#1 Thoughtful Thursday -- First Impression

Thursday, October 02, 2014


Assalamualaikum. Hai semuaa!

#1 Thoughtful Thursday -- Hari di mana aku akan share something yang memerlukan pemikiran yang agak dalam. Terpulang untuk korang interpret macam mana. Kalau ada komen, komen kat bawah okay. 

First impression. Does it matter? 


Bagi aku, walaupun orang duk kata Don't judge a book by its cover berulang-ulang kali, tapi aku nak juga kata yang orang akan pandang luaran kita dahulu baru yang dalam. 

Kau nampak aku. Lepas tu kau fikir apa yang fikirkan tentang aku kat dalam otak korang. Ia macam automatic response untuk otak kau. Hanya kau sahaja yang tahu. Orang lain tak tahu. Antara sedar atau tidak, kita sebenarnya judge orang terlebih dahulu berdasarkan first impression.


Kau tengok orang bawak plastik sampah ke hulur hilir dan kau fikir, 'ewww, mesti kotor rumah dia ni. eww, mesti miskin sangat ni sampai bawak plastik sampah pergi mana-mana'

Kau tahu apa yang dia buat? Apa yang dia kerja untuk hidup di muka bumi ini? Mana tahu kot-kot dia buat pendapatan sampingan sebab dia bosan duduk rumah. Mana tahu kot-kot dia dah ada sebijik rumah. Who knows right?

Until kau tegur orang itu, 'Pakcik buat apa angkut plastik sampah ni?. Pakcik dah makan? Pakcik tinggal di mana?'

Untuk perhubungan seorang lelaki dan wanita pula, lelaki atau perempuan akan mulakan langkah pertama sekiranya lelaki/perempuan tu cantik tertarik kau memang da bomb. Selalunya lelaki lah yang akan tertarik kepada wanita cantik. Fitrah manusia lah kot?

Lagi berbisa di jantung hati, bila contoh ambil gambar dengan kawan-kawan dan sepupu yang sememangnya cantik, yang lebih ramai tertarik adalah ke kekawan dan sepupu aku. Paham tak? Macam dalam gambar tu, kau rasa macam halimunan. Ramai yang nak berkenalan dengan dia instead of you. Haish. Aku dah lah ramai kawan-kawan cantik dan bila terjadi begini, aku hanya mampu senyum sahajalah.

Yeah...

Sebab tu golongan chubby macam aku ni ada low self-esteem sikit. Fikir, 'Siapalah yang nak aku ni. Ada ke orang nak ke aku?'. Yerr. Zaman 25 tahun ke bawah boleh fikir gitu lagi. Tapi, dah 25 tahun ke atas dah masih tak kahwin lagi, pelbagai benda akan meracuni pemikiran kau. Tak termasuk lagi cucuk-cucuk dari pakcik makcik sedara. 

Orang akan pandang luaran kau dahulu baru pandang dalaman kau. Selepas dah pandang dan faham dalaman, baru lah boleh buat judgement yang sebetulnya. Macam pergi interview, first impression does matter. Takkanlah nak pakai selekeh gila nak pergi interview kan? Interviewer tengok pun tak kenan. 

Sebab tu even aku ni chubby, aku nak juga cantik macam yang lain. Contohnya, cantikkan diri kalau nak keluar jumpa orang. Ayah aku sangat pentingkan ketrampilan aku dan mama. Kekadang dia lagi picky dari aku dan mama. Cerita betul ni. Haha. Tapi, yelah kan. Bawak nama dia. Kenalah jaga nama ayah. 


Aku betul-betul sayang bagi mereka yang mana bentuk badan dan mukanya cantik, tapi, tak pandai dress up. Sayang. Macam nak bagi tutorial full set kat dia. haha.

Ada orang cantik, tapi perangainya buruk ya amat. Ada yang tak cantik, tapi perangainya Ya Allah lembut sangat. Dan ada yang bernasib baik, luar cantik, dalam cantik. Terpulang lah diri kita nak betulkan mana yang patut. Cermin diri dan perbaiki mana yang patut. 

Pernah tak jumpa seseorang yang kau rasa dah hampir perfect contohnya dia cantik, kulit bersih, pandai, berani, lemah lembut, kaya. Pernah tak bandingkan diri dia dengan dia? Aku? Selalu kot. Selalu banding. Tapi, aku cecepat tepis. Dan aku bandingkan dengan mereka yang lagi kurang dari aku. Dan barulah sedar, yang aku ada semuanya dan apa yang aku nak lagi? Rasa bersyukur tu datang sekelip mata kalau kita compare dengan orang yang kurang bernasib baik dari kita. Cubalah resipi ini. Insya Allah mujarab. Hehe. 


Sekian lah entry deep dari aku. Kalau ada yang dalam lagi macam entry ni, aku share kat korang dan lontarkanlah komen-komen pedih ataupun tidak. Aku terima segala komen. Haa gituu. hehe.

Take care and stay beautiful!

People does judge. Tipu je kata yang dorang tak judge. No no no. Tipu. 

Follow and let me know!



You Might Also Like

18 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. betul tu kebanyakan dari kita pasti akan judge berdasarkan 1st impression. tp nak wat cmne mmg adat sebagai manusia tp arapnya walau 1st impression pun jgn smpai berfikiran negatif. cepat2 tepis..

    ReplyDelete
  2. saya faham perasaan akak tu. sebab saya pun kena benda yang sama. self esteem rendah gila.

    lagi-lagi bila kawan-kawan masing-masing berpunya.

    ReplyDelete
  3. tapi even banyak mana kita cakap pasal first impression x elok, diorang akan tetap judge kita based on our looks.

    sedih sangat kan. biarlah. kurang-kurangnya ALLAH tak judge kita macam tu.

    bila kita berniat baik. satu hari nanti, ALLAH akan temukan kita dengan someone yang betul2 suka kita sebab diri kita. bukan sebab paras rupa or terdesak ke apa.

    ReplyDelete
  4. sebab tu saya tak percaya langsung dengan orang yang love at first sight ni.

    totally bullsh**.

    nampak sangat tengok rupa dulu baru tengok personaliti.

    ReplyDelete
  5. yup
    setuju sgt...
    tapi org kate jugak xkenal maka tak cinta..
    ye tak??
    lagi syang kalau rupe ade gaya ade tapi budi bicara and adab tak ade
    yang penting hati kite
    cukup la kite tau siapa diri kite

    ReplyDelete
  6. First impression tu agak penting la. Macam saya, first impression orang lain terhadap saya, selalunya macam tak best sangat sebab saya ni pendiam yang amat dengan orang yang saya tak kenal. Lepas dah kenal tu, baru diaorang tahu yang first impression diaornag terhadap saya tu tak betul.

    ReplyDelete
  7. lumrah manusia mula2 tertarik pada penampilan fizikal dulu...
    salam kenal sis...follow sweet blog ni

    ReplyDelete
  8. Nice entry!

    THINK POSITIVE
    "ADE AKU KESAH" (abaikan mulut2 orang yang memang tak pernah tutup)
    SYUKUR SETIAP HARI
    SETIAP ORANG UNIK & HEBAT dengan cara masing2...

    Hehe...tu je komen untuk entri best ni. Jemput singgah blog saya. :)

    menowizme.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. haa.. zizie ada kwn, dah la cun, kulit putih, lemah lembut, tak memilih kawan, sangat baik dan patuh kepada ibu bapa dan Allah. tak tahu la siapa lelaki bertuah dapat dia.

    betul la apa yg akak ckp tu.. semua akan dtg kenal sebabkan fizikal. lepas tu, baru nak kenal hati budi.. huhu..

    ReplyDelete
  10. simpati dengan luahan hati SN
    manusia memang begitu, tak payah cakap orang lain
    kadang diri kita sendiri begitu
    apapun sematkan dalam hati bahawa ALLAH lebih menyanyangi kita

    SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA =)

    ReplyDelete
  11. betul sha... memang betul sangat2... orang sekali pandang, macam2 yang orang pikir...tapi bila dah kenal, barulah tahukan... itulah, tak kenal, maka tak cinta kan... :D cheer up bebeh!

    setuju sgt, cantik ni ada macam2. ada orang cantik, tak pandai dressup..ada orang cantik, tapi perangai buruk... ada orang biasa2 je, tapi adab sopan tinggi... manusiakan, mana ade yang sempurna... just jangan compare diri kita dengan roang...nnt kita down sendiri...

    kite pernah jugak rasa, bergambar dengan kawan2 cantik2, yang orang sibuk nak kenal, kawan kita...yang kite orang buat donno je...sabar yolah... :D ahahahha

    ReplyDelete
  12. First impression tak boleh dijadikan kayu pengukur utk nilai seseorang. It's unfair. Tetapi, di pihak diri kita, kenalah berusaha utk beri good impression :)

    ReplyDelete
  13. Bila ckp pasal first impression, pandang yang cantik, akak jm pernah lalui semua tu. Ramak kwn rekomen bila jumpa lelaki tu terus tiada perjumpaan utk kali ke dua maybe x cantik d mata mereka so bersabar je lah maybe allah akan kurniakan yg terbaik

    ReplyDelete
  14. Ramai yang akan terpesona dengan kecantikan luaran yang sementara.

    ReplyDelete
  15. woooh CT setuju. mcm kawan kawan CT semua cantik and iols aje yang sedikit bolat. for them untuk bercakap "alaaa dont worry lah.. kau kan cute" its like tak ikhlas sangat bunyinya. puuih puuuih:.

    ReplyDelete
  16. Hmm. Sokong apa akak cakap. ,(〒▽〒)

    ReplyDelete
  17. Actually, akak adore sangat dengan keyakinan diri scha....u r beautiful just the way u r! Disebabkan keyakinan tu la akak follow belog scha...hi hi hi....keep updating ur idea for me...

    ReplyDelete
  18. Betullah manusia memang suka pandang luaran dulu walaupun ada yg cuba nafikan.

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook