akak dpt info seramai 77K layak duduki exam PTD ni yang kekosongan 400 org..so good luck scha ye

    ReplyDelete
  8. Mak oiii..PTD. Salute kat Scha.
    Asben kawan keje PTD.
    Setau akak kene good in English kan?
    Papehal pun kene tunjuk confident je masa intebiu.
    Communication skill tu biar lancar, jangan gagap.
    Nanti kan nak kerja dengan orang besar-besar.

    ReplyDelete
  9. In shaa Allah ada rezeki x kemana

    ReplyDelete
  10. pergh seram lak baca pasal PTD ni.
    good luck scha XD

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat KAHWIN dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook