Gen-Y manja?

Tuesday, September 02, 2014


Assalamualaikum. Hai semua.

Hari ini nak bercerita sikit tentang adab temuduga. Dan betul ke Gen-Y ni manja sangat?


Ringkasan Temuduga 27 Ogos 2014:

Saya telah menemuduga 7 calon sebagai Project Planner untuk beberapa projek baru kami. Calon yang hadir berkenaan kesemuanya berbangsa Melayu, kesemuanya kelulusan universiti tempatan (UiTM, UKM & UMP), 6 orang adalah fresh graduate dan 1 orang berpengalaman 2 tahun, 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan.

Daripada 7 orang ini, 4 orang saya bagi jawapan ANDA GAGAL di depan mata mereka sendiri, manakala 3 orang lagi dalam pertimbangan.

Berikut adalah sebab mengapa 4 orang tadi GAGAL:

1. Calon GAGAL pertama (perempuan), fresh graduate:

- tidak bawa gambar seperti yang diminta - ini adalah arahan yang paling simple semasa dipanggil untuk temuduga. samada calon mengambil ringan atau cuba berjimat itu bukan alasan.
- tiada lesen memandu (sudah tentu tiada kenderaan) - tiada mobility. terpaksa dihantar ke sana dan ke mari. pekerjaan sebagai planner atau engineer atau banyak kerja di luar perlu mobility.
- tidak bersedia - katanya ada baca berkenaan syarikat tetapi tidak mampu bercerita sedikit berkenaan syarikat dan apakah tugas sebagai project planner.
- memakai baju kurung - ini adalah 1st impression. saya bukan mahu mencari staff admin yang duduk di pejabat sepanjang masa. seharusnya datang dalam penampilan yang sesuai dengan pekerjaan yang sedikit lasak tetapi sopan.
- suara tidak jelas - kerana kurang bersedia dan tidak confident, maka suaranya jadi kurang jelas.

2. Calon GAGAL kedua (perempuan), fresh graduate:

- kerana jawapannya - dia sedang apply untuk sambung Master. bila ditanya jikalau dapat kerja dan juga dapat sambung Master serentak, jawabnya dia akan menilai pekerjaan itu (bukannya Master). maka priority nya dilihat lebih kepada sambung belajar. saya tidak mahu ambil pekerja yang tidak komited.

3. Calon GAGAL ketiga (lelaki), fresh graduate:

- baju tidak masuk ke dalam - ini bukan pergi bersantai berpakaian begini. walau apapun pekerjaan yang dipohon.
- job hopper - baru bekerja beberapa bulan dengan syarikat pemaju yang membayar RM2,500 sebulan dan sekarang minta RM3,000 sebulan (firm).
- Selepas beberapa jawapan diberi melalui pengalaman yang pendek, saya jawab, "apabila saya lihat CV berkenaan gaji yang awak dapat dan gaji yang diminta, saya tertanya-tanya apa kelebihan awak. tetapi sekarang saya rasa awak tidak lebih baik daripada staff yang saya ada, malah saya tidak akan bayar RM2,500 untuk awak, dan RM2,000 untuk awak juga sudah agak mahal. awak patut study market dan appreciate company awak kerja sekarang". - kejamkan jawapan saya.

4. Calon GAGAL keempat (lelaki), fresh graduate:

- tidak datang awal untuk mengisi borang - hanya temuduga dengan calon ini sahaja yang bermula lewat kerana dia tiba 5 minit sebelum temuduga.
- tidak bawa CV terkini dan gambar - juga telah diingatkan sebelum ini. gagal mengikut arahan.
-alasan berhenti kerja terdahulu - katanya jauh (tinggal di cheras, kerja di semenyih), tidak diberi rumah (gajinya RM2,800), tidak dapat rumah sewa (alasan tidak logik), tiada supervisor (inilah alasan sebenar bagi saya)
- calon ini anak bongsu. manja. susah sikit tidak boleh. jauh sikit (tak jauh mana pun) tak boleh, nak kerja depan rumah. hendak gaji besar hendak kerja senang dan kurang tanggungjawab. saya advise dia seperti calon gagal ketiga tadi.

Kesimpulan Oleh Hamizi Hamdan

Tiga calon yang berjaya lepasi pun bukanlah bagus mana sangat, tetapi lebih baik dari segi attitude. Saya berpendapat Gen-Y ini manja. Mereka rasa mereka patut dapat itu dan ini secara mutlak tanpa perlu berusaha kuat. Mereka pandang ringan banyak perkara.

Sumber --> Facebook

Komen Scha

-- Mungkin ada betulnya. Tapi, bagi sesiapa yang pernah menghadiri bengkel atau kelas grooming dan adab-adab mencari kerja pasti mengelak perkara-perkara sebegini. Masa universiti dulu, aku tak masuk pun kelas grooming sebab tak dapat. Tapi, aku kutip ilmu grooming dari kawan-kawan aku yang pergi.

-- Sejujur-jujurnya aku tak sabar nak aplikasi kan apa yang aku tahu dan bawa masa temuduga. Aku cuma nak rasa bagaimana situasi temuduga yang sebenarnya. Tapi, rezeki temuduga tu bukan datang bergolek. Takpelah. Mungkin Allah simpan yang terbaik untuk aku.

-- Tak sabar nak meneroka dunia! Tak sabar nak hidup berdikari. Tak sabar nak pegang duit sendiri je sebenarnya! kakakaka.

-- Anda rasa Gen-Y ni manja tak? Apa pendapat akak-akak semua?


P/s: Doakan Scha dapat job interview dan dapat kerja terusss yerr! Sangat perlukan doa kalian ^^

Follow and let me know!

You Might Also Like

17 DOA SCHA DAPAT ANAK

  1. Huhu..ape2 pun goodluck utk kak scha. ^_^

    ReplyDelete
  2. manja ka?hemm..entah lah..

    ReplyDelete
  3. saya xmanja pun :)

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. sy tak pasti la diowg nie manja atau tak.tp kebykknya especially malay memg mcm tu,bukan gen y saja.mungkin kena ubah sikap sikit, kalau betul nak job tu, buat betul2.bg resume perfect dan complete.masa interview buat betul2.ada tu, masa hantar resume je dah fail cthnya alamat email kebudak-budakan, takda surat mukadimah, pglmn ciput tp gaji demand, pointer tak seberapa(so yg sedang belajar tu sila belajar betul2) dan communication skill kena polish.kalau iye nk demand, kena bersesuain dgn experience dan achievement disyarikat lama.
    wallahualam.
    gudluck dik sha.insyaAllah ada rezeki anda dimana mana. =)

    ReplyDelete
  5. mungkin bkn rezeki akk dpt yg eramai juga rakan2 gen y..terus terang ckp ramai juga kwn gen y sya yg ada etika kerja yg bagus..itu utk keje tanpa gaki..kalau keje
    bergaji mgkin lebih baik..sbg salah seorg gen y..sya mintak akk jgn generalised..

    mmg ada yg perangai mcm ni...jenis tak paham dunia..sya pon xtaw mcm mna boleh jd mcm tu..kesilapan tak bwk gambar..not properly dressed..itu common sense..that gen y got some serious problems..

    ReplyDelete
  6. good luck!:-)

    smpai skrg x tahu beza gen x ngan gen y.hehe

    ReplyDelete
  7. ooppppss..sorry..xperasan share dr post fb..sorry3.. T___T

    ReplyDelete
  8. Adalah juga manjanya..hehe.tapi masih dalam kategori tak manja terlampau..hehe

    ReplyDelete
  9. Sebelum pergi interview kena buat persiapan yang rapi. Mungkin manja sebab terlalu nak dapatkan sesuatu yang mereka impikan dengan cara mudah.

    Insyallah. Semoga kak Scha dapat job interview dan lulus interview tersebut dengan jayanya. :)

    P/S: Tahniah, kak Scha! Most Wanted #5 bulan Ogos. Terima kasih! :D

    ReplyDelete
  10. bagi saya bila orang tanya apa yang paling perlu ketika temuduga?

    jawapan paling utama saya cakap dengan confident

    ReplyDelete
  11. generay Y manja?..itu bukan manja tetapi MALAS hhehe...sepatutnya mereka perlu bersungguh dan mereka lebih tahu etika semasa sesi temuduga..ini tidak mcm main2 je..kalau akak jadi panel pun akak letak GAGAL

    ReplyDelete
  12. Good luck yer Scha... Moga dapat kerja yang bagus ^_^

    ReplyDelete
  13. xsemua gen y manjakan..
    ada yg jnis bdikari

    ReplyDelete
  14. menarik info akak share ni. ada yang saya tak pernah tfikir lak...

    hmm, harap2 dah kerja nnti, adalah rezeki kat mana2.

    ReplyDelete
  15. @Jari Manis setuju ngan JM. akak rasa calon2 macam tu take things for granted. itu tak bersedia namanya.

    ReplyDelete
  16. oh,lupa nak wish Scha,..
    Selamat meneroka dunia! :)

    ReplyDelete
  17. seram pulak baca. tengah cr keje jugak ni. jom sama2 kita meneroka dunia. moga Allah permudahkan urusan kita semua :)

    ReplyDelete

Semoga Scha dapat BABY dengan secepat mungkin. Amin :)

Contact Scha Nazri

Name

Email *

Message *

Like us on Facebook