Backpacking MURAH ke Korea dengan Bucket List Abroad!

Monday, October 06, 2014


Assalamualaikumm. Hai semuaaa!

So true! ✈️⚓️⛵️

Terujaaa gilaa sebab Insya Allah, nak plan ke Korea tahun depan. 

Ada seorang kawan aku ni. Asyraf Rahman or aku panggil Acap je. Aku pun tak pasti kenal macam mana. Rasanya melalui twitter kot. Dah lama lah jugak kenal mamat ni. Lepas tu lately ni aku selalu nampak dia travel ke Korea. Dulu aku pernah tanya kenapa kau ke sana? Dia taknak jawab taw mula-mula tu. Kemain rahsia.

Last-last, aku cakap dengan dia, 'Cap, nanti aku nak datang korea bulan 10 tahun depan. tunggu aku woii.' Lepas tu dia kata Insya Allah. Tak lama gitu, dia pm aku kat FB, tanya pasal korea semua and dia kata dia boleh guide. Aku bodek dia, 'Kalau nak guide aku, jawab soalan aku. Kenapa kau lama benor kat Korea?.' Lepas tu dia jawablah, dia and kawan dia travel and nak bukak bisness travel versi backpacking bagai. Oooo. Bestnyaaa! hahahha

Borak-borak semua, and kami pun macam excited, dia kata dia nak uruskan semua pasal kami masa dekat Korea nanti. Termasuklah, tiket, tempat tinggal and makan. Makan konpem halal punya. Dia kata kalau kat Busan nanti, stay tepi pantai. Tahu tak level hype aku dah tinggi gila time tu? Haha. 


Cara style dorang BACKPACKING. Memang berjalan macam orang Korea. Naik subway semua. And dia dah memang search Korea tu mana tempat yang best-best and wajib untuk dilawati. Kau cakap je, kau nak pergi mana. Insya Allah, dia boleh uruskan. Yang best, aku tanya acap, 'Wei, bawak aku tempat shopping baju besar-besar taww.' Dia kata, 'BOLEH JEE!' Heheh. Girang lah hatikuuuuu.

Bajet aku dalam besar lah jugak. Lepas tu bila dia cakap RM 1000 SEORANG selama 5 hari 4 malam, aku macam, 'Eh, cap. Kau biar betul. Murah gilaaaa. Mahal sikit pun takpe.' Lagipun aku and kekawan aku nak pergi sana quite lama dalam 10 hari macam tu. Jelajah lah Korea tu puas-puas.

Backpack

Nak deal dengan dia ni sangat senang. Kau cakap je bajet kau berapa, berapa orang, berapa lama, and dia akan sediakan itenary untuk kau. Ataupun kau cakaplah kau nak pergi mana. Insya Allah, nanti dia plan baik-baik punya.

Ataupun, kalau korang ada RM 2000 je dalam poket and berangan nak pergi Korea, korang boleh join pakej yang dia buat.

How Jaemu shoots

1 group: sekurang-kurangnya 6 travelers 
Stay: 5 hari 4 malam
Tarikh: Oktober & November (nak kejor musim luruh)
Musim: End of Summer- Early Autumn (ala ala autumn in my heart la chuols hahaha) 
yuran pakej: RM1,000/traveler
pakej termasuk: accommodation (dorm), 3x meals, entrance fee, subway tix (getting around the city), tour guide (orang malaysia kita :D). tiket flight je korang kena beli sendiri.

Tiket flight baik beli time promo. Murahh! And boleh pilih tarikh sekali!

Cadangan itinerary untuk 5 hari 4 malam:

HARI PERTAMA
-Tiba di Incheon Airport dan urusan checkin guesthouse.
-Namsangol Hanok Village
-Hongdae street 
-Trick Eye Museum

HARI KEDUA
-Nami Island
-Dongdaemun

HARI KETIGA
-Gyeongbokgung Palace
-GwanghwamunSquare
-King Sejong Museum
-Insadong street
-Cheonggyecheon Stream

HARI KEEMPAT
-Namdaemun
-Itaewon (masjid itaewon)
-Namsan Tower
-Myeongdong

HARI KELIMA
-Urusan checkout guesthouse dan balik Malaysia!

Namsan Tower during Autumn

So, well. Tertarik kan? Aku ni lagi lahhh. Padahal SETAHUN lagi nak kumpul duit. Hahaha. Insya Allah, aku teringin sangat nak jejak negara orang. Semoga Allah pemudahkann! Amin!

Baiklah. Kalau tertarik and nak pergi Korea dengan murahnyaaa, boleh contact mereka di Facebook merekaa! Percayalah. Mereka sangat friendly. Kalau dorang tak friendly, bagitahu aku okay. Aku lesing je dorang ni. Haha.

FACEBOOK : [ BUCKET LIST ABROAD ]
*cepat klik!*

Follow and let me know!

You Might Also Like

32 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. wahhhh bestnyeeee scha
    nak g jugak..
    aishh ni kalau tak kawen lagi ase da kumpul wet nk ikott scha ke sane ni

    ReplyDelete
  2. Group scha kalau ada kosong, rogerla akak nk ikt. .hehe

    ReplyDelete
  3. wowowowow....Bestnya....dapat ke korea..InshaaAllah akan kesana satu hari nanti..:D

    ReplyDelete
  4. Murahnyaaa .. nie nak kena kumpul duit dulu, lepas tue pergi korea .. hoho ... bestnya ... *nak kena dekat kawan kawan semua nie, pasal travel dgn acAp yg super duper murah .. :D

    ReplyDelete
  5. Macam best. Tapi bukan buat masa terdekat ni. Next time maybe kan cik Scha? Huhu..

    Salam Aidiladha.. =)

    ReplyDelete
  6. bestnya2! rm1000 tu dah siap penginapan, makan, dan tiket subway skali? homaigod!

    ReplyDelete
  7. wahhh trip yang kawan scha ni buatkan, murah betul...bilorlah.... berair mata tengok!! :D

    ReplyDelete
  8. homaigod seribu tu mcm agak murah compare to others packages yg pernah dgr sblm2 ni ! homaiiiii !

    adehh hurmm nak kena kumpul duit gak la kalo cenggitu aummmm !



    p/s:blog ana masih blm ok lagi la Scha sobss sobsss :'(

    ana-mizu.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Korea mmg bet sgt!!!! Rugi klau x pegi klau scha dh pegi sekali mesti nk repeat :-)

    ReplyDelete
  10. Memang teringin sangat nak pergi Korea tapi takde masa :(

    ReplyDelete
  11. wahhh itu memang best! Terasa mcm nk pergi juga dgr pakej RM1k tu! >.<

    ReplyDelete
  12. Best gila babas nak gi korea! Insya-Allah ingat nak travel luar negara tahun depan. Tak tau la cemane. Hehehe.

    ReplyDelete
  13. RM1000 untu 5 hari 4 malam is very the murah.. Hamagad! Nak pegi Korea!!!!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  14. tak pernah ke luar negara
    in fact naik kapal terbang pun tak pernah
    tak tahulah murah ke mahal tu =)
    anyway happy travelling =)

    ReplyDelete
  15. oooohmai..!! ini saaaangat mengujakan. CT pun nak travel ke korea insyallah kalau ada rezeki.

    ReplyDelete
  16. Bestnye..rm1-2k pun dah cukup?
    Akak ada 3 anak...ermmm
    Berapa ribu agaknya diperlukan?
    Hehe..

    ReplyDelete
  17. Pakek yang menarik dan murah.

    ReplyDelete
  18. Murahlah pakejnya! Terus teringin nak pergi Korea ;)

    ReplyDelete
  19. Yaa Allah. Bestnyaa. Bestnyaa.T.T

    ReplyDelete
  20. fuyooooo gi korea tuu.. jeles ni kakak oii.. tolong bagi ole2 tuk nadyya ye. xdpt jejak korea xpela asalkn dpt ole2 dr korea. kekeke

    ReplyDelete
  21. Wah Scha nak pergi Korea yer... Pakej tu memang ohsem sangat la kalau ler zumal boleh pergi sana ^_^

    ReplyDelete
  22. perghhh... menarik gila ni! dulu dah berangan nak g Korea tapi xde member la pula. sedih sangat. hmmm

    ReplyDelete
  23. Best nau pakej dia. Moga scha dapat pergi tahun depan :)

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  26. Hai, ada sesiapa nak gi seoul+jeju tak hujung mei ni?
    Ni bukan under travel agency. Saya cari rakan travel. Kalau boleh perempuan.

    email : arene_amelia@yahoo.com
    fb : aleen aiden

    Sorry interrupt tuan page. :)

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook